October 6, 2016

1 ADUN DAP Hadir Lawatan Ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Di Kerinchi


Teka-teki sama ada ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin akan hadir ke sessi penerangan pengenalan Program Permata terjawab apabila beliau hadir pagi tadi ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) bertempat di Blok F, PPR Kerinchi, Jalan Pantai, Kuala Lumpur. Taklimat khas PERMATA di Kerinci pagi tadi disampaikan oleh DS Siti Azizah Syeikh Abod, Pegawai Khas Perdana Menteri dan TS Prof Dr Sharipah Habsah Syed Hasan Shahabudin.

Antara Wakil-Wakil Rakyat DAP yang turut hadir adalah Hannah Yeoh dan Ong Kian Meng dan ADUN Pulau Pinang Yap Soo Huey. Manakala pemimpin dari Barisan Nasional yang turut hadir termasuk Ahli Parliman Langkawi Dato Ir Nawawi Ahmad dan Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie.

YB Yeoh Bee Yin pada dasarnya bersetuju program ini sangat baik tetapi mahukan diwujudkan satu Kementerian Khas untuk PERMATA dan bukan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beliau juga mahu melihat akaun PERMATA. Beliau juga bimbang kesinambungan program PERMATA yang mungkin mati sekerat jalan sekiranya isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor tidak lagi menjadi Penaung dan Mentor PERMATA.

CTS merasa amat gembira apabila ADUN DAP mengiktiraf program PERMATA. Apatah lagi kebimbangan beliau mengenai program berkenaan akan mati separuh jalan sekiranya DS Rosmah Mansor tidak lagi menjadi Penaung PERMATA. Secara tidak langsung beliau juga turut mengiktiraf DS Rosmah Mansor sebagai individu penting dan nadi kepada program berkenaan. 

Mengenai akaun PERMATA pula, YB Yeo Bee Yin menggambarkan seolah-olah perbelanjaan PERMATA disorok daripada tatapan umum sedangkan hanya dengan menggunakan carian Google dan sesiapapun boleh mengakses rekod berkenaan di laman web Khazanah. Untuk kesenangan YB Yeo Bee Yin, CTS sertakan 'link' Perbelanjaan PERMATA dari 2012 hingga 2016 di bawah Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang boleh diakses di laman web Khazanah seperti di bawah:





1 comments:

ted manoff said...

Biarr betul...DAP..?adakah nii semua agenda yahudii..? Nek tempoyak sila beri pandangan...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates