September 23, 2016

46 Tun Dr Mahathir, Negarawan Yang Patut Dicontohi, Menabung 29 Tahun Nak Buka Kedai Roti

Saya amat terharu membaca keratan akhbar di atas. Waima Negarawan Negara, Tun Dr Mahathirpun terpaksa menabung selama 29 tahun sebelum dapat membuka kedai roti. Jadi tidak perlulah saya merungut. Saya baru bekerja 23 tahun. Kalau saya tunggu 6 tahun lagi, kemungkinan saya juga boleh membuka kedai roti di seluruh Malaysia dengan jenama seakan-akan The Loaf.

Lebih terharu apabila membaca tulisan Tun Dr Mahathir di blog beliau semalam, baca di sini.
9. Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya Perdana Menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.
Jahat betul orang yang menuduh Tun Dr Mahathir mempunyai kroni. Tun Dr Mahathir hanya mempunyai kawan baik yang membuat parti hari jadi mewah beliau setiap tahun dan sudi meminjamkan jet peribadi beliau untuk kegunaan Tun. Billionaire yang sama juga yang membuat urusniaga menjual Diperdana kepada salah seorang anak Tun dan menjual Pantai Hospital kepada anak Tun yang satu lagi. Bukankah itu sepatutnya dilakukan oleh seorang sahabat baik?

Seperti kata blogger Tun Dr Mahathir yang paling setia di dalam blognya semalam, A Kadir Jasin, baca di sini,
Kata beliau, kawan-kawan yang ketika beliau menjadi Perdana Menteri dulu berlumba-lumba meminjamkan pesawat peribadi mereka, telah menghilangkan diri. Mereka takut dilihat bersama beliau. 
Ya, betullah tu. kawan-kawan kita juga berlumba-lumba untuk meminjamkan jet peribadi mereka kepada kita bukan? Inikan telah menjadi kelaziman untuk kawan baik dan Rakyat Marhaen.

Tun Dr Mahathir berkata lagi di dalam blog beliau,
11. Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada Kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.
Betul. Tun hidup seperti Rakyat biasa selepas beliau bersara. Tiada banglo mewah di The Mines yang dibeli dengan harga RM1. Tiada 2,000 ekar ladang di Argentina. Tiada 30 kuda-kuda mahal untuk diletakkan dan dibela di ladang Argentina. Hanya memandu kereta Proton dan tidak mempunyai kereta mewah. Tun Dr Mahathir hanya bercuti di Ulu Yam dan tidak melancong ke luar negeri untuk bercuti. 

Kejayaan Tun Dr Mahathir adalah beliau berjaya mendidik dan membimbing dua anak lelakinya menjadi jutawan dan seorang lagi anak lelakinya menjadi billionaire. Saya berharap suatu masa nanti Tun Dr Mahathir sudi untuk menulis di blog beliau petua untuk menjadikan anak-anak sebagai jutawan dan biliionaire untuk dikongsi dengan seluruh Rakyat Malaysia.

46 comments:

BELAJAR BAHASA said...

Kesederhanaan hidup Dr Mahathir patut dijadikan contoh teladan

Anonymous said...

Ada ke sape yg TOLOL lgi BIOL nk PERCAYA ckap madey????

ted manoff said...

Kihkih...terima kasih ryezall ats pujian..pasti panas caii kakmah nanti..bkn mcm suami rosmah kaya sebab meyamun..baru 6,7 tahun jadi pm tpi harta berbillion..tk gitu ryezall..prOoTt

Anonymous said...

Kutuk Mahathir tak selesaikan masalah Najib Rosmah..

Orang sekarang dah mula beramai2 mehu Najib dan Rosmah berundur..

Kalau buat pilihanraya Bersatu pasti menang di tempat Mahyudin

tahun 1998 Najib menang undi 300 shj majoriti.
Tengok Melayu sekarang bukan lagi kira parti, tapi Gentelmen ke tak dalam menjawab 1MDB tanpa ayat2 dolak dalik..

Zaman Facebook/Whatsap/Internet zaman NYATA dan FAKTA.

Banyak kompeni2 MLM gulung tikar, Datok2 skandal tak boleh menyorok, Kes Lembu Kondo masih segar dalam ingatan..

Semua ini jadi sampah kepada BN, nama baik zaman madey bakal manjadi busuk zaman Najib

org UMNO said...

setakat Tun M apa kejadahnya nak ikut, nak kagum.

Saya lebih tertarik dgn anak DS Rosmah yg tiada kerja tetapi ada hartanah berjuta2...itu belum kira harta DS Rosmah sendiri. Setakat petua Tun M, kita boleh campak dlm longkang....kami rakyat Malaysia mahu tahu petua kaya tanpa kerja.

Anonymous said...

29 tahun simpan duit baru dpt buka kedai roti? Apa cokia sgt Tun Mahathir ni. Ce tgk Riza Aziz umur setahun jagung dah kaya raya. Umur baru 40an dah ada jet peribadi sendiri, karya2 lukisan mewah & siap terbit filem separuh lucah lagi. Tun Mahathir ada? Kedai roti The Loaf? Cukai betullah Tun.

Anonymous said...

Mahathir belasah lagi!
Mahathir akui akibatkan kerugian tapi tak lesap duit rakyat
Mahathir Mohamad - Hari ini, 6:45 petang
ULASAN l Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam negara amat tidak baik.
Khususnya mereka tentu tahu bahawa perdana menteri telah dituduh melesapkan beribu juta ringgit duit kerajaan (rakyat).
Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.
Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih AS$3.5 bilion sudah dilesapkan oleh Datuk Seri Najib Razak, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1” (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ialah Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari AS$3.5 bilion.
Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.
Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.
Miliki 24 kereta
Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.
Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi perdana menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.
Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi perdana menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit kerajaan (duit rakyat) berbilion ringgit.
Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya perdana menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.
Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi perdana menteri.
Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan negara.
Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.
Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.
Saya berpendapat gaji saya sebagai menteri, timbalan perdana menteri dan perdana menteri lebih dari mencukupi.
Kerugian akibat Mahathir
Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan.
Gaji saya selama 29 tahun dalam kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau.
Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.
Saya akui ada kala kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.
Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang.
Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.

Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.

Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba “corner the market”.

Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi.

Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.

Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.

Mahathir: Saya tuduh Najib lesapkan wang

Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian kerajaan disebabkan saya masukkan duit kerajaan dalam akaun peribadi saya?

Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi RM2.6 bilion untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya dan dibelanja sesuka hatinya. Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.

Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh Najib tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja mengkritik Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk menyingkirnya.

Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara.

Apakah sebabnya yang laporan polis terhadapnya tidak disiasat oleh polis, tetapi pembuat laporan dan peguamnya disoal, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

Apakah sebabnya yang Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara, diberhentikan dan diganti dengan Tan Sri Mohamad Apandi Ali?

Kenapakah undang-undang negara tidak dipatuhi? Sekarang tidak ada Rule of Law. Kenapakah rakyat diugut dengan Akta Keselamatan baru yang memberi kuasa untuk tangkapan tanpa dibicara.

Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya, jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong dan pegawai.

Jangan guna jabatan kerajaan untuk ugut, untuk mencipta kesalahan cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib seperti dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.
Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat.

Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat. Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap perbicaraan mahkamah keadilan.

Anonymous said...

Petua kayer ko bole jupe madey,madey bole kenalkan ko ngan TOKEI TOTO.

kahkahkah

Anonymous said...

Kalo ko atau najib yg jadi pm 30 tahun lepas ape ada malaysia ni..hutang yg gbertimbun

Anonymous said...

Merompak duit negara lebih teruk dari kroni yg buat projek..kroni kena ada modal dan pengurusan kerja..untung bayar cukai kpd kerajaan..perompak dapat free duit kerajaan..rakyat bayar cukai

ted manoff said...

Dia Bunyi Lagi..!

Gian..! dah lama tak bunyi..! bila tak bunyi takde pulak kontroversi..!
1MDB bukan masalah besar, kata Ahmad Maslan
Ahmad berkata, beliau percaya apa yang berlaku terhadap syarikat pelaburan negara itu ada hikmah dan pengajarannya.
Datuk Ahmad Maslan berkata skandal syarikat pelaburan negara 1MDB bukan masalah besar, dan berpendapat menguruskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) lebih mencabar.
Bekas timbalan menteri kewangan itu berkata beliau sebagai antara individu yang gigih memberi penerangan kepada rakyat mengenai GST sebelum pelaksanaannya pada 1 April 2015, menerima pelbagai kecaman dan tohmahan.
Ketika isu GST heboh diperkatakan dengan ramai yang menolak pelaksanaannya, Ahmad teruk dikecam sehingga ada yang menggelarnya ‘bodoh’, malah gambarnya di media sosial sedang memasak nasi goreng turut dijadikan modal kutukan terhadapnya.
GST diperkenalkan pada pada kadar 6% bertujuan menambah baik sistem cukai jualan dan perkhidmatan.
Tetapi, Ahmad yang kini timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berbangga kerana GST terbukti memberi manfaat kepada rakyat dan menjadi penyelamat kepada ekonomi negara.
“1MDB bukanlah masalah besar, tetapi saya percaya apa yang berlaku terhadap syarikat itu ada hikmah dan pengajarannya.
“Saya tidak menganggap sesuatu itu sebagai masalah sangat (ketika mengendalikan GST) tetapi lebih kepada cabaran yang perlu saya tempuhi sebagai seorang timbalan menteri.
“Apa yang berlaku juga penuh dengan hikmah dan pengajaran. GST lebih berat cabaran kepada saya secara peribadi jika dibandingkan dengan 1MDB,” katanya kepada FMT.

Anonymous said...

Ko tak jumpe toke toto?

Anonymous said...

Orang kampung aku x yah 23 tahun boleh buka kedai roti yg lebihan tahun dapat simpan 100B.

Anonymous said...

Jangan percaya bulat2 kata TDM yg biasa dengan spin dan fitnah ini. Cek dulu segala harta TDM, anak2nya, kroni2, proksi2 dan nominee2nya di dalam dan luar negara. Berapa nilai harta masing2 tu. Bagaimana dia dapat berbilion duit untuk membiayai ANC, merasuah segala media protun dalam dan luar negara spt Sarawak repot, WSJ, NYT, DOJ, UNESCO ....tu?

Anonymous said...

Berapa harga mineral water kat kedai roti Tun?

Anonymous said...

Madey dah lama dah bagi peluang kpd rakyat jalanan utk jadi kaya dgn menabung dlm skim Magnum 4D dan Toto. Menabong angan-angan.

Anonymous said...

Kemahiran semulajadi..mamak roti
Belom ade lagi melayu roti.

Anonymous said...

jangan kaya dgn judi..

Contohilah Anak Rosmah, meabur di Holywood dan jadi KAYA..

Belum ada mamak yg berjaya di Holiwood

Gemilang Terbilang dan Terhilang

Anonymous said...

Yer...ke...habis cerita cucu sedara Tun Mahadey...yang beli kereta mewah cash...angkut duit dlm beg jer...tak heran pulak...baru cucu sedara...anak Najib jangan heranlah mereka memang keturunan bangsawan...lahir lahir dlam pinggan emas...ni anak2 Tun.cucu Tun.anak sedara Tun..mereka ni lah yang songlap duit Umno yang tidak dipulangkan lagi...tak bising pulak..kau orang..ni tuduh Najib ambik duit rakyat beri kat anak tiri suruh tunjuk bukti senyap...dalam kes ni Tun Mahadey..sebenarnya dia berkias utk cerita hal dia sebenarnya...

Anonymous said...

Check skali riza yg buat anjing wall street tu... ko jgn ingat orang lain tu hulu banat cam ko.

Anonymous said...

Tudia habak hang... 4d toto dah puluh tahun ada.. baru harini ko jumpa yek macai...

Anonymous said...

Sama je.. dua dua umno bn...

Anonymous said...

Adakah ANDA seorg yg BIOL lgi TOLOL mmpercayai madey mnabung 29 tahun utk MEMMBUKA KEDAI ROTI??

hahaha

Anonymous said...

rasanya kerugian negara yang menggunakan duit rakyat selama mahathir memerintah berjuta-juta bilion belum lagi termasuk bail out syarikat anak.kita sebagai rakyat boleh tak nak tahu berapa banyak duit rakyat yang telah hilang semasa pemerintahan mahathir.boleh tak ditubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat dan mendapatkan butiran terperinci.setelah itu kita nak di mulakan proseiding mahkamah untuk mendapatkan balik duit rakyat ini.mahathir perlu bertanggunjawab untuk memulangkan duit rakyat ini dengan apa cara sekalipun termasuk merampas harta beliau dan anak-anaknya .kerana semua keputusan beliau yang buat maka beliau perlu bertanggungjawab dengan keputusan beliau.duit rakyat ini boleh digunakan untuk mensejahterakan rakyat dalam keadaan ekonomi sekarang.mungkin gst pun boleh dihapuskan.

Anonymous said...

Ko mana tahu mahathir tu keturunan maharaja dari kerala...dulu dibawa masok
ketulan emas dari sana.Oleh itu anak2 dia jadi jutawan dan maliana...

Anonymous said...

Peribahasa Melayu ade kata, gajah dgn gajah betempur, kancil mati tesepit ...ade ke ???

Anonymous said...

Adakah anda PERCAYA bhwa madey BERMINAT mnjdi seperti "UNCLE SLOCUMM" mencipta RESEPI ROTI slpas pencen dri PM???

Huaaaaa

Anonymous said...

Masa dia perintah hingga baru2 nih dah 36 tahun... baru nak siasat? Bodo betingkat...

Kesian aku tengok spesis nih. 36 tahun tak tau apa2... tiba2 nak siasat... sama bangang dgn macai 40 tahun baru sentap tu...

Anonymous said...

Ok tu buat roti.. bukan buat filem blue hanjing wall street...

Unknown said...

Dah dapat dedak ke??? Bunyi mcm belum dapat dedak je. He he he.

Anonymous said...

Hahaha marah nampak!!

Adakah anda PERCAYA madey brani brlwan RESEPI dgn roti masimo kpnyaan tokei cinnaa??

Kehkeh

Anonymous said...

TERBAIK TUN!!!

Anonymous said...

APA PUN WA PERCAYA ASALKAN BUKAN LANUN PENDATANG DARI BUGIS!!!

Anonymous said...

Buat Roti kira baik arh!!

Asalkan bukan buat Ubat Awet Muda Nyut Nyut dah ler!!!

Kahkahkahkah

Anonymous said...

Admin!!

Wa cadangkan lu bukak Kedai Dedak untok Cai Jibo lagi Untong Kaw Kaw!!!

Anonymous said...

Hahaha mmg lu BIOL n TOLOL spnjang hayat lu..

Tahniah.anda dtrime mnjdi ahli bunga raya..
BORANG ahli bole ddpti d kdai TOTO brhmpiran..

Anonymous said...

Roti banggali....
ROTI...ROTI...ROTI....

Anak Mader jadi jutawan dari perniagaan roti tu la...
Mana ada songlap....tepung sejemput kembang jadi
setalam....

Benggali kat kampung aku pun dah jadi billion air...
Anak cucu makan tak habis oooooo...

Anonymous said...

Tu Pencacai Jibo bangsat da meroyan sbab dedak dah masok!!!

Anonymous said...

Nyut Nyut....

Anonymous said...

Tun kena tunggu 22 tahun baru bukak kedai roti.

Jibo jadi PM tak berapa lama dan tak payah bukak kedai roti dah kaya Berbillion2 Dollar!!!

Anonymous said...

Korg agak2 TUN bri x kalu ak nk PINJAM KUDA dia n nk jdi JOKEY lumba kuda PMP...

mane ler tau mnang bole gak dpt duittt..

Anonymous said...

Kalau Badan Cindoni ok tapi kalau mcm "Hippo" sempot lah kuda kompom tak dapat duit kalau masok race.

Tapi kalau nak bawak gi Shopping Sakan mesti ok punyer!!

Anonymous said...

Didik anak sendr xpe lg.
Ni duit 1mdb bg anak tiri.
Bukan fitnah, siasatan doj ni

Anonymous said...

Buka kedai roti la utk sapa2 yg hilang gigi garham sbb tak berus gigi. Yekk.

Jaga la anak isteri baik pm atau ex pm dari lari akidah islam. Allah Yg Mengetahui pemimpin2 sudah lakukan. Dulu tiada internet pemimpin dulu boleh
lepas la TETAPI internet Allah ada hingga habis nyawa manusia. Sendiri mau ingat.

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates