October 17, 2015

0 Malaysia Tidak Pernah Tuduh Rusia Terlibat Nahas MH17 - Liow Tiong Lai


Malaysia tidak pernah menuduh atau meletakkan kesalahan nahas pesawat MH17 ke atas Rusia. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kepada pemberita selepas majlis penutupan Persidangan Khas Parti Politik Asia di Laluan Sutera di Beijing, Jumaat. DS Liow yang dipetik BERNAMA sebagai berkata, apa juga input daripada pihak-pihak berkaitan berhubung tragedi pesawat pada 17/07/2014 itu akan diambil perhatian oleh penyiasat teknikal.

Dalam Kenyataan Media beliau pada 13/10/2015 menyatakan laporan akhir yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) itu juga tidak menyalahkan Rusia mahupun mana-mana kumpulan pemberontak sebagai terbabit dalam aktiviti jenayah itu. 

Walau bagaimanapun, DS Liow berkata berkata bersandarkan laporan siasatan akhir yang dikeluarkan DSB, Malaysia bersama Pasukan Siasatan Bersama (JIT) berasa lebih cekal untuk mencari keadilan buat mangsa MH17 yang terkorban. Beliau berkata Malaysia sebagai sebahagian daripada anggota JIT, kekal dengan satu matlamat untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

DS Liow berkata demikian susulan daripada desakan Duta Rusia ke Malaysia, Valery N Yermolov ke atas Kuala Lumpur supaya menghentikan sikap menunding jari berhubung tragedi itu dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha mencari pelaku sebenar jenayah itu.

Untuk rekod, Pada 14/07/2015, lima negara iaitu Malaysia, Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine telah meminta Majlis Keselamatan PBB supaya menubuhkan sebuah tribunal jenayah antarabangsa bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah menembak jatuh MH17. Bagaimanapun, Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan PBB untuk menghalang cadangan itu pada 30/07/2015.

Laporan akhir siasatan oleh DBS yang dikeluarkan pada 13/10/2015 juga antara lain mendakwa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia di ruang udara timur Ukraine membunuh kesemua 298 penumpang serta anak kapalnya.

October 15, 2015

1 Hampa Dengan Keputusan Mahkamah Persekutuan Mengiktiraf Persempadanan Semula Sarawak, BERSIH Meroyan!


Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Sarawak adalah sah. Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, TS Md Raus Sharif menolak permohonan ADUN Batu Lintang See Chee How dan pengundi Ulu Baram Pauls Baya selepas berpuas hati tiada satu pun daripada 15 persoalan undang-undang yang dibangkitkan melepasi tahap ujian seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964.

Dengan keputusan hari ini, Sarawak boleh menggunakan persempadanan baru pada pilihan raya negeri akan datang yang mesti diadakan sebelum Jun tahun depan. Persempadanan semula itu menyaksikan Sarawak mendapat tambahan 11 kerusi negeri menjadikan jumlah sekarang 71 kepada 82. Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu menerbitkan kembali notis cadangan untuk merangka semula sempadan kawasan pilihan raya di Sarawak selepas berpuas hati bahawa notis yang dikeluarkan sebelum itu, sah di sisi undang-undang.

Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayun, BERSIH hari ini mengeluarkan kenyataan menghina dan mengecam SPR. BERSIH membuat tuduhan kononnya tindakan SPR menyerahkan laporan persempadanan semula Sarawak ke Jabatan Perdana Menteri sebelum kes itu diputuskan di Mahkamah Persekutuan menyebabkan proses keadilan terhenti. BERSIH juga menuduh kononnya SPR juga menghina mahkamah dengan memendekkan proses undang-undang itu bagi tujuan "kepentingan politik". Baca sepenuhnya di sini.

Tindakan BERSIH ini sebenarnya mempamerkan kekecewaan mereka menipu Rakyat Sarawak dengan meletakkan beban kesalahan ke atas SPR. Pertamanya, Mahkamah Rayuan tidak pernah menghalang SPR untuk meneruskan tanggungjawabnya. Umum mengetahui BERSIH jugalah yang menyediakan skrip untuk setiap bantahan persempadanan. Usaha jahat BERSIH ini sememangnya telah dihidu dari awal apabila membantah keras proses persempadanan ini.

Kedua, SPR tidak terikat dengan undang-undang untuk memerlukan mereka menunggu BERSIH untuk membuat proses rayuan. Sepatutnya, BERSIH yang perlu pantas mengemukakan rayuan bukannya SPR yang perlu tunggu mereka.  Ini yang dikatakan bodoh tidak boleh diikut, pandai tidak boleh diajar!

Ketiga, umum juga mengetahui BERSIH bukanlah sebuah NGO bebas tetapi ia merupakan proksi kepada pembangkang yang mahu merampas pemerintahan dengan cara kotor. BERSIH yang sebenarnya mengunakan tektik licik untuk menipu pengundi dan Rakyat dengan memutar belitkan fakta. BERSIH berselindung di sebalik NGO dan menjadikan SPR sebagai budak belasahan mereka adalah satu kedajalan. Mengapa BERSIH sering menjadikan SPR sebagai mangsa untuk dihentam? Ini kerana SPR adalah sebuah badan bebas yang sukar untuk dipengaruhi oleh mereka.

Keempat, SPR telah mematuhi setiap proses perundangan dan Perlembagaan Persekutuan. Jelas BERSIH yang sebenarnya bermain taktik kotor dengan menjadikan Sarawak sebagai taruhan utntuk mengkucar kacirkan politik Sarawak. Mengapa BERSIH beria-ria sangat untuk mghalang proses persempadanan? Apakah BERSIH lebih pakar dari SPR untuk menjalankan tugas-tugas persempadanan? BERSIH hanya tahu hendak mengadaptasi kaedah persempadanan dari negara luar yang tidak sesuai dengan keadaan di sini.

Dan yang terakhir, mengapa BERSIH dan pembangkang begitu takut untuk menghadapi proses prsempadanan ini? Proses ini masih ada lagi di Parlimen jika bersetuju atau tidak bersetuju tentukanlah di Sidang Parlimen. SPR telah memberi ruang dan peluang secukupnya kepada semua pengundi yang terkesan tetapi See Chee How lebih berminat untuk membantah di Mahkamah daripada membantah di dalam proses yang disediakan oleh SPR. Siapa BERSIH untuk mencampuri urusan pengundi Sarawak? Tidakkah ini satu pencabulan hak Rakyat Sarawak untuk mendapat kemudahan dan keselesaan dalam pilihanraya?

12 @Saifuddinabd Masuk PKR, Hilanglah Duri Dalam Daging UMNO




Alhamdulillah. Disahkan sudah. Kemasukan ahli UMNO Temerloh dan bekas ahli PKR, Saifuddin Abdullah ke dalam PKR ibarat sirih pulang ke gangang. Hilanglah satu duri yang selama ini membengkakkan daging UMNO. Pergi mu tidak ditangisi malah ada yang sedekah pisang lagi. Saifuddin Abdullah di dalam UMNO ibarat ada tidak menambah, tiada tidak berkurang.

Eloklah tu PKR sebagai parti sampah mengutip sampah-sampah yang hendak dibuang di dalam UMNO. Ke mana perginya sampah kalau tidak ke tong nya kan? UMNO kena buat kenduri kesyukuran 7 hari 7 malam. Ini kata-kata Saifuddin Abdullah tidak lama dulu di dalam laman sosial Twitter beliau:

October 14, 2015

5 Pembangkang Pura-Pura Bantah Tol, Dalam Masa Yang Sama Bina 5 Tol Untuk Lebuhraya EKVE Di Selangor


Polemik kepura-puraan pembangkang memang tidak ada kesudahannya. Di depan umum mereka berlakon kononnya mereka membantah tindakan Kerajaan Pusat membina lebuhraya dan mengenakan kadar tol kepada Rakyat. Di belakang Rakyat lain pula kerenah mereka. Dato Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali yang baru setahun memegang tampuk pemerintahan negeri telah menghadiahkan Rakyat Selangor dengan pembinaan lebuhraya East Klang Valley Expressway (EKVE).

Lebuhraya EKVE bukan setakat menjadi kontroversi apabila konsesi lebuhraya berkenaan turut mengenakan tol kepada pengguna, malah pembinaan lebuhraya ini telah merentasi kawasan hutan simpan yang merupakan kawasan tadahan hujan di Selangor. World-Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia turut menyatakan kekesalan dan mengkritik tindakan Kerajaan Selangor di sini.

Macai-macai pembangkang telah diperbodohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Projek EKVE telahpun bermula dan tiada apa macai-macai dapat lakukan. Pembinaan EKVE ini mempunyai kesan yang lebih tinggi daripada pembinaan lebuhraya KIDEX yang mendapat bantahan daripada pengundi-pengundi Kerajaan PR Selangor. Ini memandangkan lebuhraya EKVE telah dan bakal merosakkan ekosistem dan hutan simpan berusia jutaan tahun. 

October 13, 2015

8 Kerajaan Selangor Cakap Tidak Serupa Bikin Dalam Isu Tol


Ini janji Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan disaksikan oleh Pakar Strategisnya, Rafizi Ramli pada 18/12/2013. Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Rakyat (PR) dan Penasihat Ekonomi Selangor bernilai RM1 pada masa itu berjanji akan memastikan Selangor menggunakan pegangan di dalam syarikat lebuhraya untuk menghalang sebarang kenaikan tol. Itu janji Kerajaan Selangor pada Disember 2013.

Kini Oktober 2015, Kerajaan Selangor contohnya yang memiliki 20% daripada pegangan di dalam Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) melalui Kumpulan Peransang Selangor Berhad, gagal untuk mengotakan janjinya. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah SPRINT tidak mampu atau tidak mahu berbuat apa-apa. Begitu juga Kerajaan Negeri Selangor mempunyai 30% pegangan di dalam konsesi lebuhraya KESAS melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kenapa Kerajaan Selangor tidak mengotakan janji mereka untuk menghalang kenaikan tol melalui pegangan yang mereka ada di dalam syarikat lebuhraya seperti SPRINT dan KESAS? Sebaliknya, SPRINT sebagai pengendali plaza-plaza tol seperti Tol Plaza Damansara, Tol Plaza Pantai dan Tol Plaza Bukit Kiara akan menaikkan kadar tol bermula 15 Oktober 2015. Begitu juga dengan kenaikan tol secara mendadak di tol-tol KESAS. Janji memang mudah. Cuma cakap tidak serupa bikin.




26 'Gabungan Kecewa' Dikepalai Tun Dr Mahathir Terkhilaf - Khairuddin Dan Matthias Tidak Didakwa Di Bawah SOSMA


'Gabungan Kecewa' yang mengadakan Sidang Akhbar semalam yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir, baca di sini, telah terkhilaf apabila mereka telah menghentam Kerajaan yang kononnya menahan Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang di bawah SOSMA. 

Peguam Negara (AG) di dalam sidang akhbarnya sebentar tadi di Putrajaya telah memaklumkan bahawa kedua-dua pengkianat negara tersebut didakwa di bawah Seksyen 124L di bawah Kanun Keseksaan, dan di baca bersama dengan Section 34 di bawah kanun yang sama di atas usaha mereka untuk mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara. 

Jadi sia-sialah Sidang Akhbar yang dilakukan oleh 'Gabungan Kecewa' semalam. Kenyataan penuh AG boleh dibaca seperti di bawah:
ATTORNEY GENERAL MEDIA STATEMENT
 Charges Against Khairuddin Abu Hassan and Matthias Chang
On Monday, 12 October 2015, Khairuddin Abu Hassan and his lawyer, Matthias Chang were charged under section 124L of the Penal Code, read with Section 34 of the Penal Code for attempting to sabotage Malaysia’s banking and financial systems.
The action has been questioned by certain parties, including in the article published in the Star on 12 October 2015, titled ‘Dr M, Ku Li team up to slam Sosma detention of 1MDB critics,’ as being an abuse of the government powers.
The Attorney General’s Chambers clarifies that both Khairuddin Abu Hassan and his lawyer, Matthias Chang are charged under section 124L of the Penal Code and not the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA).
The Attorney General’s Chambers further clarifies that the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) is a procedural law that provides special measures to facilitate the investigation and prosecution ‘security offences”. The definition of ‘security offences’ makes it clear that the SOSMA is not limited to terrorism or terrorists.
The ‘security offences’ to which the Act applies are those listed in the First Schedule to the SOSMA. When SOSMA was enacted, the listed ‘security offences’ were offences under Chapter VII of the Penal Code (Offences against the State) and Chapter VIA of the
Penal Code (Offences related to terrorism).
In 2014, the list was extended to include Chapter VIB of the Penal Code (Organised Crime) as well as offences under Part IIIA of the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007. The list was further extended in June 2015 to include the Special Measures Against Terrorism in Foreign Countries Act 2015.
Section 124L, of the Penal Code is an offence under Chapter VI of the Penal Code. It was one of seven new offences introduced into Chapter VI of the Penal Code in 2012 through Penal Code (Amendment) Act 2012. It is therefore a ‘security offence’ to which SOSMA applies.
 The seven new offences are namely:
Activities detrimental to parliamentary democracy (section 124B)
Attempt to commit activity detrimental to parliamentary democracy (section 124C)
Dissemination of information (section 124H)
Sabotage (section 124K)
Attempt to commit sabotage (section 124L)
Espionage (section 124M)
Attempt to commit espionage (section 124N)
These offences were in addition to the reenactment with modifications of certain offences which used to be in the Internal Security Act 1960, namely the new sections 124D, 124E, 124F, 124G, 124L and 124J. The above explanation can be seen in the Explanatory Statement to the Penal Code (Amendment) Bill 2012.
Section 124L, of the Penal Code provides that ‘Whoever attempts t commit sabotage or does any act preparatory thereto shall be punished with imprisonment for a term which extend to fifteen years.’
In this regard, section 130A of the Penal Code defines the term ‘sabotage’ to mean an act or omission intending to cause harm, among others, to the maintenance of ‘essential services’ while the term ‘essential services’ is defined to include banking and financial services.
The Attorney General’s Chambers provides this clarification on the provisions of law that have been applied in the case of Khairuddin Abu Hassan and Matthias Chang to prevent any further misleading statements, regarding the relevant provisions of law.
However, the Attorney General’s Chambers is not at liberty to divulge any facts pertaining to their cases as the matters are pending before the court.
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS MALAYSIA
13 October 2015

0 MCA Menyokong Penuh TPPA, Perdana Menteri DS @NajibRazak Menghargainya

Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) tidak wajar dipolitikkan sebelum ianya dibentangkan untuk diperdebatkan oleh Ahli-Ahli Parlimen. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, DS Mustafa Mohamed sendiri memberi jaminan kepentingan Malaysia dalam beberapa industri sensitif dan kepentingan bumiputera akan dipertahankan di dalam pelaksanaan TPPA.

DS Mustafa menegaskan Malaysia tidak akan patuh kepada perjanjian yang tidak mengikut perlembagaan atau dasar-dasar yang akan menjejaskan manfaat rakyat. Untuk rekod, pihak-pihak yang terlibat dengan TPPA adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Malaysia perlu mendapatkan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani TPPA. DS Mustapa menegaskan biarpun rundingan bagi TPPA telah dimuktamadkan, namun Malaysia masih belum menandatangani perjanjian berkenaan malah dokumen teks itu hanya dijangka siap pada akhir bulan ini. 

Salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA menyokong penuh perlaksanaan TPPA. Menurut Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong, TPPA tidak membawa mudarat kepada negara. Jelasnya, TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas yang dianggap sebagai trend ekonomi global masa kini yang lebih terbuka dan akan membolehkan Malaysia mendapat akses kepada pasaran yang lebih besar. Katanya,
"Datuk Seri Mustapha Mohammad telah mendapat mandat dari kabinet untuk berbincang dan berunding secara terperinci berkaitan TPPA dan beliau merupakan seorang yang sangat komited. Kita akan 'win some anda lose some'. Malah, tuduhan pembangkang bahawa kita kononnya akan gadai segala-galanya adalah salah. Ini kerana macam mana kita boleh mengatakan TPPA ini akan menyebabkan kita "gadai" segala-galanya walhal kita akan memperluaskan lagi peluang perniagaan dimana akses kepada pasaran dunia adalah lebih terbuka"
Sementara itu, Setiausaha Agong MCA yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, DS Ong Ka Chuan berkata, usaha untuk membentangkan dokumen TPPA pada sesi persidangan Parlimen kali ini cukup mencabar dari segi masa lantaran kerajaan sudah menetapkan agenda besar untuk membahas dan meluluskan Bajet 2016 yang dijangka memakan masa panjang. 

Kerajaan katanya, kerajaan akan cuba mencari masa sesuai untuk membolehkan TPPA dibahaskan di Parlimen secepat mungkin. Selain itu, ada masalah teknikal yang kini dalam rundingan selain memerlukan kajian semula bagi setiap fasal TPPA sebelum ia dibawa ke Parlimen. Katanya, 
"Kita perlu bincang dengan Speaker Dewan Rakyat, apa kaedah yang boleh memudahkannya supaya kita dapat membuat keputusan secepat mungkin. Usaha membentangkan dokumen TPPA pada sesi persidangan Parlimen kali ini cukup mencabar dari segi masa lantaran kerajaan sudah menetapkan agenda besar untuk membahas dan meluluskan Bajet 2016 yang dijangka memakan masa panjang. Kerajaan akan cuba mencari masa sesuai untuk membolehkan TPPA dibahaskan di Parlimen secepat mungkin."
"Ia memerlukan kajian semula bagi setiap fasal TPPA sebelum ia dibawa ke Parlimen. TPPA perlu difahami seramai mungkin rakyat negara ini termasuk Ahli Parlimen, badan bukan kerajaan (NGO) supaya mereka faham apa sebenarnya TPPA dan semunya memerlukan masa, tetapi kita juga ada sekatan supaya membuat keputusan secepat mungkin mengikut had masa kerana 12 negara sedang menunggu kita."
Sementara itu, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak turut merakamkan ucapan terima kasih kepada MCA kerana menyokong penuh TPPA.

 

October 12, 2015

44 Terkini!!! Sidang Media 'Gabungan Kecewa' Dikepalai Tun Dr Mahathir Mengecam Akta SOSMA




Inilah barisan pemimpin lama dan veteren yang bercita-cita untuk menumbangkan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Razak. Mereka terdiri daripada seorang Mantan Perdana Menteri, seorang Mantan Timbalan Perdana Menteri dan empat Mantan Menteri. Kalau dahulu dalam cerita P Ramlee dipanggil '6 Jahanam'.

Mereka terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamed (90), TS Muhyiddin Yassin (68), Tengku Razaleigh Hamzah (78), TS Sanusi Junid (72), DS Shafie Afdal (57) dan DS Ong Tee Kiat (58) menjadikan jumlah keseluruhan umur 'Gabungan Kecewa' adalah 423 tahun!

Ingatkan ada kejutan hari ini dalam Sidang Media di Yayasan Kepimpinan Perdana. Kita ingatkan 3/4 daripada Menteri Kabinet atau 3/4 Ketua-Ketua Bahagian yang akan hadir pada Sidang Media ini. Rupanya geng-geng yang sudah menapous! 

Tidak apa yang menarik di dalam Sidang Akhbar kali ini melainkan barisan 'Gabungan Kecewa' menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas Ketua UMNO Batu Kawan dan mengutuk betapa kejamnya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Untuk rekod, Khairuddin Abu Hassan dan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Matthias Chang telah didakwa di Mahkamah Majisterit Kuala Lumpur sebentar tadi atas tuduhan cuba mensabotaj sistem perbankan dan kewangan Negara.

Apakah Tun Dr Mahathir sudah lupa? Sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, beliau telah:

1. Memenjarakan beratus individu tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk ramai Ahli Politik.
2. Terlibat menyingkirkan dua Timbalan Perdana Menteri.
3. Memecat seorang Timbalan Perdana Menteri.
4. Memberhentikan empat Menteri.
5. Menghentikan operasi akhbar The Star,Watan dan Sin Chiew Jit Poh.
6. Memecat Ketua Hakim Negara dan mengubah cara perlantikan Hakim.

Adakah Tun Dr Mahathir kurang kejam berbanding DS Najib Razak?


October 11, 2015

5 Kenapa Kerajaan Selangor Tidak Majukan Pantai Acheh, Pulau Indah, Klang Sebagai Pusat Perlancongan? @AzminAli

Jarak perjalanan hanya setengah jam memandu dari Ibu Kota Shah Alam. Pantai Acheh, Pulau Indah, Klang merupakan kawasan pantai yang tidak mendapat tempat di hati Kerajaan Negeri Selangor untuk dimajukan sebagai salah sebuah pusat perlancongan. Pantainya cantik dan belum terusik. 

Sayangnya sekiranya diuruskan dengan baik oleh Kerajaan Negeri Selangor, Rakyat Selangor dapat menjadikan pantai ini sebagai alternatif kepada pantai Port Dickson yang memerlukan mereka untuk menghabiskan duit minyak dan tol. Fikir-fikirkanlah.






26 Akhirnya Tun Dr Mahathir Akui Tiada Bukti Jenayah Ke Atas PM @NajibRazak



Setelah berterusan membuat tuduhan dan fitnah kononnya Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak terpalit dengan perbagai isu dan penyelewengan, akhirnya Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengakui bahawa beliau tidak mempunyai sebarang bukti ke atas apa yang didakwa oleh beliau itu.

Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai cukup bukti ke atas DS Najib waima untuk membuat laporan polis. Tuduhan tanpa bukti tapi pada masa yang sama Tun Fr Mahathir dan pengikutnya meminta DS Najib Razak untuk meletakkan jawatan. Yang ini saya tak faham. 

Sumber terdekat dan akhbar The Star memaklumkan bahawa Tun Dr Mahathir sekarang sedang mengalami sakit dada, demam dan batuk. Semua acara terdekat dibatalkan. Kita doakan sahaja beliau cepat sembuh dan kembali bertaubat dari membuat tudihan yang tiada bukti.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates