July 5, 2016

0 Ucapan Hari Raya Aidil Fitri Yang Penuh Bermakna Daripada Datuk Wee Ka Siong


Di samping menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, jangan kita lupa di sekeliling kita masih ada ramai keluarga yang hidup dalam kedaan yang daif dan fakir miskin yang amat memerlukan pertolongan kita. 

Di sebalik keriangan kita menyambut kedatangan Aidilfitri pada tahun ini, marilah kita menghulurkan pertolongan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini. Moga amal jariah dan sedekah kita akan membawa berkat, dan turut memberi harapan dan semangat kepada mereka untuk tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.

Inilah mesej penuh bermakna yang cuba disampaikan di dalam klip video ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong di bawah.

video

Dr Wee berkongsi kegembiraan melihat Encik Sham Md Din sekeluarga yang dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah mereka yang sempat dibaikpulih sebelum Syawal menjelma. Beliau juga turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang meraikan hari mulia ini.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates