June 27, 2015

12 Pameran Amal Lukisan Bruce Lee Di Kota Bharu? Apa Sangkut Paut Dengan Lim Kit Siang?


Yang ini ada sedikit kekeliruan. Apa sangkut paut Bruce Lee dengan Lim Kit Siang sehinggakan diadakan Pameran Amal Lukisan Bruce Lee di KB Mall, Kelantan? Tidak mungkin bapa dan anak kerana Lim Guan Eng tidak pandai berkungfu. Tai Chi pandailah! 

Majlis pelancaran pameran itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang. Turut hadir termasuklah Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Sasterawan Negara A Samad Said aka Gandalf, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke, Datuk Zaid Ibrahim dan  Datuk Wan Abdul Rahim.

Pameran yang memaparkan sejumlah hasil seni berimejkan Bruce Lee itu dikatakan diadakan untuk pengunjung demi mengutip dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Kelantan. Sebelum ini pameran sama turut diadakan di di Pulau Pinang, Ipoh dan di Selangor. 

Benarkah kutipan berkenaan berakhir ke poket Rakyat Kelantan atau helah DAP untuk mengutip derma tabung pilihan raya parti. Bagaimana dengan hak cipta pelakon terkenal Hong Kong berkenaan dan siapa yang uruskan royalti untuk keluarga mendiang Bruce Lee? Atau tiada royalti diberikan dan kutipan dikutip secara haram?

4 @RafiziRamli Bebas Iklan Propaganda Pembangkang Di Billboard? Apa Komen Pengarah Undang-Undang MPAJ?

Billboard bersifat provokasi dan menyebarkan agenda memburukkan Kerajaan kelihatan didirikan di dalam kawasan Dewan Ahmad Jantan, Kampung Pandan Dalam dan berdekatan MRR2 Tesco, Ampang. Kawasan ini di bawah pengawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Bolehkah billboard berbentuk dakyah pembangkang dan provokasi ini dibenarkan di bawah Undang-Undang Kecil Iklan MPAJ? Atau apakah MPAJ terpaksa tutup sebelah mata dan membiarkan saja perkara ini tanpa sebarang tindakan disebabkan Rafizi Ramli merupakan seorang Ahli Parlimen?

June 25, 2015

1 ROS Sahkan Palanivel Bukan Lagi Ahli MIC, Bermakna Beliau MP Bebas Dan Perlu Letak Jawatan Menteri Kabinet


Menurut Pendaftar Pertubuhan (ROS), DS G Palanivel bukan lagi ahli MIC manakala DS Dr S Subramaniam kini menjadi pemangku presiden parti itu. Ini dinyatakan dalam sepucuk surat ROS kepada jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC yang dipilih pada 2009, yang diiktiraf oleh ROS sebagai penyandang jawatan yang sah parti itu. Surat itu juga menyatakan bahawa Subramaniam mempunyai mandat untuk memimpin CWC dalam mengadakan pemilihan semula kepimpinan MIC.

Ini bermakna DS G Palanivel sekarang adalah Ahli Parlimen Bebas bagi kerusi Cameron Highlands. Dalam pada masa yang sama, kedudukannya di dalam kabinet sebagai Menteri perlu dipertimbangkan kembali oleh Perdana Menteri memandangkan kerusi berkenaan diperuntukkan untuk parti MIC. DAP dan PKR bolehlah berkira-kira untuk melamar mantan Presiden MIC ini.

June 24, 2015

9 Lagi Agenda Jahat Malaysiakini Dan The Malaysian Insiders Babitkan Nama @NajibRazak Isu Hartanah Melbourne



Portal Malaysiakini dan The Malaysian Insiders menjalankan agenda jahat mereka sekali lagi untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Kali ini mengenai isu pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia di dedahkan oleh akhbar The Age oleh anak syarikat MARA, MARA Inc. Berlainan dengan tajuk yang dikeluarkan oleh Portal Astro Awani yang lebih menjurus kepada apa yang diperkatakan oleh Pengerusi MARA, TS Annuar Musa.


Editor Malaysiakini dan Malaysian Insider rasanya tidak faham Bahasa Malaysia atau sengaja hendak memperbodohkan Rakyat? Jika kita menonton video rakaman Malaysiakini sendiri seperti di bawah, Pengerusi MARA bercakap hal lain, tajuk pula keluar lain pulak dengan fokus untuk menyalahkan Perdana Menteri. Sedangkan Pengerusi MARA tidak adapun mengaitkan nama atau menyalahkan Perdana Menteri.

Ayat yang sebenarnya adalah MTEN beri kelulusan dasar selepas penilaian yang dibuat oleh MARA mengikut prosedur dan peraturan kewangan. Jika MARA tidak ikut prosedur dan berlaku salah laku maka pihak yang terlibat masih tertakluk kepada siasatan dan tindakan undang-undang.

Cukup-cukuplah spin wahai Malaysiakini dan The Malaysian Insiders!!!


Kemaskini 4.30 PM:

Status Pengerusi MARA, TS Annuar Musa di laman sosial Facebooknya.


Ini pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri sendiri melalui laman sosial Facebook beliau.

4 Adakah Billboard Iklan Papparich Cara Halus Menyerap Ideologi Slogan DAP?


Melihat iklan terbaru produk Papparich yang digambarkan di atas sebuah billboard yang terletak selepas keluar tol KLIA dan menghala ke KLIA, mengingatkan CTS tentang beberapa slogan oleh parti pembangkang khususnya DAP. Adakah ianya suatu kebetulan atau sebenarnya merupakan jarum-jarum halus DAP untuk menyerap ideologi mereka?

Pertama, gambar tangan-tangan digengam merupakan simbol yang sinonim dengan simbol reformasi.

Kedua, perkataan UBAH, memperingatkan kembali slogan DAP untuk menguasai Malaysia di dalam PRU13 yang lalu.

Ketiga, "Tak Nak Gula", juga satu slogan yang amat digemari parti-parti pembangkang khususnya DAP apabila mereka menggunakan slogan "Tak Nak BN" di dalam PRU13.

Apabila berlaku 3 simbol atau slogan anti Kerajaan di dalam satu billboard iklan, kemungkinan berlakunya unsur kebetulan amat tipis. Mungkin penyerapan ideologi slogan DAP ini tidak dilakukan oleh syarikat Papparich itu sendiri. Mungkin ianya dari syarikat yang membuat iklan berkenaan. Atau mungkin hanya perasaan CTS sahaja yang paranoid dengan perancangan DAP yang sentiasa istiqamah untuk menguasai Malaysia.

Kredit gambar rakan Telegram, Mohamad Faidhi.

June 23, 2015

20 Bulan Ramadhan Musim YB-YB DAP Bukan Islam Masuk Masjid


Kebiasaan AJK-AJK Masjid di dalam bulan Ramadhan adalah menjemput YB-YB untuk datang berbuka puasa di dalam masjid. Dengan disogokkan sumbangan derma RM2,000 sebuah masjid di sekitar Subang Jaya, YB-YB bukan Islam ini diberi tempat berbuka di dalam masjid juga pentas di dewan masjid untuk berceramah. 

Kudos. Gambar-gambar ini diambil di laman media sosial ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh serta Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen. Mereka diraikan oleh Pengerusi, Masjid Al Falah USJ, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, DS Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Murahnya harga diri dan maruah orang-orang Islam zaman sekarang.





June 21, 2015

0 ETS Bakal Beroperasi Bulan Hadapan - DS @liowtionglai


Menteri Peng­angkutan, DS Liow Tiong Lai dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai permulaan operasi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Butterworth pada 9 Julai ini. DS Liow berkata, beliau sendiri akan merasai kelajuan tren berkenaan serta meninjau perkemba­ngan percubaan itu nanti sebelum membenarkannya untuk berope­rasi walaupun perkhidmatan itu dijangka siap sepenuhnya pada bulan depan.

Hanya selepas itu, katanya beliau akan umumkan bila ETS ini akan berope­rasi bersama-sama pakej yang ditawarkan seperti jadual perjalanan dan tambangnya. Beliau juga yakin ETS dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Rakyat. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Me­syuarat Agung Tahunan MCA Bahagian Lumut. Turut hadir ialah Ketua MCA Bahagian Lumut, TS Kong Cho Ha dan Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Dalam perkembangan berlainan, DS Liow turut menyarankan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyegerakan cadangan pengecualian visa kepada pelancong dari China yang mengunjungi negara ini secara berkumpulan bagi meningkatkan perkembangan sektor pelancongan negara. Menurut beliau, biarpun negara ASEAN lain turut memfokuskan kepada tarikan pelancong dari China, langkah tersebut membolehkan Malaysia mempunyai kelebihan untuk bersaing secara sihat.




3 DS @GPalanivel Semakin Terdesak, DS Samy Vellu Hadir Himpunan Khas MIC Beri Sokongan Kepada Timbalannya


Keadaan parti MIC semakin bergolak. Kepimpinan DS S Palanivel semakin tidak mendapat sokongan. Hari ini, Mantan Presiden MIC, DS S Samy Vellu hadir ke Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra. Beliau kelihatan memberi sokongan kuat kepada Timbalan Presiden MIC, DS S Subramaniam dan Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan.

Perhimpunan Khas di tempat yang sama turut diadakan oleh Presiden MIC, DS G Palanivel, semalam. Pagi tadi, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dalam laman sosial Twitternya telah melahirkan kekecewaannya apabila DS G Palanivel gagal untuk mematuhi keputusan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan untuk mengadakan semula pemilihan semula parti MIC, sebaliknya sering menyalahkan pihak lain.




32 Syaitan Memang Diikat Di Bulan Ramadhan, Iblis Ambil Alih Fitnah DS @NajibRazak cc. @PDRMsia

Berhati-hatilah membaca laman sosial walaupun di dalam bulan Ramadhan ini kerana walaupun syaitan diikat daripada mengoda umat manusia, lebih ramai lagi manusia Iblis di luar sana yang cuba mengadu domba. Hati-hatilah dengan dengan fitnah terbaru terhadap Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Bulan Ramadhan ini ada golongan manusia Iblis yang merekayasa ayat seolah-olah DS Najib yang memperkatakannya.

Jahat sungguh golongan ini. Mereka membuat tuduhan terlebih dahulu sedangkan buktinya tiada. Mereka bina persepsi Rakyat agar membenci Perdana Menteri. Bagi CTS, ini sememangnya palsu. Perdana Menteri DS Najib Tun Razak adalah seorang yang cukup berhati-hati ketika menuturkan kata-kata. Ayat yang beliau gunakan ringkas, padat dan mudah difahami. Bahasa Malaysia Perdana Menteri memang ada kelas yang tersendiri. Madah yang beliau keluarkan, Pak Samad Said sendiri terpaksa masuk DAP.

Tidak dapat dipastikan sama ada akaun palsu seperti di bawah datangnya dari puak fanatik Mantan Perdana Menteri atau puak-puak DAP, PAS atau PKR. Namun perkongsian maklumat berkenaan (share) lebih di kalangan puak-puak fanatik Mantan Perdana Menteri. Golongan-golongan ini lebih jahat dari syaitan dan iblis. Iblis kena ikat, sekarang mereka mengambil alih tugas Iblis. Sekarang mereka sedang cuba melaga-lagakan institusi di Raja dengan kepimpinan DS Najib. Semoga Allah memberi hidayah kepada golongan-golongan ini.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates