June 18, 2016

2 SPAD Kemuka Cadangan Transformasi Industri Teksi Kepada Kerajaan

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara. Antara lain program berkenaan menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan Grab serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi. 

Dalam Kenyataan Media yang diedarkan hari ini, cadangan itu bertujuan membenarkan dari segi undang-undang pola permintaan yang dipacu teknologi bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grab, di samping menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi sedia ada agar mereka mempunyai peluang secara adil untuk terus berdaya saing.

SPAD juga mengesyorkan agar lesen baharu dikeluarkan kepada pemandu teksi yang mempunyai rekod prestasi bersih bagi memupuk semangat keusahawanan di peringkat individu. Ia juga menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan, untuk keluar daripada belenggu sistem pajak. SPAD juga turut mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi.

Kenyataan Media penuh SPAD boleh dirujuk di bawah.


2 comments:

I LOVE ROSMAH. said...

penternak dah tekan pemandu teksi sampai tinggal tulang.camni ke tolong melayu..cam sial je...kurrr...kokoko

I LOVE ROSMAH. said...

asal ada penternak nak pencen je mesti cipta jabatan baru nak korek titik peluh melayu.lepas SPAD apa plak nak cipta lagi.penternak nak pencen mesti byk idea untuk cipta lagi utk isi tembolok pendedop.pendedop plak buat2 tak erasan makan hasil pemandu teksi.dasat sungguh tektik lahanat melayu ni...kurrr...kokoko

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates