July 11, 2016

1 SPAD Akan Mengambil Tindakan Tegas Terhadap Pengusaha Bas Yang Melanggar Peraturan Keselamatan


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang semalam. Menurut  Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, menerusi Kenyataan Media yang dikeluarkan sebentar tadi, tindakan ini termasuk penggantungan dan pembatalan lesen pengendali.

Dalam kejadian petang semalam, bas tersebut yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju Kuala Lumpur dipercayai mengalami masalah brek. Bas itu bergerak laju ketika menuruni bukit menyebabkan pelanggaran berlaku membabitkan 10 kenderaan lain. Semua 28 penumpang bas selamat, pemandu dan penumpang kenderaan lain juga selamat kecuali hanya seorang wanita berumur 21 tahun yang mengalami kesakitan di bahagian perut.

Bas persiaran yang merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora di sini semalam mempunyai 63 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata pemandu bas berkenaan yang berumur 51 tahun pula memiliki sembilan saman tertunggak atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju sejak 2011 hingga 2015.

Kita mengharapkan pihak-pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak SPAD sendiri dapat lebih proaktif dalam mengambil tindakan preventif bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang. Tindakan seperti menyekat pembaharuan cukai jalan atau menggantung permit bas berkenaan kerana mempunyai saman trafik tertunggak dilihat dapat memastikan pemandu dan syarikat bas yang bermasalah tidak dibenarkan beroperasi di jalanraya.




1 comments:

I LOVE ROSMAH. said...

agensi yang membantu najib menambah dana dedak.bangang ameno.kurr..kokoko

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates