September 6, 2016

0 Kerajaan Pusat Komited Amalkan Kesederhanaan Dan Kepelbagaian Budaya - Presiden MCA

Kerajaan pusat komited mengamalkan kesederhanaan dan kepelbagaian budaya di negara ini. Perkara ini ditegaskan oleh Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai. Menurut beliau kesederhanaan adalah satu-satunya pilihan untuk masa depan negara ini. 

DS Liow berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, Jumaat lalu menulis dalam sebuah akhbar tempatan bahawa pembinaan arca itu adalah haram dan ia perlu dirobohkan.

DS Liow berkata sebarang langkah untuk merobohkan patung helang ikonik di Pulau Langkawi mesti dihentikan. Beliau menambah pendapat Timbalan Mufti Perak adalah hanyalah pandangan peribadi dan kita harus ingat bahawa beliau bukan datang dari Kedah. 

Walau bagaimanapun, tegasnya untuk mengelakkan kesamaran, kerajaan negeri Kedah perlu menamatkan sebarang idea untuk merobohkannya sebagai langkah terbaik.

DS Liow berkata Kedah berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang menyokong kesederhanaan dan tidak percaya dengan 'cara Taliban'. Beliau berkata ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999, perkara pertama ketika itu yang dilakukan Menteri Besar DS Hadi Awang adalah merobohkan replika penyu di sebuah bulatan di Kuala Terengganu, menggunakan hujah yang sama.

Beliau menambah, begitu juga apabila PAS mengambil alih Kelantan, parti itu mengubah nama Pantai Cinta Berahi kepada Pantai Cahaya Bulan. Katanya, walaupun semua peraturan ketat di Kelantan PAS tetap mempunyai masalah di Kelantan seperti AIDS dan penyalahgunaan dadah.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates