June 19, 2016

3 MCA Akui Pembebasan Dua nelayan Sekinchan Faktor Cina Sokong BN


Keputusan PRK Parlimen Sungai Besar semalam menyaksikan peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) sebanyak 35% berbanding hanya 13% pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ini sekaligus melepasi sasaran sekurang-kurangnya 30% yang ditetapkan Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak. 

Secara keseluruhan kawasan yang dijaga MCA mendapat 40% pengundi, termasuk selain daripada kaum Cina dalam kawasan Sekinchan. Calon BN, Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti besar 9,191 undi mengalahkan calon PAS yang merupakan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan calon PAN, Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi PAN Sungai Besar.

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon mengakui kejayaan kerajaan BN membawa pulang dua nelayan Sekinchan yang ditahan di Indonesia Khamis lalu antara faktor yang melonjakkan sokongan pengundi Cina pada PRK Sungai Besar.

Chua Lee Teck, 46, bersama rakannya, Heng Chee Yong, 29, sepatutnya ditahan dua tahun empat bulan di negara jiran kerana didakwa menceroboh perairan Indonesia selepas ditangkap pihak berkuasa republik itu pada 4 Mac lalu. Mereka dibebaskan Khamis lalu selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo menandatangani surat pengampunan mereka.

Senator Chong menyifatkan PRK itu sebagai satu permulaan buat MCA untuk meneruskan misi mentransformasikan parti berkenaan. Beliau berkata semangat kerjasama yang bagus terjalin antara parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan Gerakan membolehkan kemenangan tersebut memihak kepada kita bagi melebarkan majoriti berbanding PRU13. Pada PRU13, BN meraih majoriti sebanyak 399 undi bagi kerusi Parlimen Sungai Besar.

3 comments:

I LOVE ROSMAH. said...

mat indon si jahit komidi ler punyer kerojer tu.tangkap n lepas.penternak buat stail tangkap ikan plak..pastu bagi dedak...kurr...kokoko

I LOVE ROSMAH. said...

jap lagi ramei ler pendedop berjemaah ngamuk tgk komen aku...kurr..mari2...kokoko

Anonymous said...

Sewel hang

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates