September 23, 2016

0 Kadar Baharu Cukai Lapangan Terbang Bermula Januari 2017 - DS Liow


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai berkata, dadar baharu bagi Caj Perkhidmatan Penumpang, atau lebih dikenali sebagai Cukai Lapangan Terbang, akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun depan di semua lapangan terbang di negara ini.

Menurut DS Liow, kadar baharu yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) itu  masih munasabah berbanding caj lapangan terbang lain di rantau ini. Caj lapangan terbang di Malaysia kata beliau jauh lebih rendah daripada negara-negara lain, dan boleh dianggap sederhana walaupun selepas kenaikan.

DS Liow berkata, semua ini adalah di bawah MAVCOM. Beliau telah menyerahkan kepada MAVCOM untuk membuat pengumuman itu kerana MAVCOM telah mengemukakan pandangan Suruhanjaya itu dan Kerajaan telah melihat butirannya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai dasar yang sangat jelas dan tidak wujud diskriminasi terhadap caj perkhidmatan di kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates