December 12, 2015

1 MCA Hargai @PDRMsia Tangani Isu ISIS


Parti Komponen Barisan Nasional (BN) MCA hari ini menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan menghargai usaha PDRM di dalam perjuangan menentang penyebaran ideologi militan di Malaysia terutama golongan Islamic State of Iraq and Syria (ISIS). Perkara berkenaan dinyatakan di dalam satu seminar yang dijalankan di Wisma MCA hari ini. 

Seminar Keselamatan Negara & Ancaman Militan IS telah dirasmikan oleh Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai. MCA sebagai salah satu parti komponen BN tidak memandang ringan terhadap ancaman militan ISIS memandangkan ia boleh menggugat keselamatan negara. Dalam ucapan perasmian DS Liow berkata, jika 1% sahaja dari militan IS yang dianggarkan oleh pihak PDRM berjumlah 50,000 memilih untuk bertindak dengan menzahirkan perjuangan secara fizikal di Malaysia, pasti sekali negara akan berada didalam keadaan kucar kacir dan huru hara.

Menurut DS Liow, Malaysia menghadapi peningkatan dari segi ancaman pelampau dan ini harus dikekang kerana boleh merosakkan keamanan dan kesejahteraan Rakyat. Beliau menambah apabila negara kucar kacir, maka perniagaan apa pun akan terjejas. Apabila perniagaan terjejas, periuk nasi Rakyat yang berniaga harian akan menjadi mangsa yang pertama terganggu.

DS Liow berkata, bukan sahaja Malaysia  menerima ancaman pelampau ini namun negara seperti Perancis, Filipina dan beberapa negara lain turut menerima padahnya. Pendirian rasmi MCA menurut DS Liow adalah berkaitan militan ISIS tiada kaitan dengan Agama atau Bangsa. DS Liow juga berkata MCA amat berpuas hati dengan kerja kuat yang dilakukan oleh PDRM dalam mengekalkan keamanan negara dari ancaman pengganas.


1 Skuad Sayang Wanita UMNO Energetik Dan Penuh Tanggungjawab - Datuk Ehsanuddin


Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, menyifatkan Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO sebagai cukup bersemangat dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan menyifatkan skuad berkenaan sebagai begitu 'energetik'. 

Kenyataan Ahli Parlimen Kota Tinggi berkenaan bertitik tolak daripada tindakan Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia yang sentiasa bersedia dalam menjalankan tugas-tugas bagi membantu melicinkan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO. Anggota Skuad Sayang sentiasa setia bersatu memberi khidmat kepada parti bila-bila masa sahaja yang diperlukan.

Datuk Ehsan berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam meraikan dan menghargai Sukarelawan Skuad Sayang di Hotel Dynasti malam tadi. Datuk Ehsan menyarankan kepimpinan Skuad Sayang mengembleng usaha untuk menghebahkan segala apa yang dilakukan di media sosial agar rakyat mengetahui peranan dan kepentingan skuad berkenaan. Wanita UMNO diingatkan agar bersatu mengembeling usaha menangkis tohmahan, fitnah dan putar belit di media sosial bagi mempertahankan parti UMNO daripada serangan pembangkang.

Datuk Ehsan menyarankan agar Skuad Sayang mengerakkan program bersama agensi-agensi Kerajaan seperti JASA, KEMAS, Seranta FELDA dan BTN  dalam usaha mereka memberi bantuan dan khidmat kepada Rakyat. Dalam majlis makan malam yang sama juga Datuk Ehsan melahirkan kegembiraan apabila mahasiswa di IPTA dan IPTS memberi respon yang positif terhadap semua usaha Kerajaan membantu Rakyat. Ini dapat dilihat apabila mereka mengupas setiap isu-isu semasa dengan fakta yang benar dan berjaya memenangi banyak tempat dalam pilihanraya universiti.

December 11, 2015

47 Masjid Terbakar Sewaktu Ustaz Azhar Idrus Memberi Ceramah

Kejadian berlaku di Masjid Batu Enam, Kuala Terengganu, Terengganu semalam. Kejadian dikatakan disebabkan berlaku litar pintas pada janakuasa TNB dan bukan disebabkan oleh sistem pendingin udara yang tidak berfungsi. Kejadian berlaku sewaktu pencemah anti Kerajaan yang terkenal Ustaz Azhar Idrus sedang memberikan tazkirah di situ.

Atau mungkinkah ini satu petunjuk dari Allah supaya jangan menggunakan Masjid untuk memecah belahkan ummah kerana seperti yang kita tahu UAI amat lantang dan celupar ketika memberikan pendapat di dalam cermahnya.

December 10, 2015

32 MP Rantau Panjang Cuba Memfitnah UMNO Ketika PAU 2015

Lihatlah bagaimana liciknya Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, menggunakan perkataan Arab, Wallahualam atau bermakna hanya Allah yang mengetahui dan posting berbentuk soalan untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap UMNO serta cubaan membuat fitnah serta mengelakkan diri dari disaman.

Sebenarnya gambar berkenaan diambil ketika rampasan oleh pihak berkuasa terhadap kes oenipuan FOREX. Disebarkan oleh macai-macai pembangkang di laman-laman sosial dalam bentuk fitnah. Sebaliknya MP Rantau Panjang turut memanjangkan fitnah bahawa duit ini diedarkan untuk perwakilan UMNO sempena Persidangan Agong UMNO 2015 yang sedang berlangsung.

Orang sebegini tidak layak langsung untuk menjadi pemimpin apatah lagi sebagai seorang Ahli Parlimen. Fitnah dan hasutan menjadi makanan beliau walaupun bertudung labuh ala Arab Jahilliah Badwi. Lihat pautan gambar asal di sini.

December 9, 2015

0 PAS Mohon Maaf Di Mahkamah Bukti FGVH Dan DS Mustapha Mohamed Difitnah Pembangkang

PAS semalam memohon maaf secara terbuka kepada DS Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan atas dakwaan memfitnah beliau.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merekodkan penyelesaian secara baik setelah peguam Sharifah Nur Asmaa’ Syed Azman membacakan pernyataan permohonan maaf bagi PAS selaku penerbit akhbar Harakah, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali selaku pemegang permit Harakah, Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong dan Pengarangnya, Azmi Yusof yang dinamakan sebagai defendan kedua hingga kelima.

Pada 22/04/2013, DS Mustapha selaku pihak plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, Datuk Husam Musa Husam yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam ceramah politik anjuran parti itu di Tapak Ekspo Machang, Kelantan pada 23 Mac 2013 telah mendakwa setiap Ketua UMNO Bahagian di negeri itu menerima pemberian secara percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH).

DS Mustapha menyatakan PAS dan defendan lain, pada keesokan harinya dengan niat jahat telah menerbitkan dalam harakahdaily.net artikel bertajuk 'Lahad Datu: Menteri sepatutnya letak jawatan berhubung isu saham FGVH'. Beliau mendakwa, pihak defendan telah melakukan konspirasi dengan menerbitkan artikel itu bagi memburukkan beliau dan BN serta UMNO untuk menghancurkan kerjaya politik dan statusnya sebagai Menteri Kabinet.

Sehubungan itu, DS Mustapha menuntut ganti rugi bagi fitnah lisan daripada Husam dan ganti rugi bagi fitnah bertulis daripada PAS. Peguam Sharifah Nur Asmaa’ berkata semua defendan telah mengakui tiada asas berhubung dakwaan dan kenyataan yang dipertikaikan dan menyesali kerana ia diterbitkan. Semua defendan juga memohon maaf tanpa bersyarat ke atas rasa tertekan dan perasaan malu yang dialami plaintif berikutan penerbitan dan penerbitan semula kenyataan serta dakwaan itu.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin merekodkan penyelesaian secara baik itu dan memerintahkan defendan kedua hingga kelima membayar kos RM20,000. Sementara itu, peguam Mohamad Fitri Khalis yang mewakili bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dinamakan sebagai defendan pertama memberitahu pemberita, perbicaraan terhadap anak guamnya akan didengar pada 27 Januari tahun depan.

Fitnah ke atas FVGH oleh PAS bukan merupakan perkara baru. FELDA telah memfailkan saman pada 07/01/2013, terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan lima defendan lain berhubung artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat" bertarikh 27/11/2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan.

Kesemua Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 21/09/2015, dengan sebulat suara menolak 'Permohonan Kebenaran Untuk Merayu' daripada Datuk Mustafa Ali dan lima defendan yang lain dengan kos RM10,000 dibayar kepada FELDA. Ini bermakna tiada lagi rayuan boleh dibuat di peringkat Mahkamah Persekutuan.

December 8, 2015

47 Taklimat Presiden UMNO Malam Ni - Mana TS Muhyiddin Yassin Menghilang?

Malam ini merupakan majlis Taklimat Presiden UMNO bersemperna Perhimpunan Agong UMNO 2015. Tiada kelibat Timbalan Presiden, TS Muhyiddin Yassin. Kita fikir baik sajalah.

Mungkin TSMY sakit perut dan sakit tekak kerana terlalu banyak berucap malam tadi di Kampung Baru. Kerusi beliau disediakan tapi kosong. Jangan kata tak dijemput sudah la. Semua Ketua Bahagian dijemput.

Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO hadir malam ini termasuk DS Shafie Afdal. Alhamdulillah, DS Shafie 'u-turn' sudah bah. Beliau juga kelihatan memakai baju merah dan bukan baju biru yang merupakan tanda sokongan kepada Timbalan Presiden.

Suasana ini kelihatan amat berlainan berbanding situasi ketika Tun Ghaffar Baba yang masih hadir  mendengar amanat Presiden pada waktu pemilihan tahun 1995 walaupun pada ketika itu Tun Ghaffar Baba tidak berada di dalam pilihan Tun Dr Mahathir.

25 Mufti Perlis 'Flip Flop' Dalam Isu Berkabung


Mufti Perlis, Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin di dalam blognya, Minda Tajdid, pernah menulis,
"Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka?! Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!" Sila baca di sini.
Sewaktu majlis perkebumian Tunku Jalil, Tengku Laksamana Johor, Mufti Perlis kelihatan memakai lilitan putih di kepalanya. Apabila nitezen di laman sosial mempertikaikan tindakan beliau memakai lilitan putih di songkok sebagai tanda berkabung, beliau membuat penjelasan bahawa beliau hanya mengikut protokol rasmi. 

Mufti Perlis yang selama ini berjuang melawan bida'ah dan sering menyalahkan semua orang tewas dengan 'protokol rasmi'. Untuk rekod, Mufti Perlis ini telahpun membuang posting penjelasan beliau mengenai isu tersebut yang sempat di'screenshot' seperti di bawah daripada laman sosial Facebook beliau.

December 7, 2015

64 Himpunan Solidariti Muhyiddin Yassin Di Kampung Baru Langkah Terakhir Sebelum PAU 2015

Mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin sudah bersedia untuk bertempur di dalam UMNO. Dengan berbekalkan sokongan daripada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Naib Presiden UMNO, DS Shafie Afdal, beliau telah mengadakan pidato di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam ini.

TSMY sebagai Bangsa Johor tidak lagi menampakkan beliau sedang berkabung. Beliau tidak lagi mengenakan lilitan putih di songkok tanda perkabungan beliau terhadap kemangkatan Almarhum Tunku Jalil. Sejumlah 1,000 orang membanjiri di dalam dewan sementara lebih kurang 400 sedang menyaksikan layar putih di luar.

Berada di dalam dewan ini terasa seperti berada di dalam majlis PKR atau DAP. TSMY berucap persis Tony Pua atau Rafizi Ramli. Dibangkitkan soal kejatuhan mata wang, hutang negara, kos sara hidup dan kenaikkan-kenaikan yang berlaku kebelakangan ini. 

Peliknya ini berlaku baru berberapa bulan sahaja TSMY dilepaskan jawatan sebagai TPM. Di sebelah beliau pasti Tun Dr Mahathir, Khairuddin dan Ainina tersenyum puas!! Bangsa lain berusaha bersatu, bangsa Melayu terus menerus menghancurkan bangsa sendiri.


Walau bagaimanapun, kita kena tabik spring dengan DS Shafie Afdal. Walaupun Jumat lepas beliau basah kuyup terjatuh di dalam laut akibat jeti roboh di sebuah pulau, hari ini beliau tetap hadir untuk turut sama menjatuhkan Presiden parti.

Ada 21,800 cawangan UMNO dari 191Bahagian. Dengan 3.47 juta Ahli UMNO. 

Kalau Ketua Cawangan ada ...

Kalau 34 orang baru 0.15%

Kalau 150 baru 0.68%

Kalau 500 baru 2.2%

Kalau 1,000 baru 4.3%

Kalau 5,000 baru 22.9%

Kalau 7,000 baru 32 %

Elok genapkan 5,000 orang, err ... berapa yang datang malam ni?

3 Boikot McDonalds - Mitos Israel Dan Fakta (Bahagian Ke 2)

CTS telah menjawab secara panjang lebar mitos dan fitnah kaitan di antara McDonalds dan Israel dalam Bahagian Pertama posting ini, di sini. Ini berikutan mitos atau fitnh yang sering dilemparkan oleh media-media sosial yang tidak bersumberkan sebarang fakta yang sahih. 3 mitos yang selalu dimainkan setiap kali berlaku pergolakan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sehingga membawa kepada memboikot McDonald's bersumberkan sebuah website luar pro-Syiah, Inminds, seperti berikut:
1. McDonald's Corp adalah penyumbang dana kepada Jewish United Fund yang berpengkalan di Chicago melalui 'Matching Gift Program'.
2. Bekas CEO (dan Chairman) McDonald's Jack Greenberg seorang Yahudi dan penyokong kuat Israel melalui beberapa badan komuniti Yahudi di Chicago.
3. McDonald's mempunyai 180 buah restoran di Israel dan memberi peluang pekerjaan kepada 3,000 warga Israel.
Bagi menjawab persoalan kedua, apa yang perlu kita fahami adalah McDonalds Amerika Syarikat tidak dimiliki oleh sebarang individu oleh kerana ianya adalah syarikat senaraian awam. Saham McDonalds telah diperdagangkan di Bursa Saham New York (NYSE) semenjak tahun 1965 lagi. Oleh itu adalah tidak logik untuk membuat dakwaan  bahawa Jack Greenberg atau mana-mana individu memiliki sepenuhnya perniagaan McDonalds. 

Pemegang-pemegang saham McDonald's di NYSE terlalu ramai (berjumlah 1.8 juta pemegang saham setakat bulan Mac 2014) dan tidak ada mana-mana individu atau pemegang saham yang memiliki lebih dari 10% saham McDonalds. Pemegang-pemegang utama saham McDonald's Corp boleh dilihat di sini.


Di Malaysia, McDonald's dimiliki oleh Golden Arches Sdn Bhd yang juga dimiliki oleh McDonald's Corp melalui syarikat mereka seperti dibawah. Walaupun Golden Arches Sdn Bhd ini tidak dimiliki oleh anak tempatan atau mana-mana syarikat milik tempatan, lebih 70 buah restoren McDonalds di Malaysia adalah dimiliki dan diusahakan oleh 30 orang pemilik 'franchise'. 

Pemilik 'franchise' ini bukan kakitangan Golden Arches Sdn  Bhd sebaliknya mereka ini adalah majikan kepada pekerja-pekerja di restoren yang di'franchice'kan kepada mereka. Pemilik 'franchise' telah melaburkan jutaan ringgit untuk memegang 'franchise' berkenaan dan mereka juga turut menanggung risiko kerugin sebagai usahawan.


Mengenai persoalan ketiga, McDonald's mempunyai 180 buah cawangan restoran di Israel dengan lebih 4,000 orang pekerja di mana 3,000 daripadanya adalah remaja. McDonald's Israel adalah syarikat persendirian yang dimiliki oleh Dr Omri Padan.

McDonald's selaku entiti berasaskan perniagaan membuka cawangan mereka di pelusuk dunia termasuklah Israel. Apa yang jarang atau tidak pernah diceritakan kepada kita adalah McDonald's Israel mempunyai polisi iaitu tidak membuka cawangan di atas tanah rakyat Palestin. Ini kerana mereka menghormati undang-undang antarabangsa yang tidak mengiktiraf penempatan atau perniagaan di atas Green Line atau sempadan yang ditetapkan sebelum Perang Arab-Israel 1967.

Anda juga perlu tahu bahawa warga Israel juga memboikot McDonald's atas sebab polisi tersebut kerana mereka menganggap McDonald's mendiskriminasi warga Israel yang duduk di atas penempatan haram di atas tanah  Palestin di Tebing Barat.

Pemilik McDonald's Israel Dr Omri Padan juga adalah salah seorang pengasas NGO Peace Now yang juga anti-penempatan haram di atas Tanah Palestin. Di bawah adalah keratan berita warga Israel yang duduk di penempatan haram di atas tanah Palestin menyeru rakyat Israel memboikot McDonald's kerana polisi mereka yang tidak mahu membuka cawangan McDonald's di atas tanah penempatan haram.


Untuk pengetahuan, McDonald's juga telah dibuka dan beroperasi di kebanyakan negara-negara Islam seperti di Timur Tengah (termasuk di Mekah dan Madinah), juga di Brunei, Indonesia dan lain-lain. Ironinya tidak pernah kedengaran boikot dilakukan atau dilaporkan dari negara-negara berkenaan. Hanya di Malaysia, Rakyatnya begitu bijak dan pandai.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates