August 8, 2015

10 Himpunan '808 Rally For Freedom Of Information' Pagi Ini Gagal!


Saban minggu himpunan protes jalanan yang dilakukan oleh pembangkang semakin hambar dan kurang mendapat sambutan. Terbukti dengan kehadiran pendemo-pendemo hari ini. Himpunan yang dinamakan '808 Rally For Freedom Of Information' di Pasar Seni, Kuala Lumpur gagal mengumpul waima 100 orang!

Setelah sejam berlalu, perhimpunan yang dimulakan pada jam 11.00 pagi tadi kelihatan bakal akan ditamatkan. Perhimpunan ini kononnya untuk mendesak Kerajaan agar terbuka dengan informasi. Mereka terlupa bagaimana terbukanya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dengan informasi. Sikit sikit saman pemberita. "You say or you print I summon" kata Lim Guan Eng. Anwar pulak kata, "U ulang I saman."

Turut hadir hari ini adalah ramai pemberita dan juga pemimpin pembangkang termasuk Tony Pua. Tony Pua? Lupakah Tony Pua bahawa beliau juga mengugut untuk menyaman seorang Facebooker atas pertanyaan beliau di media sosial. Inikah 'freedom of information' yang diperjuangkan oleh Tony Pua? My ass!





0 Mahkamah Rayuan Membenarkan SPR Teruskan Persempadanan Semula Negeri Sarawak


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan proses persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri Sarawak. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan medianya memberitahu, SPR akan meneruskan proses berkenaan sebagaimana diperuntukkan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan persekutuan bagi menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tindakan seterusnya.

"Keputusan Mahkamah Rayuan itu juga membuktikan tindakan SPR dalam proses persempadanan semula ini mematuhi perundangan di bawah Perlembagaan Persekutuan," jelasnya. SPR juga katanya, menghormati keputusan Mahkamah dan juga menghormati hak responden untuk mengemukakan rayuan ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

"Buat masa ini, SPR tidak mempunyai hak untuk memberi sebarang komen berkaitan pihak responden sama ada untuk merayu atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Rayuan ini," tambahnya lagi.

Pada 25 Mei yang lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching telah mengistiharkan notis SPR mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihanraya negeri itumempunyai butiran yang terhad dan mengarahkan SPR mengeluarkan semula notis tersebut. Ia sekaligus membatalkan notis itu dan tidak sah selepas memutuskan motis itu tidak mematuhi Jadual Ke 13, Perlembagaan Persekutuan.


0 Ops Tegas (Grab Car Dan Uber) SPAD Berjaya Menahan 12 Buah Kenderaan


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa tegas dalam mengawal selia kegiatan teksi sapu tanpa permit yng dikenali sebagai Grab Car dan Uber. Satu Ops Tegas (Grab Car dan Uber) telah diadakan oleh Penguatkuasaan SPAD di sekitar Sunway, Times Square, Damansara, Kelana Jaya , Puchong, Bangsar dan Subang dua hari lepas. 

Sebanyak 12 buah kenderaan telah ditahan iaitu 4 Buah Perodua Myvi, sebuah Perodua Axia, sebuah Proton Preve, sebuah Toyota Camry, sebuah toyota Vios, sebuah Honda Jazz, Sebuah Honda City, sebuah Hyundai Elantra dan sebuah Chevrolet kerana mengadakan perkhidmatan kenderaan Awam tanpa Lesen Pengendali (11 Grab Car dan 1 Uber). Kesemua 12 buah kenderaan ini telah disita dan dibawa ketapak sitaan SPAD sebelum kes dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan.





August 7, 2015

0 Hebat! Then Siaw Lian Wakil Negara Berbangsa Cina Yang Pertama Ke Pentas Akhir PABM



Wakil negara dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015, penuntut Universiti Malaya (UM), Janise Then Siaw Lian, 23  dan dan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Akmal Aizat Umar, 23, berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir selepas muncul antara tiga peserta terbaik dalam kategori Alam Melayu pada peringkat separuh akhir hari ini.

Lebih manis, Siaw Lian yang berasal dari Kota Samarahan, Sarawak mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai peserta bukan Me­layu pertama mewakili negara yang layak ke peringkat akhir pertandi­ngan pidato berprestij itu.

Pada peringkat separuh akhir, Siaw Lian menyampaikan pidato bertajuk Makna Sebuah Perpaduan manakala Mohd. Akmal Izzat memilih tajuk Sengsara Dunia: Di Mana Silapnya?
Dua wakil negara itu bakal dibe­rikan saingan hebat oleh wakil Thailand, Awabeen Samsuding yang tu­rut melepasi halangan di peringkat separuh akhir menerusi pidato bertajuk Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

Kategori Antarabangsa pula me­nyaksikan pertandingan tiga penjuru antara wakil Australia, Emma Cecilia Roberts; wakil Amerika Syarikat (AS), Wyatt Evan Gordon dan pemidato United Kingdom, Joshua Parfitt.

Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) pula bakal menampilkan persaingan antara Mah­moud Abdel Fattah Ibrahim Essa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pemidato Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Maher G.M Abdolrasol dan wakil Universiti Putra Malaysia (UPM), Waleed Basil Mohammed Ali. 

PABM 2015 yang berlangsung selama lima hari bermula kelmarin disertai 71 peserta dari serata dunia dalam tiga kategori iaitu Alam Me­layu, Antarabangsa dan PAM. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri pertandingan akhir PABM 2015 yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu ini.

August 6, 2015

10 Mari Lihat Sikap Bermuka-Muka, Pengadu Domba Dan Lidah Bercabang @RafiziRamli


Laporan Malaysiakini bertarikh 04/08/2015 memaparkan kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dua hari lepas beliau mempertikaikan kewibawaan SPRM. Apa katanya?
Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan penderma, telah menimbulkan lebih banyak soalan daripada jawapan.
Hari ini, lain pula nada Rafizi Ramli. Di dalam laman sosial Facebook beliau beliau memuji pula suruhanjaya ini. Lihat pula apa katanya.
Saya baru balik dari ibupejabat SPRM Malaysia SPRM di Putrajaya untuk memberi sokongan moral kepada pejuang anti rasuah yang kini berdepan dengan tekanan kerana menyiasat dana yang masuk ke akaunNajib Razak. Saya insaf dengan ingatan Dato' Bahri kepada sang penguasa: "Kamu ada kuasa, saya ada Allah". Ayuh nyatakan ‪#‎sokongSPRM‬ dengan like posting ini dan sebarkan. Saya akan umum beberapa tindakan lanjut untuk #sokongSPRM selepas ini. 

Nampak tidak sikap bermuka-muka, pengadu domba dan lidah bercabang antara kriteria yang amat diperlukan oleh seseorang pemimpin politik pembangkang?

0 Menteri Pengangkutan DS @liowtionglai Umumkan Rekod Selenggaraan MAS Sahkan Serpihan Sayap #MH370


Keputusan Kerajaan Malaysia untuk mengumumkan bahawa serpihan sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion milik MH370 adalah berdasarkan tanda selenggaraan (maintenance seal) yang sama dengan rekod MAS. Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai menjelaskan tanda selenggaran berkenaan disahkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam, MAS dan pasukan penyiasat. Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya, petang tadi.

Menurut DS Liow, Malaysia telahpun menjalankan misi pencarian MH370 sejak awal lagi hingga sekarang dan pencarian telahpun dijalankan seluas 60 ribu kilometer persegi di kawasan dekat dengan perairan Lautan Hindi dan telahpun masuk ke fasa kedua seluas 60 ribu kilometer persegi lagi. Dalam hubungan ini Australia juga katanya telah melaporkan bahawa 'drift pattern' yang ada dalam Lautan Hindi Selatan ini memungkinkan 'flaperon' ini dibawa ke kawasan Reunion Island.

Oleh yang demikian Kerajaan Malaysia yakin bahawa memang hala tuju MH370  adalah ke Lautan Hindi Selatan dan sekarang Kerajaan Malaysia telah menemui sebahagian daripada bangkai pesawat MH370 dan akan berbincang selanjutnya samada hendak meneruskan pencarian di kawasan sedia ada ada atau Malaysia perlu membuat ke kawasan yang lain.

"Ini semua bergantung kepada cadangan daripada pasukan pakar yang menyiasat daripada awal lagi. Tiga negara, iaitu Australia, Cina dan Malaysia akan mengadakan mesyuarat peringkat menteri untuk membincangkan langkah seterusnya. Saya rasa ini paling wajar dilakukan segera."

"Saya telahpun menelefon Menteri Pengangkutan China dan kita telah bincangkan untuk pilih tarikh secepat mungkin untuk tiga pihak bertemu dan bincang apa yang perlu dilakukan seterusnya. Sementara itu kita juga sedang menunggu pandangan pakar di kawasan pencarian."

Menurut DS Liow, buat masa sekarang Malaysia ada dua 'vessel' di sana. Kerajaan China telah berjanji untuk menambah vessel yang baru. Pencarian sebelum ini sudah menjangkau 85 peratus dan dengan tambahan 60 ribu kilometer persegi ini bermakna kawasan pencarian akan meliputi 95 peratus. Baki lima peratus lagi katanya adalah keseluruhan Lautan Hindi. Pencarian ini akan terus berlangsung sehingga hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Mengenai persoalan adakah keluarga mangsa MH370 boleh membuat tuntutan sekarang, DS Liow berkata sejak Kerajaan Malaysia mengumumkan kehilangan MH370 dulu keluarga mangsa MH370 sudah boleh membuat tuntutan dan tidak perlu menunggu hingga sekarang. Semua pampasan diuruskan oleh pihak MAS dan Kementerian boleh membantu sekiranya diperlukan.

18 Solidariti Untuk @SPRMMalaysia ? Puak-Puak Pembangkang Memang Hipokrit Dan Pandai Ambil Kesempatan




Hari ini ahli-ahli politik pembangkang Malaysia terhegeh-hegeh mengunjungi pejabat rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hari ini merekalah hero mempertahankan SPRM. Umum masih tidak lupa bagaimana golongan munafik yang sama ini jugalah yang memperlekehkan SPRM dalam kes kematian pembantu politik kepada ADUN Seri Kembangan, Teoh Beng Hock dan  Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara Jabatan Kastam Diraja Selangor (KDRM), Ahmad Sarbini Mohammed. 

Pemimpin pembangkang secara sinis menuduh SPRM adalah dalang di sebalik kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbini. Sudah lupakah kita dengan sandiwara mereka? Kini mereka tampil kononnya merekalah hero pembela SPRM. Bukankah pemimpin-pemimpin DAP pernah mengesa agar pegawai-pegawai SPRM ditangkap tidak lama dahulu. Kenapa sekarang mereka menjadi hipokrit dan munafik?

Penasihat DAP Seumur Hidup, Lim Kit Siang, menuduh SPRM sebagai harimau yang tidak bergigi dalam kes pembelian hartanah oleh anak syarikat Mara di London dan Melbourne. Lim Kit Siang menghina SPRM dengan menulis di sini,
It is no use the Anti-Corruption Advisory Board coming out with a sanctimonious statement that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should be given room to conduct a full and thorough investigation into the MARA property corruption scandal in Australia, and urging “all parties, including politicians” to refrain from making statements which could jeopardise the image of MACC.
Both the MACC and its Advisory Board should know that it is its own record and performance as an anti-corruption fighter which is the most powerful determinant of its image whether it is a fearless and feared anti-corruption fighter or just a “toothless tiger” as far as the corrupt among the “high and mighty” in the political world is concerned.
Dalam kes Teh Beng Hock pula, Lim Kit Siang mempertikaikan kenapa pegawai SPRM yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock tidak dihukum. Lim Kit Siang menulis,
Next month is the sixth death anniversary of innocent DAP aide, Teoh Beng Hock, who lost his life in the very sanctum of MACC headquarters in Shah Alam on 16th July 2009, and up to now, no MACC officer has yet been penalised for Teoh’s death.
If MACC cannot even ensure that is officers uphold integrity and accountability in the death of Teoh Beng Hock, is it any wonder that public confidence in the MACC’s commitment to wage an all-out war against corruption and to upold integrity in high political places is virtually non-existent?
Pihak pembangkang menyokong SPRM dengan alasan Perdana Menteri kononnya menggunakan pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), PDRM untuk menganggu siasatan SPRM. Jika benar DS Najib Razak ingin mengganggu siasatan SPRM, kenapa pihak JSJ, PDRM telah pergi menggeledah rumah pegawai SPRM? Kenapa tidak mereka menggeledah di pejabat SPRM sahaja? Jika pihak JSJ, PDRM menggeledah di rumah pegawai SPRM untuk mencari dokumen "sulit", soalan yang perlu ditanya kenapa dokumen sulit dibawa ke rumah dengan begitu mudah? Apa tujuan pegawai SPRM bekerja dengan dokumen "sulit" sehingga ke rumah?

Pegawai-pegawai SPRM bukannya maksum. Oleh itu tidak perlulah mereka melompat apabila mereka disoal siasat oleh pihak polis. Pegawai Kanan SPRM juga pernah ditahan kerana rasuah, lihat keratan akhbar di bawah. Ini bermakna, jika ada maklumat pegawai SPRM disyaki terbabit, adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk melakukan siasatan. Jika terbukti bersalah, maka jadilah seperti kes di bawah ini. Mengikut Perkara 72, Akta SPRM 2009, perihal tentang kekebalan  tiada sesiapa pun pegawai SPRM kebal daripada sebarang siasatan dan pedakwaan.

Mengikut Perkara 70, Akta SPRM 2009 itu juga, kuasa pegawai polis di bawah Akta tersebut juga seseorang pegawai polis untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan untuk mendakwa mana- mana orang berkenaan dengan mana-mana kesalahan sedemikian, asalkan peruntukan Akta ini dipatuhi. Ini bermaksud polis membuat tindakan berdasarkan akta dan peruntukan undang-undang yang sedia ada.



August 5, 2015

20 Rejim PKR Di Selangor Juga Turut Kejam Merobohkan Gerai Melayu?

Seramai 17 peniaga di Kota Damansara hilang punca pendapatan apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertindak ganas merobohkan gerai milik mereka pagi tadi. Rata-rata peniaga yang sudah berniaga lama di situ kecewa apabila MBPJ merobohkan gerai mereka tidak sampai sebulan pihak berkuasa tempatan itu memberikan notis pertama.

Notis pertama telah dikeluarkan oleh MBPJ pada 13/07/2015 disusuli dengan notis ke dua pada 27/07/2015. Dalam tempoh tersebut peniaga-peniaga berkenaan cuba untuk berunding dengan MBPJ untuk mencari penyelesaian terhadap permasalahan mereka.

MBPJ bagaimanapun enggan membuat sebarang rundingan dan meminta peniaga-peniaga tersebut berjumpa dan berbincang dengan Ahli Majlis MBPJ. Sebaliknya tanpa sempat rundingan dijalankan, MBPJ telah menghantar jentera penolak robohkan gerai peniaga-peniaga berkenaan.

Dalam kejadian pagi tadi, satu pergaduhan hampir berlaku apabila seorang peniaga naik berang melihat gerainya dirobohkan oleh MBPJ. Bagaimana, ianya sempat dileraikan oleh beberapa orang lelaki yang hadir di situ.

0 Kajian Daya Maju Pembelian EHP Indonesia Oleh FGV Dijangka Siap Hujung Bulan Ini


Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menjangkakan kajian daya maju mengenai cadangan pengambilalihan PT Eagle High Plantations (EHP) akan siap akhir bulan ini. Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, berkata setakat ini kajian daya maju itu sudah 75 peratus siap. Beliau berkata, kajian itu akan dibentangkan kepada pemegang saham FGV pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang tarikhnya akan diumumkan nanti. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Lembaran Kasih Yayasan Felda semalam. EHP adalah anak syarikat konglomerat terkemuka Indonesia, Rajawali Group. Pada Jun lalu, FGV dan Rajawali Group memeterai Perjanjian Dasar Induk (HoA) untuk mengambilalih 37 peratus kepentingan dalam EHP dan 93 peratus hingga 95 peratus kepentingan dalam projek gula Rajawali Group.

Pengambilalihan 37 peratus kepentingan EHP dijangka bernilai AS$680 juta secara tunai dan pertukaran saham. FGV akan membayar secara tunai AS$632 juta untuk 30 peratus kepentingan dan penerbitan saham baharu sebanyak 95 juta unit untuk baki tujuh peratus kepentingan berdasarkan harga saham RM1.86 bersamaan AS$47 juta, iaitu kira-kira 2.6 peratus saham FGV.

Sementara itu, Yayasan Felda dengan kerjasama Yayasan Artis Vateran Malaysia telah mengadakan Majlis Lebaran Kasih Yayasan FELDA bertempat di Casa Heliconia D'Saji, Kuala Lumpur. Turut hadir memeriahkan majlis Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta para petugas FELDA dan anak-anak syarikat kumpulan termasuk FGV, tetamu-tetamu kenamaan serta rakan-rakan media.

6 Kekejaman Rejim DAP Pulau Pinang Terbaru - Rumah Hijau Mak Mandin Diroboh!


Terkini daripada rakan Facebookers, Penang Kini, beginilah keadaan situasi di sekitar perkarangan Rumah Hijau Mak Mandin, Butterworth. Selepas menghalau peniaga di Armenian Street dan merobohkan gerai di Bagan Dalam semalam, pagi ini, Kerajaan rejim DAP Pulau Pinang terus rakus menindas Rakyat. Melalui Pejabat Daerah Seberang Prai Utara (SPU) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), mereka merobohkan puluhan kediaman di situ yang kebanyakannya sudah tinggal 30 tahun tanpa diberikan pampasan yang berpatutan.

Ini kawasan Ketua Menteri Joseph Lim Guan Eng. Kawasa sendiri tidak tahu jaga sibuk hendak kacau kawasan lain. Rumah yang dijanjikan oleh Joseph Lim Guan Eng masih belum dibina! Mungkin tidak akan dibina langsung! Di manakah penghuni-penghuni rumah ini hendak tinggal bermula hari ini? Kegilaan apakah Kerajaan rejim DAP ini yang tiada belas kasihan dan menganiaya orang miskin?







August 4, 2015

0 PABM Bakal Menghimpunkan Pemidato Terbaik Dari Pelbagai Negara


Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015 yang bermula esok sekali lagi bakal menghimpunkan pemidato terbaik dari pelbagai negara. Sekretariat PABM dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyaksikan pertandingan akhir pidato berkenaan pada Sabtu ini di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada tahun ini, seramai 71 peserta dari enam benua iaitu Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Asia, Afrika dan Oceania menyertai PABM 2015. Pertandingan tersebut terbahagi kepada tiga kategori dengan 10 peserta mengambil bahagian dalam Kategori Alam Melayu, 40 peserta Kategori Antarabangsa dan 21 peserta Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM).

Pertandingan bagi ketiga-tiga kategori itu akan berlangsung di Hotel RHR di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Bangi yang bermula dengan peringkat saringan esok, peringkat suku akhir (Rabu) dan peringkat separuh akhir pada Khamis.

Hadiah tempat pertama (setiap kategori) adalah piala pusingan, piala iringan dan wang tunai AS$7,000 (RM27,000) manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang piala iringan, wang tunai AS$5,000 (RM19,300), hadiah iringan dan sijil. Pemenang tempat ketiga pula akan menerima piala iringan, wang tunai AS$3,000 (RM11,500) dan hadiah iringan serta sijil.

Antara tema pidato tahun ini adalah peranan mahasiswa, keamanan dunia, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, pembangunan ekonomi, kepelbagaian budaya, kepentingan pendidikan, kerjasama antara negara, kepentingan bahasa, perpaduan dan komuniti ASEAN 2015. Juri pertandingan terdiri daripada wakil tempatan dan antarabangsa yang merupakan pakar bahasa dan bidang yang berkaitan dengan ilmu retorik.

Setiap sesi pertandingan iaitu peringkat saringan, suku akhir dan separuh akhir akan diadili oleh lima juri manakala peringkat akhir diadili oleh tujuh orang juri iaitu empat juri antarabangsa dan tiga juri tempatan. Menariknya pada PABM kali ini, para peserta akan mengikuti program inap desa di Agrotourism Mukim Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka dan mereka akan tinggal bersama keluarga angkat selama empat hari tiga malam.

21 Waran Tangkap Untuk Editor Sarawak Report, Clare Brown

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah memperoleh waran tangkap daripada Mahkamah Kuala Lumpur terhadap pengasas dan editor The Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. Pengarah Jabatan Sisatan Jenayah Datuk Seri Mohmad Salleh berkata waran itu yang diperoleh semalam adalah untuk kesalahan di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Jenayah. Waran tangkap berkenaan akan diedarkan kepada pihak Aseanapol dan Interpol untuk dipamerkan sebagai orang yang dikehendaki.

28 Adilkah Mengelar Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk @AKaprawi Mengkianati Bangsa Johor?

CTS memerhatikan dengan penuh minat apabila terdapat segelintir kepimpinan UMNO Johor membidas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi kerana mengkritik Mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY). Kritikan berkenaan dilakukan di dalam dewan ketika ucapan Datuk Ab Aziz merasmikan mesyuarat tiga sayap UMNO Bahagian Lembah Pantai beberapa hari lepas.

Adakah keterlaluan sekiranya Datuk Ab Aziz menyifatkan TSMY kianat kepada Presiden Parti? Ini kerana, di dalam sebuah kapal, tidak mungkin boleh ada dua nakhoda, perlu ada satu pemimpin dan yang selebihnya adalah pengikut. Namun, TSMY telah membuktikan beliau tidak boleh menjadi pengikut yang baik malah cuba menentang pemimpin sedia ada yang dipilih oleh ahli UMNO.

Namun, bagi golongan yang kecewa seperti penyokong TSMY mengambil tindakan menyerang Datuk Ab Aziz dengan mengatakan beliau telah mengkhianati Bangsa Johor. Datuk Ab Aziz secara terang mengkritik TSMY kerana beliau telah khianat kepada kepimpinan parti. Datuk Ab Aziz tidak pernah mengkritik Bangsa Johor. Ini adalah satu fakta yang cuba dimanipulasi oleh penyokong-penyokong TSMY untuk memberikan persepsi bahawa Datuk Ab Aziz mengkritik Bangsa Johor. Fakta ini adalah salah sama sekali.

Bagi pengetahuan umum, Datuk Ab Aziz telah memegang beberapa jawatan penting didalam pentadbiran kerajaan Negeri Johor. Beliau merupakan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Parit Raja selama dua penggal iaitu dari tahun 2004 - 2013. Ini menunjukkan beliau telah berkhidmat selama hampir 10 tahun sebagai wakil rakyat untuk Bangsa Johor. Malah, bukan sahaja menjadi ADUN, beliau juga dilantik menjadi EXCO Kerajaan Negeri Johor selama dua penggal dan telah diberi portfolio Pertanian & Industri Asas Tani dan Belia & Sukan. Ini menunjukkan Istana Johor juga mengiktiraf kepimpinan Datuk Ab Aziz sebagai seorang pemimpin Bangsa Johor yang berwibawa.

Satu lagi perkara yang perlu ditekankan, sepanjang beliau memegang jawatan EXCO Kerajaan Negeri Johor, beliau telah memperkenalkan pelbagai program baru untuk membantu Bangsa Johor terutamanya usahawan muda, antaranya merancakkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan mengubah polisi peruntukkan pertanian dimana ini memberi manfaat besar kepada Bangsa Johor apabila peruntukkan pertanian adalah lebih adil dan saksama. Selain itu beliau wujudkan inisiatif untuk meningkatkan penggunaan baja organik.

Ketika beliau menjadi EXCO Belia, beliau telah memperkenalkan Danga Bay International Games yang merupakan satu program sukan melibatkan penyertaan perserta dari seluruh ASEAN. Program ini juga telah mempromosikan sektor pelancongan Johor selain merancakkan aktiviti ekonomi sewaktu temasya berlangsung. Selain itu,  Datuk Ab Aziz juga memperkenalkan sukan komuniti yang kini model tersebut digunakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dibawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin.

Sebagai EXCO Belia, beliau juga telah mewujudkan program JOM iaitu "Jumpa orang Muda" di mana anak muda Bangsa Johor boleh berjumpa beliau dan berbincang berkaitan apa sahaja isu semasa dan memohon bantuan-bantuan yang boleh diberi oleh kerajaan negeri.

Dengan semua sumbangan dan jasa beliau di kawasan Parit Raja, Sri Gading dan negeri Johor, adalah tidak wajar bagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti penyokong-penyokong TSMY melabel Datuk Ab Aziz sebagai mengkhinati Bangsa Johor. Malah, mereka ini yang melabel beliau sedemikian harus muhasabah diri dan bertanyakan kepada diri mereka sendiri apa sumbangan mereka kepada Bangsa Johor? Tanpa berniat untuk berpihak, CTS sertakan komen daripada dari saudara kandung Datuk Ab Aziz sendiri.
"Setahu saya, sepanjang abang saya jadi Exco dari 2004-2013;
Tiada tanah rezab melayu yang ditukar status olehnya.
Tiada tanah kerajaan dikurniakan kepada beliau mahupun ahli keluarga kami.
Malah tanah kurnia yang ditawarkan oleh Menteri Besar kepada beliau untuk membina rumah pun beliau tolak.
Yang pasti abang saya tidak jual pasir pada sesiapa.
Sifat amanah ini akan saya jadikan tauladan untuk anak-anak dan cucu-cucu kami."
Khir Johari Kaprawi

August 3, 2015

5 @ngakorming Mainkan Isu Lama Nak Burukkan Reputasi DS @IsmailSabri60



Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sudah ketandusan isu untuk memburukkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan Menteri Kabinet. Terbaru, kira-kira sejam yang lalu, Kor Ming telah memuat naik isu lama yang telah disalah tafsir dengan tujuan untuk memburuk-burukkan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, DS Ismail Sabri Yaakob. Laporan Sabah Daily Express memetik Ismail sebagai berkata, "tdak percayakan Najib bermakna tidak percayakan Allah", telah lama selesai. Isu ini asalnya merupakan laporan tersalah konteks daripada portal berkenaan dan telah dikongsi secara meluas di laman sosial.

Apa yang DS Ismail Sabri katakan adalah sebagai orang Islam kita perlu mempercayai kata-kata DS Najib kerana beliau bersumpah di masjid dan berkata Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Sebagai orang Islam, sumpah sebegitu perlu dipercayai. Katanya, sumpah yang dibuat Perdana Menteri sebelum ini selaras dengan syarat ditetapkan Islam dan orang beragama Islam sewajibnya mengambil sumpah itu sebagai benar. Isu ini 4 bulan sudah berlalu dan telah selesai. Apa lagi yang Kor Ming cuba spin? Menjawab soalan Kor Ming di bawah, jawapan CTS adalah Ya! Anda sememangnya Bodoh!

4 Ahli Parlimen Jelutong & Taiping Bukannya Cerdik Sangat - Akaun Twitter 'Parody' Dan Tulen Pun Tak Boleh Bezakan!



Ahli Parlimen pembangkang bukan semuanya pandai-pandai. Maaf, saya 'reword' kembali. Ahli Parlimen Pembangkang kebanyaknya baghal-baghal belaka. Salah seorang daripadanya adalah Ahli Parlimen Jelutong iaitu Jeff Ooi Chuan Aun. Walaupun beliau merupakan seorang blogger, namun dalam bab sosial media ada juga bodohnya. Semalam, beliau buat lawak bodoh. 

Beliau menggunakan akaun 'parody' kononnya milik TV3 Malaysia untuk menghentam posting yang dibuat. Buat pengetahuan semua, akaun 'parody' adalah merupakan bukan akaun sebenar. Sebaliknya akaun berkenaan diwujudkan untuk gurauan atau sindiran, yang mana ini dibenarkan oleh pemilik laman sosial Twitter. 

TV3 Malaysia tidak mempunyai sebarang akaun di Twitter. Kalau adapun akaun rasmi hanyalah Buletin TV3 yang menggunakan akaun @BuletinTV3. Jeff Ooi secara terburu-buru menghentam TV3 Malaysia selepas akaun 'parody' berkenaan memuatnaik status posting gurauan bahawa "punca kebakaran di Bangunan Bukit Aman adalah disebabkan oleh api". Sebenarnya inilah tahap mentaliti dan IQ pemimpin pembangkang.

Kemaskini 2.15 PM:

Lagi seorang Ahli Parlimen Pembangkang yang bebal dan bangang, MP Taiping, Nga Kor Ming.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates