January 1, 2016

0 JAKIM Iktiraf McDonald's Malaysia Halal Dan Bersih

Menghidang makanan Halal merupakan keutamaan utama syarikat makanan segera nombor satu di Malaysia, McDonald's. McDonald's Malaysia mengambil langkah yang ketat untuk memastikan semua produk yang diproses dan dikeluarkan mengikut undang-undang Syariah. McDonald’s Malaysia menjamin setiap proses dan pemeriksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dipenuhi dan McDonald's telah diiktiraf 100% Halal.

Dalam memastikan produk makanan mereka melepasi syarat ketat Halal, McDonald’s Malaysia hanya berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf Halal. Bahan-bahan tempatan diambil dari pembekal yang bukan sahaja diperiksa secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa yang diiktiraf tetapi telah juga disahkan Halal oleh JAKIM. Pembekal luar negara McDonald's juga melalui proses yang sama oleh badan-badan penguatkuasa Halal di luar negara. Badan-badan ini diiktiraf oleh JAKIM bagi memastikan produk makanan McDonald's di Malaysia memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan.

MacFood Services (M) Shd Bhd merupakan pembekal utama McDonald's, dengan lebih 25 tahun pengalaman. Kerjasama antarabangsa serta pengiktirafan daripada pihak antarabangsa dan tempatan, MacFood Services (M) Sdn Bhd mengenakan kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam mengeluarkan produk berkualiti tinggi. MacFood Services (M) Shd Bhd memastikan kemudahan yang digunakan bersih serta memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan apabila memproses ke semua bahan-bahan McDonald's.

McDonald's juga mengambil berat dan langkah lebih dalam memastikan premis mereka di tahap kebersihan yang paling tinggi. JAKIM sentiasa menjalankan pemeriksaan berkala bagi memastikan tiada pencemaran najis di tempat penyimpanan, penghidangan, pengendalian dan pembungkusan. Dalam komitmen mengekalkan kualiti dan kebersihan yang tinggi, McDonald's bekerjasama dengan JAKIM ketika pemeriksaan bagi memastikan keselamatan pekerja dan kebersihan dipatuhi setiap masa.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates