September 4, 2016

31 Urus Penerbitan Majalah Pun Lingkup, Siapa A Kadir Jasin Hendak Cakap Ekonomi Negara Genting?

Sehari dua ini penganut kitab WSJ, ProTun begitu galak menyerang Kerajaan dari segi ekonomi dan kewangan. Terbaru, seorang blogger, wartawan dan usahawan yang gagal telah dihantar untuk menulis kononnya kewangan Kerajaan pada masa kini amat genting.

Tidak banyak fakta yang beliau bentangkan untuk menyokong dakwaannya itu. Apa yang pasti CTS bersetuju dengan satu kenyataannya iaitu ekonomi tidak pernah berbohong. CTS ingin mengajak ProTun Minions untuk menghadam keadaan ekonomi Malaysia setakat 31/07/2016 seperti yang dibentangkan oleh Dato Johari Ghani, Menteri Kewangan II:

1. Rizab Bank Negara adalah kira-kira RM400 bilion.

2. Pertumbuhan KDNK kita antara yang terbaik di Asean. Walaupun ekonomi global lambat meningkat, ekonomi kita masih meningkat sebanyak 4.1% pada separuh pertama tahun ini. Singapura hanya meningkat sebanyak 2%.

3. Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5% berbanding dengan Singapura, iaitu 89% daripada KDNK.

4. Lebihan akaun kita untuk tahun 2015 adalah kira-kira RM95 bilion dan RM45 bilion untuk 6 bulan pertama tahun 2016.

5. Kedudukan negara kita mengikut Fitch, Moody dan Standard & Poor kekal sebagai A- berbanding dengan semua negara Asean kecuali Singapura, kita adalah jauh lebih baik.

6. Pasaran Modal kita sangat kuat dengan nilai RM2.8 trilion. Pasaran ekuiti bernilai RM 1.7 trilion dan Sukuk/Bon bernilai RM1.1 trilion. Sistem kewangan kita sangat berdaya tahan. Sektor perbankan juga dipermodalkan dengan baik.

7. Ekonomi kita terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor perkhidmatan adalah 54% daripada KDNK kita, diikuti dengan 23% pembuatan, 9% perlombongan, 8% pertanian dan 4% pembinaan.

Kedua, siapa A Kadir Jasin untuk bercakap mengenai kewangan dan ekonomi. Sejarah beliau mengenai keusahawanan juga tidak begitu memberansangkan. Apa terjadi dengan syarikat Berita Publishing yang dibelinya dengan harga istimewa RM1 daripada New Straits Times Press (NSTP) pada tahun 1998? 

Beliau gagal menguruskan syarikat berkenaan dengan baik. Pemasaran dan jualan majalah syarikat gagal! Syarikat hanya hidup dengan kontrak daripada Malaysia Airlines System (MAS) untuk menerbitkan majalah 'Going Places'. 

Apabila kontrak telah tamat, syarikat dan A Kafir Jasin juga turut tamat. Hendak urus syarikat majalah pun lingkup, ada hati hendak membuat komen kepada Kerajaan kononnya gagal menguruskan ekonomi negara.

31 comments:

Anonymous said...

Dunia democracy..kena beri peluang walau pun seekor keldai ingin memberi komen..

Anonymous said...

macam tu lah perangai buruk orang Melayu?islam. Bila dapat habuan cara tak jujur, mereka akan diam menikus seperti tikus jatuh keberas. Kadang-kadang sampai lupa asal usul! Tapi bila cara tak menjadi mulalah mereka maki hamun, semuanya salah orang lain.Semua kuman seberang mereka nampak! Terlupa pula nak muhasabah apakah ujian Allah terhadap diri sebenarnya! Hai Melayu, Melayu... layu....

Anonymous said...

Bunga raya nak ubah tiang gol la tue....

Dah lama dia tulis dalam blok..tak sapa pun bagi perhatian...

Ekonomi dia sendiri kut dalam genting nak hancur...harap dedak
dedak bunga raya nampak nya tak berkembang....layu...

Cik Minah said...

Saya percaya saja apa yang A.Kadi Jasin cakap ni.
Petanda-petandanya sudah ada;

* Sekolah dan universiti sudah takda peruntukan
* Maybank & CIMB tutup berpuluh-puluh cawangan
* Carrefore sudah meninggalkan Malaysia
* Terkini, TECO juga bakal meninggalkan Malaysia.
* Ringgit Malysia dijangka akan turun RM4.50 sebab
ringgit tidak lagi digunakan dalam pertukaran saham dunia
* BSKL lengang - cuma local fund manager saja yang masuk
atas arahan membeli konter-konter berkaitan INDEX
supaya INDEXnya naik.
* Harga minyak dunia akan jatuh sebab Amerika sengaja
mengeluarkan minyak berlebihan untuk merosakkan ekonomi
Russia dan penjualan minyak black market oleh geng ISIS

Ekonomi tidak memberangsangkan. Cukai kerajaan semakin
meningkat. Orang tidsk lagi berbelanja macam dulu, semuanya
mual mengikat perut. Itu sebab pasarraya dan mall tutup kedai.

Anonymous said...

Meruntuhkan ekonomi negara adalah salah satu strategi utk menjatuhkan kerajaan yg ada.Namun mereka tidak akan berjaya.Kadir J,mungkin se usia saya ,tapi dalam tempuh yg panjang beliau sebagai kroni tidak merasa susah payah berdikari,jadi beliau tidak tahu buruknya ekonomi masa lalu berbanding sekarang.Seburuk-burk ekonomi masa ini tidak lah lebih buruk dari apa yg di alami dalam 2 krisis ekonomi dizaman Mahathir,paling teruk kemelesetan 1997.Kalau nak tahu keadaan ekonomi negara ,jalan mudah ialah membandingkan kadar pertumbuhan ekonomi semasa negara kita dgn negara-negara lain di seluruh dunia,di mana letaknya kita.Kadir J ,mungkin berbohong tapi angka-angka tidak beerbohong.Minta juga Kadir J melihat Reserve Negar semasa kemelesetan 1997 berbanding sekarang ,mana yg nampak lebih ampuh.Biar beliau menjawabnya.

ted manoff said...

Siapa pula ryezall nii..?

Anonymous said...

Oòoooitttt mlysia nk bnkrap oiit..prtumbhan 4.1% yg terTEROR d asia...

Marilah kite bramai2 mmbeli beskal utk peegi kerja..

Ak pergi kerja pon pakai sluar pendek...
Huaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

Si dungu kehabisan dedak..gi minta ngan si tua kerala.Untuk
menghiburkan hati yg lara tontoni
Youtube "Malaysia's got scandal"Encik Wan MDB.Che Det Tribute....banyak jasa si tua tu.

Anonymous said...

Setuju dg apa yg dikatakan oleh CTS, A Kadir Jasin bukan lah tempat rujukan mengenai ekonomi dan kewangan. Kalau nak dapatkan khidmat nasihat mengenai surat khabar boleh la tanya dia. Dan tak setuju dg anon 12:09 dan anon 12.41. Semua yg dinyatakan mengenai kemelesetan ekonomi bukan terjadi di Malaysia sahaja malah turun dialami oleh banyak negara di dunia ini. Penutupan bank2 juga terjadi dinegara2 lain yg lebih disebabkan oleh letusan "digital age" dg semua transactions di hujung jari tanpa ke bank counter lagi. Apa yang terjadi diluar Malaysia mempengaruhi ekonomi dan kewangan Malaysia tapi diluar kawalan Malaysia. Sesiapa pun yg menjadi PM termasuk lah Dr M, Mahyuddin, Anwar Ibrahim, Tun Daim ke dlm tempoh ini akan menghadapi. It is easily said than done my countryman A Kadir Jasin.

ted manoff said...

APA ADA BEZA DAP DAN UMNO (?)





Awal pagi ini (4/9/16) ada kawan whatsapp mempertikaikan kenapa blog ini tidak fokus juga kepada isu rasuah DAP.

Bagi aku, jawapannya di sini..
1) Isu 1MDB lebih besar, tuduhan skandal ke atasnya tidak dapat dijawab, tidak dijawab, jawapan berbelit...
Kalau isu sebesar itupun masih ada segelintir puak yang tahu tapi pura pura bengong kerana dedak punya pasal..
Apalah sangat isu rasuah DAP, celah gigi ...

Bagi aku bukan sahaja rasuah DAP yang perlu ditentang, tetapi kerakusan DAP itu sendiri yang perlu dilenyapkan terlebih dahulu...

Malangnya ada segelintir pemimpin umno yang memelihara DAP supaya kekal racist..
Mereka memerlukan DAP untuk menakut nakutkan segelintir Melayu dan memang ada puak Melayu buta kayu yang termakan hasutan itu..

DAP tidak ada kekuatan jika pemimpin Melayu umno mengamalkan Islam Al Quran, Sunnah dan Hadith, takut Allah bukan sikit sikit tetapi 100% bererti amanah dan akhlak yang baik..

Kalau akhlak pemimpin umno hancus, apakah ada beza dengan DAP (?)

Jadi kalau ada yang menuduh aku dapigs, lebih baik yang menuduh itu main air longkang... Tidak ada bezanya dia dengan air longkang. !!!

Heh...





kluangman at Saturday, September 03, 2016

Anonymous said...

Aku dah mula naik bas dah..Best ada drebar woooi

Ted Manoff said...

Penchuri identiti berminat tentang identiti. Jangan churi identiti Reyzall pulak sudah lah

Anonymous said...

Ashek2 komen bagi aku la..bagi aku la..hang tu sapa weh..aparaaa .

Anonymous said...

Cakap banyak pulak Kluang Man ni..jangan cakap banyak. Buat satu Tahfiz dan Pengajian Islam ngko jadi Mudir. Aku akan tolong bawa pemimpin Umno masok pusat Tahfiz dan Pengajian Islam ngko tu..beres..

Anonymous said...

Anon 1:08 PM...tafsiran anda yg menyatakan.. ada segelintir pemimpin UMNO yg memelihara DAP supaya terus racist itu tidak tepat. Sebenarnya anda kena kaji characteristics of a Chinese
Dimana2 sahaja anda berada di dunia ini dan bertembung dg masyarakat China anda akan dapat melihat yg mereka sememangnya "inborn" racist.. tak perlu di bela oleh sesiapa pun..in fact they can survive on their own wherever they live. Jadi kita sebagai orang Melayu hendaklah sentiasa berwaspada dengan kaum yg bersikap sedemikian. Berwaspada dengan agenda tersembunyi mereka. DAP menghentam MCA atau GERAKAN hanya sikit2 sebab mereka sebangsa TAPI AMANAH dan PAS menghentam sesama bangsa sendiri tanpa batas.

Anonymous said...

Kereta kat jalan pun dah kurang woi, semua takde duit nak beli petrol walaupun harganya tengah murah giler sekarang ni.

Pagi tadi , aku rasa kereta cabuk aku je yang masuk hiway sebab aku tengok kiri kanan jalan lengang giler vavi. Betul la malaysia nak bangkrap dah ni. Bukan ke si penjilat tun tu dah mula bulan kasi warning sejak bulan puasa dulu ???

Tu la... Korang tak percaya lagi...

Muahahahahahaha

Anonymous said...

Cabaran lim sian see bulan julai dulu si tua ganyut kadir jasin dah sahut ke?? Tarak telur loo..

Anonymous said...

Opss, sori.. lim sian see cabar Syed Akbar Ali bukan kadir jasin.

Tapi bukan syed akbar ali dan kadir jasin penjilat tegar terbaik tun mamakdey gak ke?

Muahahahahahahaha

Anonymous said...

Sebab dalam budaya China tiada peribahasa "alang2 menyelok pekasam". Ahli Pan ramai peminat ikan pekasam tu yg terbawa2 tu

Anonymous said...

Siapa Sebenarnya Khalid Abu Bakar..?


Duit berbilion bilion..! kesan kepada ekonomi negara..! imej negara yang tercalar..! macam macam dakwaan dan laporan..!

Tapi...???

BILAKAH RAHMAN DAHLAN MAHU DISIASAT?
BERANIKAH KHALID TANGKAP MO1 , RIZA AZIZ & JHO LOW?
KES CURI BERPULUH BILLION RINGGIT DANA 1MDB INI SEJARAH ABAD MILINEA YG TERHEBAT SEANTERO DUNIA HINGGA BERGEGAR PLANET GALAKSI CEKRAWALA!!!
Sedarkah kita bahawa mengaitkan Najib Razak dengan Malaysian Official 1 rupa-rupanya adalah suatu kesalahan?
Pada 1 Ogos lalu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua terpaksa mengadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM untuk diambil keterangannya kerana mengaitkan Najib Razak dengan Malaysian Official 1.
Menurut Tony Pua, SKMM memanggilnya setelah agensi itu difahamkan menerima lima aduan berikutan tulisannya di laman Facebook yang menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1 susulan dokumen saman oleh Jabatan Kehakiman AS sebelum itu.
Siasatan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar.

Selepas memberi keterangan, Tony Pua bagaimanapun bertegas bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan serta tidak akan memadam tulisannya yang mengaitkan Najib dengan Malaysian Official 1 itu.

Sehingga ini tidak diketahui apa nasib seterusnya kepada Ahli Parlimen DAP itu, sama ada akan didakwa atau dilepaskan begitu saja.
Tetapi dengan memanggil Tony Pua untuk diambil keterangannya kerana menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1, jelas bahawa bagi SKMM perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan atau boleh disabitkan dengan kesalahan.
Dalam erti kata lain, Najib cuba dielakkan sebarang kaitannya dengan Malaysian Official 1 yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS telah menerima AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta daripada wang 1MDB yang dilencongkan melalui akaun bank peribadinya.
Untuk itu, mengaitkan atau menuduh Najib sebagai Malaysian Official seperti mahu dilihat sebagai suatu kesalahan juga.
Jika ianya tidak salah, sudah tentu SKMM tidak memanggil Tony Pua untuk diambil keterangannya, malah mengabaikan saja lima laporan yang diterima itu.
Oleh itu, jika tidak bersedia berdepan dengan penyiasatan SKMM, orangramai jangan cuba-cuba membuat tuduhan atau gatal tangan menulis di laman sosial mengaitkan Najib dengan Malaysian Official 1.
Tetapi, itu mungkin dulu.
Sekarang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang merupakan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan bahkan dengan bangga mengesahkan Najib adalah Malaysian Official 1.
Beliau bukan lagi menuduh atau mengaitkan Najib dengan Malaysian Official 1, tetapi juga mengesahkannya. Pengesahan pula tidak dibuat melalui Utusan atau TV3, sebaliknya melalui BBC yang berpusat di London serta beritanya tersebar ke seluruh dunia.
Jika menuduh atau mengaitkan Najib dengan Malaysian Official 1 boleh dikaitkan dengan kesalahan di bawah Akta SKMM, bagaimana dengan perbuatan Rahman Dahlan yang mengesahkannya?
Apakah agensi-agensi penguatkuasa lain tidak mahu melihat Rahman Dahlan mungkin telah melakukan kesalahan juga sebagaimana SKMM membuat penilaian terhadap Tony Pua?
Masihkah perbuatan mengaitkan, malah mengesahkan Najib sebagai Malaysian Official 1, suatu kesalahan atau sebaliknya sekarang ini? 
Bilakah Rahman Dahlan akan disiasat atau beliau bakal menerima hukuman secara langsung daripada Najib sendiri tidak lama lagi? 
#saveMalaysia
#beranikeranabenar

ted manoff said...

Sesungguhnya ini adalah idea terpuji daripada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam konteks mewujudkan perpaduan dan persefahaman sesama rakyat.

Menurut baginda, untuk masa depan, tiada lagi sekolah Tamil, Cina atau Melayu di Johor, yang ada hanya satu sekolah untuk Bangsa Johor sahaja.

"Awak ada sekolah Tamil, awak ada sekolah Cina, awak juga ada sekolah Melayu (kebangsaan).

"Dari kecil awak dah ajar dia (pelajar) jangan bersatu, lepas tu (apabila besar) awak suruh mereka bersatu," jelas baginda lagi mengenai rasional perlunya kerajaan negeri Johor mewujudkan sekolah tersebut.

Nah....sekarang siapakah pemimpin UMNO yang pertama berani paling ke depan menyokong sepenuhnya idea Tengku Mahkota Johor ini?

Hishammuddin Hussein? Azalina Othman Said? Dr Puad Zarkashi? Atau siapa?

Menteri Besar Johor, Khaled Nordin pula seharusnya tampil memberi jaminan dengan segera bilakah Sekolah Bangsa Johor ini boleh direalisasikan di negeri tersebut?

Tahun depan, dua tahun lagi atau bila?

Ayuh...pemimpin-pemimpin UMNO Johor sekalian, tunjukkanlah wajah sebenar tentang apakah yang lebih penting, perpaduan dan persefahaman jangka panjang untuk rakyat atau undi daripada bukan Melayu?

Bagaimana pula dengan pemimpin MCA dan MIC Johor? Setuju atau tidak dengan idea bakal Sultan Johor kali ini? (SH 04/09/2016).
Shahbudin Husin at 18:18
Share

Anonymous said...

GST punca harga barang naik, orang miskin tidak mampu beli makanan berkhasiat
 
KUALA LUMPUR: Pemborong dan peruncit menyalahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 sebagai punca kenaikan harga barangan sehingga menyebabkan golongan miskin tidak mampu membeli makanan berkhasiat.

Pegawai komunikasi Elitway Sdn Bhd yang membekalkan bahan makanan mentah dan kering, Hanafi Talib berkata, pengguna tidak boleh menyalahkan pemborong kerana harga barangan mengalami kenaikan bermula di peringkat pengilang lagi.

“Sejak pelaksanaan GST, semua barang memang naik harga. Kami sebagai pemborong memang boleh claim (tuntut balik), jadi tidak terkesan sangat. Kesannya memang pada pengguna.

“Contohnya tepung. Kami ambil dari pengilang sekotak berharga RM13, pemborong jual RM13.20. Untung 20 sen sahaja. Kalau ikutkan, kami hendak bayar kos penghantaran termasuk minyak, tol dan gaji pekerja lagi, apa yang kami untung?

“Berniaga zaman sekarang dah tak macam dulu. Segalanya memang sudah naik,” katanya yang ‘lali’ dengan rungutan peruncit dan pengguna ketika dihubungi FMT hari ini.

Hanafi berkata, ‘perkhidmatan orang tengah’ yang meraih keuntungan besar juga tidak wujud lagi sekarang dan beliau tidak menyalahkan pengilang dalam isu kenaikan harga barangan.

“Bagi sektor ayam dan daging, itu kena tanya penternak. Mereka bagi alasan dedak pun dah naik harga. Harga ayam sejak Hari Raya Aidilfitri belum turun lagi,” katanya yang masih menunggu penurunan harga ayam diumumkan kerajaan.

Mohd Annuar Mohd Saman yang mewakili peruncit Desa Subang juga bersetuju pelaksanaan GST adalah punca kenaikan ketara harga bahan mentah, khasnya makanan berkhasiat.

“Untuk penjualan makanan berkhasiat, sebelum ada GST pun dah mahal, apa lagi selepasnya,” katanya sambil menambah hanya individu berkemampuan boleh membeli makanan organik.

Beliau turut menggesa kerajaan melakukan pemantauan berterusan untuk menghalang pemborong dan pembekal menaikkan harga bahan mentah sesuka hati.

Selasa lalu, Institut Kajian Khazanah (KRI) dalam laporan terbaharu keadaan isi rumah yang dipetik Astro Awani menunjukkan makanan kekal sebahagian besar perbelanjaan kebanyakan keluarga dengan kadar kenaikan harga makanan berada di tahap membimbangkan.

Keadaan itu menyebabkan lebih banyak isi rumah berpendapatan rendah tidak lagi mampu membeli makanan khasiat disebabkan kos makanan yang semakin tinggi, di mana harga makanan laut dan ikan meningkat sehingga 30.9%, produk tenusu serta telur 23% manakala daging pula naik sehingga 18.7%.

Kaji selidik mengenai keselamatan makanan di kalangan isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur menunjukkan lebih 65% keluarga menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan berkhasiat.

Menurut laporan itu, sebuah isi rumah dengan lima ahli keluarga minimum akan membelanjakan RM25.21 hingga RM38.45 setiap hari untuk mendapatkan diet berkhasiat.

Anonymous said...

Bangsa Johor guna bahasa ape?

Anonymous said...

kadir jasin hehe dulu
kini selamanya mmg
barua mamaq kutty!!

Anonymous said...

Najib lingkupkan 1mdb billion2 korang blh tadah tgn mintak sedekah lg...setakat kadir jasin dgn satu company korang dh heboh? Sebab kadir jasin takde duit billion dlm akaun nk bg korang kan?

Anonymous said...

Byk la songeh si komunis sorang nih.Apa dia kesah anak2 dia tggl luar negara. Apa jadi d negara ni dia berambus lari hati busuk komunis tak
sedar diri. Manusia tak kenang d untong. Pekong sendiri pandai nak tutup.

Anonymous said...

Pakcik Kadir Jasin nilah..sbb..tangan gatal sangat...tak boleh simpan rahsia..hbis rancangan Atuk tua..terbarai..nasib Atuk Tua tak mati heart attack bila...rancngannya tak menjadi...dah cakap.kita ni manusia hanya boleh merancang..Allah jua yang.tentukan

Anonymous said...

Admin banyak makan tahi dan dedak dari Najib dan Rosmah,sebabtu otaknya bebal dan bodoh.

Anonymous said...

Tu membuktikan penjilat tegar mamak kerala ni TAK LAYAK pun nak ulas apa jua pasal ekonomi. Langsung tak kompeten dalam hal-hal bisnes..

Anonymous said...

Ko punye komen pulak macam banyak makan tahik babi je

Anonymous said...

cerita mengenai ekonomi Malaysia akan ranap bermula sejak dari zaman awal kemerdekaan di setiap zaman naiknya perdana menteri ...

dibawakan oleh mereka2 yg bersifat serigala dan biri2 yg diternak (politikus beserta pentaasubnya)

tiada apa yg harus dibimbangkan.. in shaa Allah segalanya akan berjalan dengan baik.

rujuklah pada sumber yg sahih.. itulah tanda bagi manusia yg berakal dan mahu menggunakan akalnya.

isu 1MDB sudah menemui penutupnya tatkala lidah si kafir melalui WSJ "berlepas diri" dengan penyiaran 2.6b adalah benar bersumberkan dari kerajaan diraja Al Saud.

sementara DOJ juga turut "berlepas diri" apabila menafikan dengan jelas bahawa Najib bukanlah individu yg dirujuk sebagai MO1.. serta tidak akan bertanggungjawab terhadap segala fitnah yg kencang bertiup di Malaysia.

Lalu tinggal lah politikus pembangkang serta pada pembenci kerajaan ibarat anak ayam yg kehilangan ibu.

Sedih sekali golongan yg jahil itu sekali lagi menjadi senjata untuk "meruntuh" sebuah lagi kerajaan yg dikuasai oleh umat Islam.

kerosakkan tetap berlaku hasil kebodohan manusia2 yg jahil serta tidak mahu bersyukur.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates