February 20, 2016

17 Apa Kena Isteri Ketua Menteri Penang Pakai Baju Separuh Bogel?

Mungkin pakaian ini elok untuk model-model yang cantik dan muda. Namun ianya kurang sesuai apabila dipakai oleh isteri pemimpin terutamanya yang bertaraf Ketua Menteri.

Agak seksi dan seksa melihat Betty Chew mengayakan baju seksi yang menampakkan sebahagian besar belakang badannya. Mungkin dengan cara berpakaian sebegini dapat mengelakkan suaminya dari melihat wanita lain?

39 Rafizi Ramli, Tun M & Claire Brown Seperti "Birds Of A Feather Flock Together"

Biarlah gambar-gambar sahaja berbicara. Walaupun mereka selalu berdalih dan enggan mengaku bahawa mereka amat rapat dengan pemilik Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown, hakikatnya mereka tidak dapat menipu kita buat selamanya.

Program Rafizi Ramli, Wong Chen dan Nik Nazmi di United Kingdom (UK) anjuran Malaysian Progressives United Kingdom (MPUK) pada hari Sabtu, 30/01/2016 dengan kehadiran Claire Rewcastle-Brown dengan bergambar mesra menjelaskan segalanya.

Semasa tuduhan RM2.6 billion dilakukan oleh Tony Pua sebelum ini, Tony Pua telah mengaku bertemu dengan Claire di London. Terbaru, apabila Wall Street Journal (WSJ) pula membuat tuduhan bahawa RM2.6 billion berkenaan bukannya datang dari keluarga Di Raja Saudi, tidak lama sebelum itu, Setiausaha Agong PKR yang didapati bersalah oleh Mahkamah kerana memfitnah, secara kebetulan bertemu dengan pemilik Sarawak Report ini di London bersama-sama Dyana Sofea. Kebetulan? Anda sendiri fikirkan.

0 Bantuan Peneroka Terlibat Industri Bausit Ditentukan Selepas Moratorium Berakhir

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, Felda perlu menunggu keputusan sama ada aktiviti perlombongan bauksit akan diteruskan dengan garis panduan baharu atau sebaliknya sebelum mempertimbangkan sebarang bantuan. 

Beliau berkata bantuan kepada peneroka yang terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan moratorium perlombongan bauksit di Bukit Goh di Kuantan akan ditentukan selepas moratorium berakhir April ini. Sehubungan itu, beliau sekali meminta peneroka terlibat agar bersabar sementara kerajaan mengenal pasti garis panduan baharu yang efektif bagi aktiviti perlombongan bauksit.  

TS Isa sebelum ini pernah berkata bahawa sebahagian besar peneroka di Bukit Goh, Pahang tidak meminta pandangan daripada pihak Felda sebelum aktiviti perlombongan bauksit dijalankan di kawasan itu.

Beliau berkata, hanya 97 daripada 227 peneroka di kawasan itu mendapatkan nasihat Felda manakala bakinya tidak berbuat demikian kerana status tanah yang sudah menjadi milik mereka. Katanya, sebahagian daripada mereka meneruskan perjanjian dengan pengusaha yang tidak memiliki permit dan enggan mendapatkan nasihat selanjutnya daripada Felda. Beliau menambah niat Felda adalah menjaga kepentingan peneroka supaya tidak berlaku penipuan atau perkara yang boleh merugikan mereka.

Kita berharap peneroka Felda yang ditipu oleh pengusaha bauksit ini dapat menjadikan episod ini sebagai satu pengajaran yang berguna. Ini kerana ada peneroka mengalami kerugian apabila terdapat pengusaha bauksit didakwa menjalankan kegiatan perlombongan secara haram selain mengorek bauksit di kawasan tidak dibenarkan termasuk tapak perumahan. Sebanyak 248 daripada 671 peneroka di Felda Bukit Goh terlibat dengan perlombongan itu yang membabitkan 33 pengusaha bauksit.

February 19, 2016

0 Anda Menganggur? Jadikan McDonald's Sebagai Karier Dan Sumber Pendapatan


"Hai. Selamat datang ke McDonald's. Ingin mencuba set terbaru kami?"

Ini antara sapaan yang biasa didengar setiap kali mengunjungi restoran makanan segera, McDonald's. Setibanya di kaunter, pelanggan akan disambut mesra dan senyuman daripada petugas kaunter. Sementara menunggu pelanggan membuat pilihan menu, petugas kaunter akan menawarkan beberapa hidangan yang menarik dan lazat.

Kita sering mendengar dan membaca di media sosial keluhan daripada remaja dan belia Malaysia yang ketiadaan pekerjaan atau istilah sebenarnya adalah menganggur. Ini ditambah dengan pelbagai kecaman yang dibuat oleh mereka kepada pihak Kerajaan yang dikatakan membuat cadangan untuk membawa masuk 2.5 juta pekerja asing dari negara Bangladesh.

Remaja Malaysia seharusnya menyahut cabaran untuk menyertai McDonald's sebagai bukan setakat sebagai kakitangan malah sebahagian daripada ahli keluarga besar McDonald's Malaysia. Mereka tidak perlu bersaing dengan warga asing kerana McDonald's mengutamakan warganegara Malaysia.

Kerjaya di restoran makanan segera McDonald's merupakan suatu pilihan yang bijak dan tidak sia- sia. Ini kerana setiap krew dibayar gaji mengikut jam. Lebih menarik lagi apabila gaji bulanan yang diterima dipotong untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan SOCSO. Faktor ini dapat membantu pekerja menyimpan bekalan pada hari tua dan dilindungi sekiranya mengalami kemalangan ketika bertugas.

Di McDonald's, para pekerja yang rajin dan berdisiplin dalam melakukan tugasan tidak dipandang sebelah mata. Sebaliknya pihak pengurusan akan mempromosi krew tersebut untuk menyandang jawatan yang lebih tinggi. Bukan menjadi suatu yang aneh seorang krew yang rajin dan berdisiplin dilantik menjadi ketua krew. Ada yang mendapat kenaikan pangkat pangkat menjadi 'Floor Manager (FM)' dan menjawat Pembantu Pengurus hanya dalam beberapa tahun. Ramai yang melakukan semua ini hanya dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di McDonald's, kebanyakan krew yang pada dasarnya berkhidmat secara sambilan, akhirnya bekerja sepenuh masa. Ini disebabkan jadual kerja yang fleksibel, di mana krew boleh memilih waktu dan hari yang dikehendaki, persekitaran restoran yang selamat dan bersih serta peluang kenaikkan pangkat, membuatkan mereka merasa terjamin bertugas di McDonald's.

Justeru, bagi remaja dan belia yang mengeluh tiada pekerjaan yang sesuai, jangan lepaskan peluang untuk berkhidmat di McDonald's. Ini kerana anda bakal memperoleh gaji yang lumayan, kenaikan pangkat, perkhidmatan perubatan, cuti tahunan, makanan percuma dan elaun.

February 18, 2016

0 myBAS Diperluas Ke Ipoh Mulai April 2016



Operasi perkhidmatan bas henti-henti MyBas yang sebelum ini diperkenalkan di Kangar, Perlis dan Seremban, Negeri Sembilan akan mula beroperasi di Ipoh Perak, bermula 01 April ini. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), TS Syed Hamid Albar berkata, menerusi perkhidmatan myBAS Ipoh, SPAD menjangkakan lebih 8 juta penumpang akan menggunakan perkhidmatan myBAS tahun pertama operasinya.

Menurut TS Syed Hamid, perkhidmatan di bawah jenama myBAS ini akan menawarkan pengangkutan awam yang lebih bersepadu, liputan rangkaian laluan yang lebih baik, laluan baharu serta perkhidmatan yang boleh dipercayai,

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara SPAD dengan The Combined Bus Services Sdn Bhd (TCBS). TS Syed Hamid berkata myBAS adalah sebahagian daripada program Transfornasi Perkhidmatan Henti-Henti (SBST) yang dibiaya oleh Kerajaan.

Menurut TS Syed Hamid, perkhidmatan myBAS Ipoh akan meningkatkan jaringan bas daripada 132 kilometer dengan 12 laluan kepada 254 kilometer dengan 16 laluan. Perkhidmatan itu akan diintegrasikan dengan stesen KTM serta melibatkan kawasan-kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan sebelum ini seperti Chemor, RTC Gopeng, Station 18, Menglembu, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, JUSCO Ipoh dan SMK Gunung Rapat.

Semua bas itu dilengkapi Sistem Kedudukan Global (GPS) bagi membolehkan SPAD membuat pemantauan dan memastikan syarikat berkenaan menepati waktu, kekerapan operasi dan mempunyai sistem maklumat jumlah penumpang. Syarikat TCBS yang sebelum ini telah membuktikan keupayaan mereka mengendalikan Perak Transit telah memberikan tawaran terbaik daripada empat syarikat yang memasuki tender terbuka.

TS Syed Hamid menjelaskan tidak ada perubahan tambang apabila myBAS memulakan operasi. Demi memastikan keselamatan penumpang SPAD meletakkan syarat supaya usia setiap myBAS tidak boleh melebihi tujuh tahun. Bagaimanapun bas-bas yang digunakan TCBS berusia dua tahun sahaja. Katanya lagi, tumpuan SPAD sekarang ialah untuk memastikan sistem kad prabayar digunakan sepenuhnya oleh semua pengendali bas supaya perjalanan lebih bersepadu.



0 FELDA Dan FGV Sediakan Peluang Kerja Kepada Bekas Penagih Dadah

Kerajaan telah melancarkan 'Program Oil Palm For Life (OPAL)' bagi menyediakan peluang kerja kepada 1,000 orang bekas pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di ladang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Global Ventures (FGV). Ini bagi memenuhi keperluan buruh di sektor perladangan disamping mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. 

Bekas pelatih AADK yang terpilih ini ditawarkan bekerja dalam sektor perladangan untuk tempoh 2 tahun di 20 kawasan ladang Felda dan FGV. Peserta yang merupakan bekas penagih yang dipulihkan itu dipilih menerusi program jelajah ke Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) di seluruh negara, akan ditempatkan diladang-ladang FELDA dan FGV secara berperingkat.

Kumpulan pertama membabitkan 50 orang bekas pelatih akan mula ditempatkan di ladang Felda Serting, Negeri Sembilan bermula pertengahan Mac depan. Mereka akan dibayar gaji minimum RM900 dengan kontrak kerja selama dua tahun selain diberikan kemudahan asrama dan pengangkutan. skim gaji, kebajikan dan kemudahan yang diberikan kepada peserta ini sama seperti yang diberikan kepada buruh asing.

Kita menyambut baik langkah Kerajaan mewujudkan program ini memandangkan inisiatif OPAL ini bertujuan bagi memberikan peluang kedua kepada peserta terlibat membina kehidupan di dalam sektor perladangan apabila sebelum ini berlaku penolakan terhadap golongan ini selepas mereka keluar bercampur dengan masyarakat walaupun mereka ini telah disediakan dengan kemahiran berkaitan. 

Selain itu, diharap program ini juga dapat mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing dan dapat merapatkan jurang pendapatan dan meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran peserta yang terlibat.

0 Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Akan Disemak Dan Dibangunkan Semula


Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai berkata Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya yang ditambah baik tahun ini, akan dilaksanakan di semua sekolah pada tahun depan. Kerajaan katanya telah meluluskan peruntukan berjumlah RM42 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11 untuk Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR).

Gandingan bersama antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan amat relevan dan sesuai bagi sama-sama menjalankan program khas untuk pelajar-pelajar sekolah terutamanya dalam pendidikan keselamatan jalan raya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberi pendapat dan cadangan bagi penambahbaikan modul itu mulai hari ini sehingga 17 Mac depan di laman sesawang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Semua input akan dianalisis dan diambil kira bagi penambahbaikan modul itu.

Kementerian Pengangkutan melaksanakan PKJR di sekolah mulai 2007 dengan usaha sama Kementerian Pendidikan sebagai langkah proaktif jangka panjang bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar.

DS Liow berkata modul berkenaan merangkumi pendidikan keselamatan jalan raya selama 40 minit seminggu dalam subjek Bahasa Malaysia, dan diajarkan kepada murid Tahun Satu sehingga pelajar Tingkatan Tiga.

Terdahulu, dalam ucapannya DS Liow berkata penyelarasan semula modul berkenaan penting bagi memastikan topik yang disediakan adalah mengikut peredaran zaman dan bersesuaian dengan budaya masa kini. Beliau berkata satu contoh ketara adalah pemanduan menggunakan telefon bimbit merupakan senario yang tidak wujud pada 15 atau 20 tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah kemalangan jalan raya pada 2015 meningkat kepada 489,606 berbanding 476,196 pada tahun sebelumnya, dengan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat kepada 6,706 pada 2015 berbanding 6,674 pada 2014. Pada 2015, sebanyak 1,849 kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan mereka yang berumur 25 tahun ke bawah.


39 Terima 16 Tong Hadiah, Menantu DS @NajibRazak Jawab Fitnah

Menantu Perdana Menteri, Daniyar Kessikbayev menafikan dakwaan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya DS Najib Tun Razak memberi 16 tong hadiah kepada keluarga beliau pada majlis pertunangan dengan Nooryana Najwa pada 17/06/2011. Daniyar menjelaskan, hadiah itu sebaliknya adalah pemberian pihak keluarga lelaki kepada keluarga Perdana Menteri dan juga bakal tunangnya ketika itu, Nooryana Najwa.

Daniyar berkata tidak pernah wujud 16 tong hadiah seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir tetapi hanya 16 kotak hadiah yang diberikan kepada tunangnya, yang menjadi sebahagian tradisi masyarakar Kazakhstan, sebagai mahar.

Mungkin Tun Dr Mahathir sudah tua dan keliru apabila gagal membezakan di antara 16 kotak dan 16 tong. Kita maafkan beliau. Sebagai bakal suami pada masa itu, pemberian tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi masyarakat Kazakhtan untuk bakal isteri pada masa akan datang termasuk barang kemas, minyak wangi dan sutera.

Daniyar berkata, pemberian hadiah tersebut merupakan hasil titik peluhnya sendiri bukannya menggunakan wang keluarga atau wang Kerajaan. Daniyar  berkata beliau tidak mempunyai apa-apa urusan atau sebarang bentuk perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Saya juga tidak mengambil wang daripada rakyat Malaysia. 

Sehubungan itu, Daniyar dengan penuh hormat menggesa Tun Dr Mahathir supaya berhenti menggunakan perkahwinannya dengan Nooryana Najwa sebagai subjek politik. Beliau juga percaya Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik yang bijak, seorang bapa dan suami pandai menilai apa yang salah dan apa yang betul untuk bercakap.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mendakwa majlis pertunangan anak Perdana Menteri, yang pernah dihadirinya sebelum ini menyediakan hadiah sebanyak 16 tong untuk diserahkan kepada bakal menantunya. Tun Dr Mahathir seharusnya menjaga keluarganya sendiri seperti memastikan keluarganya makan di tempat yang halal dan bukannya tempat yang menyajikan hidangan babi sebagi menu utama.

5 @ngakorming Fitnah Ketua Menteri Sarawak Dengan Isu Perkauman cc. @PDRMsia @SKMM_MCMC





Ahli Parlimen Taiping sudah keterlaluan kali ini dengan membuat fitnah terhadap Ketua Menteri Sarawak, TS Adenan Satem. Dalam dua posting beliau di dalam laman sosial Facebook beliau semalam, beliau membuat dakwaan bahawa seolah-olah Ketua Menteri Sarawak membuat kenyataan di akhbar Cina yang bermaksud, "Balik Tongsan Cina Babi" dan "Apa lagi Cina Mahu". Hakikatnya, apa yang diucapkan oleh Ketua Menteri Sarawak seperti yang dipetik oleh akhbar China Press (lihat gambar di bawah) adalah "Adenan: Our government will always treat Chinese well".

Kita faham tindakan Nga Kor Ming yang terdesak untuk memburukkan Ketua Menteri Sarawak dengan isu perkauman yang melibatkan masyarakat Cina. Ini memandangkan DAP sedang mengembangkan pengaruh di Sarawak untuk mendapatkan undi terbanyak masyarakat Cina di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dikatakan akan diadakan bulan March atau April nanti.

Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM)  dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) seharusnya mengambil tindakan tegas ke atas Ahli Parlimen Taiping ini yang membuat fitnah perkauman.

February 15, 2016

12 Cukuplah Pasukan Bolasepak Kelantan Ditaja Pamoga Que Puteh, Sekolah Kerajaan Pun Terlibat Sama?

Janganlah sampai jadi begini. Bukankah Sekolah Rendah ini milik penuh Kerajaan Persekutuan. Bolehkah sebuah sekolah rendah mensyaratkan kehadiran Ibu Bapa ke Mesyuarat PIBG sekolah berkenaan dengan memakai pakaian 'pink' disebabkan penutupan majlis PIBG berkenaan dilakukan oleh DS Dr Vida, pemilik Pamoga Que Puteh? Sekolah adalah tempat pembelajaran kanak-kanak dan janganlah dicampur aduk dengan aktiviti perniagaan sesetengah pihak.

Bolehkah mana-mana Sekolah milik penuh Kerajaan Persekutuan mengadakan promosi barangan milik sesuatu syarikat di dalam kawasan sekolah? Apakah perkara ini sudah mendapat lampu hijau daripada Kementerian Pelajaran negeri mahupun pusat? Guru Besarnya tidak faham atau buat-buat tak faham? Adakah Guru Besar Sekolah Rendah berkenaan begitu kemaruk dengan penajaan?



Kemaskini 8.50AM; 16/02/2016:

0 Rumah Ronald McDonald - PPUKM, Satu Impian Yang Menjadi Kenyataan


Kebanyakan keluarga datang dari segala ceruk rantau Malaysia ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan hospital untuk anak-anak mereka. Kos rawatan perubatan pediatrik sememangnya adalah mahal dan sekiranya ditambah dengan perbelanjaan di hotel atau motel di bandar akan lebih memberi tekanan kewangan dan emosi. Tambahan lagi, keluarga kanak-kanak ini pastinya ingin memilih untuk menetap sehampir mungkin dengan anak-anak mereka yang mendapatkan rawatan.

The Ronald McDonald House (RMH) - PPUKM menawarkan kepada keluarga sebegini penginapan yang berpatutan dan selesa di dalam kawasan daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) iaitu semurah RM5 semalam. Secara rasmi RMH - PPUKM dilancarkan pada 21/06/1999. 

Rumah ini mempunyai 19 bilik tidur dengan bilik mandi 'en suite' dan kemudahan yang lengkap seperti dapur, ruang makan, ruang TV, taman dan bilik permainan untuk kanak-kanak, bilik komputer, perpustakaan, bilik dobi dan lain-lain. Ianya merupakan rumah pertama seumpamanya di rantau ASEAN.

Sehingga kini, lebih daripada 600 keluarga yang mempunyai anak yang mendapatkan rawatan di PPUKM dan semua hospital kerajaan di sekitar Lembah Klang telah mendapat manfaat daripada kemudahan ini sejak penubuhannya. Sejak tahun 1999, McDonalds telah menyalurkan lebih daripada RM4.5 juta bagi program ini.

RMH - PPUKM ini dibuka 24 jam sehari 365 hari dalam setahun. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi 03-91735994. Keluarga yang mempunyai masalah kewangan dibenarkan tinggal tanpa sebarang kos atau bagi yang mampu bolehlah membuat sumbangan sebanyak RM5 sehari.


12 Mantan ADUN PKR Batu Uban Kurang Ajar Mempersendakan Islam @PDRMsia


Semakin hari sikap pemimpin bukan Islam dari pembangkang semakin berani dan kurang ajar mempersendakan Islam. Terbaru, Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Raveentharan Subramaniam telah memuatnaik di dalam laman sosial Facebook beliau satu karikatur menghina penganut Agama Islam yang berkahwin empat. 

Karikatur berkenaan telah beliau muatnaik semalam bersempena Hari Kekasih (Valentine Day). Walaupun beliau seorang pencinta Hari Kekasih, ianya bukanlah tiket untuk beliau menghina penganut Agama lain. Untuk kamu Agamamu, dan untukku Agamaku. Jangan kurang ajar.

0 Hanya Lori Paka Sahaja Dibenar Angkut Bauksit - Menteri Pengangkutan


Kementerian Pengangkutan menetapkan hanya lori jenis paka yang tertutup sepenuh di bahagian belakang sahaja yang akan dibenar untuk mengangkut bauksit selepas tempoh moratorium perlombongan bahan mineral itu berakhir April ini.

Menterinya, DS Liow Tiong Lai berkata perkara itu merupakan antara perkara yang terkandung dalam garis panduan pengangkutan bauksit yang ditetapkan pihak kementerian dalam usaha mengelak masalah pencemaran daripada berulang.

Menurut DS Liow, ini kerana lori jenis itu dapat mengangkut bauksit tanpa terjatuh di atas jalan raya seperti lori yang biasa digunakan sebelum ini, Selain itu, katanya semua lori berkenaan hanya dibenarkan melalui laluan tertentu untuk mengangkut bahan mineral itu ke stor penyimpanan yang akan ditentukan.

Kementerian Pengangkutan telah menetapkan Pelabuhan Kuantan bukan lagi kawasan stor penyimpanan bauksit. Kementerian menurut DS Liow tidak mahu pelabuhan itu menjadi kawasan yang bersepah dengan bauksit tanpa kawalan. Beliau berkata langkah itu adalah bagi memastikan pelabuhan serta jalan di sekitarnya tidak tercemar dengan bauksit seperti yang berlaku sebelum ini.

Beliau berkata garis panduan dan kawalan yang lebih jelas akan diedarkan kepada pihak yang terlibat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad setelah ia diperhalusi dan diperkemaskan dengan agensi yang berkenaan. 

Di peringkat kementerian sudah menyediakan garis panduan pengangkutan bauksit yang jelas yang akan diberi kepada pengusaha lombong bauksit. Garispanduan tersebut bagaimanapun perlu dibincangkan dalam sekretariat bersama agensi dan jabatan lain yang berkepentingan yang diketuai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. 

Rakyat Malaysia khususnya masyarakat Pahang seharusnya boleh menarik nafas lega dengan tindakan tegas dan teratur yang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan. Langkah ini seharusnya dapat mengurangkan pencemaran yang sering dilakukan oleh lori bauksit dahulu. Kerajaan sebelum ini memutuskan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan bermula 15 Januari lalu. 

Adalah diharapkan pemantauan dan pengawalan yang ketat ke atas peraturan dan garispanduan yang dibuat ke atas lori bauksit dapat dilakukan secara berkala bagi memastikan garispanduan yang baik ini dapat melindungi keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat dari gejala negatif hasil dari perlombongan bauksit.

6 Billboard Memperingati Anwar Ibrahim - Apa Untungnya Kepada Rakyat Selangor?


Tahniah kepada Rakyat Selangor. Billboard memperingati Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dipasang di merata-rata di Selangor. Kita berharap Kerajaan Negeri tidak menggunakan duit pembayar cukai untuk membuat billboard berkenaan. Tidak ada hasilnya untuk Rakyat Selangor pun. Yang pastinya, Billboard berkenaan tidak mempunyai sebarang kelulusan daripada Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Mungkin mereka tertidur kot?

Cuma kita hendak bertanya Peguam Negara, adakah tindakan sebegini tidak menghina undang-undang negara apabila dikatakan pesalah kes liwat dikatakan tahanan politik?Kalau billboard ini bertentangan dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah, sewajarnya tindakan diambil kepada sesiapa yang memasangnya dan tindakan menurunkan billboard ini harus dilakukan.



February 14, 2016

2 McDonald's Taja Rawatan Kanak-Kanak Sumbing Secara Percuma Melalui Program #GiftOfSmile

Fakta yang tidak diketahui oleh kebanyakan dari kita adalah 1 dalam 700 bayi di Malaysia dilahirkan sumbing. Secara amnya, rawatan dari hospital kerajaan adalah dalam lingkungan RM200 – RM1000. Bergantung kepada tahap keadaan anak anda. Berbanding dengan hospital swasta yang rata-rata dalam lingkungan RM5,000 ke atas. Juga bergantung kepada keadaan anak anda.

Jika anda mempunyai masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan, McDonald's Malaysia ada membuat dana untuk rawatan sumbing bagi ibu bapa yang memerlukan. McDonald's melalui Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) telah menaja kos rawatan kanak-kanak yang mempunyai masalah mulut sumbing atau 'cleft lip'. Anda boleh menghubungi mereka melalui laman web di sini. Terdapat 2 peringkat dana yang disumbangkan melalui program ini:

Peringkat 1:

Dikhaskan kepada kanak-kanak dilahirkan dengan 1 peringkat bibir dan lelangit daripada keluarga berpendapatan rendah. Program ini mendapat kerjasama dengan Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan UKM. Kanak-kanak akan menjalani pembedahan pembetulan tanpa sebarang kos dan penginapan dan pengangkutan kos percuma untuk keluarga di luar Lembah Klang.

Program ini telah ditubuhkan pada tahun 2004. Setakat hari ini, lebih daripada 350 kanak-kanak telah mendapat manfaat daripada program ini dan McDonald's telah menyalurkan lebih daripada RM3 juta terhadap program ini.

Peringkat 2:

Peringkat ini dikhaskan untuk kanak-kanak selepas 5 tahun melakukan Peringkat 1 bibir dan lelangit. Program ini mendapat kerjasama daripada Hospital Pantai Kuala Lumpur. Kanak-kanak yang berkenaan akan menjalani ortodontik dan tulang cantuman pembedahan tanpa sebarang kos.

Program peringkat 2 ini ditubuhkan pada lewat 2013. Seramai 10 kanak-kanak ditaja setiap tahun dan sejak akhir 2013, McDonald's telah menyaalurkan sejumlah RM40,450 terhadap program ini. McDonald's telah merancang untuk menaja lebih daripada 10 kanak-kanak setahun pada masa hadapan.

0 Sistem KEJARA Lebih Berkesan Daripada Naikkan Saman Trafik

Menteri Pengangkutan, DSi Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya (KEJARA) dan sistem penguatkuasaan automatik (AES) adalah kaedah yang lebih berkesan berbanding cadangan supaya menaikkan kadar saman trafik. Beliau berkata kenaikan kadar saman trafik diyakini tidak mampu mendidik pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya di negara ini agar lebih hemah memandu.

Menurut DS Liow lagi, berbanding mengenakan denda tinggi atau rendah adalah suatu yang subjektif kepada setiap rakyat di negara ini yang bergantung kepada jumlah pendapatan dan taraf kedudukan kewangan mereka, di dalam sistem KEJARA, jika pengguna jalan raya lakukan kesalahan berkali-kali hingga mencapai tahap mata tertentu, lesennya akan digantung. Oleh itu kaedah itu menurut beliau lebih berkesan.

DS Liow bagaimanapun berkata, kementeriannya sentiasa mengalu-alukan pelbagai inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjaga keselamatan jalan raya, antaranya menaik taraf unit trafik kepada sebuah jabatan. KDN dan pihak polis kata beliau mempunyai cara lain untuk mendidik pengguna jalan raya kementerian beliau juga mempunyai cara tersendiri iaitu melalui KEJARA dan AES. Beliau menambah kementerian beliau sentiasa bekerjasama dengan pihak KDN dan polis dalam usaha ini.

CTS bersetuju dengan pandangan daripada Menteri Pengangkutan ini. Salah satu kelebihan kombinasi KEJARA dan AES dilaksanakan adalah dapat mengurangkan kes rasuah kepada pihak penguatkuasa. Adalah diharapkan pihak Kementerian Pengangkutan dapat menambah lagi pemasangan AES terutama dengan memberi tumpuan kepada lorong kecemasan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates