June 18, 2016

0 SPAD Harap Orang Ramai Jangan Berurusan Dengan Ulat Tiket


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah dan akan meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan bagi membanteras 'ulat tiket' terutama pada musim perayaan. Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguat Kuasa SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata individu terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 dan penjara lima tahun atau keduanya sekali, jika sabit kesalahan. 

SPAD kata beliau akui setiap kali musim perayaan, ulat tiket akan mengambil peluang menjual tiket dengan harga lebih tinggi bagi mencari keuntungan. SPAD akan berusaha menangani masalah ini dan berharap orang ramai tidak terpedaya dengan ulat tiket, Beliau berkata demikian ketika menyertai 'Ops Tegas' di Jalan Sultan Mahmud, semalam.

Ops Tegas membabitkan tiga pegawai dan 70 anggota SPAD, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Dalam operasi dua jam itu, hampir 280 kenderaan diperiksa dan 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Datuk Che Hasni juga mengingatkan pengusaha bas supaya memohon Lesen Perubahan Sementara (LPS) jika mahu menggunakan bas tambahan.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates