October 24, 2015

22 Portal Pembangkang Cuba Perbesarkan 13 Ketua Cawangan Minta DS @NajibRazak Letak Jawatan


Portal pro pembangkang The Malaysian Insiders seperti biasa cuba untuk memperbesarkan Sidang Media yang dibuat oleh 13 Ketua Cawangan di Bahagian Telok Kemang di Negeri Sembilan yang meminta Presiden UMNO dan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Tidak ada apa yang menakjubkan mengenai Sidang Akhbar ini. UMNO adalah sebuah parti demokrasi. Semua ahli bebas bersuara. Apalah sangat Sidang Media yang dibuat oleh 13 Ketua Cawangan. UMNO ada lebih 21,000 cawangan. Di Negeri Sembilan sahaja ada lebih kurang 700 Cawangan. Untuk rekod, P177 UMNO Bahagian Beaufort pun ada 265 cawangan.

Kalau dilihat daripada gambar Sidang Media berkenaan, tiada penyokongpun yang hadir dalam Sidang Media berkenaan. Mungkin 13 Ketua Cawangan ini adalah pemakan dedak dari kumpulan Anti-Najib.

Yang pasti ini adalah satu usaha untuk memburukkan TS Isa Samad yang merupakan Ketua UMNO Telok Kemang. Menurut sumber TS Isa Samad yang merupakan orang PM, beliau telahpun mengambil tindakan dan nama 13 Ketua Cawangan tersebut telahpun dihantar ke Perdana Menteri.

0 Berubah Atau Diubah! Pemandu Teksi Harus Muhasabah Diri


Tidak dapat tidak kita harus akui pendapat yang dikeluarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), TS Dr Syed Hamid Albar semalam. Pengerusi SPAD menasihatkan kepada segelintir pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengan kewujudan teksi Uber dan Grabcar supaya muhasabah diri. Beliau berkata, segelintir pemandu teksi sepatutnya bertanya pada diri sendiri mengapa orang ramai memilih untuk menaiki 'kereta persendirian' yang ditawarkan Uber dan Grabcar berbanding teksi. Beliau berkata ketika diwawancara oleh Malaysiakini, di sini
"Banyak kejadian dilaporkan mengenai perangai dan sikap pemandu teksi. Saya tak fikir ia golongan terbesar tetapi golongan yang kasar dengan pelanggan ini, walaupun sikit tetapi diingati. Mungkin tak ramai tetapi golongan ini yang orang ingat. Saya rasa mereka mesti berubah sikap. Kena tanya soalan, muhasabah, mengapa orang ambil kereta persendirian itu." 
Permasalahan sikap dan kelakuan pemandu teksi di Malaysia bukan perkara baru. Tinjauan sebuah laman web Britain, LondonCabs.co.uk, yang menyenaraikan beberapa keburukan sikap pemandu teksi Malaysia khususnya di Kuala Lumpur. Sejauh mana kesahihan kajian yang dilakukan tidak dapat dipastikan tetapi berdasarkan perbandingan di 10 buah bandaraya, sikap pemandu teksi di negara ini berada di senarai teratas paling buruk di dunia. 

Antara alasan yang dimuat naik di laman web berkenaan adalah pemandu dari Kuala Lumpur amat dikenali kerana mengenakan caj yang lebih ke atas pelanggan dan melencong. Meskipun mereka sepatutnya mengenakan caj menggunakan meter, kebanyakan pemandu enggan berbuat demikian. Nasihat paling baik, tunggu teksi lain sekiranya pemandu enggan menggunakan meter. Kenderaan di Kuala Lumpur juga uzur dengan keadaan yang teruk. Baca sepenuhnya, di sini

Pengalaman CTS sendiri menaiki teksi di lembah Klang amat mendukacitakan. CTS lebih suka menaiki pengangkutan awam lain seperti LRT, Monorail, Komuter dan bas GoKL serta RapidKL daripada menggunakan perkhidmatan teksi. Beberapa kelemahan perkhidmatan teksi perlu diberi perhatian untuk menarik kembali minat orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan awam tersebut.

Keadaan fizikal sesetengah teksi didapati kurang sempurna. Sesetengah kenderaan tersebut tidak terurus dan tidak diselenggara dengan baik. Kebersihan kebanyakan teksi tidak dijaga dengan baik. Sistem pendingin hawa yang digunakan pula kadangkala tidak berfungsi. Keadaan ini menyebabkan pengguna berasa tidak selesa menggunakan teksi sebagai pengangkutan awam.

Masalah utama perkhidmatan teksi adalah tentang kadar tambang yang dikenakan. Kadar tambang tidak sepadan dengan kualiti perkhidmatan. Kebanyakan pemandu teksi tidak menggunakan meter yang dipasang dengan alasan alat tersebut rosak. Pengguna terpaksa tawar menawar sebelum menaiki teksi kerana pemandu teksi enggan menggunakan meter. Kadar tambang yang dikenakan terutamanya di sekitar kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur amat tidak masuk akal. 

Memandangkan pemandu-pemandu teksi juga tahu amat sukar untuk mengambil kesempatan ke atas pengguna Rakyat Tempatan, pemandu-pemandu teksi lebih suka untuk mendapatkan pelanggan daripada pelancong-pelancong asing seperti pelancong Timut Tengah dan sebagainya. Perkhidmatan Uber dan Grabcar harus menjadi pembuka mata bagi pemandu teksi. Dengan perkhidmatan Uber, pelanggan mempunyai kereta yang menunggu mereka, pemandu yang ramah dan mungkin ada air mineral untuk pelanggan di dalam kereta serta lebih selesa. Penumpang sukakan begitu. Masalah dengan beberapa pemandu teksi kita adalah menoleh kepada penumpang pun tidak.

Polemik pemandu teksi yang ego dan merasakan mereka sentiasa betul harus diberhentikan. Mereka juga harus muhasabah diri sendiri dan jangan suka menunding jari kepada pihak lain. Tindakan sesetengah pemandu teksi seperti  Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) yang mengugut mahu mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan rasa tidak puas hati pemandu teksi terhadap SPAD tidak akan ke mana sekiranya mereka sendiri tidak mahu berubah ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penumpang dan mendapatkan kembali kepercayaan pelanggan.

October 23, 2015

7 MP Pembangkang Cuba Malukan DS @NajibRazak, Sayang MP PAS Tidak Layan Kerenah Kebinatangan



Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Ketua Pembangkang mengetuai Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan bertindak kebudak-budakan dan sedikit kebinatangan apabila cuba mencemarkan Dewan Rakyat yang mulia dengan membawa 'placard'. Tindakan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan membawa usul Bajet 2016 untuk dibahas dan diluluskan tidak sedikit menarik perhatian MP-MP Pembangkang. 

Sebaliknya, mereka lebih suka 24 jam untuk berpolitik tanpa sedikitpun memperdulikan masalah Rakyat. Sayangnya, bukan semua MP-MP Pembangkang bersifat kebudak-budakan dan kebinatangan. Segelintir MP-MP dari PAS tidak melayan kerenah rakan-rakan mereka untuk berdiri memegang 'placard' dan menjerit-jerit seperti haiwan di zoo. Antara MP-MP Pembangkang yang masih waras dan tidak bersifat kebinatangan adalah Marang, Dungun, Kuala Nerus, Temerloh, Pasir Mas, Pengkalan Chepa, Bachok, Kota Bharu dan Hulu Langat.

Perlu diingat, sekiranya betul sekalipun jumlah RM2.6 billion berkenaan, itu adalah sumbangan derma kepada parti UMNO melalui Presidennya untuk memastikan Malaysia ditadbir oleh Barisan Nasional. Duit RM2.6 billion tidak ada kena mengena dengan pembangkang apatah lagi menggunakan duit Rakyat. Kenapa pula MP-MP pembangkang bersifat kebinatangan memprotes?

0 PM @NajibRazak Tidak Pernah Melupakan FELDA Dalam #Bajet2016


Pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak petang tadi bertemakan "Mensejahterakan Kehidupan Rakyat" ternyata membawa khabar gembira buat golongan pertengahan dan bawahan. Warga FELDA sekali lagi tidak ketinggalan dan mendapat tempias daripada limpahan ekonomi daripada Kerajaan.

Kerajaan komited untuk terus melaksanakan pembangunan infrastuktur di kawasan luar bandar terutama di kawasan FELDA. Sebanyak RM1.4 billion telah diperuntukkan bagi membina serta menaiktaraf jalan luar bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM200 juta disediakan bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan FELDA.

Generasi Kedua Peneroka FELDA juga turut mendapat inisiatif melalui pengumuman Bajet 2016. Kerajaan telah mengumumkan bahawa sebanyak 20,000 unit rumah akan dibina untuk Generasi Kedua FELDA. Lebih mengembirakan warga FELDA apabila Perdana Menteri juga turut mengumumkan bahawa harga maksima rumah berkenaan kini diturunkan kepada RM70,000 berbanding RM90,000 sebelum ini.

Bajet kali ini juga tidak melupakan soala keselamatan warga FELDA di FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah. Sebanyak RM523 juta diperuntukkan untuk pembangunan kem tentera darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di sana. Peruntukan ini juga membuktikan bahawa Kerajaan mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara agar peristiwa hitam serangan pemberontak Sulu tidak berulang lagi.

Selain daripada tersebut di atas, warga FELDA juga turut menerima habuan bantuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban sara hidup warga FELDA. Bantuan BR1M telah dinaikkan sebanyak RM50 untuk setiap kategori golongan Rakyat yang turut dirasakan oleh golongan Warga FELDA. 

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800. Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Oleh itu, apabila pembangkang sentiasa merasa hairan kenapakah Warga FELDA amat setia dan sentiasa di belakang pentadbiran Barisan Nasional di bawah pemerintahan DS Najib Tun Razak, inilah jawapannya. Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja komited menjaga taraf hidup Warga FELDA sejak dari Merdeka, malah semenjak DS Najib Tun Razak mengambilalih pentadbiran negara, Rakyat Sabah dan Sarawak tidak kurang saya segi perhatian dan bantuan yang diberikan.

2 Teresa Kok Berbohong Apabila Mendakwa SPR Menghalang Parti Politik Daftar Pengundi Baru

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok cuba membuat spekulasi dan kenyataan separuh benar apabila beliau bertanyakan soalan di Parlimen mengenai jumlah pengundi baru yang didaftarkan SPR di setiap negeri sejak Mei 2013 dan meminta SPR menyatakan sebab menghalang parti politik mendaftar pengundi baru serta mekanisme yang digunakan SPR untuk mendaftar pengundi baru.

Menjawab persoalan berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Azalina Othman Said berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah menghalang mana-mana parti politik untuk mendaftar pengundi baru. DS Azalina menambah SPR sentiasa menjalankan kajian menyeluruh dan lebih komprehensif terhadap kaedah dan prosedur yang sedia ada bagi memastikan kelancaran keberkesanan urusan pendaftaran pemilih.

DS Azalina berkata, SPR menerima sejumlah 373,467 pendaftaran sebagai pemilih baru dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun kedua dari Mei 2013 sehingga Mei lepas. Dalam usaha menarik lebih ramai warganegara mendaftar sebagai pemilih baru, beliau berkata pelbagai usaha dijalankan SPR termasuk pendekatan pendaftaran pemilih secara bergerak dengan menggunakan kenderaan 'karavan'.

DS Azalina berkata SPR sentiasa menganjurkan aktiviti kesedaran yang berkesan termasuk menggunakan pelbagai saluran media dan membuka kaunter pendaftaran di tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah, pusat rekreasi, kawasan penempatan penduduk, pusat latihan dan institut pengajian tinggi.

Selain itu, individu yang berhasrat untuk menjadi pemilih boleh mengunjungi saluran lain seperti kaunter pendaftaran pemilih di Ibu Pejabat SPR Putrajaya, pejabat pilihan raya negeri, pejabat daerah dan tanah, pejabat Pihak Berkuasa Tempatan, pejabat pos terpilih serta kaunter bergerak SPR di seluruh negara.

Mengenai dakwaan Teresa Kok bahawa SPR menghalang parti politik mendaftar pengundi baru, 'screenshot' gambar-gambar di bawah CTS sertakan untuk menunjukkan baik parti politik Kerajaan mahupun pembangkang, masing-masing giat untuk mendaftar pengundi-pengundi baru. Hentikanlah memfitnah SPR.


0 MCA Ucap Terima Kasih Kepada DS @NajibRazak Untuk Bajet Rakyat


MCA berterima kasih kepada DS Najib Razak yang telah menyahut permintaan MCA melalui peruntukan sebanyak RM50 juta di bawah KOJADI untuk membantu usahawan PKS di golongan masyarakat Cina. Ini termasuk di dalam tambahan RM90 juta sebagai pinjaman mikro kredit kepada peniaga-peniaga kecil kaum Cina.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai sejurus selepas perbentangan Bajet 2016 petang tadi. Usaha MCA mentransformasikan dan menjenamakan semula Institut Kojadi kepada VTAR Institute juga turut menampakkan hasil apabila di dalam Bajet 2016, Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan mensasarkan 60% daripada 1.5 juta pekerjaan baru adalah pekerja berkemahiran Pendidikan Teknikal, Vokasional dan Latihan (TVET) menjelang 2020. Sebanyak RM4.8 billion diperuntukan kepada 545 institusi.

DS Liow juga yang merupakan Menteri Pengangkutan memuji langkah Kerajaan memperuntukkan RM8.54 bilion untuk pembangunan pengangkutan negara yang merangkumi projek-projek jalan raya dan jambatan, keretapi dan transit laju,  penerbangan awam, pelabuhan dan perkhidmatan laut. Begitu juga dalam usaha untuk mewujudkan kemudahan pengangkutan secara berintegrasi, moden, canggih dan efisien, di mana Kerajaan juga telah memperuntukkan RM3.95 bilion untuk pengurusan dan pembangunan.

DS Liow juga menambah, sememangnya penting bagi Kerajaan untuk menguruskan perbelanjaan dalam menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar di peringkat global dan domestik, namun apa yang lebih penting dalam ikhtiar untuk mengembangkan ekonomi negara adalah untuk melabur terhadap projek-projek yang akan membawa faedah dan perubahan kepada Rakyat. 

Kata beliau, seiring usaha kitaMalaysia untuk melakar pertumbuhan negara, perbelanjaan tahun ini terbukti bahawa kebajikan rakyat terus menjadi titik tumpuan. Ini disokong dengan pelbagai inisiatif yang telah dibentangkan dari segi kadar cukai bagi golongan berpendapatan sederhana dan antara inisiatif proaktif yang lain, pengurangan kos sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah. 

October 22, 2015

23 Facebooker Pro-Tun Semakin Biadap Buat Ugutan Bunuh Kepada DS @NajibRazak cc. @KBAB51 @PDRMsia @SKMM_MCMC



Semakin hari Facebooker Pro-Tun semakin biadap. Ini adalah salah seorang pengendali fanpage 'Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM)', Adam Mukriz Muhayeddin. Kali ini tindakan beliau menghina pemimpin negara agak keterlaluan. Adam Mukriz telah membuat 'superimpose' ke atas gambar Perdana Menteri berada di dalam sel penjara. Ayat "I wish to see this" pada gambar berkenaan menunjukkan Adam Mukhriz mengaku beliau mahukan DS Najib Tun Razak dipenjarakan.

Adam Mukriz dengan sengaja menyebarkan gambar superimpose Perdana Menteri dalam penjara dengan niat mengaib dan menjatuhkan kredibiliti pemimpin negara. Adam Mukhriz juga cuba buat persepsi buruk kononnya Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwaraya, Kevin Morais baru baru ini. Ini beliau gambarkan melalui frasa "Eh jangan simen saya. Tak muat tong."

Apa yang cuba beliau gambarkan adalah kes pembunuhan Kevin Morais ini dilakukan oleh pihak berkuasa yang dipengaruhi individu di dalam gambar di atas (Perdana Menteri). Atau adakah Adam Mukriz berniat untuk simen Perdana Menteri di dalam tong seperti kes Kevin Morais?

Pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) tidak boleh berbuat apa-apakah ke atas Facebooker ini yang terkenal dengan gelaran 'sotong' di kalangan peminat-peminatnya?

October 21, 2015

0 Penjenamaan VTAR Institute Merupakan Transformasi Penting Pendidikan Vokasional Dari MCA


Hari ini merupakan detik yang paling bermakna buat Institut KOJADI. Institut berkenaan telah dijenamakan semula dan diberi nafas baru dengan nama VTAR Institute. Kejayaan ini amat bermakna bagi parti komponen Barisan Nasional, MCA. VTAR Institute adalah institusi pengajian tinggi yang mementingkan kemahiran vokasional. 

Pendidikan kepada Rakyat Malaysia terutama Masyarakat Cina bukanlah merupakan agenda asing bagi MCA. MCA telah menubuhkan pelbagai institusi pendidikan termasuklah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR), Institute of Childhood Education Studies and Community Education (CECE) dan sekarang MCA mengorak langkah dengan VTAR. 

Majlis perasmian VTAR Institute telah dirasmikan oleh Presiden MCA sendiri yang juga Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai. DS Liow di dalam ucapan perasmiannya berkata Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan pada tahun 2010, telah dirangka sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Negara. MCA telah memfokuskan kepada pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang lengkap untuk menghadapi pasaran global yang kompetitif. 

Menurut beliau Malaysia kini mempunyai tenaga kerja seramai kira-kira 12 juta, di mana 77% dilengkapi dengan 11 tahun pendidikan dan hanya kira-kira 28% adalah berkemahiran tinggi. Unit Perancang Ekonomi meramalkan bahawa pada tahun 2020, tenaga buruh negara dalam bidang tenaga kerja mahir hanya akan meningkat sebanyak 4%, sedangkan matlamat Kerajaan adalah untuk mencapai 33% pada tahun 2015 dan 50% pada tahun 2020. 

ETP dijangka menyebabkan penciptaan 3.3 juta peluang pekerjaan baru pada tahun 2020. Oleh itu, DS Liow menegaskan apa yang penting untuk diperhatikan adalah bahawa sekurang-kurangnya 40% daripada jawatan-jawatan ini dijangka memerlukan kelayakan Pendidikan Teknikal, Vokasional dan Latihan (TVET). Malaysia di bawah ETP akan memerlukan 2.5 kali lebih penglibatan TVET.

Oleh yang demikian, TVET adalah penting dalam usaha Malaysia untuk berubah daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi melalui penyediaan tenaga kerja mahir untuk memacu transformasi ekonomi negara. Dalam erti kata lain, di dalam usaha untuk memenuhi permintaan ini, 50,000 tempat tambahan dalam pendidikan vokasional perlu diwujudkan setiap tahun. Oleh itu, tindakan VTAR membuat persedian untuk mengambil kesempatan daripada peluang yang disediakan oleh jurang ini amat disanjungi. Tahniah VTAR dan MCA!

3 Apa Motif TS @MuhyiddinYassin Cuba Memburukkan MITI Dan MIDA?

 "Jika tiada keyakinan, orang akan menjauhi negara kita, pelabur tak akan datang. Saya ada data yang menunjukkan pelaburan di negara kita makin berkurang berbanding dahulu. Mereka yang nak datang melabur berfikir banyak kali sekarang sebab mereka tak pasti mengenai situasi politik di negara kita. Mereka tak tahu apa akan jadi dalam satu atau dua tahun akan datang. Saya harap kerajaan akan mengambil langkah-langkah proaktif dalam Bajet 2016" - Muhyiddin Yassin, 20 Oktober 2015, Majlis Minum Petang Bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Hotel Seri Pacific, KL.
Semalam sudahpun masuk 6 Muharam. Tok-Tok Haji dan Hajah sudahpun pulang ke tanahair setelah menunaikan fardhu haji dan pihak penganjur, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) masih lagi leka dan lena meraikan Aidil Adha sebagai tema minum petang mereka semalam bersama Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin (TSMY). Lantaklah kalau mereka hendak menggunakan tema Merry Christmas atau Happy Deepavali sebagai tema minum petang mereka. Siapa yang perduli.

Cuma apa yang dikesalkan apabila tindakan TSMY menyebarkan fitnah tanpa diperkuatkan dengan fakta mengenai kononnya 'pelaburan di negara kita makin berkurang berbanding dahulu'. Sebagai seorang pekerja di agensi di bawah Kementerian Perdagangan & Industri (MITI) dan juga berkaitan dengan 'sister company' kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), CTS terpanggil untuk menjawab fitnah TSMY.

Untuk pengetahuan TSMY, Malaysia mencatat pelaburan sebanyak RM235.9 bilion tahun lalu (2014) yang juga rekod tertinggi yang pernah diterima setakat ini, meningkat 8% berbanding RM219.4 bilion pada 2013. Prestasi pelaburan negara pada 2014 mengatasi purata sasaran pelaburan tahunan RM148 bilion yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Pelaburan domestik (DDI) menguasai sebahagian besar pelaburan yang diterima sepanjang tahun lalu, membabitkan RM171.3 bilion atau 72.6%. Manakala pelaburan langsung asing (FDI) pula sebanyak RM64.6 bilion atau 27.4% daripada jumlah pelaburan keseluruhan pada 2014.

Bagi laporan pelaburan Malaysia suku pertama (Q1) tahun 2015, Malaysia mencatatkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM57.4 bilion dalam sektor utama, perkhidmatan dan pembuatan. Sektor pembuatan merupakan pelaburan teratas iaitu sebanyak RM33.6 bilion, merangkumi 58.5 % daripada jumlah keseluruhan pelaburan, diikuti oleh sektor perkhidmatan sebanyak RM22.3 bilion atau 38.9 % dan sektor utama sebanyak RM1.5 bilion atau 2.6%. Jumlah berkenaan mewakili peningkatan sebanyak 18.8% dalam tempoh yang sama tahun lepas, iaitu sejumlah RM48.3 billion dalam pelaburan yang diluluskan.

Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal oleh TSMY. Jadi macai manakah yang menasihatkan TSMY untuk mengeluarkan kenyataan bahawa 'pelaburan di negara kita makin berkurang berbanding dahulu'?


October 20, 2015

7 Ramaikah Mahasiswa Bawa Usul Undi Tak Percaya Kepada Perdana Menteri @NajibRazak? Apa! 9 Orang?


Agak melucukan apabila sebahagian kecil pelajar Universiti (tidak layak digelar mahasiswa) hadir ke Parlimen untuk mencari publisiti murahan dengan menyampaikan memorandum mendesak Ahli-Ahli Parlimen menyokong undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Memorandum berkenaan diterima oleh Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail di lobi Parlimen pagi ini.

Sekumpulan pelajar universiti ini terdiri daripada golongan desperado yang perlukan publisiti murahan setelah mereka mengalami kekalahan teruk di dalam Pilihan Raya Kampus baru-baru ini di tangan Pro Aspirasi. Kumpulan desperado ini memerlukan talian hayat daripada pemimpin-pemimpin pembangkang untuk meneruskan survival politik mereka. Tak kisahlah. Cuma, takkan sekadar 9 orang sahaja yang mampu dibawa Bang. Pemimpin pelajar apakebenda tanpa sokongan?

1 Tok Pa Dalam Dewan Bentang TPPA, Kit Siang Dan Wan Aziziah Di Luar Dewan Buat Hal Sendiri


Memang dasar Ahli Parlimen Pembangkang tidak pernah mengutamakan kebajikan Rakyat terutama kawasan Parlimen yang mereka wakili. Pada waktu Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri DS Mustafa Mohamed sedang membentangkan dan menjawab persoalan berkaitan dengan 'Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)', di manakah Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang berada? Bukankah mereka sepatutnya berada di dalam dewan Parlimen untuk berbahas dan bertanyakan soalan?

Lim Kit Siang pada masa Tok Pa membentangkan TTPA, beliau bersama Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar sibuk mengadakan Sidang Media. Manakala Ketua Pembangkang, DS Wan Azizah Wan Ismail pula sibuk dengan urusan peribadinya juga di luar dewan. Pembangkang merungut apabila sukar mendapatkan jawapan daripada Menteri, sebaliknya mereka tidak menggunakan segala manfaat yang ada untuk bersoal jawab dengan Menteri sewaktu Sidang Parlimen. Esok lusa apabila tidak faham tentang TPPA, MP pembangkang akan meroyan mengadakan ceramah di seluruh negara.

Gambar-gambar kredit kepada rakan-rakan di KLXpress.


October 19, 2015

2 Bukti @cmlimguaneng Menipu Isu Tol Sungai Nyior


Dalam ucapan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng semasa merasmikan Perhimpunan Tahunan DAP Perak, beliau telah menyatakan sekiranya Pakatan Harapan dapat merampas Kerajaan Persekutuan, beliau akan menarik balik GST dan juga bagi tol percuma.

Ini janji seorang munafik tahun 2015. Lihat surat khabar Cina, China Press di bawah yang bertarikh 21/02/2008, beliau juga berjanji sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Pulau Pinang, dalam masa 5 tahun beliau akan mansuhkan tol Sungai Nyior. Kini tol Sungai Nyior di Seberang Perai telah naik dari 50 sen ke RM 1.20 sen. Maka siapa yang menipu dan siapa yang tertipu?

October 18, 2015

2 Sejak Bila Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia Boleh Pakai Vest Lambang @PDRMsia ? Cc. @KBAB51

Sejak bila sebuah kelab penyokong Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di bawah nama Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia dibenarkan memakai vest PDRM? Di bawah undang-undang mana perkara sebegitu dibenarkan? 

Diharap pihak PDRM dapat mengawasi aktiviti sebegini kerana dikuatiri ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyamar sebagai anggota polis.

Untuk remaja-remaja Cina berkenaan, pohonlah untuk menjadi seorang anggota PDRM yang sebenar kalau benar-benar ingin menjadi seorang penguatkuasa keselamatan.

Kredit gambar kepada rakan Facebook Kuan Chee Heng.


Kemaskini 20/10/2015:

Kenyataan daripada PDRM Selangor:

0 PETEKMA Puji Usaha SPAD Banteras Teksi Haram UBER


Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) memuji tindakan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di dalam membanteras teksi haram. PETEKMA juga mahukan Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya mengharamkan aplikasi atas talian yang digunakan oleh UBER, GrabCar dan seumpamanya.

Pengerusi PETEKMA, Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata, SKMM boleh bertindak kerana ia melibatkan keselamatan kerana kereta yang digunakan tidak mempunyai insurans adalah berisiko tinggi kerana sesiapa sahaja boleh memandunya. Ianya pasti mengundang jenayah seperti rompakan, rogol dan kemalangan yang mana penumpang tidak boleh membuat tuntutan.

Pujian PETEKMA kepada pihak SPAD bukanlah merupakan pujian kosong. Untuk rekod, hasil usaha bersepadu pihak SPAD dalam menjalankan operasi membanteras teksi haram mendapati kesalahan di bawah Sekyen 16, APAD 2010 telah membuahkan hasil seperti berikut:

1. Jumlah kes bermula Jun 2011 hingga sekarang adalah sebanyak 470 kes.

2. Jumlah kes bagi tahun 2015 sahaja adalah sebanyak 240 kes.

Jumlah kes bagi yang menggunakan Apps bermula Oktober 2014 hingga sekarang adalah 144 kes. Pecahan kes mengikut Apps seperti berikut, UBER - 43 kes, GrabCar - 97 kes, Blacklane - 1 kes, EasyTaxi - 3 kes. 

Manakala status kes melibatkan penggunaan Apps seperti berikut, NFA - 10 kes, denda mahkamah - 13 kes, kompaun - 9 kes, proses mahkamah - 49 kes, proses penyiasatan - 63 kes dan status mohon lucut hak untuk kes melibatkan penggunaan Apps - 110 kenderaan.

Dalam pada itu juga, PETEKMA telah menghantar memorandum empat perkara kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan di dalam Bajet 2016. Empat perkara berkenaan ialah pengurangan atau penundaan kenaikan harga NGV, pengurangan harga tol di dalam bandar dan pengurangan GST untuk pengangkutan awam.

Memorandum empat perkara ini ada asasnya. Ini berikutan kenaikan harga NGV lebih daripada 45 peratus tidak sekata dengan kenaikan tambang teksi yang tidak sampai 30 peratus. Ini ditambah pula dengan kenaikan tol di dalam bandar dan terdapat dua tol di dalam Lembah Kelang yang tidak memberikan potongan 50 peratus kepada  kenderaan kelas 4. 

Tambah memeritkan apabila alat ganti, bayar duit sewa dan pinjaman bank, segalanya dikenakan GST, sedangkan pemandu teksi tidak dibenarkan mengenakan GST kepada penumpang untuk menyerap kos operasi. Sehubungan itu, PETEKMA mengharapkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik untuk pemandu teksi dalam Bajet 2016

4 Himpunan 60K Fastaqim PAS Tenggelamkan Teori 'Oren Ganti Hijau' Mat Sabu

Mat Sabu hanya boleh bermimpi dan berangan. Namun hajat Mat Sabu untuk menjadi 'Oren Ganti Hijau' atau Parti Amanah Negara (PAN) mengantikan PAS hanyalah laungan retorik semata-mata. Buktinya, Himpunan Fastaqim PAS di Stadium Mohamad IV di Kota Baru, Kelantan semalam mengamit kehadiran lebih daripada 60,000 sasaran ahli dan penyokong PAS. Parti serpihan seperti PAN tidak akan bertahan lama. Seperti mana serpihan UMNO Semangat 46, PAN akan turut berkubur. Semoga Islam akan bersatu di dalam PRU14 yang akan datang.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates