June 12, 2016

13 Dari #PRKSgBesar Ke #PRKKualaKangsar Lim Kit Siang Setia Menemani Ceramah Tun Dr Mahathir #SCS93

Hanya sekumpulan warga emas dari keturunan Tionghua yang ramai di Restoran Chun Ji, Taman Suria, Kuala Kangsar ketika bekas Perdana Menteri 22 tahun dan bakal Ketua Pembangkang, Tun Mahathir Mohammad tiba untuk berkempen bagi calon PAN.

Sungguh memalukan apabila mengenangkan Tun Dr Mahathir yang datang dengan jet peribadi mewah (tidak pasti sama ada perjalanan ditaja oleh kroni atau menggunakan duit Rakyat), yang menyambut beliau hanyalah penyokong tegar DAP dan balaci pemakan dedak beliau.

Lebih memalukan apabila kehadiran yang tidak begitu memberansangkan. Lokasi ceramah yang dibuat di luar restoren, cuma jumlah maksimum kehadiran 200 ke 300 orang. Bagi seorang bertaraf Negarawan, perkara ini amat memalukan sekali.

Tiada isu baru dikeluarkan dalam ceramah Tun Dr Mahathir. Beliau hanyalah seperti radio lama yang memutarkan kembali piring hitam menyanyikan lagu yang sama. Isu 1MDB dan Hudud menjadi pokok persoalan walaupun telah acapkali isu ini diterangkan.

Apa yang pasti, bersaksikan restoran Cina di hadapan penyokong tegar DAP, yang tetap setia menemani Tun Dr Mahathir adalah Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan beberapa kerat pemimpin Pakatan Harapan yang pengaruh rata-rata mereka suam-suam kuku.

13 comments:

ted manoff said...

Terbaiiikkklah tun m...semakin meroyan pemakan dedaq tgk..semakin ramai rakyat hadir tanpa di bayar...mereka mahukan perubahan...

gabenor johor said...

semoga berjaya dedakbasi tun madey

Putra Merdeka said...

tun m tu mmg pandai mengatur kata,
boleh buat org yg terleka terpesona,
entah-entah aku pun dah terkena sama ...
tapi demi bekalan dedak aku terpaksa.

ted manoff said...

Aikkk...sampai sini putra merdeka ada hahaha...peace yo ✌✌✌

Anonymous said...

haha..suka sama suka. hati komunis sama hati komunis sanggup tikam sesama muslim...;-) ;-) ;-)

Anonymous said...

Melayu mudah lupa

I LOVE ROSMAH. said...

ni yang kak mah naik hangin satu badan nih...kurr..kokoko

Anonymous said...

dulu kak bedah..la ni i love rosmah. ingat orang kuale...ramei yang jadi sesumpah la ni. keluor ramei2. kite pangkah parti dacing. bior deme nyerongin.

Anonymous said...

bini mahataik tua kutuk tak sedar diri, bulan ramadan tak tutup aurat.

I LOVE ROSMAH. said...

mangkor le deme kat kuale.jangan mimpi manjat pokok nyior sambil tabur dedak udah ler...kurr..kokoko

Anonymous said...

itu le...benci pd orgnya tapi bagaikan gila talak guna name org yg dia benci tu. mcm2 telatah melayu2 harbi nih..

Anonymous said...

purrrr...gila talak lagi ker purrrr

Anonymous said...

isterinya botak tu sbb pakai wig . rosmah pula mcm sarang tebuan. dua suami yg dayus...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates