October 21, 2017

3 Apa Yang MP Bukit Bendera Sibuk Di Tempat Runtuhan? Main Telefon Bimbit?




Bagaimana bolasepak Pulau Pinang tidak hancur di tangannya. Nasib baik setelah Pulau Pinang turun satu liga, beliau terbuka hati untuk meletakkan jawatan. 

Datang ke tempat runtuhan pembinaan lagak seperti blogger yang sedang memgemaskinikan berita. Asyik dengan telefon bimbit. Inilah saja taraf Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen di Pulau Pinang.

Terbaik dari bekas pengerusi FA Penang (FAP) yang kalah teruk. Yang Berhormat prihatin tentang keselamatan Rakyat dan kelihatan sangat mengambil berat tentang operasi menyelamatkan mangsa di tapak tanah runtuh Tanjung Bungah hari ini.

Inilah Christopher Ross Lim yang menggunakan nama Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera. Mungkin runtuhan bukanlah kepakaran bidang beliau. Mungkin kepakaran beliau hanyalah berpoya-poya bersama lagi seorang pemimpin wanita DAP. Siapa namanya? CTS terlupa.

15 Terkini - Tanah Runtuh Di Tanjung Bungah, 15 Dikuatiri Terperangkap Akibat Pembangunan Rakus Di Pulau Pinang











Sekurang-kurangnya 15 orang dikuatiri terperangkap selepas tanah runtuh melanda sebuah tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, pagi tadi. Pihak Bomba sedang giat menjalankan kerja menggali dan mencari mereka yang hilang.

Kejadian tanah runtuh berlaku di tapak pembinaan projek pembangunan 50 tingkat apartmen oleh Boon Siew Group di Taman Sri Setia di Tanjung Bungah jam 9.30 pagi ini. Di khuatiri 15 orang pekerja tertimbus dan sedang diselamatkan oleh pasukan Bomba.

Rejim DAP Pulau Pinang tidak pernah belajar dari kesilapan membina dan membangunkan kawasan lereng bukit untuk pembangunan yang tidak dirancang dan secara berleluasa. Ketua Rejim DAP Pulau Pinang wajib digantikan disebabkan beliau gagal menjaga alam sekitar dan hutan menghijau. Hari ini beberapa nyawa terkorban akibat kerakusannya. Yamseeng!


October 20, 2017

69 Nada @chedetofficial Mengenai Kakitangan Awam Yang Membebankan Kerajaan Senada Dengan @TonyPua


Tulisan 'Self-Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan,Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam posting blog terbarunya, chedet.cc, baca di sini, mengingatkan kita dengan pendapat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen DAP PJ Utara, Tony Pua pada forum berbahasa Mandarin bertajuk 'Menganalisis Bajet 2017' di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, pada 24/10/2016.


Berdasarkan kepada tulisan Tun Dr Mahathir para 6. hingga 9., Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan pemberian hasil Kerajaan dikembalikan kepada Rakyat yang disifatkan oleh beliau sebagai penyelewengan dana Kerajaan untuk mendapatkan populariti untuk DS Najib Tun Razak.

Pertama, Tun Dr Mahathir menyalahkan BR1M yang diberikan kepada Rakyat menyebabkan Kerajaan kehilangan RM7 billion ringgit atau lebih setiap tahun. Pemberian bantuan kepada nelayan sebnayak RM300, menaja JKKK untuk mengerjakan Haji juga tidak dipersetujui oleh beliau.

Kedua, Tun Dr Mahathir menyalahkan emolumen kakitangan kerajaan terlalu tinggi sehingga 25% dan sekiranya pembangkang menang tidak mustahil emolumen berkenaan akan dikurangkan menjadi lebih rendah. 

Tun Dr Mahathir juga turut meletakkan kesalahan kepada jumlah kakitangan Kerajaan sekarang yang terlalu banyak iaitu peningkatan hampir 100% daripada zaman pemerintahan beliau pada tahun 1980an. Oleh itu, kemungkinan kakitangan awam akan dikurangkan sehingga 50% kalau pembangkang menang, mungkin akan menjadi kenyataan.

Ketiga, Tun Dr Mahathir juga tidak bersetuju dengan keniakan gaji minima daripada RM700 kepada RM1,200, yang bagi beliau akan meningkatkan gaji kakitagan di peringkat yang lebih tinggi.

'Serangan' yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir kebanyakannya terhadap kakitangan awam senada dengan ucapan Tony Pua yang juga Ketua Publisiti DAP yang menyarankan kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bagi mengurangkan masalah lambakan kakitangan awam. 

Tony Pua berkata demikian ketika mengulas cadangan mengurangkan lambakan penjawat awam, apabila 36% daripada keseluruhan Bajet 2017 diperuntukkan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan. Tony Pua turut mengelarkan kakitangan awam sebagai 'berat mati' yang perlu anda tanggung.

Apakah apabila Pakatan Harapan berkuasa kelak, kita akan melihat satu pengurangan besar-besaran ke atas jumlah kakitangan awam?

17 Apa Ada Dengan Kes Penyelewengan KKLW, Penerangan Mudah Dihadam


Presiden Parti Warisan, DS Mohd Shafie Apdal, yang dijangka direman pagi ini, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 kerana tekanan darah tinggi. Belumpun sempat ditahan reman, sudahpun jatuh sakit. Nasib baik bukan 'stroke'. DS Shafie semalam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam di Kota Kinabalu, Sabah. 

Ianya berikutan siasatan kes seleweng dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Sebelum ini 65 saksi termasuk dua adik beradik DS Shafie dipanggil SPRM dan 70 syarikat disiasat. Antara indivdu-individu yang telah ditahan reman untuk membantu siasatan termasuklah:
  • Naib Presiden Warisan yang juga kontraktor bertaraf jutawan, Peter Anthony.
  • ADUN UMNO Lahad Datu yang juga adik DS Shafie, Yusof Afdal.
  • Seorang lagi adik DS Shafie, Hamid Afdal.
  • Menantu Hamid Afdal.
  • Ketua UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim, yang pernah bekerja dengan TS Shafie di KKLW.
  • Anak saudara DS Shafie yang juga Ketua Pemuda Warisan Sabah, Azis Jamman.
SPRM menganggarkan sebanyak RM1.5 billion dana telah diseleweng daripada RM7.5 billion peruntukan untuk projek pembangunan di Sabah termasuk projek air, elektrik, infratruktur pembangunan jalanraya.

Banyak pihak bertanyakan mengapa tindakan hanya diambil sekarang dan adakah ini pendakwaan berpilih? Jawapannya tidak. Projek-projek itu sepatutnya dijalankan di antara tahun 2009 dan 2015, sewaktu DS Shafie masih menerajui KKLW. Hanya selepas tempoh tertentu projek-projek berkenaan diberikan, barulah dapat ditentukan keberkesanan perjalanan kemajuan projek berkenaan.

Perkara ini tidak akan bermasalah sekiranya pembayaran dilakukan berdasarkan tempoh kontrak dan dalam spesifikasi dan kos yang diperuntukkan. Namun, sebaliknya ini tidak berlaku. SPRM pula hanya memulakan siasatan apabila aduan diterima. Selain daripada pemimpin-pemimpin tertinggi Warisan, 3 pemimpin kanan UMNO kanan yang juga ditahan. Ini jelas menunjukkan bahawa SPRM telah bertindak dengan adil dan saksama.

Apa yang berlaku dalam kes seleweng dana KKLW ini adalah modus operandi memperlihatkan seolah-olah DS Shafie sebagai Menteri ketika itu mendesak tender terpilih untuk projek-projek tersebut di mana hanya sekumpulan syarikat terpilih sahaja telah dijemput untuk membida projek-projek berkenaan.

Syarikat yang dianugerahkan dikaitkan mempunyai kepentingan dengan DS Shafie, banyak projek gagal dilaksanakan, tidak lengkap atau tidak mengikut spesifikasi dan piawai yang sepatutnya, namun pembayaran masih dibuat dengan kelulusan haram oleh pegawai kementerian tertentu.

Selepas tahun 2013, apabila Kementerian Kewangan gagal memberi kelulusan tender terpilih dan berkehendakkan tender terbuka dilakukan, DS Shafie telah menulis surat rayuan dan hanya selepas surat rayuan untuk menuntut tender terpilih gagal dipersetujui oleh pihak Kerajaan, barulah bermula episod DS Shafie marah kepada Kerajaan.

Antara projek-projek yang gagal disiapkan oleh KKLW yang menjadi siasatan SPRM adalah:
  • Projek membekal air bersih bernilai RM50 juta di Semporna.
  • Projek pembangunan infratruktur jalanraya di pendalaman Sabah termasuk di Semporna telah dilakukan di ladang-ladang milik persendirian.
  • Tiada projek kemudahan membekal air bersih di Pulau Gaya bernilai RM100 juta.
  • Projek mengantikan paip-paip lama di Tongod yang bernilai RM27 juta juga gagal dilaksanakan. Sebaliknya paip-paip lama digunakan kembali.
  • Projek membekalkan kemudahan elektrik di tujuh pulau di Semporna bernilai RM93.5 juta gagal dilaksanakan.
Ini semua adalah projek-projek untuk Rakyat miskin di Sabah. Adalah menjadi satu jenayah yang tidak terampun mencuri dari Rakyat miskin. Oleh itu tidak timbul soal pendakwaan berpilih dalam kes ini.

October 19, 2017

16 Presiden Indonesia @Jokowi Berpakaian Bugis Di Dewan Rakyat, @chedetofficial Tak Mahu Komenkah?





Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Pak Jokowi tidak kekok untuk tampil mengenakan pakaian Bugis di dalam sidang Dewan Rakyat di Indonesia. Ini mengambarkan bahawa bangsa Bugis adalah satu bangsa yang amat dihormati di Indonesia.

Pastinya Rakyat Indonesia marah dan kecewa apabila beberapa hari lepas bangsa Bugis dihina dengan panggilan lanun oleh Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keterbukaan Pak Jokowi tanpa rasa malu bahkan berbangga dengan bangsa Bugis mungkin dapat memberi mesej kepada Tun Dr Mahathir bahawa bangsa Bugis itu bagus. Malah di dalam sidang yang sama Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla turut mengenakan pakaian tradisional Jawa.

Sebagai Rakyat Malaysia, kita merasa malu dengan sikap dan kelakuan kebudak-budakan mantan Perdana Menteri  yang menghina bangsa suku Melayu yang antara terbesar. Malah kelakuan Tun Dr Mahathir tersebut turut mendapat tempat di dada-dada akhbar Indonesia sejak sehari dua ini.

24 Pakatan Harapan Telah Lama Menghina Keturunan Tun @chedetofficial Dan Mana @MuhyiddinYassin Apabila Bugis Dihina?


Apalah sangat penghinaan yang dilemparkan oleh 'Self-Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir apabila mengelarkan Perdana Menteri 'Lanun Bugis'. Lihatlah bagaimana Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Hishamuddin Rais menghina keturunan Tun Dr Mahathir yang berasal dari Kerala, India sejak dari 2013 lagi. Sekarang apa sudah jadi? Orang-orang yang menghina beliau inilah juga yang dipeluknya.

Apalah sangat penghinaan yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad kepada Perdana Menteri apabila Tun Dr Mahathir sendiri suatu ketika dahulu tidak segan silu untuk mnghina Rasulullah SAW. Masih ingatkah kita ungkapan "Siapa tahu janggut Nabi macam mana?", "Siapa biasa tengok janggut Nabi, ada gambar?", "Di zaman tu dia bukan ada Gillette", "Pisau cukur pun tiada zaman tu, jadi macam mana nak cukur", "Naik unta sana sini. Bukan boleh dapat air di padang pasir" dan "Nabi tidak ada RM2.6 billion". Baca di sini.

Apalah sangat Tun Dr Mahathir mengelarkan DS Najib Tun Razak perompak dan pencuri sedangkan rakan sekutunya kini, Mat Sabu telah lama mengelarkan Tun Dr Mahathir 'Bapak Perompak'. Tak percaya, tonton video di bawah.

video

Cuma yang kita hairan apabila Presiden Parti Cap Bunga, TS Muhyiddin Yassin berdiam diri apabila Bangsa Bugis dihina. Sedangkan kita tahu bahawa susur galur sebelah bapa Mantan Timbalan Perdana Menteri adalah dari bangsa Bugis dan susur galur sebelah Ibu dari bangsa Jawa. TS Muhyiddin Yassin tidak merasa marahkah apabila bangsa Bugis dihina?


October 17, 2017

79 Rindu Zaman @chedetofficial, Tanya "Siapa Dr Mahathir?" Pun Boleh Kena Ban


Kalau zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun, hanya kerana seniman M Nasir bertanyakan "Siapa Dr Mahathir?" beliau telah digam oleh Kementerian Penerangan. Bayangkan beliau masih Perdana Menteri Malaysia sekarang dan ada orang berucap di pentas reformasi dan berkata, 
Di mana Perdana Menteri adalah sorang perompak. Ialah mungkin kerana dia berasal dari lanun Kerala. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Kerala. Kami tak nak kamu. Kerana kamu adalah penyagak dan pencuri.
Bayangkan bagaimana nasib orang yang mengungkapkan ucapan di atas. Mungkin riwayat beliau berakhir di Penjara Kemunting kerana ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Rindu zaman Che Det!

Tidak pasti bagaimana populariti Tun Dr Mahathir sekarang dapat membantu Pakatan Harapan. Menganjurkan Himpunan KleptokrasiAbahKau di Stadium MPPJ, Petaling Jaya pun hanya dapat menarik kurang daripada 10,000. Kalau diterjemahkan di media sosial pula blog Tun Dr Mahathir, chedet.cc mengalami kadar penurunan yang amat drastik.

Populariti blog 'Chedet' telah menurun sejak tahun 2015 apabila Tun Dr Mahathir pertama kali menggunakan blognya untuk menyerang DS Najib Tun Razak. Berdasarkan ranking Alexa, untuk bulan Julai 2015, blognya adalah pada kedudukan 63,802 di seluruh dunia dan pada kedudukan 403 di Malaysia. Kedudukan pada hari ini blog berkenaan jatuh lebih 200,000 tempat kepada kepada 286,420 di kedudukan dunia dan berada pada tangga 2,743 di Malaysia (turun lebih daripada 2,300 tempat).

22 Penyakit Mudah Lupa Tun @chedetofficial Berjangkit Kepada Naib Presiden PPBM, TS Ab Rashid


Mantan Setiausaha Agong Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun 1979 - 1995 dan Pengerusi SPR tahun 2000 - 2008, TS Ab Rashid kini mengalami kecelaruan minda yang teruk. Di dalam ceramah Himpunan KleptokrasiAbahKau yang berlangsung Sabtu lepas, beliau telah membelasah dengan teruk orang yang dipanggil 'bos' beliau. 

Tidak dipastikan siapa 'bos' yang dimaksudkan beliau. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat semasa beliau memegang jawatan Setiausaha dan Pengerusi SPR adalah Boss beliau sekarang, Pengerusi Parti Cap Bunga, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Ingatkan kecelaruan minda TS Ab Rashid hanya berakhir di situ. Carian di internet mendapati penyakit Alzheimer beliau menjadi lebih teruk. Di dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, TS Ab Rashid dilaporkan berkata (pada masa itu bertarikh 01/01/2008), sekiranya beliau mempunyai kuasa untuk mendakwa, beliau akan mendakwa pembangkang (bukan 'bos' yang beliau ucap dalam Himpunan KleptokrasiAbahKau). 

Paling menarik kata-kata beliau ketika itu adalah, sekiranya pembangkang mahu protes pilihanraya yang tidak adil, mereka seharusnya tidak bertanding di dalam sebarang pilianraya. Nasihat tersebut patut diikuti oleh 'Boss' TS Ab Rashid sekarang.

video

October 16, 2017

41 Siapakah Yang TS Rashid Maksudkan Sebagai Penipu Rakyat? Adakah Tun @chedetofficial?



Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) TS Ab Rashid Abdul Rahman, ketika berucap di Himpunan KleptokrasiAbahKau dua hari lepas antara lain berkata 99 peratus rancangan yang dijalankan Barisan Nasional (BN) adalah untuk menipu Rakyat. Kata beliau dipetik Malaysiakini, baca di sini,
Jangan terkejut, saya bekas pengerusi SPR. Saya berdiri di sini, sebab saya muak melihat kelakuan pemimpin kerajaan, yang dulu kononnya 'bos' saya. 99 peratus rancangan (BN) diadakan untuk menipu, menawan hati rakyat. Beri sedikit, kaut banyak,
Mari kita lihat garis masa (timeline) di bawah:

1. Tempoh perjawatan TS Ab Rashid sebagai Pengerusi SPR adalah dari 12/11/2000 hingga 30/12/2008.
2. Dari 1979 hingga 1995, TS Ab Rashid adalah Setiausaha, SPR, orang yang paling berpengaruh selepas Pengerusi SPR.
3. DS Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 03/03/2009.


Yang pasti DS Najib Tun Razak bukanlah 'bos' yang dimaksudkan oleh TS Ab Rashid kerana pada hari terakhir beliau sebagai Pengerusi SPR, DS Najib Razak masih belum menjadi Perdana Menteri. Siapakah Perdana Menteri yang paling lama yang TS Ab Rashid menaburkan khidmatnya? Adakah beliau 'bos' yang sama yang TS Ab Rashid maksudkan untuk melakukan penipuan di dalam PRU? Adakah orangnya mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohammad?

15 Kalau Tun @chedetofficial Mahu Halau DS @NajibRazak Ke Bugis, Mahukan Tun Pulang Ke Kerala?


Di dalam Ucapan Kemuncak di Himpunan KleptokrasiAbahKau di Stadium MPPJ, Petaling Jaya, Sabtu lepas, Pengerusi yang juga 'Top Gun' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir telah mengesa Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk balik ke Bugis. Ucapan Tun Dr Mahathir Sabtu lalu jelas bukan sahaja menghina DS Najib Razak tetapi adalah melampau, biadap dan kurang ajar. Antara ucapan Tun itu ialah,

video
Mungkin kerana dia berasal dari lanun Bugis, entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia, pergi balik lah ke Bugis.
Inikah ucapan seorang yang dianggap sebagai Negarawan? Bagaimana ingin mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara dengan sikap sebegini? Pertama, tidak ada daerah mahupun kawasan di dunia yang bernama 'Bugis'. Bugis adalah nama keturunan. Untuk makluman Tun Dr Mahathir, ada juga Sultan dan Raja di Malaysia yang beketurunan Bugis. Dalam pada itu, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili telah mengesa pihak berkuasa untuk menahan Tun Dr Mahathir di bawah Akta Hasutan 1948, baca Malaysiakini, di sini.

Kedua, apakah sebabnya Tun Dr Mahathir mempunyai hak untuk menghalau mana-mana individu di dalam negara ini untuk pergi atau pulang ke mana-mana negara. Mungkin Tun Dr Mahathir mudah lupa. Tun Dr Mahathir sendiri susur galur bukan dari Malaysia. Sejarah membuktikan Tun Dr Mahathir dari Kerala, India. Adakah ini bermakna kami Rakyat Malaysia layak meminta Tun Dr Mahathir agar pulang ke India?

Ketiga, kalau ikut logik akal, orang asal di Malaysia hanyalah dari golongan kaum orang Asli dan Bumiputra di Sabah dan Sarawak. Kalau semua yang berasal dari tempat lain, diminta pulang ke negara masing-masing, hampir kosong Malaysia ini dibuatnya. Namun jangan dilupa, sejarah membuktikan bahawa suku bangsa Melayu adalah dari rumpun Nusantara iaitu daripada 'Gugusan Kepulauan Melayu' yang luas termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Brunei dan sebahagian Filipina. Oleh itu, kenyataan orang asal Malaysia adalah orang Asli dan Bumi Borneo adalah tidak tepat. 

Di dalam tulisan Tun Sri Lanang, Sulalatus Salatin menulis kedatangan anak Raja Sang Saperba menjadi Raja ketika sudah ada kerajaan yang dipimpin oleh Demang Lebar Daun. Ini merupakan kontrak sosial yang pertama di alam Melayu, perjanjian di antara Raja dan Rakyat. Yang pasti, keturunan Bugis masih lagi di dalam susur galur Melayu tetapi tidak yang berasal dari Kerala.

Sebagai Mantan Perdana Menteri 22 tahun, adalah lebih baik Tun Dr Mahathir mencadangkan program-program ekonomi, visi dan wawasan untuk masa depan Malaysia yang dimajukan oleh semua kaum etnik dan bangsa, berganding bahu untuk memajukan negara tercinta untuk kebaikan semua. Ini tidak, ucapan beliau hanya maki hamun. Low class. Shame on you Tun.


October 15, 2017

12 Mufti Wilayah Persekutuan Pun Boleh Dijadikan Modal Fitnah Pemimpin Pakatan Harapan


Terdesak dengan sokongan yang hambar di dalam himpunan KleptokrasiAbahKau semalam, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan mengubah strategi dengan sesuka hati mak bapak mereka meletakkan gambar-gambar orang tanpa kebenaran di dalam poster ceramah mereka.

Terbaru, gambar Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri menjadi modal fitnah mereka. Kita mungkin boleh percaya sekiranya Mufti salah sebuah negeri di Utara tanahair yang diletakkan di poster berkenaan tetapi bukan Mufti-Mufti negeri lain. 

Tahniah Datuk Dr Zulkifli yang tampil menafikan penglibatan beliau di dalam kegiatan tidak bermoral ini. Pemimpin Pakatan Harapan tidak tahu malukah dengan membuat fitnah begini? Sudah terdesakkah mereka untuk mendapat sokongan ulamak dan tokoh Agama selepas PAS bercerai talak tiga?



Nota Kaki: Syed Saddiq, Ketua Armada, Parti Cap Bunga menafikan pihaknya mengeuarkan poster ini. Namun, lihatlah syaitan mana yang mempromosikannya.


October 14, 2017

68 Bas Disediakan Rupanya Untuk Himpunan #KleptokrasiAbahKau ... Serta Bayaran Sekali

Walaupun bas disediakan untuk mengangkut peserta Himpunan KleptokrasiAbahKau, himpunan kali ini antara yang terhambar dalam sejarah demontrasi negara. Malaysiakini menganggarkan 8,000 orang sahaja malam ini, walaupun penganjur cuba menipu sehingga 25,000.








Manakala di bawah pula adalah mesej pesanan 'whatsapp' yang tersebar sejak petang tadi mengenai saguhati kepada peserta-peserta yang datang ke perhimpunan ini.


Jangan risau, tiada duit Tun Dr Mahathir dan keluarga digunakan untuk ini semua. Semuanya dikutip melalui tabung derma sejak petang tadi.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates