August 27, 2016

16 Gara-Gara Himpunan Bodoh #TangkapMO1 Raptai Hari Kebangsaan Dibatalkan

Di Dataran Merdeka sejak pagi tadi sedang berlangsung raptai sambutan Hari Kebangsaan. Disebabkan informasi dari pihak keselamatan menyatakan terdapat ancaman keselamatan akibat daripada Himpunan Tangkap MO1, maka raptai berkenaan terpaksa dihentikan separuh jalan.

Mengikut jadual, sepatutnya pada pukul 11.30 pagi, pelajar-pelajar yang menyertai raptai berkenaan dikehendaki masuk arena untuk sambung latihan. Walau bagaimanapun, 5 minit selepas itu pihak polis mengarahkan agar bersurai.

Malah bas pelajar yang biasanya mengambil dan menurunkan pelajar di depan Dataran juga sudah tidak dibenarkan masuk. Bas hanya dibenarkan menunggu berhampiran bangunan DBKL sahaja. Kesian pelajar-pelajar yang menyertai raptai yang terpaksa berjalan agak jauh bersama peralatan yang berat.

16 comments:

ted manoff said...

Live.... Lebih 100ribu hadir..!! Admin jgn nk spin pulak...tangkap MO1..bergetar lutut mohd najib..prOoTt

Anonymous said...

Banyak membaca. Pelbagaikan sumber untuk dibaca. Jangan terperangkap dengan sumber yang dibaca. Daripada situ kita akan mendapat petanda yang menunjukkan mana satukah yang menuju kebenaran. Misalnya depa dok kata jangan bagi ruang kepada kuasa asing campur tangan dalam negara kita.

Itu aku sangat setuju. Sebab itu aku sokong Dr. Mahathir yang masa dia jadi Perdana Menteri tak sekalipun Presiden Amerika dijemput datang ke negara ini. Presiden Amerika tak datang macam kita pi melawat pak penakan kita. Tak ada agenda depa tak datang. Lepas tu dua kali menatang kedatangan Presiden Amerika, tiba-tiba kata jangan bagi ruang campur tangan asing. Hangpa cakap bahasa apa ni?

La ni ada parti baru nama dia BERSATU. Apa susah masuk dan sokong sajalah bila mengundi nanti. UMNO? Jangan dok risau pasai UMNO. Ingat, jangan bertuhankan parti atau Presiden. Kalau parti baru menawarkan lebih baik dari UMNO (yang merelakan integriti dilempar ke tepi) pilih saja yang baru.

Hangpa jangan terasuk dengan saranan supaya memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada parti. Itu mengarut. Itu mengarut tahap gaban. Hanga kena berkata, "Ya kami memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi malah sanggup mati demi parti tapi dengan syarat yang menuju kebenaran." Memang benar UMNO (dulu-dulu) berjuang untuk rakyat hingga merdeka. Bagaimanapun UMNO memadamkan perjuangan daripada golongan ulama, guru, wartawan dan sasterawan. Depa mendabik dada pada setiap 31 Ogos "kununnya" UMNO sajalah memperjuangkan kemerdekaan. Tak apalah, sejarah ditulis oleh yang menang (UMNO) tetapi kebenaran sejarah tidak pernah berubah.

Tapi itu UMNO (dulu-dulu). Tak malukah UMNO (sekarang) menenggek di atas UMNO (dulu-dulu). Hangpa dalam UMNO la ni dok buat apa? Takkan dok julang Presiden 24 jam atau 365 setahun? UMNO dulu gagasannya bebaskan tanah air, takkan pula hangpa dalam UMNO setakat nak bebaskan Presiden? Lagipun Presiden tak bersalah, apa yang dok kalut jaga dia. Dia okey saja, hangpa pula yang tak berapa okey.

Aku nak bagitau hangpa parti politik ni macam sabun basuh kain. Kalau zaman mula-mula merdeka dulu kita pakai sabun cap UMNO misalnya. Tetapi bukanlah sepanjang zaman kualitinya sama. Ia berubah menjadi lebih baik dan mungkin lebih buruk terletak kepada siapa pembuatnya. Memanglah dulu sabun cap UMNO hebat. Tetapi sekarang sabun cap UMNO jangan kata nak tanggal baju terkena getah nangka, daki pun tak tanggal.

Adakah kita akan terus menggunakan sabun cap UMNO padahal kita ada sabun pilihan lain yang menjanjikan kualiti lebih baik. Kalau tidak percaya pun setidak-tidaknya cuba dulu sekali dua. Kemudian kita kaji siapa pembuatnya. Kita bandingkan dengan sabun lama kita.

Kalau hangpa terus setia kepada sabun cap UMNO, aku rasa hangpa telah menganiaya dan tidak berlaku adil kepada diri sendiri. Hangpa telah berlaku tidak adil kepada akal yang sewajarnya memberikan hangpa membuat pilihan yang bijak.

Anonymous said...

Sabun cap UMNO dan ikan kepala busuk
Telinga aku sebenarnya sudah lama bengkak apabila pemimpin politik secara klise mengajak rakyat "setia" kepada parti. Lepas "setia" kepada parti "setia" pula kepada Presiden. Jadi, aku pun tertanya-tanya kenapa tidak "setia" kepada siapa yang membawa ke jalan kebenaran?

Hangpa toksah cakap pasal kesetiaan. Istilah ini tidak membawa makna apa-apa kecuali ada perkataan selepas kesetiaan itu diucapkan. Kalau hangpa nak tau penyamun mata satu pun setia. Depa setia kepada ketua yang hebat menyamun, kebal dan licik.

Itu bertuhankan kepada parti dan ketua. Itu dah menyeleweng daripada hakikat berparti dan berjuang dengan parti. Setia dan kesetiaan tidak boleh melulu waima yang membawa kita ke longkang. Setia melulu ibarat yang pandai memperkudakan yang tolol.

Tetapi adakan kita boleh buat kira dengan kesetiaan penyamun kepada ketuanya? Dah tentu tidak boleh ambil kira. Sebab kesetiaan para penyamun itu tidak membawa kepada kebenaran. Maka tidak setia adalah lebih mulia daripada terus setia.

Dalam politik hangpa toksah setia melulu. Kalau hangpa terus setia kepada parti, kepada Presiden, itu maknanya hampa tidak menggunakan kelebihan akal yang diberikan kepada manusia. Hidup kita ini perlu setia kepada perbuatan atau tindakan yang membawa kepada kebenaran. Kalau tak tau mana yang benar dan tak benar, baca.

Aku bukan ahli mana-mana parti. Tapi kalau hangpa tanya aku, parti baru memberikan hangpa pilihan. Hangpa kena buat pilihan dengan akal yang waras. UMNO sikit tak heran dengan parti baru, depa semua tu dah hebat sangat dah.

Tetapi tugas hangpa nilai "kepala" kedua-dua parti, UMNO dan parti baru. Hangpa nilailah sendiri, malas aku nak tolong suap kat hangpa.

Orang bijak pandai ada berkata, ikan busuk di kepala dulu, lepas tu baru merebak ke badan kemudian ke ekor. Apa maknanya kata-kata orang bijak pandai ini? Maknanya kalau "kepala" telah rosak, kalau tidak dipotong kepada seluruh badan ikan akan ikut busuk. La ni hangpa dok sayang kepala ikan dan biar sekoq ikan langsung tak boleh makan?

Hangpa dok tanya lagi apa sebenarnya yang aku nak cerita? Hangpa pikirlah sikit. Rajin-rajinkan guna akal fikiran. Aku malas nak suap kat hangpa semuanya. Kalau hangpa terus buat macam ni, senanglah orang cerdik keldaikan hangpa.

nukilan ku_seman

Anonymous said...

Kepala bapa korang punya ajaran menyusahkan orang. Amerika DOJ pun tak jelaskan siapa MO1 & kesalahan dia pun tidak dinyatakan. Kena tipu dengan keling & cina. Melayu bodoh.

Anonymous said...

Kalau khalid tangkap MO1 dan konco2nye kemudian loyar buruk Negara dakwa perompak2ni tak adalah perhimpunan

Anonymous said...

Nape plak sibahlolni susah hati kalo doj tak nak jelaskan siapa MO1..deraman sepilok ko dah cakap hanya yg bodoh saje tak tau siapaMO1..DOJ dah bagi petunjuk siapa MO1..yg tak disaman tak perlu sebut nama hoooi-..

Anonymous said...

MO1 tanduk tumpul ..gigi tumpul..ekor panjang kulit muka tebal dan lubang hidung besar..keris telanjang..ha3

Anonymous said...

Hari2 kita kena balun..tak ada telor laa..tak ada batang laa..tak ada maruah laa..tak ape..kita tetap sokong walau pun salah..biarlah depa nak kata kita gilaa..no otak..peduli apa...sebab kita memang dilahirkan united melayu no otak..

Anonymous said...

yang kena setia pada parti. setia pada presiden cuma masa madey memerintah jer....

Anonymous said...

Anjing dapigs lompat2.....

Anonymous said...

Dulu masa zaman keling lagi banyak main duit, tolong Melayu tipu Melayu. Keling & Cina kaya, Melayu bodoh kena tipu dgn Keling, sekarang masih kena tipu lagi.

Anonymous said...

aku pun kena tipu. kali ni tak akan kena tipu lagi.

Anonymous said...

erm, si jahil itu berpura-pura "memuliakan" UMNO di masa yg telah berlalu (UMNO di zaman 5 PM yg sudah).

Sedang hakikatnya, golongan yg jahil sentiasa hadir di setiap zaman pemerintahan UMNO dan BN.

Sesungguhnya atas kehendak Allahswt lah UMNO dan BN terus tegak berdiri sebagai pemerintah.manusia hanya merancang namun perancanganNya jua pasti terjadi.

Di sinilah titik pemisahan antara golongan yg redha atas ketentuan Allahswt dan kesombongan manusia2 yang jahil.

Dijanjikan sesuai dengan firman Allahswt.. baik atau buruk pemerintah ke atas golongan yg diperintah bergantung salah satu asbab utamanya pada sifat syukur golongan yg diperintah.

Cermin dirimu wahai manusia yg sombong.
Apakah kamu pernah menyampaikan sepotong doa pengampunan, ucapan yg baik, perilaku yg mulia sebagai menunaikan hak sipemerintah atas setiap syariat yg telah ia tunaikan sebagai untuk memenuhi hak2 mu sebagai seorang muslim?.

Manusia yg sombong dan jahil itu dipenuhkan di dalam dadanya segala macam rintihan,sesalan,celaan,fitnah,adu domba.. sehingga hampir terputus segala keberkatan Allahswt atas segala nikmat yg masih ada untuk diri sendiri,anak isteri, kaum kerabat, saudara mara, sahabat handai.

Manusia seperti ini tidak lagi malu untuk berkata "segala nikmat dan hak ku sebagai muslim dan rakyat adalah atas kurniaan Allahswt" sambil mereka terus membenci sipemerintah.

Inilah golongan yg berdusta, kerana memutuskan antara asbab utamanya datang dari si pemerintah. mereka terlalu sombong sehingga mereka menjadi tunggangan musuh Islam. Mengikut segala kehendak sebagaimana ikutnya biri2 yg diternak oleh sipengembalanya.

berulang-ulang dikumpul di jalanan..
apa sebenarnya yg di cari??
Selain dari diperbodoh dan dipandang serong .. hmm

Anonymous said...

Inilah keadaan di Malaysia sekarang. Ada pihak yang tidak dapat membezakan antara hak asasi dan politik.

Menuntut keadilan adalah hak asasi, namun telah dipolitikkan oleh pihak yang tidak dapat membezakan antara betul dan salah.

Inilah akibatnya apabila seorang pemimpin yang dituduh melakukan penyelewengan, tetapi tidak mampu untuk mempertahankan diri dengan kaedah yang bernas, seperti membenarkan penyiasatan terperinci dan telus.

Apabila pemimpin tersebut enggan bertindak demikian, maka wujudlah syak wasangka terhadap kepimpinannya. Ini adalah normal, dan kita tidak harus menyalahkan sesiapapun apabila sebahagian rakyat merasa curiga terhadap kepimpinan pemimpin itu.

Yang bersalah dalam isu ini adalah pemimpin tersebut, kerana tidak berhemah, beramanah dan bersikap telus. Akhirnya, rakyat yang menjadi mangsa.

Anonymous said...

Dah ramai melayu harbi yg lacurkan agama dan bangsa sbb hati2 dah melekat kuman mcm tun m berulang alik masok ijn. Seperti satu keseronokan menjatuhkan agama dan bangsa sendiri. Tepok tangan lim dan keluarga komunisnya. Apa kesah melayu harbi berhati komunis pon dah keluar.

Anonymous said...

Live dari bontot ted kentut...prOoTt. 100ribu kuman berbau bangkai keluar dari situ

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates