July 15, 2016

1 Pengerusi SPAD Jawab Isu Bas Rempuh 10 Kenderaan


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) petang tadi telah mengadakan sessi penerangan mengenai peranan SPAD dan proses berkaitan dengan pengendali yang tidak memathi Kod Amalan Industri (Keselamatan) SPAD atau 'SPAD ICOP Safety'. Menurut TS Dr Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD, tujuan sidang media diadakan untuk memberikan penjelasan terhadap beberapa laporan kurang tepat yang mungkin akan mengelirukan orangramai terhadap beberapa tindakan oleh SPAD.

Menurut TS Syed Hamid, tiga agensi yang selalunya terlibat bila ada kemalangan, iaitu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang akan mengadakan siasatan jenayah samada orang terbabit telah melakukan kesalahan mengikut Penal Code atau Akta Jalan Raya. Yang keduanya ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  yang melihat samada ada kegagalan di segi kenderaan atau pemandunya mempunyai lesen 'Public Service Vehicle' (PSV) atau tidak.

Ketiga, di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) memang menjadi satu amalan untuk mengaktifkan 'Malaysian Institute of Road Safety Research' (MIROS) yang membuat siasatan mendalam terhadap sebab kemalangan berlaku, kesannya dan membuat laporan kepada Menteri MOT.

SPAD adalah agensi yang terakhir. SPAD akan melihat samada semasa siasatan ini dijalankan dan sama ada SPAD boleh mengambil tindakan untuk menggantung lesen operator. Harus diingat bahawa SPAD tidak boleh mengetepikan proses undang-undang. Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada undang-undang. SPAD tidak boleh mengambil tindakan serta merta kerana ada proses yang perlu diikuti.

Menurut TS Syed Hamid, apabila SPAD membuat tindakan, terdapat dua perkara paling penting yang dilihat. Pertama, sama ada kesalahan itu adalah kesalahan yang dilakukan oleh kerana jenayah atau kecuaian yang berat oleh pihak pemandu. Selepas itu SPAD akan memastikan apakah peranan syarikat bagi menentukan pemandu itu adalah pemandu yang patuh kepada ICOP supaya SPAD boleh mengambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD).

TS Syed Hamid mengakui terdapat kelemahan pada sistem. Sehubungan itu berkata SPAD akan berbincang dengan PDRM dan JPJ samada mereka boleh berkongsi maklumat jenayah yang membabitkan pemandu bas.

"SPAD tidak ada maklumat berkenaan kesalahan lama pemandu. Kalau mereka ada jenayah, rekod disimpan oleh polis atau JPJ. SPAD sekarang sedang berbincang sama ada kita boleh berkongsi maklumat dengan polis atau JPJ kerana dengan cara ini kita mungkin boleh ambil tindakan sebelum kejadian berlaku."

TS Syed Hamid berkata beliau bersetuju dengan cadangan MOT untuk memperkenalkan "Speed Limiter" pada bas-bas ekspress. Apapun cadangan Menteri MOT itu katanya bagus dikaji supaya kelajuan itu boleh diprogramkan dari mula sebelum bas beroperasi.

1 comments:

I LOVE ROSMAH. said...

ni sume najib lanun punya pasal.sume pendedop dh anggap cam dewa kuar dr lombong...cian korang DOP...kurr...kokoko

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates