August 22, 2016

0 MCA Muktamadkan Calon Sebagai Persedian Menghadapi PRU14

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi memuktamadkan calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ini sebagai langkah awal untuk menawan kembali kerusi yang tidak dimenangi oleh parti berkenaan pada pilihan raya umum lalu.

Menurut DS Liow, kriteria bagi pemilihan calon MCA bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang. MCA perlu mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dan di Negeri Sembilan, MCA sudah mengenal pasti semua 10 kerusi berkenaan. 

MCA kata beliau akan membahagikan kerusi-kerusi berkenaan kepada beberapa kategori dan melipatgandakan fokus untuk memenangi kembali kerusi itu. DS Liow yang juga Menteri Pengangkutan, berkata MCA akan memohon mendapatkan kembali tiga kerusi Parlimen iaitu Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju daripada UMNO. 

MCA kata beliau telah meminjamkan tiga kerusi parlimen itu kepada UMNO dan MCA akan mendapatkannya balik serta yakin UMNO akan membantu MCA untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu. MCA, menurut DS Liow sudah bersedia, malah persiapan telah dibuat sejak awal lagi. Beliau menambah calon parti itu terdiri daripada muka baharu dan lama. 

DS Liow berkata, MCA akan bekerja keras untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dengan terus membantu dan berkhidmat kepada orang ramai, termasuk di kawasan MCA mengalami kekalahan pada PRU lalu. Beliau memberi contoh di Chennah, walaupun MCA kalah pada PRU lalu, MCA tidak akan berputus asa dan akan terus berkhidmat kepada Rakyat. Beliau berjanji MCA juga akan membawa pulang lebih banyak anggota MCA untuk memastikan mereka menjadi pengundi di sini dan cuba merekrut lebih banyak anggota baharu.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates