August 12, 2016

1 Bersatu Tidak Akan Pergi Jauh Kerana Ideologinya - DS Liow


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya prihatin terhadap satu bahagian masyarakat dan ia tidak akan membantu menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. Oleh itu, kata beliau Bersatu  tidak akan pergi jauh kerana ideologinya.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata Rakyat Malaysia tidak mahu melihat parti Malaysia menjadi pelampau perkauman. Menurut beliau lagi, walaupun MCA adalah sebuah parti perkauman, namun parti berkenaan telah bekerjasama dengan pelbagai parti seperti UMNO dan MIC ke arah mewujudkan sebuah negara yang sederhana, bersatu dan harmoni.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) katanya mempertahankan hak dan kebajikan semua rakyat Malaysia. Pada Selasa lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin telah mendaftarkan parti politik baharu yang dicadangkan namanya sebagai "Parti Pribumi Bersatu Malaysia".

Keahlian dibuka kepada rakyat Malaysia dengan status bumiputera sahaja manakala bukan bumiputera boleh menyertainya sebagai ahli bersekutu yang bermaksud mereka tidak boleh mengundi atau bertanding dalam pemilihan parti. Parti itu dilihat sebagai parti serpihan Umno. TS Muhyiddin dilaporkan akan menjadi Presiden parti itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi.

1 comments:

I LOVE ROSMAH. said...

bakper nk p jauh..manyak bolo ni mca dedak..p lekad la kasi titik najib lanun..puih tiunasing....cian ko DOP...kurr...kokoko

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates