September 23, 2016

0 Go KL City Bus Di Bawah SPAD Telah Mendapat Pengiktirafan Certificate Of Excellence Daripada Trip Advisor


Go KL City Bus adalah perkhidmatan bas percuma di atas initiatif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diperkenalkan untuk menawarkan alternatif yang berdaya maju bagi penumpang untuk perjalanan dalam Daerah Pusat Perdagangan (CBD) Kuala Lumpur.

Perkhidmatan bas ini diwujudkan sebagai perkhidmatan bas pengantara yang menyediakan kesalinghubungan perjalanan akhir dengan mengintegrasikan mod pengangkutan awam yang lain. Rakyat dan juga pelancong boleh menikmati Go KL sebagai sebagai pengangkutan utama untuk bersiar dan berhenti di pelbagai tarikan utama dan pusat perniagaan untuk kemudahan warga kota.

Go KL City Bus telah mendapat maklumbalas yang baik daripada pengunjung Trip Advisor Malaysia, sebuah portal perlancongan yang terkenal. Daripada 537 maklumbalas yang diterima, 462 atau 86% pengunjung telah memberikan rating Cemerlang dan Amat Baik. Maklumbalas positif juga diterima daripada 962 pengunjung. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Trp Advisor Malaysia telah menganugerahkan "Certificate of Excellence" kepada Go KL City Bus.
Nota Kaki: “TripAdvisor,  is an American travel website company providing reviews of travel-related content. It also includes interactive travel forums. TripAdvisor, headquartered in Needham, Massachusetts, claims to be the largest travel site in the world, with more than 60 million members and over 170 million reviews and opinions of hotels, restaurants, attractions and other travel-related businesses.”

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates