September 21, 2016

1 Salahkan PBAPP Berikutan Kebocoran Paip Di Pulau Jerjak, @cmlimguangeng Ibarat Meludah Ke Langit


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengeluarkan Kenyataan Media menyatakan bahawa Kerajaan Negeri menegur pihak pengurusan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) kerana gagal mengatasi masalah kebocoran paip besar 900mm di Pantai Jerejak dengan segera serta gagal memberikan maklumat betul bilakah bekalan air akan disambung balik. 

Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengakui beliau adalah seorang yang gagal dan tidak cekap. Ini kerana Pengerusi PBAPP adalah Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu beliau sendiri. Seharusnya Lim Guan Eng meletak jawatan kerana gagal menguruskan PBAPP dengan baik serta cemerlang dan memalukan negeri dan Rakyat Pulau Pinang.

Sepatutnya, Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang berbunyi ringkas dan tepat seperti di bawah:
Saya Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang begitu kesal dengan Lim Guan Eng, Pengerusi PBAPP yang gagal di dalam menjalankan tugasnya dengan baik. Saya Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas ke atas Lim Guan Eng, Pengerusi PBAPP.
Nota Kaki:  Peguam Negara mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina Mahkamah terhadap Lim Guan Eng. Wee Choo Keong (DAP) pernah hilang kelayakan untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Bintang pada PRU 1995 kerana didapati bersalah menghina Mahkamah. Apakah sejarah mungkin berulang?

1 comments:

Ted Manoff said...

Lanchau tarak potong memang itu macam. Cakap surupa chibai

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates