July 11, 2016

0 Presiden MCA Bidas Nga Kor Ming Yang Menghina Perayaan Umat Islam

Presiden MCA DS Liow Tiong Lai berkata kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming di dalam laman sosial Facebook beliau iaitu "dedak duit Raya" adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menghasut kebencian kaum di kalangan Rakyat Malaysia.

DS Liow berkata pemimpin DAP itu perlu tahu bahawa memberi duit Raya telah menjadi budaya di kalangan umat Islam di Malaysia, sama seperti kaum Cina memberi ang pow semasa Tahun Baru Cina. 

Beliau berkata sebagai Ahli Parlimen, Nga Kor Ming perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pandangan supaya keharmonian kaum dan perpaduan di negara ini terjaga dan tidak bertujuan untuk menghasut dan menanam kebencian di kalangan rakyat.

DS Liow berkata demikian sebagai mengulas dua posting Facebook Nga baru-baru ini, di mana ramai orang Islam merasa terhina dan merasakan bahawa Nga Kor Ming telah memperkecilkan Agama Islam. 

Ianya berikutan tindakan Nga Kor Ming membuat posting ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dengan menunjukkan bendera Amerika Syarikat serta mesej "In God We Trust". Lagi satu posting yang turut dimuatnaikkan oleh Nga Kor Ming mengambarkan satira kartun menghubungkan duit Raya dengan dedak (makanan ayam).

DS Liow berkata tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk menghina amalan kaum lain. DS Liow juga mengingatkan Rakyat Malaysia bahawa Hari Raya merupakan perayaan yang disambut oleh semua kaum dan bukan platform untuk menyebarkan agenda politik.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates