July 16, 2016

0 Inisiatif Ahli Parlimen Bentong Bolehkan Pelajar Menikmati E-Tuisyen Percuma


Ahli Parlimen Bentong, DS Liow Tiong Lai semalam telah merasmikan program e-tuisyen dalam talian yang ditaja sepenuhnya. Sebanyak 16,000 pelajar seolah rendah dan menengah di Bentong akan mendapat akses percuma program berkenaan. Pelancaran program berkenaan telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.

Bentongtuition.com.my akan menghubungkan pelajar dengan ezlearn2u.my yang diusahakan oleh tenaga pengajar yang juga bekas kolumnis The Star Education, Sunny Yee. Semua mata pelajaran dari Darjah Satu hingga Tingkatan Lima akan disediakan,

DS Liow yang juga merupakan Presiden MCA menegaskan bahawa kaedah pengajaran Yee telah terbukti berkesan dan menurut beliau anak-anaknya juga menghadiri pusat tuisyen berkenaan. DS Liow menceritakan bagaimana anaknya, yang tidak cemerlang dalam matematik, telah mendapat keputusan yang baik selepas hanya beberapa bulan.

DS Liow menggesa guru besar, guru dan ibu bapa untuk menggalakkan pelajar-pelajar di Bentong untuk menggunakan sepenuhnya program ini. Beliau turut menasihati pelajar untuk mengamalkan sikap berusaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada sekadar berjaya di dalam peperiksaan.

Beliau menambah jika pelajar pergi ke sekolah untuk belajar untuk menghadapi peperiksaan, mereka akan berada di bawah banyak tekanan, Tidak seperti negara-negara lain, DS Liow berkata, Malaysia tidak mempunyai "budaya pembelajaran sepanjang hayat" dan berharap sikap positif boleh bermula di Bentong.


0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates