September 30, 2016

39 PAN Rasmi Pejabat Cawangan Pahang Bakar Mercun

Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa mereka adalah parti yang mengantikan PAS walaupun hakikatnya mereka adalah parti serpihan PAS dengan ahli yang kecewa dengan parti lama. PAS membawa imej parti Islam. Tidak salah jika saya katakan PAN juga membawa imej Islam.

Apabila hari ini Presiden PAN, Sahibul Samahah Syeikhul Mat Sabu merasmikan Pejabat PAN Pahang dengan menggunakan mercun papan, budaya dan imej Islam mana yang PAN bawa? Mungkin terikut-ikut budaya DAP kot?

23 Bila Awek Kena Saman, Cepat Saja YAB DS @AzminAli Turun Padang





Bukan kali pertama kejadian peniaga-peniaga di Shah Alam disaman kerana berniaga di tempat yang tidak dibenarkan dan juga tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. Namun tidak pernah sekali mendengar Menteri Besar Selangor turun padang untuk meninjau permasalahan mereka.

Agak mengejutkan apabila pagi ini, Menteri Besar Selangor, YAB DS Azmin Ali turun padang untuk melihat sendiri peniaga 'come lote', Siti Hajar Ahmad, yang perniagaannya dikenali sebagai 'Nasi Lemak Anak Dara' diiringi pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kisah Siti Hajar viral di media sosial apabila beliau disaman MBSA beberapa hari lalu.

Persoalannya, nasib ramai Makcik-Makcik yang menjual kerepek menyara hidup di Dataran Automobil, Seksyen 15, Shah Alam atau di hadapan Bank Rakyat, Seksyen 23, Shah Alam dan beberapa tempat lagi yang berniaga di kaki lima, tidak pernah ada siapa perdulikan. Apabila mendengar anak dara cantik disaman MBSA, laju sahaja Menteri Besar turun. Dunia. Dunia.

Ramai netizen melahirkan ketidakpuasan mereka seperti di bawah:



5 Kes Rasuah Tokong Lim Guan Eng Ditangguh

Jangka hayat politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng masih selamat buat masa ini. Sesi pengurusan kes ditangguhkan pada 06/12/016, atas sebab membabitkan begitu banyak dokumen secara teknikal. Peguam Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah, ianya membabitkan 13,000 halaman dokumen.

7 Perbicaraan Rasuah Lim Guan Eng Bermula, Hanya 100 Hadir Beri Sokongan?

Hari ini bermulalah perbicaraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng berkaitan pembelian sebuah 'banglo tanpa kolam renang' berkeluasan 10,500 kaki persegi di pinggir bandar eksklusif yang jauh di bawah harga pasaran dan pada harga per kaki persegi yang lebih murah daripada 'rumah mampu milik' yang dijual oleh Kerajaan Negeri.

Walaupun DAP dan Tokong Joseph Lim Guan Eng berkempen meminta orang ramai untuk hadir di mahkamah hari ini untuk menunjukkan sokongan, malangnya tidak lebih daripada 100 orang yang hadir memberi sokongan. Sebahagian daripada penyokongnya mungkin 'terpaksa' bermain golf amal bersama Tony Pua yang turut dijadualkan pagi ini. Ketibaan Tokong Lim Guan Eng di mahkamah disambut dengan jeritan penyokongnya "sokong Lim" manakala penentangnya pula membalas dengan jeritan "rasuah".





Macai-macai setia Tokong Joseph Lim Guan Eng ...

September 29, 2016

37 Ini Ceramah Pelancaran PAN Atau Majlis Hari Jadi?

Kita mengkagumi semangat Presiden PAS, Sahibul Samahah Ustaz Mat Sabu yang berjaya melancarkan Parti PAN di Parlimen Larut, Perak. Dengan kehadiran sebegitu ramai pengikut dan penyokong PAN, tidak boleh dinafikan bahawa kerusi Parlimen Larut akan dimenangi dengan mudah oleh parti PAN di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Bayangkan sokongan yang diberikan oleh masyarakat setempat sehinggakan penyokong sanggup duduk menonggeng kerana tidak cukup kerusi akibat terlalu ramai orang. Inilah bezanya penyokong PAN berbanding PAS, apatah lagi UMNO dan Barisan Nasional.

9 Pro-Pembangkang Dibelasah 9-0 Dalam Pilihanraya Kampus Universiti Awam Di Malaysia

Kemaskini Pilihanraya Kampus Universiti-Universiti Awam Malaysia setakat 29/09/2016:

Bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kumpulan Pro-Evolusi telah memenangi kesemua 48/48 kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM pada hari ini, dengan peningkatan 3 kerusi daripada tahun lepas.

Manakala di Universiti Putra Malaysia (UPM), kumpulan Pro-Aspirasi telah memenangi 37/45 kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM pada hari ini, peningkatan 4 kerusi daripada tahun lepas.

Dengan keputusan-keputusan ini, setakat hari ini, kumpulan-kumpulan pro-institusi (atau pro-establishment) telah memenangi pilihanraya Kampus Universiti-Universiti Awam Malaysia dengan jumlah jaringan 9-0, menewaskan kumpulan-kumpulan pro-pembangkang.

Nota Kaki: Satu lagi berita sedih buat macai ProTun dan minions pembangkang meroyan malam ini. 

10 Pemimpin DAP @yeobeeyin Pertahan PERMATA Yang Dinaungi Rosmah



Bukan satu perkara yang mudah bagi seorang ahli politik pembangkang untuk memuji sebarang usaha yang dijalankan oleh musuh politiknya. Amat mengejutkan apabila Program Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor mendapat pembelaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Selangor.

Yeo Bee Yin, ADUN Damansara Utama, menulis di dalam blog beliau hari ini, baca di sini, statistik membuktikan pelaburan Kerajaan dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) memberi manfaaat kepada pembayar cukai. Beliau berkata mengurangkan kos kebajikan sosial, menurunkan jenayah, menambah hasil negara dan memperoleh pulangan tertinggi dalam pembangunan sumber manusia. Justeru, sebarang usaha kerajaan membangunkan ECCE, kata beliau, termasuk PERMATA, tidak harus ditolak terus hanya kerana orang yang mendukungnya tidak disenangi. 

Walaupun di dalam postingnya di laman sosial Twitter meminta orang ramai membaca kenyataan penuh beliau berkaitan perkara itu dan berkata bahawa pertahan pelaburan dalam penjagaan dan pendidikan awal (ECCE) tidak sama dengan pertahan Rosmah, kita harus mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh PERMATA. Kudos YB!

Nota kaki: Peninglah macai ProTun dan minions pembangkang untuk spin berita ini.

September 28, 2016

73 Si Ibu Dr Wan Azizah Dan Si Anak Nurul Izzah Bermain Politik Bodoh Isu Grabcar


18/11/2015, Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama 250 pemandu teksi Lembah Kelang berkumpul di Padang Merbok bagi membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi 'Uber' dan 'Grabcar'.

Semalam, 28/09/2016, anak Ketua Pembangkang Nurul Izzah Anwar dengan bangganya menggunakan perkhidmatan 'Grabcar'. Inilah keluarga yang suka mengambil kesempatan dengan mempermainkan emosi Rakyat demi meraih sokongan dan undi. Kita berharap keluarga ini hentikanlah segera politik sandiwara dan bermuka-muka.

September 27, 2016

95 'Ustaz' Matthias Chang Cuba Mengajar Umat Islam Tentang Islam


Kegilaan apakah yang melanda golongan ProTun ini? Mantan Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamed dan masih kekal sebagai balaci nombor satu, Matthias Chang hari ini meroyan mengeluarkan video penjelasan kenapa beliau dan Datuk Husam Musa menarik diri daripada meneruskan saman terhadap Red Granite Pictures dan penerbit yang mengeluarkan filem The Wolf of Wall Street. Berita berkenaan CTS tulis di sini.

Dalam keghairahan beliau untuk mempertahankan diri, beliau juga turut mengajar Rakyat Malaysia tentang Islam. Orang yang cuba mengajar Islam ini jugalah orang yang sama mengadakan mogok lapar di dalam penjara. Sayangnya mogok lapar beliau hanya sekadar acah-acah dan tidak sehingga mati. Tonton video di bawah di mana 'Ustaz' baru ini cuba untuk mengajar tentang Islam.

video

Video lain penjelasan Matthias Chang mengenai kenapa saman ditarik balik boleh ditonton di bawah. Ada kami kisah?

video

5 200 Pekerja Dibuang Kerja Di Penang, @cmlimguaneng Masih Gembira Bermain Buaian


TS Solartech Sdn Bhd, anak syarikat kepada Tek Seng Holdings Bhd mengumumkan akan memberhentikan 200 orang pekerja mereka mulai hari ini. Alasan yang diberikan adalah kilang berkenaan telah mengeluarkan produk melebihi permintaan maka berlaku lebihan pekerja. TS Solartech adalah pembuat sel solar silikon kristal yang berpengkalan di Prai, Pulau Pinang di mana Solartech Technology yang berpangkalan di Taiwan memegang sebanyak 42% peratus kepentingan.

Terdahulu, syarikat pengeluar hard disk, Seagate telah menutup kilang pengeluarannya di Pulau Pinang sebagai sebahagian dari langkah penstrukturan semula. Sejumlah 8,000 orang pekerja telah terlibat dalam langkah pengurangan kos ini. Seagate telah beroperasi di Pulau Pinang sejak 1988. Penutupan operasi mereka ini pastinya akan mendatangkan impak ke atas penduduk Pulau Pinang.

Sementara itu Western Digital turut menutup operasi di Pulau Pinang dengan 400 pekerja tempatan dan 800 pekerja asing telah kehilangan kerja. Mereka juga memindahkan operasi di mana kilang baru akan dibuka di Korat Thailand. Buat masa ini hanya kilang Western Digital di Senai akan dikekalkan.

Adakah Ketua Menteri Pulau Pinang sedih dengan berita ini? Mungkin tidak sebab beliau masih gembira bermain buaian, semalam.

video

September 26, 2016

52 Antara Koh Tsu Khoon Dan Lim Guan Eng, Siapa Lagi Hebat?

Tidak perlu artikel panjang-panjang. 9 fakta di bawah sudah cukup untuk mengambarkan siapa yang berkhidmat untuk Rakyat Pulau Pinang dan siapa yang merupakan biawak hidup.

1 @cmlimguaneng Sudah Gila Atau Beliau Ada 'Split Personality'


Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng ketika mengulas bahawa Pulau Pinang akan terus mengambil langkah-langkah tegas untuk menjamin tidak akan berlaku catuan air, beliau berkata,

"Banyak negeri menghadapi isu air; di Johor, empangannya kering walaupun ia musim hujan; di Pulau Pinang, empangan Ayer Itam hampir penuh, manakala empangan Teluk Bahang lebih 55 peratus, tetapi kami harap dapat mengisinya pada musim hujan nanti. Walaupun kita tidak mempunyai taburan hujan yang tinggi, namun kita tidak pernah mencatu air, ini adalah jaminan yang boleh kita berikan kepada semua pelabur, kami tidak akan membenarkan ia berlaku. Saya katakan sebelum ini dan akan katakan sekali lagi. Saya dituduh agak keras dalam soal catuan air, jika perlu, ada yang akan dipecat. Jika ada yang mencadangkan catuan air, saya akan tuntut peletakan jawatan ketua (PBAPP)." - Sumber Malaysiakini.

Sama ada Joseph Lim Guan Eng ada penyakit lupa yang amat kronik atau beliau mengalami sindrom 'split persoanlity', beliau sepatutnya sedar orang yang beliau tuntut untuk meletakkan jawatan itu adalah dirinya sendiri. Ini disebabkan Pengerusi PBAPP adalah juga Lim Guan Eng!!! 



Atau mungkin juga Joseph Lim Guan Eng terlalu marahkan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua sehingga tersasul disebabkan Tony Pua main golf semasa dia masuk mahkamah 30hb September nanti.

September 25, 2016

55 Daftar Ahli Baru Parti Cap Bunga Raya Di Aloq Setaq Penuh Sesak, Jalan Jam!!!


Pendaftaran ahli baru Parti Cap Bunga Raya di negeri kelahiran Pengerusi mereka, Tun Dr Mahathir Mohamed di Alor Setar Kedah mendapat sambutan di luar jangkaan. Hotel Seri Malaysia yang merupakan tempat pendaftaran tersebut penuh sesak. Jalan raya di sekitar Alor Setar langsung tidak bergerak.

Ini disebabkan kehadiran Mantan Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir ke situ. Parking ke Hotel Seri Malaysia yang bersebelahan dengan Stadium Darul Aman penuh sehingga bersusun bertingkat-tingkat. Gambar di bawah menjadi buktinya.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates