September 19, 2016

0 MCA Minta Jeff Ooi Minta Maaf Kerana Mengeluarkan Kenyataan Biadab "Adios Harun Din. Let There Be Peace"

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai kesal dengan posting yang dibuat oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi di dalam laman sosial Twitter beliau yang berbunyi, "Adios Harun Din. Let there be peace", Jumaat lepas.

Beliau berkata pemergian Dr Haron Din merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan ini tidak sepatutnya dipolitikkan.

Beliau berkata Jeff Ooi perlu memohon maaf kepada keluarga Dr Haron kerana telah membuat kenyataan sensitif.

Sementara itu, Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA Chris Daniel Wong berkata kelakuan Ooi tidak menepati status seorang Ahli Parlimen, apatah lagi kawasan yang diwakilinya. Beliau berkata agak aneh membalas posting yang tidak sensitif dengan menambah, 'adios' dan 'biarlah kesejahteraan ada'. Ini katanya memaparkan kelakuan kurang matang dan tidak sensitif di pihaknya.

Wong berkata bahawa "RIP atau Rest in Peace" adalah lebih mudah sepatutnya sudah memadai. Beliau menambah sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan oleh mana-mana kaum atau masyarakat adalah merakamkan ucapan takziah dengan kata-kata yang boleh diterima oleh kaum yang lain. Wong juga berharap bahawa apa-apa tindakan oleh Jeff Ooi ini tidak akan menjadi satu lagi isu perkauman atau agama.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates