August 6, 2016

0 MAS Layak Menikmati Cukai Lapangan Terbang Yang Rendah Sekiranya Kendalikan Penerbangan Tambang Rendah


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia Airlines Berhad (MAS) boleh menikmati cukai lebih rendah dan menggunakan terminal tambang rendah KLIA2 sekiranya ia beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas terhadap gesaan berulang kali Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Bellew agar kerajaan menyeragamkan caj perkhidmatan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan KLIA2.

Bellew dilaporkan berkata, MAS sedang menimbang untuk memindahkan sebahagian penerbangannya dari KLIA ke KLIA2 berikutan cukai lebih tinggi yang dikenakan di KLIA dan sekali gus menjejaskan keuntungan syarikat penerbangan itu.

DS Liow berkata, adalah menjadi dasar kerajaan mengenakan cukai lebih rendah terhadap syarikat penerbangan tambang rendah untuk menyokong sektor itu. Oleh itu, beliau tidak nampak sebab kenapa MAS hendak mempersoalkan perkara itu ketika ini. 

Menurut DS Liow, sekiranya MAS ingin mengendalikan penerbangan tambang rendah, maka bolehlah mereka menikmati cukai lapangan terbang yang rendah. Tambah beliau, suatu masa dulu, MAS juga mengadakan penerbangan tambang rendah, jadi Kerajaan amat mengalu-alukan MAS mengendalikan syarikat penerbangan tambang rendah.


0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates