August 11, 2016

1 Kabinet Lulus Rancangan Perkhidmatan Uber Dan Grabcar Beroperasi Secara Sah


Perkhidmatan Uber dan Grabcar bakal dihalalkan operasinya setelah kabinet bersetuju dengan konsep 'e-hailing' oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Menurut laporan The Sun, di sini, Kabinet sangat berpuas-hati dengan 11 inisiatif yang dibentangkan, terutama inisiatif transformasi industri teksi negara dengan projek kemas kini Teksi 1 Malaysia (TEKS1M). Pelan rancangan ini bakal beroperasi pada hujung tahun ini.

Menurut laporan tersebut, Kabinet secara keseluruhan bersetuju dengan membenarkan operasi Uber dan Grabcar secara halal ialah satu langkah bijak untuk menjaga kepentingan rakyat. Dianggarkan seramai 150,000 pemegang permit teksi baharu akan muncul dalam tempoh tiga tahun akan datang, termasuk pemandu Uber, Grabcar dan pemilik teksi individu. Pertambahan ini bakal memberi saingan buat kesemua pihak untuk menambah baik servis mereka khususnya memberi keselasaan buat pengguna.

Sebelum ini, SPAD bercadang akan mempertimbangkan cadangan memperkenalkan sistem 'Kad Pemandu' kepada pemandu perkhidmatan Grabcar dan Uber. Pengerusinya, TS Dr Syed Hamid Albar berkata perkara itu perlu dilihat secara menyeluruh memandangkan pemandu yang terlibat adalah individu persendirian dan tidak mempunyai lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

TS Syed Hamid berkata SPAD akan membentangkan perkara tersebut kepada kerajaan khasnya mengenai syarat-syarat mentransformasikan industri pengangkutan awam yang berasaskan konsep teksi agar tidak timbul perasaan tersisih termasuk golongan pemandu teksi biasa yang menganggap mereka dibebankan oleh sistem sewa beli atau pajak.

TS Syed Hamid berkata SPAD akan mengadakan perbincangan lebih terperinci dengan  pemain industri sebelum memuktamadkan keputusan berhubung cadangan itu. SPAD dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi yang dikemukakan kepada kerajaan baru-baru ini antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Grabcar dan Uber serta menyamaratkan medan persaingan untuk pemandu teksi.

1 comments:

Uber Driver Reqruitment said...

Hello,

Uber need new driver in Singapore and Malaysia. We have interesting bonus for new driver.

Click to register as Uber driver in Malaysia Uber Malaysia
Click to register as Uber driver in Singapore Uber Singapore

NOTE: Fill the form with correct information. We will contact you by phone, soon after registration.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates