August 1, 2015

0 Toyota Innova Dipilih Sebagai Model Tambahan Kepada TEKS1M Oleh SPAD


Majlis penyerahan Toyota Innova TEKS1M telah berlangsung di One World Hotel pada 28 Julai yang lalu dan ini merupakan hasil dari pengumuman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bahawa penggunaan Toyota Innova TEKS1M telah dipilih sebagai model tambahan kepada Teksi 1 Malaysia (TEKSIM). 

Toyota Innova telah mememenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPAD terutamanya daripada segi keluasan ruang dan menjadi pilihan tambahan kepada para pemilik teksi dibawah inisiatif TEKS1M. TS Dr Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD telah menyerahkan replika kunci kepada En Yap Choon Lai, Pengarah Urusan Public Cab sambil disaksikan oleh Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor, En Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD dan En A. Halim Husin Ketua Operasi SPAD.

Berikutan majlis ‘Penyerahan Toyota Innova TEKS1M’ berkenaan, SPAD mengambil maklum terdapat pelbagai kemusykilan yang telah dikongsikan di media sosial berkaitan pengumuman model tambahan bagi kegunaan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M). Oleh itu, SPAD ingin memberikan penjelasan terhadap kemusykilan tersebut:

1. Tiada permit TEKS1M baru telah dikeluarkan oleh SPAD kepada syarikat teksi yang telah menempah TEKS1M model Toyota Innova baru-baru ini. Ia cuma melibatkan migrasi dari kenderaan teksi lama ke TEKS1M.

2. Toyota Innova tidak menggantikan Proton Exora sebagai TEKS1M, malah ianya berdasarkan permintaan pengusaha dan pemandu teksi supaya mereka mempunyai pilihan tambahan. Usaha ini juga adalah bagi penglebaran bekalan untuk kegunaan teksi bagi menambahkan lagi jumlah TEKS1M di dalam perkhidmatan. Toyota Innova yang digunakan TEKS1M dipasang di Malaysia. Ia juga turut menyumbang kepada ekonomi negara kerana Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempunyai kepentingan dalam UMW Toyota. SPAD juga sedang mengkaji permohonan kenderaan keluaran lain yang boleh digunakan bagi TEKS1M.

3. SPAD tidak mewajibkan penukaran teksi Eksekutif kepada TEKS1M. Kedua-dua kelas tersebut memenuhi keperluan pengguna yang berbeza. Contohnya teksi eksekutif adalah bagi perkhidmatan premium dari hotel atau pengkalan; TEKS1M sebaliknya adalah bagi pengguna yang menahan teksi di jalan sekitar bandar.

4. Bagi sesuatu kenderaan dipilih sebagai TEKS1M ia perlu memenuhi kriteria yang telah ditentukan SPAD. Di dalam hal itu, kenderaan Toyota Innova memenuhi syarat-syarat tersebut. Tidak ada isu mengenai piawaian kenderaan timbul.

5. Dengan kadar tambang baharu, sumber pendapatan pemandu TEKS1M akan bertambah. Pemandu TEKS1M akan diberikan latihan oleh SPAD. Antara modul latihan tersebut adalah etika, peraturan dan undang-undang, cara melayan pelanggan dan juga perancangan kewangan. 

TEKS1M bertujuan menaikkan martabat industri teksi negara. Untuk lebih maklumat mengenai usaha Transformasi Industri Teksi sila layari http://www.spad.gov.my/ms/tfr2015/gambaran-keseluruhan/inisiatif-utama-penambahbaikan-teksi .




9 Gambar Mantan Peguam Negara Di Lahad Datu Pula Difitnah, Pembangkang & Fitnah Tidak Dapat Dipisahkan


Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Lim Tze Tzin, antara pemimpin pembangkang yang telah membuat fitnah ke atas Mantan Peguam Negara, TS Abdul Gani Patail. Gambar bertarikh 20/03/2015 dikitar semula dan dibuat fitnah kononnya Mantan Peguam Negara telah ditahan oleh polis yang bersenjatakan senjata api. Dengan nada menghasut, MP Bayan Baru menulis di laman sosial Twitter, "This is how Ex-AG is treated. Speachless."

Gambar berkenaan sebenarnya adalah lawatan TS Abdul Gani ke Lahad Datu ketika krisis pencerobohan penganas di sana. Malah akhbar Sinar Harian turut memuatnaik berita dan gambar tersebut di muka hadapan akhbar tersebut bertarikh 20/03/2015. Semakan CTS malam ini di mana sosial Twitter beliau, beliau telahpun memadam artikel berkenaan.

Mudah benar pemimpin-pemimpin pembangkang ini menyebarkan fitnah dan memadamkan fitnah mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku. Antara pemimpin pembangkang lain yang membuat fitnah gambar ini adalah penyelaras Jingga 13, Faris Musa. Tidak ketinggalan blogger ProTun, OutSyed The Box yang tidak ketinggalan membuat fitnah.





20 Demo #TangkapNajib Gagal, Majoriti Rakyat Mahu #KekalNajib Pemimpin Mereka Melantak Di Rumah Terbuka

Tidak seperti demo sebelumnya, demo #TangkapNajib yang diadakan di Sogo gagal memdapat sokongan. Rata-rata pemimpin pembangkang masih sibuk menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri membiarkan anak-anak buah dan macai-macai ditangkap.

Kehadiran pendemo-pendemo menghampakan. Orang ramai masih boleh melakukan aktiviti bersiar dan membeli belah walapun hari sudah lewat petang. Persoalan yang perli ditanya pendemo sekelian adalah adakah mereka #TangkapNajib atau #DitangkapNajib?







Oh ya! Bagi yang bertanyakan di mana pemimpin-pemimpin pembangkang. Mereka sedang sibuk menguruskan dan melantak di Rumah Terbuka Aidil Fitri. Macai-macai juga yang bodoh!








0 Tuduhan Wall Street Journal Mengenai Penganiayaan Pekerja Ladang FGV Adalah Berniat Jahat


Akhbar dan portal kontroversi Wall Street Journal (WSJ) sekali lagi dalam artikelnya bertajuk 'Palm-Oil Migrant Workers Tell of Abuses on Malaysian Plantations', baca di sini, cuba membuat tohmahan dan fitnah apabila menulis antara lain,
The U.S. Department of Labor in December cited Malaysian palm oil as an industry where forced labor occurs. The State Department, in its annual Trafficking in Persons Report for last year, placed Malaysia at the lowest rank, Tier 3, for alleged insufficient efforts to stop human trafficking.
The U.S. can’t sign a free-trade pact with a Tier 3 country, under U.S. “fast-track” legislation smoothing the way for the proposed Trans-Pacific Partnership. As a result, there now is pressure to upgrade Malaysia to Tier 2. This year’s State Department human-trafficking report, delayed since June, is expected to be released as soon as Monday. The State Department had no comment.
Menurut laporan bertarikh 27/07/2015 tersebut, FELDA menggunakan pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh dan Rohingya untuk bekerja di ladang kelapa sawit serta dijadikan buruh paksa. Selain itu, laporan WSJ juga menggambarkan seolah-olah FELDA dan dan anak syarikatnya, Felda Global Venture (FGV) turut menafikan hak pekerja asing tersebut dan menipu gaji serta menahan pasport mereka. 

Malah laporan tersebut turut menuduh pihak majikan bertindak memotong gaji pekerja asing yang pergi menunaikan solat Jumaat. Secara jelas dan terang, laporan tersebut menamakan FELDA sebagai salah satu majikan sektor perladangan kelapa sawit yang telah menganiaya pekerja asing.

FELDA dan FGV pada 28/07/2015 menafikan laporan WSJ dan laporan-laporan media berikutnya yang memetik akhbar itu berkaitan dengan dakwaan penganiayaan terhadap buruh asing. Tidak dinafikan FGV menggunakan khidmat warga asing sebagai buruh perladangan kira-kira 85% iaitu hampir 40 ribu orang.

Namun demikian, kesemuanya adalah diambil bekerja secara sah dengan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang yang diperuntukkan malah pembayaran gaji pekerja asing adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Semua perkara berkaitan dengan penggajian Pekerja Asing diuruskan oleh Jabatan Tenaga Kerja FGV di bawah Kluster Huluan Sawit. 

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang menafikan dakwaan tersebut turut menyifatkan laporan WSJ itu adalah satu pembohongan besar. Pengerusi FELDA juga menegaskan bahawa pihaknya akan meneliti kandungan laporan yang disiarkan oleh WSJ berkaitan dakwaan tersebut sebelum memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang.

18 Wajah Lelaki Ingin Bertelanjang Di Parlimen Akibat Minyak Turun Viral Di Media Sosial

Lelaki yang dikenali sebagai Ghani Hasim di media sosial Facebook membuat kenyataan maut apabila beliau mengumumkan akan bertelanjang di Parlimen sekiranya harga minyak naik dalam masa terdekat. Ironinya, harga minyak turun sebanyak 10 sen bermula tengah malam tadi, dua hari selepas beliau membuat kenyataan tersebut.

Beliau yang ditanya kenapa melakukan perkara tersebut, bertegas beliau sanggup berkorban untuk Rakyat. Jadi Rakyat Malaysia sekalian sudah bersediakah anda untuk melihat lelaki pembela Rakyat ini berbogel? Kita harapkan beliau tidak hanya cakap kosong. Kata mesti dikota. Cuma kemaskinikan sahaja masa dan tarikh anda mahu berbogel. Insha Allah kami ada di sana untuk menjadi saksi.

0 Malaysia Hantar Pasukan Siasat Penemuan Serpihan #MH370 - DS @liowtionglai


Malaysia telah menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada serpihan yang ditemui adalah milik penerbangan MH370 yang hilang lebih setahun lalu. Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai memaklumkan sebarang penemuan perlu diteliti sebelum pengesahan boleh dibuat. Beliau berkata demikian di New York ketika menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu dua hari lepas.

DS Liow berkata beliau telah menghantar satu pasukan untuk mengesahkan serpihan itu dan beliau berharap mereka dapat kenal pasti serpihan itu secepat mungkin. Serpihan berukuran dua meter panjang dipercayai bahagian sayap ditemui sekumpulan individu yang sedang menjalankan operasi pembersihan pantai.

Sumber Associated Press memaklumkan pakar penyiasat percaya kemungkinan serpihan ditemui itu berasal daripada komponen sayap yang hanya boleh ditemui pada model 777 keluaran Boeing. Pakar penyiasat Boeing juga telah dilaporkan mengenal pasti serpihan tersebut sebagai sebahagian komponen sayap pesawat.

Sementara itu, Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan sebentar tadi menyebut bahawa syarikat penerbangan itu sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk mengesahkan perkara itu. Kenyataan tersebut juga menyebut pada ketika ini, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi dari mana asal komponen flaperon tersebut.

Astro Awani mempunyai butiran penuh dalam video di bawah:

video


July 30, 2015

41 Mudahnya Orang Mempercayai Fitnah Terbaru Dajal Sarawak Report - Waran Tangkap Untuk DS @NajibRazak




Sarawak Report kembali dengan fitnah terbaru. Kononnya disebabkan oleh Waran Tangkap di ataslah, Mantan Peguam Negara, TS Abdul Ghani Patail dipecat. Pertamanya, Mantan Peguam Negara tidak dipecat. Kontrak beliau tidak disambung. Beliau diberikan cuti 3 bulan sebelum kontrak beliau tamat pada bulan Oktober 2015 nanti. 

Menjadi kelaziman pegawai-pegawai tinggi Kerajaan mendapat cuti sebelum kontrak habis. Paling penting, kesihatan Mantan Peguam Negara tidak mengizinkan. Beliau menghidap masalah buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis buah pinggang.

Berbalik kepada fitnah terbaru Sarawak Report, amat mudah sekali mengarang di atas dua keping kertas A4 dan dijadikan fitnah bahawa Waran Tangkap dikeluarkan kepada Perdana Menteri. Format Waran Tangkap bukan begitu. Waran Tangkap mesti ada nombor rujukan laporan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah yang terbabit.

Dalam waran tangkap palsu yang dibuat oleh Sarawak Report itu, nombor itu tiada. Yang dibuat oleh Sarawak itu adalah format kertas pertuduhan. Pertama, Sarawak Report mengelirukan rakyat antara Kertas Pertuduhan dan Waran Tangkap. Dokumen yang disebar itu nampak seperti satu kertas pertuduhan dalam bentuk draf.

Keduanya, dokumen draf kertas pertuduhan segini boleh direka oleh sesiapa sahaja. Kalau saya letak nama sesiapa sahaja di dalam kertas pertuduhan membunuh dan mula menyebarkan di blog, facebook dan Whatsapp malam ini, benda itu pun orang akan percaya. Berapa ramai antara kita yang pernah tengok Kertas Pertuduhan dan Waran Tangkap?

Dari satu fitnah kepada satu fitnah yang lain. Semalam mereka meniru suara Menteri Besar Negeri Sembilan dan menyebarkan di internet dan sosial media untuk mencipta persepsi negatif pada Kerajaan. Sebelum ini Sarawak Report ini menipu "money trail" menggunakan Microsoft Powerpoint. 

Siapa pun boleh buat rajah begitu dan letak nama sendiri kononnya dapat duit berjuta juta. Kali ini Microsoft Word pula digunakan untuk menjalankan fitnah dan berusaha untuk jatuhkan Kerajaan. Sudah- sudahlah, janganlah kita terperangkap dalam fitnah dajal akhir zaman ini.

Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam Malaysia dari segenap penjuru ini, maka perlulah umat Islam hari ini menyemak dahulu sesuatu berita. Jangan mudah sangat terima apa sahaja tanpa menyemak dulu kesahihannya. Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 yang bermaksud:
"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."
Moga kita semua terselamat dengan fitnah dajal akhir zaman. Buat macai baghal yang terlalu taksub dan percayakan 'bukti' yang Sarawak Report berikan, lihat pula 'Waran Tangkap' yang kami sediakan pula seperti di bawah. Nampak tak senangnya nak buat fitnah?


Ini pula nasihat daripada Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar:

9 Aziz Bari Menyertai DAP Hari Ini, Wan Azizah Perlu Muhasabah Diri


Pilihan beliau bukan parti PAS atau Gerakan Harapan Baru (GRB). Nampak sangat parti PAS dan GHB tidak mempunyai sebarang nilai di mata ahli akedemik ini. Sebaliknya 'pakar' undang-undang yang juga bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Abdul Aziz Bari memilih DAP sebagai wadah perjuangan apabila beliau membuat 'lompat katak' untuk menyertai parti berkenaan daripada PKR. Aziz Bari pernah bertanding pilihan raya umum 2013 bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam di bawah tiket PKR, tetapi tewas kepada BN Mohd Fasiah Mohd Fakeh. 

Beliau yang menyertai parti DAP kerana kagum dengan sikap keterbukaan parti berkenaan dalam soal meritokrasi. Dalam perkataan lain, Aziz Bari menyanjung perjuangan parti sosialis DAP yang menidakkan hak-hak keistimewaan orang-orang Bumiputera di dalam Malaysia. Wan Azizah sebagai Presiden boneka di dalam PKR juga harus bermuhasabah diri bagaimana orang kuatnya sendiri yang pernah bertanding di atas tiket parti PKR boleh berpaling tadah. Mungkin Aziz Bari mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri boneka Melayu yang pertama mewakili DAP, atau setidak-tidaknya Menteri Besar Selangor dari DAP?

July 29, 2015

18 Terkini! Bangunan Bukit Aman Terbakar!

Terkini! Tingkat 9 dan 10, Bangunan Bukit Aman terbakar. Menurut maklumat yang diterima daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM), kebakaran melibatkan Bahagian Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 8.47 malam ini. Sebanyak 24 anggota pelbagai pangkat Balai Bomba Hang Tuah bertungkus lumus memdamkan kebakaran yang diketuai oleh Komanden Operasi, PBK II 2468 Basri.



video

Kemaskini 9.00 PM:

Ini adalah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar mengenai kejadian kebakaran berkenaan:


Memandangkan kebakaran ini hanya melibatkan Bahagian Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan bukannya Jabatan Jenayah Perdagangan ataupun Jabatan Tugas-Tugas Khas (Special Branch), makanya hendaklah kita menjauhkan diri dari membuat spekulasi bukan-bukan terutamanya melibatkan kes yang sedang disiasat sekarang seperti 1MDB dan sewaktu dengannya.

July 28, 2015

77 Umie Hafilda Ugut Tinggalkan UMNO? Satu Kehilangan Besar Buat Negara

Sejak pengumuman Perdana Menteri mengenai rombakan kabinet perang tadi, CTS tidak sedikitpun rasa teruja ataupun sedih. Cuma bila mana menonton wawancara Kintv, bahawa salah seorang adik Menteri Besar Selangor, Umie Hafilda Ali mengugut untuk keluar UMNO akibat tidak setuju dengan rombakan Kabinet tersebut, hati CTS bagai dirobek-robek kesedihan.

Ini adalah satu kehilangan besar buat UMNO kalau tidakpun negara. Umie Hafilda adalah tonggak kekuatan Wanita UMNO selama ini. Umie Hafilda amat berpengaruh di dalam Wanita UMNO yang banyak menarik ahli-ahli baru di kalangan Wanita. Tanpa beliau bagaimanakah Wanita UMNO akan berfungsi?

Oh terlupa, Umie Hafilda ni Cawangan UMNO Bahagian mana ya? Rakyat tengah sibuk berdiskusi dan berdebat tentang rombakan kabinet ini, dia pulak nak 'interframe'? Cukup-cukuplah keluarga Ali seorang lagi, Azwan Ali menghiburkan kita dengan kontroversi beliau tidak habis-habis.

Umie Hafilda tak payahlah sibuk-sibuk hendak mengugut. Awak tu siapa? Mungkin parti baru yang akan ditubuhkan, Gerakan Haru Biru (GHB) pimpinan Mat Sabu dapat memberi tempat kepada Umie Hafilda untuk mengembangkan bakat politiknya.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates