July 4, 2015

41 Gambar Wefie DS Khairuddin Dan Pemilik Sarawak Report, Claire Brown


Kadangkala CTS tertanya-tanya bagaimana seseorang yang telah diistiharkan bangkrup kini sudah melangsaikan hutang-hutangnya yang berjumlah berjuta-juta ringgit kurang dari tempoh setahun dan dilepaskan dari senarai orang-orang yang muflis dan bangkrap. Sesuatu yang Rakyat Malaysia perlu pelajari daripada Datuk Seri Paduka (DSP) Khairuddin Abu Hassan. 

Khairuddin merupakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir dan baru-baru ini beliau telah ke London untuk bertemu Claire Brown, pemilik Sarawak Report. Khairuddin dengan bangganya memuat naik gambar "wefie" di blog sendiri! Ini buktinya beliau tidak lagi muflis kerana orang bangkrup dan muflis tidak dibenarkan ke luar negara.

Mungkin kehadiran Khairuddin ke London ada kena mengena dengan kenyataan Ken Brown dari Wall Street Journal (WSJ) yang menyebut dalam satu wawancara bahawa mereka mendapat dokumen mereka dari sumber yang tidak dikenali yang boleh dipercayai dan mendakwa RM2.6 billion dimasukkan ke akaun Perdana Menteri?

Mungkin DS Najib adalah betul apabila belau berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa beliau percaya bahawa Tun Dr Mahathir di belakang semua serangan media asing baru-baru ini kepadanya. Walaupun tidak konklusif, foto di atas adalah petunjuk sama ada apa yang DS Najib dakwa awal hari ini adalah betul atau salah. Sebagai Perdana Menteri dan mengawal perisikan domestik, kita pasti beliau mempunyai bukti yang cukup untuk mengatakan yang ada Rakyat Malaysia terlibat di belakang serangan ini, di negara kita sendiri dengan menggunakan media asing.

Cumanya kita perlu berhati-hati menerima bantuan asing terutama dari media berat kerana sejarah telah acap kali mendedahkan apa agenda tersembunyi mereka. Malah Tun Dr Mahathir sendiri selalu memberi amaran kepada kita mengenai hal media asing ini. Bantuan negara-negara asing untuk campur tangan dalam politik domestik biasanya datang pada harga yang tinggi kepada negara kita Malaysia.




July 3, 2015

1 Adakah Tindakan Mengantung Pengerusi Dan CEO Mara Inc Dilakukan Terburu-Buru Oleh TS Anuar Musa?


Membuktikan kesungguhannya menangani isu berhubung pembelian hartanah di Australia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) semalam menyatakan "kurang berpuas hati" dengan pendirian Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang kes itu tidak melibatkan unsur jenayah pecah amanah. Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa (TSAM) berkata, MARA akan bertemu polis bagi memberi kerjasama sepenuhnya jika pihak berkuasa itu perlu membuat siasatan lanjut dalam kes itu. Baca The malaysian Insiders di sini.

TSAM membuat kenyataan di atas sejurus selepas mesyuarat Majlis MARA petang semalam. Ini menunjukkan keputusan ini adalah hanya keputusan Majlis MARA dan ianya belum ada pengesahan (endorsement) dari pihak lebih tinggi seperti Kementerian dan Menteri yang bertanggungjawab sebagaimana dilakukan untuk pelaburan hartanah.

Mengapa hanya dua pegawai tertinggi MARA sahaja yang digantung dan tidak semua pihak yang terlibat meluluskan dan ikut sama pergi berurusniaga ke Melbourne? Kedua-dua pegawai tertinggi MARA yang digantung adalah Pengerusi MARA Inc Sdn Bhd, Datuk Mohammad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Adakah amalan sedemikan diamalkan di dalam MARA apabila melibatkan ada salahlaku atau penyiasatan dalaman? Kenapa semasa Tamrin Tun Ghaffar jadi Pengerusi ianya tidak berlaku sebegini?  

Ini memberi implikasi dan imej buruk terhadap MARA yang merupakan institusi penting dalam menjaga hak keistimewaan Bumiputera dan menyalur bantuan kepada pertingkatkan sosio-ekonomi Bumiputera. Sepatutnya tindakan TSAM perlu lebih berhati-hati kerana ia seolah-olah memberi kredibiliti kepada serangan bertubi-tubi DAP terhadap pelbagai institusi berkanun melibatkan Kerajaan, Bumiputera dan Islam seperti FGV, BTN, JASA, JAKIM, dan kini MARA.

Tindak tanduk TSAM ini memberi anggapan ramai bahawa ada salahlaku sudah dan jelas berlaku. Orang ramai tidak menganggap kedua pegawai tertinggi MARA tersebut sebagai mengambil cuti untuk bolehkan siasatan. Sebaliknya, langkah sebegini memberikan imej negatif kepada kedua-dua pegawai tertinggi MARA berkenaan seolah-olah mereka telah didapati bersalah sebelum siasatan dimulakan.

Ini akan hanya membandingkan TSAM dengan DS Najib Tun Abdul Razak yang menguruskan 1MDB. Secara langsung atau tidak TSAM nampak bagus dan DS Najib nampak jahat di mata umum. Ini dilihat seolah-olah memberi mesej buruk terhadap DS Najib yang mana Lembaga Pengarah 1MDB tidak digantung sehingga dibuktikan bersalah. Atau apakah TSAM mempunyai agenda politik yang lebih besar?

20 DS Rosmah Dipakaikan Kasut Di Majlis Berbuka Puasa Pun Jadi Isu? Haish!!!



Sebuah video menjadi viral menunjukkan isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor mendapat layanan istimewa apabila kononnya beliau dipakaikan kasut oleh seorang wanita mendapat perhatian di media sosial. Difahamkan, visual itu diambil pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Media yang turut dihadiri DS Najib Tun Razak dan berlangsung di Kompleks Media Karangkraf di Shah Alam pada Khamis. Menerusi video yang berdurasi 31 saat itu, seorang wanita dilihat kononnya memakaikan kasut ke kaki Rosmah yang ketika itu berdiri di pintu.

Orang Malaysia ni sudah tak ada isu lebih penting hendak diambik peduli. Isu air kat Selangor tak mahu pulak dia bincang. Isu longkang tersumbat di Selangor punca denggi meningkat tidak pulak siapa hendak ambil kisah. Isu pakai kasut lebih penting bagi dia. Yang jadi isu bila orang yang merakam video ini kurang kasih sayang atau dia tak pernah pakaikan kasut untuk mak dia ke, makcik dia ke, nenek dia ke. Bagi yang biasa dan pernah pakaikan kasut untuk mak ini adalah suatu perkara yang biasa.

Kalau Isteri Perdana Menteri tu umur 25 tahun kena dipakaikan kasut sebegitu bolehlah kita nak pelik. Ini umur wanita berkenaan sudahpun berumur 64 tahun. Dipakaikan oleh seorang UTK yang berkhidmat dan menjaga keselamatan isteri Perdana Menteri. Tambahan lagi, hari tersebut, isteri Perdana Menteri sememangnya sakit lutut, dan DS Rosmah diberitakan tidak boleh nak tunduk. Bersangka baiklah di bulan Ramadhan. Syaitan semua sudah kena ikat. Yang tidak kena ikat tu hanyalah nafsu, akal dan hati.

Baca juga komen yang dibuat oleh Kakitangan Kanan Karangkraf di media sosial Facebook iaitu Kak Sri Diah dan Saudara Hashim Anang:







Sekadar renungan. Tak ada salahnya menghormati yang lebih tua.

2 Padah Gelar 'Nenek Rasis' Joseph Lim Guan Eng Kena Bayar RM500,000!



Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, hari ini diarah membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Jahara Hamid kerana menggelar beliau sebagai ‘nenek rasis'. Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hasan, ketika membacakan keputusan juga mengarahkan Ketua Menteri itu membayar kos guaman sebanyak RM40,000 beserta faedah sebanyak lima peratus. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu turut diarah untuk menarik balik kenyataan terhadap Jahara, selain Mahkamah mengeluarkan injuksi menahan beliau daripada mengulangi kata-kata fitnah. 

Datuk Jahara sebelum ini memfailkan saman terhadap beliau, selepas menggelarnya sebagai 'nenek rasis' dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Disember 2013 lalu. Guan Eng menggunakan gelaran 'nenek rasis' itu apabila Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu. Nampak gayanya Guan Eng terpaksa menubuhkan tabung meminta Rakyat membayar saman beliau seperti mana yang dilakukan oleh Teresa Kok sebelum ini.

8 1MDB Nafi Dakwaan Dan Fitnah Sarawak Report Penyaluran Wang Ke Akaun Peribadi DS @NajibRazak


Sarawak Report di dalam posting terbarunya, di sini, membuat dakwaan dan fitnah terbaru bahawa berlaku penyaluran wang 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Hanya orang-orang bodoh dan bebal sahaja yang akan percaya apabila seseorang itu ingin melakukan penipuan, wang penipuan akan masuk ke dalam akaun peribadi. Waima pegawai rendah Kerajaan kalau ingin melakukan penipuan mereka akan menggunakan akaun proxy dan bukan akaun personal. Adakah Perdana Menteri terlalu bodoh atau Sarawak Report yang bahlol?

Sejak bila nama Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bertukar nama kepada Dato' Seri Mohd Najib bin Hj Adb Razak seperti yang didakwa di dalam posting berkenaan. Adakah nama ini sengaja disalah eja? Kesalahan ejaan adalah perkara biasa untuk mengelakan dari disaman manakala kesalahan ejaan bagi Wall Street Journal (WSJ) adalah sesuatu yang luar biasa. Ini posting penipu paling bebal dalam sejarah!



1MDB hari ini telah mengeluarkan kenyataan media dengan pantas menafikan fitnah tersebut:


Mungkin bagi yang percaya penglibatan akaun Perdana Menteri itu, inlah ubatnya. Saya sendiri juga terlibat di dalam penyaluran wang berkenaan. Lihat gambarajah di bawah:

July 1, 2015

14 Pusat Khidmat DAP Kinrara Cuba Cetus Kontroversi Isu Pakaian


Pusat khidmat DAP Kinrara di bawah ADUNnya Ng Sze Han, cuba mencetuskan kontroversi isu pakaian di pejabat-pejabat Kerajaan dan hospital dengan membuat notis pejabat berkenaan tidak mengenakan sebarang sekatan pakaian , selagi tidak bertelanjang. Dalam erti kata lain, anda boleh memakai pakaian mandi, selipar, seluar pendek atau hanya berseluar dalam untuk berurusan dengan pejabat ini. Selain itu, ADUN DAP Kinrara turut memuat naik gambar yang memparkan dirinya bersama beberapa orang yang lain bersama yang berpakaian di atas lutut memegang kain sarung dan tuala sambil tersenyum.

Hanya manusia bebal sahaja yang membenarkan pelbagai jenis pakaian termasuk pakaian mandi untuk berurusan di pejabat. Ini contoh manusia bebal malangnya menjadi ADUN. Rasanya pekerja dia pun pakai pakaian mandi untuk ke pejabat agaknya? Setakat pusat khidmat pusat pejabat sendiri bolehlah naikkan notis ini. Berani atau tidak Pejabat SUK negeri Selangor dan pulau Pinang menaikkan notis sedemikian?

June 30, 2015

22 Banduan Liwat @AnwarIbrahim Buat Dah, Ada Ketumbuhan 4cm!!!! Panjang Tu ...


Banduan liwat dan Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim buat perangai lama balik dah. Setiap kali masuk penjara, ada sahaja penyakit yang menimpanya. Keluar saja penjara, sihat walafiat. Masih ingatkah kita dengan penyakit-penyakit seperti sakit belakang, slip disc, diracun HIV di dalam penjara, terkena racun arsenik dan sakit bontot!!!

Terbaru, Anwar Ibrahim & Co. memulakan babak baru. Kali ini Anwar Ibrahim mendakwa beliau ada ketumbuhan 4cm di buah pinggang. Tahu tak 4 cm panjang mana? Lihat pembaris di bawah.


Kalau sebegini besar ketumbuhan yang ada di dalam badan Anwar Ibrahim, Kerajaan jangan berlengah-lengah lagi. Pastikan beliau masuk Intensive Care Unit (ICU) sekarang untuk mengadakan pembedahan kerana ketumbuhan sepanjang ini boleh membawa maut. Hahahaha.

P/S: CTS tak tahu pasal ketumbuhan 4cm. Yang CTS tahu adalah air mani Anwar Ibrahim ada di dalam dubur Saiful Bukhari Azlan sedalam 4 cm.

1 Projek Bas Komuniti Percuma Di Shah Alam - Adakah Sekadar Melepaskan Batuk Di Tangga Oleh Kerajaan Selangor?


Esok khabarnya adalah hari perasmian projek Bas Komuniti percuma di Shah Alam. Sekali imbas nampak seperti projek ini memberi manfaat kepada golongan sasaran seperti golongan pendapatan rendah, warga emas dan golongan kurang upaya dan perkhidmatan bas komuniti ini melalui 25 laluan. Boleh semak di laman web MBSA, di sini.

Namun, apabila melihat waktu operasi bas berkenaan yang hanya untuk hari Isnin hingga Jumaat saja dan waktu perkhidmatan sehari hanya 3 kali perjalanan iaitu jam 7.30 pagi, 11.30 pagi dan 4.30 petang, nampaknya Kerajaan Negeri Selangor hanya bermain wayang untuk memberikan perkhidmatan kepada Rakyat.

Kita masih ingat bagaimana perkhidmatan Bas Komuniti percuma ke Perpustakaan Awam Selangor juga seperti melepaskan batuk di tangga. Bayangkan perkhidmatan hanya:

1. Disediakan pada Hari Sabtu dan Ahad sahaja.
2. Disediakan hanya pada pukul 10.00 pagi dn 2.00 petang sahaja.
3. Disediakan hanya dari Seksyen 18 dan hanya ke perpustakaan sahaja.
4. Cuma sehala sahaja (balik pandai-pandailah korang nak hidup).

Adakah ini satu lagi perkhidmatan yang hanya cuma hendak menipu Rakyat negeri yang paling maju di Malaysia? Syabas Selangorku.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates