July 16, 2016

2 Kenapa SPAD Tidak Diletakkan Di Bawah Kementerian Pengangkutan?


"Lebih baik kita tumpu masalah sebenar. Masalahnya, sama ada ia bidang kuasa siapa atau masalah kemalangan? Adakah kemalangan itu disebabkan kegagalan SPAD? Saya fikir ini bukan isunya. Nak letak bawah siapa pun terpulang kepada Kerajaan. Bukan SPAD yang menentukan kita patut berada di bawah siapa."
Ini jawapan TS Dr Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditanya apabila satu persatuan mendesak Perdana Menteri supaya SPAD diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan apabila berlakunya kemalangan di Sungkai, Perak pada hari Raya Aidil Fitri Kedua tempoh hari. 

Menurut TS Syed Hamid, adalah tidak betul kalau ada pihak mahu meletakkan kesalahkan kemalangan itu adalah kegagalan SPAD, maka suruhanjaya ini patut diletak di bawah Kementerian Pengangkutan. Menurut beliau, sewaktu SPAD masih belum diwujudkanpun macam-macam cerita telah berlaku.

Beliau berkata demikian sewaktu sessi penerangan isu semasa bersama media mengenai kesalahan perlanggaran Kod Amalan Industri (Keselamatan) SPAD atau 'SPAD ICOP Safety' yang diadakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) semalam.

Menurut TS Syed Hamid, bukan kuasa SPAD untuk membuat keputusan diletakkan di bawah kementerian mana. Yang paling penting katanya ialah SPAD dapat menjalankan tugas dan amanah dan tanggungjawab ang diberikan. Sekiranya Kerajaan merasakan SPAD patut diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan, itu ada prerogatif Kerajaan, bukan SPAD.

Buat masa sekarang, SPAD diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana Akta mengklasifikasikan sedemikian. Perdana Menteri turut terlibat semasa membuat draft akta berkenaan. Perdana Menteri merasakan SPAD sepatutnya wujud sebagai sebuah Suruhanjaya dan ianya bebas dari pengaruh sesiapa kecuali Perdana Menteri.

TS Syed Hamid turut kesal apabila ada pihak cuba lagakan SPAD dengan mana-mana agensi atau kementerian lain. Menurut beliau, Menteri yang jawab bagi pihak SPAD pun ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Sekiranya hari ini kerajaan memutuskan MOT yang patut menjawab bagi pihak kita, ia terpulang kepada Kerajaan.

Beliau berkata, biarlah SPAD tumpu pada soal pokok berkenaan kemalangan. Kemalangan itu bukan disebabkan oleh SPAD berada di bawah JPM atau ia akan lebih baik atau tak akan ada kemalangan kalau ia di bawah Kementerian Pengangkutan.

2 comments:

I LOVE ROSMAH. said...

SPAD cam 1mdb gak sume berkisar tentang DEDAK.JPJ,trafik,pdrm,majlis bandaran ada kenapa tak gunakan? macam2 idea pelanun nak songlap duit rakyat...cian ko DOP ....kurr...kokoko

I LOVE ROSMAH. said...

admin..sekuriti reban si tahik hanjing terlepas pandang kat sini la DOP.deria dedak dah lemah kot.cian DOP ..kurr...kokoko

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates