June 19, 2016

3 Operasi Pengangkutan Awam Dipertingkatkan Di Musim Perayaan - SPAD


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memperhebatkan operasi dan penguatkuasaan sehingga menjelang musim perayaan bagi memastikan pengusaha pengangkutan awam mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata pengusaha pengangkutan awam perlu mematuhi beberapa aspek merangkumi faktor keselamatan serta harga tambang bas.

Menurut Datuk Che Hasni, pada musim perayaan ini, pengangkutan seperti bas dan teksi menjadi pilihan pengguna. SPAD akan pertingkatkan serta memperluaskan lagi operasi ini di negeri-negeri yang lain di samping memastikan harga tambang pengangkutan awam tidak dinaikkan sewenang-wenangnya. Menurutnya pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha mahupun pemandu yang dikesan melakukan perbuatan terbabit dan tindakan tegas akan dikenakan.

Jelas Datuk Che Hasni, SPAD turut bekerjasama dengan beberapa agensi yang lain termasuk Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan para pemandu bas tidak berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika menjalankan tugas. Ujian air kencing akan dilakukan kepada pemandu bas memastikan mereka bebas daripada sebarang bahan terlarang.

Datuk Che Hasni berkata pemeriksaan di terminal bas juga turut dilaksanakan selain rondaan di jalan raya termasuk di laluan Lebuhraya Pantai Timur. Katanya SPAD turut melaksanakan Op penyamaran bagi mengesan dan mengambil tindakan ke atas para pemandu yang melakukan kesalahan. Sementara itu, beliau berkata pengusaha bas tambahan juga perlu mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk menjalankan perkhidmatan itu pada musim perayaan ini.

Beliau berkata pada kebiasaannya, pada musim perayaan sebanyak 500 hingga 1,000 permohonan LPS diterima di seluruh negara membabitkan kesemua destinasi. Permohonan itu bergantung kepada keperluan semasa dan kita yakin ia mencukupi untuk membawa orang ramai ke destinasi masing-masing.

3 comments:

I LOVE ROSMAH. said...

jpj ,polis trafik ,puspakom,dh ada kenapa nk tubuh spad.nak tambah dedak utk pendedop tak berguna tu ke...kurr..kokoko

I LOVE ROSMAH. said...

pendedop sume dh pobia ngan aku..kerana sering melontarkan idea bernas yg diluar kotak balung pendedop nak pikior.kurrr...kokoko

I LOVE ROSMAH. said...
This comment has been removed by the author.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates