August 25, 2016

67 Mahathir Punca Masalah Semasa Di Malaysia - Sultan Johor ... Daulat Tuanku


"It is a figment of Dr Mahathir’s imagination. He is stirring the hornet’s nest and my advice to him is to keep his mouth shut."
"He is going around dividing the people, including the Malays, while I am uniting Malaysians of all races, including the Malays."
"Mahathir is the root cause of the present problems in the country. He has no right to interfere in my state. I will not tolerate his antics."
Ini antara kata-kata Tuanku Sultan Johor yang dipetik The Star, di sini, ketika menjawab kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengeluarkan kenyataan bahawa:
"Mempromosikan semangat kenegerian berbanding kebangsaaan hanya akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Ungkapan “Bangsa Johor” yang sering dilaungkan di negeri itu menggalakkan rasa bangga diri yang “tidak sihat” berbanding negeri-negeri lain. Ia cenderung memecahkan kesatuan persekutuan. Sebenarnya, kita perlu mempromosikan idea warga Malaysia berbanding rakyat berbeza-beza negeri. Menekankan kerakyatan negeri bukan perkara yang begitu sihat. Saya tidak mahu melihat kita ke arah itu kerana kita semuanya sama. Tiada yang lebih hebat daripada yang lain. Kita semua rakyat Malaysia." - Sumber The Malay Mail Online.
Tun Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini banyak mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Beliau sebelum ini turut menyalahkan tindakan mantan Timbalan Menterinya, Allahyarham TS Megat Junid Megat Ayub. Tun Dr Mahathir dipetik sebagai berkata selepas mengambil alih sebagai Menteri Dalam Negeri daripada Tun Musa Hitam pada 1986, beliau telah menurunkan kuasa itu kepada Megat Junid sepanjang 11 tahun Allahyarham berkhidmat sebagai Timbalan Menteri dalam negeri di bawah pentadbirannya, untuk menahan mana-mana individu di bawah ISA, 

Anak sulung bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Fairus Megat Junid semalam dipetik Sinar Harian berkata, dalam konteks penahanan ISA, sekiranya benar Allahyarham menandatangani surat penahanan tersebut, ia adalah melalui kebenaran dan pengetahuan Tun Dr Mahathir yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu. Datuk Megat Fairus membuat kenyataan demikian mewakili dua lagi anak Allahyarham serta ibunya Puan Sri Faizah Shuaib.

Kenyataan demi kenyataan yang dibuat Mantan Perdana Menteri sejak akhir-akhir ini tidak perlu diambil perhatian sangat. Apalah sangat 'tai chi' yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri ini. Beliau seorang saja yang maksum dan tidak pernah melakukan sebarang kesilapan sepanjang 22 tahun beliau memegang tampuk sebagai Perdana Menteri Malaysia.

67 comments:

Anonymous said...

Madey ni nk kene MANDI 7 jnis BUNGA RAYA..
nk buang suweiii.

Huaaaaaaa

Anonymous said...

Jgn kata 7 Jenis bunga hatta mandi dri 7 kandang vavi pun belom tenth hilang soi dia.

Anonymous said...

Jgn lupa... 22 tahun ko undi mader tu... jgn lupa ko jilat dia 22 tahun. Jgn lupa... macai2 senyap sehingga lah baru2 ni je... 36 tahun senyap. Skang baru nak bunyi... sbb tu macai ni kepala otak taik...

Anonymous said...

Terbaik dari Sultan johor patut disokong bangsa johor elok juga panggil bangsa selatan tanah melayu sbb bangsa dari Utara especially dari Kedah Lama semua pemimpin utama mme haprak pengkhianat negara sambil melacurkan agama islam... nak fakta... kat bawah ni
Anwar Aljuboori..slogan Islam Madani akhirnya pengasas pluralisma murtad.. lgbt dan gay
Tun Pak Lah.. islam hadhari.. 5 negeri jatuh pd pembangkang
TAR... slogan Melayu tuan di negara ini akhirnya melayu dapat pulau batu putih... kimak sungguh..!!
Mat Sabu... bapak Syiah kafir Malaysia
Tun Mamak medey pundek... slogan We're Islamic State akhirnya hayat bersekongkol dng pluralist murtad..syiah kafir.. DAP Kristian Evangelist. . LGBT dan Gay

kesemua pemimpin haprak ini dari utara Kedah Lama

tak salah Sultan Johor ujudjan Bangsa Johor.. sbb semua pemimpun utara pengkhianat dan melacurkan agama islam utk anak beranak dan kroni...

Tun Razak dan Tun Hussin Onn jadi PM srmua negeri ditangan kerajaan...peace n harmony

Najib mewarisi pimpinan Tun ZzZzzz..krohh..tidoo saja... dari 5 negeri jatuh ke pembangkang 2 negari dah krmbali dlm kjaan... insyallah Sgor .. Klntan..dan PPINANG menyusul kemudian... insyallah
FAKTA dan BUKTI kenapa pemimpin utara tak layak jadi PM....

Anonymous said...

Jangan mula dibincang hal raja...nanti lain pula jadìnya...jangan kritik terima saja....tak ada daulat.

Anonymous said...

Maksood ko yiddin sembam @
Selingkoh patut jdi pi em.
Mana mungkin dia bukan totok umno..sekarang ni dh
jdi mat bunga...patutle musa pun gagal jdi pi.....em.

Anonymous said...

lupakan sebentar yg Tun telah melanggar hampir semua pesan dan wasiatnya sewaktu menjadi PM.

memang betul saranan Tun, belum pernah dalam sejarah manusia, sesuatu bangsa dinasabkan pada negara, negeri,benda,atau apa sahaja, melainkan bangsa itu dinasabkan hanya pada darah keturunan.

Hanya wujud negara yg dinasabkan pada bangsa @ kaum.

1. Tanah Besar China - nasabnya diambil dari Bangsa Cina.

2. Negara India - nasabnya lahir dari bangsa india.

jika awak terlalu bangga pada sesuatu takut menjadi kecelaruan psikologi atau assobiah.

camne kalau negeri-negeri yg punyai raja dalam malaysia ni pun ikut gak stail negeri Johor?

1. bangsa Perak
2. bangsa Kelantan
3. bangsa negeri sembilan
4. bangsa Kedah
5. bangsa Selangor
6. bangsa Perlis

Lagi kalut kalau diperingkat dunia

1. bangsa Amerika
2. bangsa Indonesia
3. bangsa Arab Saudi
4. bangsa Kanada
5. bangsa Timor Leste

hmmm ...



Anonymous said...

Apa yang Tun Dr.Mahathir berpandangan jauh dalam isu ini, masalah dalam isu ini adalah ketidak fahaman orang tertentu mengenai apa yang hendak dinyatakan oleh Tun Dr. Mahahtir.

Dalam isu ini, Tun Dr. Mahathir kurang senang sekiranya semangat kenegerian ditiupkan kerana kita bimbang akan ada agen subversif yang mahu menjahanamkan keamanan negara ini dengan meniupkan semangat kenegerian secara melampau hingga menyebabkan perasaan tinggi diri serta memandang rendah rakyat Malaysia di negeri-negeri yang lain dalam Persekutuan Malaysia.

Dalam isu Bangsa Johor ini, apakah semua kaum di Johor menerima pakai konsep Bangsa Johor ini atau hanya di kalangan orang Melayu di Johor sahaja? Apa yang saya lihat orang bukan bumiputera di Malaysia ini tidak terikut-ikut dengan semangat kenegerian.

Kalau kita tengok sendirilah dalam isu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, kemudian digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO, lepas tu dipecat dari parti, adakah Bangsa Johor bersatu mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diainaya oleh pihak-pihak menindas itu? Cuma ada segelintir yang mempertahankan Tan Sri Muhyiddin hingga sanggup meletak jawatan dalam UMNO dan keluar dari UMNO, kerana mereka melihat Tan Sri Muhyiddin diainaya hanya kerana beliau mempertahankan kebenaran dan mempertahankan kepentingan negara ini, yang lain mana?

Malahan di kalangan orang-orang Melayu sendiri pun, di Johor yang tidak menerima istilah ini kerana mereka melihat mereka adalah setia kepada negeri Johor, mereka sayangkan Johor, tetapi mereka berbangga menjadi warga Malaysia, mereka adalah rakyat Malaysia yang sayangkan negeri mereka.

Saya tidak menyanggah bahawa Bangsa Johor ini telah diilhamkan sejak abad ke 19 lagi, kerana di zaman itu, setiap negeri mempunyai semangat kenegerian masing-masing, macam orang di Pahang mereka anggap mereka rakyat Pahang, mereka di Selangor anggap mereka rakyat Selangor, mereka di Perlis menganggap mereka rakyat Perlis, mereka di Kedah menganggap mereka rakyat Kedah, mereka di Perak menganggap mereka adalah rakyat Kedah, begitu juga di Kelantan dan Terengganu,malahan di Sabah dan Sarawak, lebih kepada sentimen kedaerahan dan kesukuan kerana kedua-dua negeri berkenaan bukan negeri yang beraja, dan kekuasaan adalah dikuasai oleh pembesar-pembesar tempatan yang mengikut suku kaum, kerana masa itu Malaysia masih belum wujud, setiap negeri tersebut mempunyai identiti sendiri serta tidak terikat dengan mana-mana negeri yang lain sebagaimana keadaan sekarang ini kita berada dalam Persekutuan Malaysia.

Bersambung..................

Anonymous said...

Sambungan .....................

Walau apa pun, adalah terpulanglah kepada mana-mana pihak hendak mengistilahkan diri mereka bangsa kepada mana-mana negeri dalam Malaysia, itu hak mereka, tetapi mereka perlu sedar bahawa sekiranya perkara ini menjadi makin buruk hingga merosakkan perpaduan di kalangan rakyat akibat sentimen kenegerian hingga boleh memudaratkan kepentingan nasional Malaysia, maka mereka yang berbangga dengan isu semangat bangsa berasaskan negeri ini perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku dan mereka perlu menyelesaikan perkara ini, itu pun jika dapat diselesaikanlah.

Perlu difahami bahawa niat Tun Dr. Mahathir adalah tak payahlah kita melakukan perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri dan orang lain kerana kalau dah memudaratkan hingga menjadi isu yang berbahaya, perkara sebegini sukar untuk diselesaikan apabila sudah menjadi masalah kepada kita, oleh itu, jika tak ada penyakit, jangan cari penyakit, kerana bila dah dah berpenyakit, ingat senang ke nak diubati.

Kepada pihak yang nak menghentam saya mengenai isu ini, silalah kaji apa yang saya tulis, jika didapati kefahaman saya adalah bersalah berkaitan perkara ini, silalah hentam, tetapi jika perkara ini adalah benar, tak payahlah hentam, kalau tak puas hati dengan saya kerana berbeza ideologi pendirian politik dengan saya pun, ketepikan ideologi politik, fokus kepada isu, kerana kita berbahas untuk mencari kebenaran, bukan berbahas untuk menang, kerana berbahas untuk menang hanya di kalangan orang yang bodoh sahaja, kerana sanggup ketepikan kebenaran kerana mengejar kemenangan.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman

Anonymous said...

Lama2 mungkin hilang kata Bangsa Melayu..maknanya Hang Tuah telah silap menilai...

Yang tinggal hanya Bahasa Melayu kerana Bangsa Johor akan terus bertutur dalam Bahasa Melayu..

Ok lah boleh teruskan dengan penciptaan Bangsa Johor ..paling kurangpon masih ada perkataan Melayu wujud..

Ted Manoff said...

Tak da hal lah..Kalau disebut Bangsa Johor pon kita masih memahami nya sebagai Melayu Johor (walau pun mereka Bugis seperti Tuanku Al-Soltan n family, Jawa, Banjar,Kerinchi, Sunda)..tak kan mereka dipanggil China Johor atau India Johor pulak? Anyway, Tuanku titah tu betul tentsng Maddey sebagsi Pngachau...Saja Tuanku tu berhemah..kalau tidak dah dilabelnya Maddey Kera-la tu sebagai "Ayam Jantan Kokok Berderai2 Ekor Gelumang Tahi"..kira cakap Al-Soltan tu A+++ lah..Dolat Tuanku..

Anonymous said...

Bangsa kedah dlm mlysia.
Bangsa johor dlm mlysia.
Bangsa klntan dlm mlysia.
Bangsa mlaka dlm mlysia.

Smue dlm MALAYSIA ler..
Berbeza bile beragama shja.

ko BANGSA ape? johor
ko ASAL mane? johor
ko DARI mane? johor

sepatutny perkataan BANGSA ni adlah utk KETURUNAN n ADAT RESAM.

ko bangsa ape? mlayu
ko bangsa ape? cina
ko bangsa ape? india

Ted Manoff said...

Jangan keliru..mana2 Raja boleh dinasihati sekiranya baginda silap..kalau tidak di mana letaknya peribahasa Melayu Purba yang pasti lebih tua dari konsep Bangsa Johor itu sendiri iaitu "Raja Adil Raja Di Sembah Raja Zalim Raja Di Sanggah?"..Sultan Johor pon Manusia biasa dan dia boleh terima kritik atau nasihat yang disampaikan asalkan dibuat secara berhemah dan beradap..malangnya Maddey Kera-la ada buat taik dengan kerabat Johor dahulu..so Maddey Kera-la kena lah terima "Tangan yang menchinchang bahu yang memikul"..

Ted Manoff said...

Tuanku tu bertindak sebagai strategist dalam perpaduan rakyat di Johor .tak salah..boleh buat dulu..kemudian pantau..kalau tak sesuai juga boleh dolar untok penambahbaikan. .kalau tak boleh juga gostan lah..kata2 manusia tak serupa firman..jangan takut menchuba perkara baru..saya sokong idea tu..

Anonymous said...

jasa mamaq kutty kalu ada
pun hanya 1 aje penjarakan
al jub selamatkan Makaysia..

Anonymous said...

kenapa mencela Tun ?

disebalik "sisi hitam" selama 22 tahun memerintah, Malaysia dilepaskan pada penggantinya (Tun Abdullah) dalam keadaan yg lebih baik dari sewaktu Tun menerima kuasa pemerintahan daripada Tun Hussein Onn.

Tun sekarang melanggar segala amanatnya. bersekongkol dengan puak yang terkenal dengan sifat bagaikan serigala.

Lawanlah Tun bukan dengan mengungkit sejarah hitamnya sewaktu berkuasa. sebaliknya lawanlah Tun atas sebab mempertahankan pemerintahan yg masih berdiri waktu ini.

Anonymous said...

Kalau tak mahu kene kutuk, tak payah kutuk bngsa johor ke bangsa lain ke... Mudah je.

Kalau dah sebut pasal tu, pandai2 sendiri la nak menjawab. Tak payah order anjing dari perkosa pula tolong jawab kan...

Anonymous said...

1.55
sokong penuh... hati2 dng perkosa dari kubang pasu tu.... darah pengkhianat masih mengalir dlm badan depa tu... nnpk gaya bahasa mme manis dan mulus bunyi nya.... sbb depa dari Utara ni dah banyak kisah dan tauladan yg bole difikir baik buruk depa2 dari utara nihhh....

Anonymous said...

Kasihan sungguh kepada bangsa Malaysia, dengar kata orang keturunan raja dan sultan ada juga dari golongan lanun yang sangat berkuasa di lautan.. Apabila sang nila utama PM yang ada hari ini merompak maka diadukan perbuatan beliau kepada Maharaja yang berketuruan lanun. Maka ini yang jadi teguran ikhlas Tun M telah dengan cepatnya dimanipulasikan bagi melaga-lagakan sesama manusia. Yalah hal perompak diadukan kepada lanun, maka tak ke mana pun perginya aduan kita. Bak kata MP Sengambut hubungan mereka ini jelas, you help me, i help you, everything can be settled. Hari itu ada anak Maharaja yang minta rakyat bagi feed back agar boleh dipanjangkan dalam pertemuan empat mata ngan ketua penyamun. Alih-alih bila ditanya apa perkhabarannya, jawapan yang diterima rakyat, you all tak payah nak sibuk, ini hal kami saja yang tahu kerana ini pertemuan diraja antara ketua2 penyamun.

Anonymous said...

Mamat Perkasa tu tulih chari makan..nak garner groundroot support. ..bila kukoh boleh jadi Presiden Perkasa..terkilas ikan di air....

Anonymous said...

Baik ko tukar alamat. .ada yg nak ketuk pintu jam 3 pagi..

Anonymous said...

Setuju ngan ulasan panjang lebar oleh MFHI Tun M dah terlebih makan garam dan terlalu mendalam pandangan beliau. Maharaja yang itu pula masih baru, baran tak pasal. Kalau diimbau tanpa kebijaksanaan dan keserdahanaan TUn Mahathir pasti Sultan Iskandar lama dahulu jadi isu besar yang memalukan pihak istana kerana kes-kes Raja terlampau hingga menyebabkan kematian. Tah-tah kesultanan JOhor pun akan terpadam dari sejarah. Antara implikasi tengok aje dalam sukan bolasepak Malaysia pasukan Selatan Semenanjung Malaysia ini tidak habis2 terlibat ngan kontroversi penyokong bergaduh... Nak bersukan pun berbunuh antara orang Islam dan Melayu juga. Lagi Maharaja nak marah Tun M pecah belah bangsa Melayu kononnya.

Anonymous said...

Panas baran tak jadi.masalah besar dari cakap yg penuh dng slogan yang hebat hebat ... slogan yg indah tapi melacurkan akidah dan islam itu sendiri.. sanggup pulak bersekonhkol dng penjajah dan musuh islam kalau akidah tergadai apa lagi yg tinggal... lu fikir la sendiri

Anonymous said...

Bayangkan akidah Islam tidak terbela oleh orang Islam sendiri, dosa besar memakan duit haram dan menganiaya orang lain demi menyelamat tengkuk sendiri daripada tindakan undang2 terus menjadi-jadi tanpa pembelaan. Pihak yang menegakkan kebenaran dan berjuang mencari keadilan difitnah pula sebagai yang bersalah. Pihak lain walaupun bukan Islam lagi punya nilai kemanusiaan yang mulia. Mereka juga hamba Allah walaupun tidak beriman kepada Allah, tetapi hati mereka nampak jalan kebenaran sementara hati orang yang kononnya Islam dan ulama ini pula telah hitam berserabut dengan sisa dedak... hasil keluaran syarikat 1PM & Wife SDn Bhd. Tak nampak apa-apa daa... yang nampak kuasa dan keuntungan yang masih bersisa.

Anonymous said...

Baru skg nk tegak keadilan setelah kroni... anak beranak dan bail out anak beranak beratus billion baru nnpk semua x adil.... hati hati org yg ckp pandai... slogan terbaik.. tapi penipu yg penuh muslihat...

Anonymous said...

Terdapat beberapa komen yang mengkritik saya, saya dituduh sebagai pengkhianat, kononnya dalam tubuh saya mengalir darah pengkhianat, tak apalah, tuduhlah, kerana dah anda nak tuduh saya, saya tak boleh halang, cuma apakah perkara itu betul atau tidak, itu persoalan utamanya, kalau perkara betul tak apalah label saya sebagai pengkhianat, tapi kalau perkara itu salah, anda tanggunglah sendiri dosa menghina saya sedemikian rupa.

Sekirangya Perdana Menteri dari Utara yang dikatakan sebagai pengkhianat, maka tiadalah Malaysia ini memperolehi kemerdekaan, kerana yang mengusahakan kemerdekaan pun Perdana Menteri dari Utara iaitu Tunku Abdul Rahman jua.

Begitu juga dengan pembangunan di negara ini, sepanjang 22 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad anak jati Kedah, seorang dari Utara menjadi Perdana Menteri negara ini, apakah Malaysia mundur hingga rakyatnya merempat di tepi jalan serta menjadi pendatang haram menceroboh masuk ke negara orang lain untuk bekerja secara haram?

Kepada yang menghina orang-orang di Utara ini, sila beritahu kepada saya, siapakah Perdana Menteri Malaysia yang berusaha untuk memerdekakan negara ini dari cengkaman British serta berhempas pulas melawan komunis hingga darurat dimansuhkan pada tahun 1960?

Malahan beritahulah kepada saya, di zaman siapakah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang berhempas pulas memajukan negara ini menjadi sebuah negara perindustrian yang berkembang pesat serta memajukan inftrastruktur yang terbaik untuk rakyat negara ini?

Saya tidak menafikan Perdana Menteri dari Selatan atau Timur, kerana mereka ada sumbagan mereka sendiri untuk pembangunan rakyat dan negara ini, itu saya akui, tetapi saya inginkan jawapan kepada golongan penghina yang memperkecilkan, memaki hamun, merendah-rendahkan orang-orang dari Utara yang dikatakan sebagai pengkhianat, itu, sila jawab persoalan saya.

Sebagaimana yang saya terangkan sebelum ini, sentimen kenegerian ini, kalau terlalu diutamakan, akan ada golongan penghasut yang akan memainkan sentimen ini untuk memecah belahkan keharmonian negara ini.

Sebagaimana individu yang menghina orang-orang dari Utara, manusia sebegitu hanya mendatangkan rasa benci orang-orang dari Utara terhadap orang-orang Malaysia di Johor, kerana pastinya mereka anggap si penghina itu adalah dari Johor, meskipun barangkali si penghina itu mungkin agen komunis, agensubversif pihak asing yang mahu merosakkan keamanan negara ini, malahan bukan orang yang berasal dari Johor pun.

Sebab itulah, Tun Dr. Mahathir memberikan komentar supaya perkara kenegerian jangan ditiupkan kepada masyarakat kerana kesannya adalah besar walaupun ada orang lihat isu ini adalah isu kecil sahaja.

Anonymous said...

bersambung..............

Perlu difahami, keterujaan terhadap sesuatu sentimen samada kenegerian, kebangsaan, keagamaan, sila cara diolah akan membawa kerosakkan yang sangat teruk di kalangan masyarakat.

Sepertimana sentimen keagamaan yang dimainkan dalam isu azan, isu pembesar suara di masjid, isu perarakan keagamaan tertentu, perkara yang dipanaskan itu bukanlah ada kena mengena dengan agama sangat pun, tetapi lebih kepada sentimen keterujaan yang melampau akibat ditiup api permusuhan oleh individu yang tak bertanggungjawab.

Misalnya dalam isu pembesar suara di masjid atau surau, ia bukan ajaran agama supaya membaca Al-Quran kuat-kuat sampai dengar beratus-ratus meter dari Masjid, lebih-lebih lagi dalam waktu seperti subuh, malam, kerana kita perlu faham bahawa di negara ini bukan hanya orang Islam sahaja, ada orang bukan Islam yang hendak berehat, malahan mungkin terdapat orang sakit yang perlukan rehat tapi terganggu dengan bunyi dari pembesar suara yang terlalu kuat itu.

Seperti isu Azan menggunakan pembesar suara, kaum dan agama tertentu perlu faham itu adalah cara memberitahu kepada umat Islam waktu untuk solat, maka perlu dihormati perkara ini, malahan Azan yang dilaungkan menggunakan pembesar suara itu bukanlah sampai dua tiga jam, paling lama pun dalam tempoh lima minit, tapi ada yang dua atau tiga minit sahaja, memahamai tuntutan agama orang lain adalah satu keperluan dalam masyarakat majmuk.

Harapnya tak adalah pula yang melabelkan saya menentang agama pula lepas ni, kerana saya memberi komen pasal perkara ini berdasarkan tuntutan agama Islam juga, sila tanya ulamak yang muktabar, bukan ulamak cari makan, sudah tentu ulamak muktabar itu akan menyokong komen saya ini, kerana kalau kita mahu orang hormat kita, kita juga kena hormat orang.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman

Anonymous said...

In wars there are no rules...kalau perlu ungkit so ungkit lah... you know nothing about political plots and political survival..usah komen lah

Anonymous said...

Jiran sblah rumah aku BELA ANJING..

tak kire malam,ribut petir,siang ,tenghari,panaS seringkali menyalak kuat..

Xpernah pon aku nk BUNUH anjing tu...

Sbtulnya org asing ni contohny org cinnaa jika dorg ramai,dorg akn mnta bukn2 prkara yg telah brlaku skian lame..contohny azan dperlahankn..

cube hnya dia skluarge cinnaa yg tnggl di kg mlayu..ko nk MEMEKIK dlm surau pon dia akn buat BODO n XRETI jerrr.

Anonymous said...

'Ahli Perkosa' yg komen panjang lebar tu macam gaya anjing dapigs 'abu bakar' @abu toh yg berkomen dulu2...

Anonymous said...

Astaghfirullah hal azim, lagi saya dituduh yang bukan-bukan.

Dalam isu anjing menyalak dekat rumah, perbuatan tuan anjing yang membiarkan anjingnya menyalak sesuka hati adalah salah, sepatutnya saudara yang tinggal sebelah rumah yang ada anjing itu boleh membuat laporan kepada pihak polis kerana kententeraman hidup saudara terganggu akibat salakan anjing yang tak henti-henti, itu adalah hak saudara sebagai rakyat Malaysia untuk mendapat kehidupan aman dan harmoni.

Seperti mana orang yang pasang radio kuat-kuat di sebelah rumah kita hingga kita sendiri tak boleh hidup dengan tenteram, maka kita ada hak untuk membuat laporan polis supaya polis mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memasang radio kuat-kuat itu, kerana perbuatan sedemikian adalah menggangu ketenteraman awam adalah salah di sisi undang-undang, memanglah radio itu dimiliki oleh orang yang pasang radio kuat-kuat itu, ok radio itu hak dia, kita bukannya nak rampas radio tu, cuma kita tak mau bunyi bising yang melampau itu mengganggu ketenteraman kita, dalam Islam pun, perbuatan menggangu ketenteraman orang lain, malahan menggangu kenteraman haiwan atau tumbuhan seperti tak pasal-pasal tendang kucing yang sedang tidur, atau memukul pokok dengan kayu atau batu adalah berdosa dan haram, kerana semua makhluk ada hak, dan setiap makhluk perlu hormat hak makhluk lain, kerana hak itu adalah diberikan oleh Allah, kalau kita merampas hak orang, maka kita telah bersikap biadap terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah kepada kita, apakah kita berani bersikap biadap kepada Allah yang merupakan Tuhan yang Maha Perkasa, Raja segala Raja?

Dalam isu azan, saya bukanlah menentang penggunaan pembesar suara semasa azan, itu tak apalah, orang bukan Islam pun kena tolenrasi kerana itu adalah cara untuk memaklumkan waktu solat dan itu adalah sebahagian dari cara umat Islam beribadat, tetapi dalam isu menggunakan pembesar suara untuk baca Al-Quran di masjid atau surau, menggunakan pembesar suara yang keterlaluan semasa berceramah di masjid atau surau, itu sudah mengganggu masyarakat di sekeliling kerana orang bukan Islam mereka tidak perlukan itu semua, manakalah orang yang sakit akan terganggu.

Malahan meninggikan suara di dalam masjid adalah perkara yang dilarang oleh agama Islam, kalau kita benar-benar faham mengenai agama Islam, maka kita akan ikut ajaran Islam, bukannya menjadi pak turut perbuatan orang terdahulu tanpa mempedulikan apakah itu menurut syarak atau buat ikut suka.

Kalau kita baca sejarah, Islam begitu cepat berkembang kerana Islam mengajarkan budaya menghormati hak orang lain, samada dia orang Islam, orang bukan Islam, semuanya ada hak dan perlu dihormati, sebab itulah orang bukan Islam di negeri-negeri Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka mudah menerima Islam kerana kemurnian ajaran Islam.

Kini perbuatan ekstrim segelintir umat Islam yang bersikap keras dalam beragama dan perbuatan mereka telah menyebabkan orang bukan Islam salah sangka terhadap Islam, Islam pada pandangan bukan Islam adalah agama yang keras, suka menggangu orang, tiada timbang rasa, sedangkan perkara-perkara sedemikian bukanlah ciri-ciri Islam, tapi perbuatan segelintir umat Islam yang suka bermegah diri dan tidak faham agama dengan betul.

Terdapat umat Islam yang apabila masyarakat bukan Islam meminta supaya penggunaan pembesar suara pada waktu subuh itu dikurangkan, maka umat Islam yang ekstrim akan terus melatah, menuduh bahawa menghina Islam dan sebagainya, perbuatan ini boleh mencetuskan ketegangan lebih-lebih lagi pihak mempunyai kepentingan peribadi memainkan sentimen ini sebagai sentimen keagamaan untuk dimanipulasikan.

Oleh itu, kalau kita tahu hormat hak orang, maka orang pun akan hormat hak kita, jika orang tak hormat hak kita pun, kita sudah ada sebab untuk pertahankan hak kita berdasarkan kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman

Rafrash said...

Memang bagus atas usaha Sultan Johor menyatu-padukan orang melayu Johor dan rakyat Johor. Lebih baik kalau ianya bukan setakat negeri Johor tetapi Malaysia keseluruhannya. Kita tidak mahu negeri-negeri lain pun menubuhkan bangsa sendiri dan akhirnya negara Malaysia jadi rapuh dan lemah.

Anonymous said...

Apa lah ada pada bapa kemerdekaan kalau tanah dan pulau yg subur diberikan oleh kaim lain... apalah makna bapa kemajuan negara yg kononnya memajukan negara menyembah penjajah dan bersekongkol dng pluralism. .. syiah.. DAP evangelist LGBT dan GAY dihujung hayat...yg terang benderang memusuhi islam....lu fikir la sendiri...

Anonymous said...

Cinna johor ade ke dorg komplen azan kuat2??

cinna pahang ad ke dorg komplen azan kuat2?
dsbbkan KOMUNITI cinnaa n sistem pmrntahan dmliki org mlayu mreka akn BERDIAM DIRI...

hnya cinnaa dKL n PENANG sje yg byk KompLEIN tntang AZAN
krna sstem pmrntahan n komuniti mreke telah DIMILiki Oleh mereka

Anonymous said...

abaikan saja komen-komen ahli perkasa tue....anggaplah bagai angin lalu...

Anonymous said...

Megah dng bapa kemerdekaan dan kemajuan kalau dizaman mereka darurat 13 mei ... dan pulau strategic lebur sedekah pada kaum cina.... yg penggantinya lah yg menyusun semula masyarakat.. Dasar bumi hijau.. Felda felcra risda diperkenalkan oleh penganti.... apa lah ssgt bapa pemodenan kalau 3 negeri jatuh pada pbangkan termasuk negeri kelahiran sendiri tewas pada pembangkang dan ninggalkan legasi hutang dan kenyangkan kroni dan anak beranak yg korup ...

Anonymous said...

Eh lesen judi arak zouk bolehhh je... apsal taknak lesen kan lgbt ngan gay skali? Boleh gak dpt duit....

Anonymous said...

Memang anjing perkosa tu dan abutoh anjing mamakdey yang sama

Rafrash said...

Kepada rakyat Malaysia terutama dari Johor janganlah salah tafsir niat Tun Dr Mahathir dalam kenyataan mengenai Bangsa Johor. Apa yang dia dan kebanyakkan rakyat Malaysia bimbang ialah suatu hari nanti Johor akan terpisah dari Malaysia. Jika ini tidak benar rakyat Johor, MB Johor dan semua yang berkenaan beritahulah kami apa sebenarnya maksud dan tujuan Bangsa Johor. Beritahulah kami yang Johor sedikit pun tiada niat untuk keluar dari Persekutuan. Berilah keyakinan kepada kami rakyat Malaysia bahawa perpecahan ini tidak mungkin berlaku. Moga senang hati semua rakyat Malaysia. Itu saja

Anonymous said...

Memang di abaikan pun... Tengok komen anjing tu sekilas lalu pun macam dengar anjing menyalak di balik bukit je... Sayup-sayup... Tak penting mana pun

Anonymous said...

Kalau johor nak keluar persekutuan malaysia pun, tahun 1993 dah lama sultan iskandar isytiharkan...

Ni dah berapa tahun sejak tahun 1993?? Ada baru macam semalam ke?

Anonymous said...

Sepanjang menguasai kerajaan selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengakui menjadi punca kepada penghapusan kuasa Yang di-Pertuan Agong dimana tandatangan tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

Bekas perdana menteri sendiri meminta maaf kerana meminda Perlembagaan Persekutuan yang menghapuskan kuasa Agong.

“Saya ingin memohon maaf atas pindaan kepada perlembagaan itu, yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang

“Ia kelihatan (oleh) kerana pindaan itu, (Akta Majlis) Keselamatan Negara yang baru, telah mula berkuatkuasa, walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatanganinya,” tulis Mahathir dalam blognya semalam.

Pada tahun 1994, kerajaan yang diterajui Dr Mahathir meluluskan pindaan perlembagaan untuk membolehkan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Senat untuk menjadi undang-undang dalam tempoh 30 hari, tidak kira sama ada Agong memberikan perkenannya.

Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-Raja meminta Rang Undang-Undang MKN diperhalusi, tetapi ini tidak dilakukan.

Kemudian, mengikut warta negara, Rang Undang-Undang MKN secara automatik diperkenankan pada hari berikutnya, pada 18 Februari, sepertimana pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu.

Rang undang-undang itu telah diwartakan menjadi undang-undang pada bulan Jun, dan berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu.

Akta MKN memberi perdana menteri kuasa untuk mengisytiharkan zon keselamatan, di mana pasukan keselamatan akan mengambil alih.

Pengkritik berkata ia serupa dengan mengisytiharkan darurat, sesuatu yang hanya Agong boleh lakukan.

Anonymous said...

Jika Malaysia tidak mendapat pemerintahan sendiri dari British, maka kini kini adalah sebahagian daripada Wilayah British yang terpaksa bertuankan orang British.

Sekurang-kurangnya Tunku Abdul Rahman berusaha untuk mendapatkan pemerintahan sendiri dari British.

Jika negeri-negeri Melayu kini adalah wilayah British kerana belum, apakah kedudukan para Sultan dan Raja di negeri-negeri Melayu akan terhormat seperti sekarang?

Pembangunan yang kita kecapi kini adalah daya usaha pemikiran seorang pemimpin yang melihat hala tuju negara untuk kepentingan negara dan rakyat.

Rakyat yang tak tahu bersyukur sudah tentu tidak menghargai usaha dan jasa orang yang telah banyak menyumbang untuk membangunkan seperti keadaan sekarang ini.

Di zaman Tun Dr. Mahathir sektor ICT dipertingkatkan, jika tidak, si penghina yang mengata macam-macam terhadap Tunku dan Tun Dr. Mahathir ini sudah tentu tak dapat la nak berfacebook, nak berinstgram, nak melayari internet, kerana pemimpin yang khianat akan membiarkan rakyatnya jadi bodo supaya mudah diperkudakan, tetapi Tun Dr. Mahathir tidak begitu, beliau berusaha keras untuk pembangunan rakyat dan negara supaya negara kita maju, untuk kepentingan kita semua juga.

Kekalahan lima buah negeri kepada pembangkang adalah bukan di zaman Tun Dr. Mahathir, malahan Kedah semasa Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri adalah sentiasa ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional, jadi tak payahlah nak menghina sangat, kerana jika dibandingkan dengan perangai kamu yang tak kenang dek untung dan tak sedar diri itu, apalah sangat jika hendak dibandingkan jasa dan sumbang bakti yang begitu besar oleh pemimpin-pemimpin dari Utara yang kamu hina dan caci itu.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman

Anonymous said...

Mamak lidah bercabang..

Anonymous said...

Itu semua berlaku sebelum orang tua tu nyanyuk.. Sekarang dah nyanyuk, keputusan yang dia buat dulu pun boleh suruh orang maafkan.

Zaman dia buat boleh... Zaman orang lain buat tak boleh... Macam haram jadah...!!!

Anonymous said...

Dr M Perlu Fahami Konsep Bangsa Johor - Khaled


Saya ingin merujuk kepada pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kebangkitan nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor semalam.

Saya mempunyai pendirian yang berlainan dan menyanggah dengan tegas kenyataan tersebut.Pendirian saya adalah selari dengan pandangan DYMM Sultan Johor berhubung perkara ini.

Pertama, kebangkitan nasionalisme Johor, dalam apa cara sekalipun, tidak bertujuan untuk menjurus kepada perpisahan daripada Persekutuan Malaysia.

Johor adalah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia dan akan terus mendukung hubungan eratnya dengan Kerajaan persekutuan.

Namun, hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan mesti diterjemahkan selayaknya atas semangat sebuah persekutuan dan bukannya sebagai sebuah negara satuan atau ‘unitary’.

Kedua, Bangsa Johor adalah satu identiti politik Johor yang menjurus kepada perpaduan dan sikap muhibah. Ia menyeru kepada muafakat pelbagai kaum. Malah ia menjadi matan yang menyatukan segala kerencaman bangsa, agama dan keturunan di bawah satu identiti kenegerian yang bersandarkan kepada keharmonian, persefahaman dan toleransi.

Ketiga, Bangsa Johor yang bersatu padu, maju,harmoni dan berada dalam keadaan terbaik bukan sahaja akan menjadikan Johor dan masyarakatnya lebih baik. Malah ia akan menjadikan Malaysia dan masyarakatnya juga lebih baik. Ia dengan sendirinya akan mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan. Negeri-negeri yang kuat, dengan masyarakat yang kuat akan membentuk persekutuan yang kuat.

Keempat, nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor adalah identiti unik yang telah lama sebati dengan Johor dan amalan masyarakatnya. Seawal 1920-an apabila DYMM Almarhum Sultan Sir Ibrahim memperkenal dan menggunakan istilah tersebut. Ini bermakna, penggunaan Bangsa Johor sudah wujud lebih awal dari kemerdekaan dan kewujudan Malaysia.

Kelima, terimalah kebangkitan nasionalisme Johor dan Bangsa Johor ini sebagai sebahagian dari kepelbagaian dan kerencaman Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai cerita dan pelbagai cerita terbaik. Kemajmukan inilah yang menjadikan Malaysia kuat dan istimewa.

Saya menyeru semua pihak untuk meneladani kebangkitan Johor dan nasionalismenya. Ia harus menjadi pacuan moral untuk kita lebih menghargai kepelbagaian berbangsa dan bernegara secara progresif dan sihat.
Kepada Tun Dr Mahathir, saya beranggapan tidak perlulah untuk beliau bercakap dan mengulas tentang perkara yang bukan menjadi bidang kearifannya. Sesuatu yang beliau tidak dapat hargai atau jiwai.

Kami di Johor akan terus berbangga memelihara dan berusaha mempertahankan segala warisan dan konsep yang boleh menjayakan dan menyatakan segenap rakyat negeri ini.

Kenyataan Media

YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin,
Menteri Besar Johor

Anonymous said...

Nanti ada la anjing perkosa kata MB johor pun dah makan dedak sebab tak senada dengan mamak kerala

Anonymous said...

Ko tunggu pkr jadi pemerintah nanti. Waktu tu ko lesenkan jubor ko untuk lgbt dan gay ratah puas-puas bontot hitam ko tu..

Boleh gak dpt duit....

Anonymous said...

Kami dah bertaubat... Anda bila lagi?

Anonymous said...

Dah ada punnnn....

Anonymous said...

Faiz lansung tak berani sebut pemimpin yg melacurkan islam dan akidah serta iman dengan ajaran pluralisma datang dari utara....

Anonymous said...

Jadi pm 22 tahun pun masih bengong pasal 'bangsa johor'. Dulu tak pernah nak dia sanggah pun..

Tu la tandanya dah makin nyanyuk..

Anonymous said...

Tun Dr.Mahathir melakukan pindaan terhadap undang-undang supaya kuasa Raja-Raja dan kepentingan rakyat dapat diseimbangkan sedaya upaya.

Dalam isu pindaan undang-undang tahun 1993 mengenai isu kekebalan Raja-Raja terhadap tindakan undang-undang, perkara ini telah diambil berat oleh pihak kerajaan kerana tedapat insiden-insiden yang melibatkan pihak Raja-Raja hingga mendatangkan kemarahan kepada rakyat.

Dalam perkara ini, ada Sultan dan kerabatnya telah menunjal kepala kadi dan menghempas kepala kadi dengan papan doa kerana kadi berkenaan tersilap menyebut nama.

Ada juga Sultan yang bersikap keras terhadap Menteri Besar hingga Menteri Besar itu tersingkir dari jawatannya hanya kerana Menteri Besar mahu bersikap profesional dalam isu pemberian konsesi balak supaya negeri mendapat manfaat, bukannya secara pilih kasih disebab hubungan dengan orang kenamaan tertentu.

Malahan terdapat insiden seperti jurulatih sebuah pasukan sukan yang telah dibelasah kerana isu disiplin anak kerabat Istana dan banyak lagi.

Perkara ini telah dibincangkan panjang lebar di dalam parlimen pada tahun 1993 dan boleh dibaca dalam Hansard Parlimen, cari dalam laman web Parlimen Malaysia.

Tindakan mengurangkan kekebalan raja-raja adalah bertujuan untuk mengelakkan tindakan keterlaluan raja-raja hingga menyebabkan rakyat bangun memberontak sebagaimana yang berlaku di beberapa negara sebelum ini, di Indonesia, di India, di Pakistan, di Mesir, di Iraq, perasaan tidak senang rakyat terhadap raja-raja di kawasan-kawasan tersebut telah menyebabkan institusi beraja digulingkan, pihak kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir tidak mahu perkara ini terjadi di Malaysia kerana mahu menjaga kedudukan Raja-Raja, ini adalah kerana dalam Islam sendiri pun, samada Sultan atau seorang tukang kebun, kedudukannya adalah sama di sisi Allah Taala, yang membezakan hanyalah tahap ketakwaan seseorang itu.

Sedangkan Baginda Rasulullah S.A.W. sendiri bersabda bahawa jika anak kesayangan Baginda iaitu Fatimah mencuri, maka Baginda akan menjalankan hukuman potong tangan terhadap Fatimah juga.

Masalah orang Melayu di negara ini adalah tidak faham isu hingga merapu dan meleret-leret ke arah lain tak tentu hala, sebab itulah bangsa kita gagal untuk bersaing dengan bangsa lain di negara ini kerana sikap kita sendiri yang tidak tahu hendak membezakan antara sesuatu isu.

Selagi mana kita masih punya kuasa politik, maka selamatlah kita, tetapi selama mana kita mampu bertahan jika kita sendiri tidak mahu berubah menjadi lebih baik dan lebih suka berada dalam kepompong jumud yang tak berkesudahan?

Kita perlu selidiki sejarah bagaimana sebuah bangsa yang kuat seperti kita ini di zaman silam kemudiannya hancur dan dijajah oleh kuasa-kuasa asing?

Pepatah Cina ada mengatakah perjalan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama, jika tiada langkah yang pertama, tidak mahu berubah, jangan salahkan orang lain jika kita ketinggalan, kerana itu adalah salah kita sendiri yang tidak tahu untuk berusaha mencapai kejayaan.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman

Anonymous said...

Boring betul tengok anjing perkosa ni menyalak. Kalau undang-undang yang mamakdey tu pinda bagus sangat. Kenapa semalam dia boleh suruh orang maafkan dia sebab isu 1993 dulu???

Pi bukak blog mamakdey tu dulu, baru menyalak balik kat sini semula ye..

Anonymous said...

Kepada yang hendak menghina saya, hinalah sepuas hati anda kerana saya tidak rugi apa-apa pun di atas perbuatan anda semua itu, tidak kurang walau sedikit pun apa yang ada pada diri saya disebabkan penghinaan oleh anda semua.

Pujangga ada menyatakan kebodohan bermula apabila seseorang itu mengatakan dirinya telah pandai.

Ini kerana orang yang kononnya dah pandai, tentunya tak mau belajar lagi, kononnya dialah yang hebat dan bijak, akhirnya orang yang tidak pandai sebelum itu, tetapi atas kesungguhan berusaha untuk berjaya, sanggup belajar dan meniti tangga-tangga ilmu dengan gigih, akhirnya berjaya menjadi lebih pandai dari orang yang mendabik dada tadi.

Masalah anda yang menghina saya adalah anda semua tidak mengerti sudut-sudut di dalam sesuatu isu, anda melihat dalam sesuatu perkara itu dalam satu sudut sahaja, tetapi tidak melihat sudut-sudut yang lain yang lebih penting dan utama untuk kita semua bermuhasabah.

Tun Dr. Mahathir bukanlah menentang mengenai isu Bangsa Johor itu, beliau cuma memberikan pandangan setelah ditanya oleh seorang wartawan, maka beliau berilah pandangannya berdasarkan pengalaman beliau.

Kepada pihak yang tak mahu menerima, terpulanglah, anda ada pilihan anda sendiri, dan kita sebagai manusia ada tanggungjawab terhadap apa yang kita buat, dan kita perlu bertanggungjawab ke atas kesan dan akibat tersebut, kerana menyalahkan orang lain di atas kesilapan sendiri adalah tidak memberi apa-apa makna, hanya merendahkan maruah diri sahajalah.

Lagi satu yang ingin saya ingatkan kepada pihak yang hendak menghina, memperkecilkan, merendah-rendahkan komen-komen saya dan peribadi saya, sekurang-kurangnya saya memperkenalkan diri saya, tetapi anda semua hanya berani berselindung di sebalik komen tanpa pengenalan diri anda pun.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman

Anonymous said...

Atuk Tun tu patutnya duduk diam2 dah buat amal ibadah sebanyak mungkin...cukup2lah fikir hal keduniaan ni..Allah dah beri bonus umur tu patutnya bersyukur sangat...tak ada ke ahli keluarga atau orang yang rapat dengan nya nasihatkan beliau....kesianlah....walau beliau banyak jasa tak kurang juga banyak kesalahan yang telah beliau buat....oleh itu sebaik2 nya beliau mohon maaf kepada rakyat Malaysia dan duduk diam2...kan

Anonymous said...

Saudara, Allah beri umur Tun Dr. Mahathir panjang itu berkemungkinan adalah rahmat dari Allah kepada rakyat negara ini, kerana insan seperti Tun Dr. Mahathir yang dianugerahkan beberapa kelebihan oleh Allah telah banyak membantu negara ini dan rakyat negara ini mencapai kemajuan.

Tidak dinafikan bahawa Tun Dr. Mahathir adalah insan biasa yang tidak lepas dari salah dan silap, bukan setakat Tun Dr. Mahathir, malahan saya sendiri atau saudara sendiri pun bukanlah insan yang tidak pernah melakukan dosa atau kesilapan, cuma apa yang ingin nasihatkan adalah, selagi mana Allah Taala meminjamkan Tun Dr. Mahathir kepada kita semua untuk beliau (Tun Dr. Mahathir) terus menyumbang bakti kepada negara ini, hargailah apa yang ada itu, kerana bukan senang untuk kita jumpa insan yang istimewa seperti Tun Dr. Mahathir ini.

Saya bukanlah mendewa-dewakan Tun Dr. Mahathir, tetapi saya hanya memberi peringatan bahawa kita perlu lihat apa hikmah yang ada terhadap kewujudan Tun Dr. Mahathir selaku rakyat Malaysia selama ini.

Tidak ramai orang di dunia ini yang berkarisma, mempunyai pemikiran yang jitu seperti Tun Dr. Mahathir, apatah lagi di negara kecil seperti Malaysia ini.

Adalah sebaiknya saudara berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir atas jasa dan sumbangan beliau terhadap saudara hingga saudara dapat menikmati hidup seperti sekarang ini.

Sekiranya Bangsa Johor hendak terus mengekalkan identiti Bangsa Johor, itu adalah tidak salah, dan tidak mengapa, saya menghormati pendirian anda, cuma apa yang saya ingin ingatkan adalah bahawa berhati-hatilah dengan golongan subversif yang sentiasa sedaya upaya mahu mempergunakan setiap ruang dan peluang yang boleh mereka guna untuk memperdayakan rakyat negara ini supaya berpuak-puak hingga berpecah belah.

Saya menghormati pendirian KDYMM Sultan Johor dan Y.A.B. Menteri Besar Johor mengenai isu Bangsa Johor, itu adalah pendirian masing-masing, saya tidak boleh memaksa orang lain menerima pendirian saya dan saya perlu menghormati pendirian orang lain selagi mana tidak menceroboh hak saya selaku manusia.

Apa yang saya ingin terangkan dalam setiap komen-komen saya adalah kita perlu berhati-hati terhadap anasir subversif yang akan cuba mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan sentimen kenegerian hingga kita berpecah belah.

Saya sendiri dalam blog ini telah dimaki hamun bertalu-talu hingga dihina sebagai anjing, pertubuhan yang saya anggotai dipersenda dengan nama yang jelek, tak apalah, saya rasional, orang nak hina saya tu, nak buat macam mana, dah dia nak buat macam tu, saya halang macam mana pun dia akan hina juga, maka itu terpulanglah kepada dirinya, cuma apa yang perlu diingatkan adalah isu dosa dan pahala sahajalah.

Jika kita bersikap rasional, kita tidak akan cepat melatah dalam sesuatu isu, kerana jika kita cepat melatah dalam sesuatu isu, maka akan ada ruang dan peluang untuk pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk memburukkan keadaan demi kepentingan mereka.

Kepada yang menghina saya tu, saya berharap anda semua dapat berfikiran dengan rasional, sila baca dengan teliti apa yang saya tulis, sila fahami apa yang hendak saya sampaikan, bukannya anda baca sepintas lalu di permukaan, kemudian anda terus menghukum saya, dan lebih tragis lagi anda menghukum dan menghina pertubuhan yang saya anggotai sedangkan pertubuhan yang saya anggotai itu tak ada kena mengena dalam perkara ini.

Semoga anda semua diberikan hidayah dan pedoman oleh Allah Taala untuk melihat kebenaran, tetapi jika saya salah, saya minta maaf kerana sebagai manusia saya tidak terlepas dari salah dan silap.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman

Anonymous said...

Otak dan hati kau penoh dgn kuman2 mcm tun m la jugak tu sbb dia asyik berulang alik masok ijn. Betullll mmg terang2 ada kuman d hati. Dia ni paspussy mana ada buat salah kan org nik aziz geranti masok syurga...hahaha...

Anonymous said...

Lol.......mak enon...

Anonymous said...

Mmg pon tun m pecahbelah org melayu bkn kunon2 lagi. Bkn dia tak tau siapa limkomunis tuh. Sanggup buat hingga 'beromen' dgn si komunis laknatullah. Pergi la jaga anak bini kau tu kau ingat dgn buat tak reti tanggongjawab d rumah boleh lepas d akhirat sbb sebok sgt dgn hal duniawi umor sudah meniti senja nih. Yg korang ni pon serupa nasihatkan boss kesayangan kau tu kulit tu dah seperti lilin terbakar mengelodeh dunia pon dah tak mau kau duduk d perutnya lagi. Sick. Sama la juga dgn pm kita nih. Meluat aku dgn pemimpin2 msia the so called muslim leaders.

Anonymous said...

Kelantan pon mengaku bangsa kelantan....ha3x

Anonymous said...

Hahaha...gud one...

Anonymous said...

Mcm munafiq perangainya...

Anonymous said...

Perangainya seperti minafiqun. Semakin umor d pjgkan seeloknya bawa la anak2 dan isteri mendalami ilmu islam yg benar bkn cara syiah.

Anonymous said...

Cian...tercungap cungap si abu toh tu tulis panjang lebar nak menghasut ...takde sapa nak layan baca ke?

Anonymous said...

tulisan anjing perkosa tu hanya sesuai untuk bacaan ahlil parti pribumi je. Identiti parti pribumi dan perkosa pun ntah ke mana, kejap nak bela bumiputera, kejap nak semua bangsa pun boleh. Sudahnya lepas mamakdey udah masuk lubang, parti pribumi nak masuk buku sejarah pun tak layak

anak peneroka said...

Ok la tu...dah pakai konsep bangsa johor...pas ni bleh la daftar penyertaan dlm PBB...so malaysia ada 2 wakil....satu dari bangsa malaysia & satu lagi dari bangsa johor...

Konsep bangsa ni tak boleh di pisahkan dengan kata negara..sebab tu la orang selalu sebut negarabangsa...sebab tu orang sebut kebangsaan bila mengaitkan dgn negara...so masing2 pikir la...apa tujuan konsep bangsa johor ni...


Aku bukan pro Dr.M..bukan macai najib.bukan anwarist..bukan penjilat sultan...apa lagi pengikut ambiga @ rocketeer...

Kenapa aku tak pro pada salah sorang dari mereka???

Sebab diorang semua sebenarnya dtg dari kapal yg sama...cuma masing2 buat tugas masing2....




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates