June 19, 2015

18 Banduan Liwat @AnwarIbrahim Bebas Keluar Masuk Penjara Dan Isteri Banduan Bangga Menceritakannya Di Facebook?


Agak pelik seorang banduan liwat di Malaysia mempunyai lesen istimewa untuk keluar masuk Penjara Sungai Buloh sesuka hati. Lebih pelik apabila isterinya, seoranng Ahli Politik dan Wakil Rakyat dengan bangganya mempamerkan gambar-gambar suaminya, seorang banduan liwat, bebas keluar masuk penjara. Gambar-gambar di bawah bukannya rahsia. Ianya disiarkan untuk tatapan umum di laman sosial Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail,

Ironinya apakah keperluan seorang banduan liwat ada kepentingan untuk hadir dan memasuki Bangunan Maran? Adakah mahkamah di dalamnya atau pusat perubatan atau hospital? Ketua Pengarah Penjara dan Menteri Dalam Negeri kena menjawab persoalan ini. Kenapakah keistimewaan ini diberikan kepada banduan liwat bernama Anwar Ibrahim.

Rakan blogger, The Unspinners di sini, "Menurut saksi, beliau nampak pegawai penjara mengarah pihak polis yang mengiring memberi keselamatan tidak mengikuti Anwar. Anwar telah dinaikkan melalui lif bomba ke tingkat 8 yang mana ada ada pejabat firma guaman. Pegawai penjara mengawasi supaya tidak ada gambar Anwar diambil. Dua puloh minit kemudian, anak Anwar dan AP Lembah Pantai, Nurul Izzah tiba ke Wisma Maran bersama ibunya, AP Permatang Pauh dan ADUN Kajang serta Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah. Saksi memberitahu dia difahamkan satu perbincangan dipercayai diadakan di Tingkat 8 dan perbincangan kes Anwar selesai pada pukul 10.55. Kemudian dalam pukil 11 pagi, Anwar bertemu ahli keluarga di tempat perbincangan Tingkat 8 Wisma Maran hingga dia pulang ke penjara Sungsi Buloh pada pukul 12.15. Suatu perkara yang pelik untuk Anwar keluar dari penjara Sg Buloh untuk hadiri perbincangan."

Hebat banduan liwat Anwar Ibrahim boleh keluar masuk penjara sesuaka hati. Hebat isteri banduan liwat dengan bangganya menghebahkan perkara ini. Kami mahukan penjelasan dari Ketua Pengarah Penjara dan Menteri Dalam Negeri mengenai hal ini!









June 18, 2015

0 MCA Beri Nama Baru Kepada PR - Pakatan Rojak!

MCA menyifatkan PR sebagai 'Parti Rojak' sekiranya benar dakwaan penubuhan parti politik baharu yang dicadangkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) menyertai pakatan pembangkang itu. Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, dalam isu itu timbul perasaan hairan apabila PR yang merupakan gabungan parti komponen PAS, PKR dan DAP secara tiba-tiba akan disertai oleh parti lain yang juga serpihan daripada PAS.

Menurutnya, lebih menghairankan apabila PAS yang telah mengumumkan perpecahan dengan DAP masih dilihat bersama dalam PR semata-mata untuk menjaga jawatan yang dipegang. MCA katanya pelik apabila PAS yang sudah bercerai talak tiga dengan DAP masih tidur sekatil dan sebantal. Datuk Dr Wee berkata pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Bahagian Pasir Gudang, lebih menghairankan apabila PR bersedia untuk mengadakan perbincangan selepas ada pihak yang ingin bersama, sedangkan DAP rapat dengan PASMA dan PAS pula sudah bergaduh dengan DAP.

Datuk Dr Wee berkata, PR dilihat semakin bercelaru dan terpesong jauh daripada landasan perjuangan sebenar sehingga menampakkan kaedah yang digunakan hanya untuk mendapat undi semata-mata. Perjuangan yang dilaungkan PR katanya sudah tidak tahu ke mana dan ikrar bersatu untuk mengubah pentadbiran Malaysia hanya tinggal sekadar janji manis untuk sedapkan halwa telinga pengundi.

Dalam pada itu, Datuk Dr Wee berkata, DUN Johor Jaya menjadi perhatian khusus MCA Pusat kerana sekadar kalah tipis pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas. Menurutnya, pengundi di DUN Johor Jaya sudah mula hilang keyakinan terhadap PR selepas pelbagai janji manis yang ditaburkan tidak kesampaian. MCA katanya melihat motivasi dari akar umbi sudah memuncak menyatakan keyakinan untuk menarik lebih ramai lagi pengundi baharu.

1 PM @NajibRazak Lanjutkan Kontrak TS Syed Hamid Sebagai Pengerusi SPAD


Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak telah melanjutkan kontrak Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tempoh dua tahun lagi, berkuatkuasa 4 Jun, 2015. Lanjutan kontrak itu memberi lebih masa kepada Syed Hamid untuk meneruskan usahanya mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat di negara ini.

Menurut Kenyataan Media yang dikeluarkan seperti di bawah, ini adalah kali kedua kontrak Syed Hamid dilanjutkan sejak dia dilantik sebagai pengerusi suruhanjaya itu sebaik penubuhannya pada 3 Jun, 2010. TS Syed Hamid dalam bulan ini akan genaplah 5 tahun menerajui SPAD sebagai Pengerusi. Beliau sering berpendapat bahawa isu pengangkutan awam ini adalah isu kepentingan awam dan ianya harus di bina secara bersama. 

Ianya bukan isu kepentingan politik dan bukan isu parti politik, isunya ialah bagaimana kita hendak menambahbaikkan. Bila melibatkan orang politik perkara haruslah di fokus kepada kepentingan awam dan bukan menjadikan isu politik, supaya pihak Suruhanjaya boleh mendengar pandangan dan mengambil keputusan.

Oleh kerana fungsi SPAD merentasi keseluruhan agensi dan kementerian dan diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dan menterinya adalah Perdana Menteri sendiri, SPAD sentiasa bekerja rapat dengan semua kementerian terutama kementerian pengangkutan dan mematuhi segala undang-undang serta gerak kerja yang di tetapkan oleh kerajaan yang memerintah.

Dalam mencapai taraf negara maju menjelang 2020, kemajuan sistem pengangkutan awam dapat di nikmati oleh semua gulungan dan digunakan secara menyeluruh dengan efisien tanpa di politikkan serta memberikan keselesaan kepada pengguna awam secara menyeluruh.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menyokong dan mendoakan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjadi sebuah badan yang dapat memberi kebaikan kepada penguna kenderaan awam.

Tahniah di ucapkan kepada TS Dr Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar kerana berjaya membawa kemajuan dan pembaharuan kepada sistem pengangkutan darat Malaysia.

June 17, 2015

10 Zuraidah Meroyan Dengan Teguran Bung Mokhtar


Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin berang dengan satu protes yang diadakan di luar kediamannya di Ampang. Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-Undang Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015.   Katanya, sekumpulan wanita dari Ampang telah menceroboh rumahnya hari ini, sambil memegang sepanduk dan antara lain melaungkan  'reformasi'.

Bung Moktar berkata laporan polis telah dibuat sambil menambah bahawa apa yang berlaku dalam Dewan hendaklah diselesaikan di Dewan. "Jangan biadap. Nasib baik saya tidak ada. Kalau saya ada, mungkin ada yang mati di situ. Jangan cabar saya". Protes itu dipercayai diadakan sebagai tindak balas terhadap kenyataannya terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

video

Bung Mokhtar ketika sesi perbahasan pada 09/06/2015 telah mengeluarkan perkataan yang berbunyi, "Saya bimbang, saya tengok laki dia di rumah takut macam ini keadaan. Datuk Timbalan Yang di-Pertua, saya ikhlas menegur, kerana lelaki dia menderita perangai dia macam tu jika sebaliknya, Alhamdulillah. Ada orang cakap di laman sosial wajah Zuraida macam 'mak lampir'," kata Bung Mokhtar sebelum dibantah dan digesa ditarik balik oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

video

6 Pemuda UMNO Selangor Dan NGO Berdemo Minta @AzminAli Selesaikan Isu Air

Pemuda UMNO Selangor dan beberapa NGO telah membuat perhimpunan aman demonstrasi aman meluahkan rasa kekecewaan mereka mengenai sikap kerajaan negeri yang tidak serius dalam menyelesaikan kemelut air Selangor. Perhimpunan yang diadakan di hadapan bangunan SUK Selangor diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal. Mereka juga turut menyampaikan memorandum kepada Dato Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Pada 17/05/2015, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), TS Rozali Ismail bertegas bahawa Selangor kekurangan bekalan air terawat memandangkan rizab air itu berada dalam paras kritikal iaitu kurang daripada lima peratus sejak setahun lalu.

June 16, 2015

13 R.I.P. Pakatan Rakyat - Apa Jadi Kepada Kerajaan Penang, Kelantan Dan Selangor?


Kenyataan Media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 16 Jun 2015 di Kuala Lumpur, memberitahu Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 2015 telah memutuskan bahawa tidak wujud lagi 'Pakatan Rakyat'. CEC DAP menerima usul Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan secara langsung mengakibatkan 'Pakatan Rakyat' tidak lagi wujud.

Memandangkan 'Pakatan Rakyat' dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh 'Pakatan Rakyat'. Justeru kini, tiada lagi 'Pakatan Rakyat'. Persoalan sekarang apa yang terjadi kepada 3 buah negeri yang dibentuk di dalam PRU-13 yang lepas hasil kerjasama 'Pakatan Rakyat'?

1) Kelantan adalah kerajaan negeri PAS kerana PAS memegang majoriti yang jelas daripada kerusi untuk negeri ini. PAS mempunyai 32 kerusi (PKR mempunyai satu) daripada 45 kerusi DUN di negeri Kelantan manakala BN mempunyai 12 kerusi.

2) Pulau Pinang BUKAN kerajaan negeri DAP. Ia adalah Kerajaan perpaduan DAP dan PKR. Daripada 40 kerusi DUN, DAP memiliki 19 kerusi dan PKR 10. PAS hanya mempunyai 1 manakala BN mempunyai 10 kerusi. Oleh itu DAP tidak boleh membentuk Kerajaan negeri Pulau Pinang dengan sendirinya dan memerlukan sekurang-kurangnya 2 kerusi DUN lebih dari PKR untuk mendapatkan majoriti 21 kerusi.

3) Selangor BUKAN kerajaan negeri PKR. Ia adalah Kerajaan carca merba atau rojak. Terdapat 56 kerusi di DUN Selangor. PKR 13, DAP 15, PAS 15, BN 12 dan terdapat satu bebas (bekas MB yang terbuang iaitu TS Khalid Ibrahim). Oleh itu, baik gabungan PKR dan PAS (28 kerusi) atau PKR dan DAP (28 kerusi), 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan di Selangor.

CTS menjangkakan Selangor tanpa PAS, tidak menggugat kestabilan Kerajaan Negeri. DAP ada 15 kerusi dan PKR ada 13 kerusi. Jangkaan sekurang-kurangnya 2 ADUN PAS yang Pro PKR dan DAP akan menjadikan 30 kerusi berbanding PAS 13, BN 12 dan kerusi bebas TS Khalid Ibrahim 1 (jumlah 26 kerusi). Gabungan DAP dan PKR masih boleh bertahan di Selangor.

June 15, 2015

0 Kemelut MAS - Menteri Pengangkutan Dedah NUFAM Bukan Sebuah Persatuan Yang Diiktiraf

Kemelut di antara Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan  Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mendapat perhatian daripada Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai. Setelah beberapa minggu NUFAM mengugut untuk mengadakan mogok, DS Liow memberi jaminan Kerajaan akan memastikan operasi MAS berjalan lancar dan tidak terjejas dengan penstrukturan semula‎ syarikat itu.

DS Liow berkata, pada masa ini langkah penstrukturan semula MAS tidak menjejaskan operasi syarikat penerbangan negara itu hasil komitmen tinggi kakitangannya. Pada 1 Jun lepas, MAS memulakan fasa baharu yang signifikan dalam program penstrukturan semula dengan penamatan perkhidmatan 20,000 kakitangannya dan daripada jumlah itu 14,000 ditawarkan menyertai entiti baharu Malaysian Airline Berhad.    

Pertelagahan pendapat di antara NUFAM dan Menteri Pengangkutan, bermula apabila DS Liow didakwa tidak peka dengan situasi sebenar mengenai isu pembuangan 6,000 pekerja syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin berkata, Tiong Lai hanya mengambil kira dari perspektif pengurusan ‎dan bukan dari sudut pekerja dan kesatuan pekerja.

DS Liow sebelum itu dilaporkan berkata, NUFAM tidak wajar mengugut serta melakukan mogok dalam tempoh 48 jam kerana sebahagian besar kakitangan MAS yang diberhentikan menyambut baik pakej pemberhentian yang ditawarkan. Katanya, pakej tamat perkhidmatan yang ditawarkan kepada anak kapal MAS adalah jauh lebih baik berbanding pakej sama yang ditawarkan syarikat lain.

Semalam, ketika ditanya tentang rancangan NUFAM untuk mengadakan mogok berikutan penamatan perkhidmatan kakitangan MAS itu, DS Liow berkata MAS telah membuat laporan polis tentang perkara itu. Beliau berkata NUFAM merupakan sebuah persatuan yang tidak diiktiraf dan MAS tidak akan mengadakan perbincangan dengan sebuah persatuan yang tidak diiktiraf. DS Liow juga meminta kakitangan MAS atau persatuan mewakili kakitangan yang terlibat dengan penamatan perkhidmatan itu menyalurkan masalah atau pertanyaan mereka kepada saluran yang betul.

June 14, 2015

22 Putera Dan Puteri Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Membidas Kenyataan Tun Dr Mahathir Isu Tun Salleh Abbas



Kedua-dua putera dan puteri Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj, Tunku Abdul Majid Idris, Tunku Bendahara Johor dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merupakan isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, hari ini menjawab dakwaan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkenaan isu Tun Salleh Abbas bahawa pemecatan Ketua Hakim Negara itu di atas arahan Almarhum Ayahanda Baginda. Tunku Abdul Majid Idris meminta Tun Dr Mahathir agar tidak mengungkit kisah lama kerana Almarhum Sultan Iskandar tidak dapat mempertahankan dirinya.

"Mahathir mengunakan ayahanda saya untuk menyingkirkan Tun Salleh, beliau seorang individu yang baik dan (almarhum) ayahanda saya mengiktirafnya dan telah berbaik dengannya. Mahathir tolong jangan letak kesalahan (tersebut) pada orang yang tidak boleh mempertahankan dirinya," bidas Baginda melalui catatan Facebooknya semalam.

Menurut Puteri Almarhum Sultan Johor pula, dakwaan Tun Dr Mahathir itu tidak berasas kerana jarak antara Istana Johor dan rumah Tun Salleh agak jauh dan adalah mustahil bunyi bising yang dimaksudkan itu boleh didengar dengan jarak tersebut. Baginda berkata, "Kita manusia tak lari dari kesilapan. Arwah ayah saya ada baik dan buruknya tetapi semua rakyat tahu baginda adalah seorang Sultan yang Amanah, Jujur dan sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan negeri Johor di atas segala-galanya."

Tun Dr Mahathir semalam dipetik Malaysiakini mendakwa, beliau terpaksa mengambil tanggungjawab atas pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988, kerana YDP Agong ketika itu Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail mahu Tun Salleh disingkirkan. Tun Dr Mahathir berkata, ia berpunca daripada aduan dibuat Salleh menulis surat kepada semua Sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa "terlalu bising dan mengganggu rumahnya".

7 Baru Buat Satu Rumah Mangsa Banjir DAP Sudah Heboh Satu Malaya


Semua parti patut contohi bagaimana cara DAP bekerja. Hanya perlu siapkan satu rumah mangsa banjir di Gua Musang, Kelantan, buat sidang akhbar dan lancarkan Impian Kelantan. Mudah bukan? Berbanding dengan berpuluh malah beratus rumah yang telah disiapkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan NGO untuk mangsa banjir yang tidak dihebohkan, DAP bijak bermain dengan politik kemelayuan.

Di dalam sidang akhbar pula, DAP berjanji akan mendirikan masjid di Kelantan. Kenapa baru sekarang? Kenapa di Kelantan? Kenapa masjid tidak dibina oleh DAP di bandar-bandar besar seperti Ipoh, Jalan Pudu, Jalan Chow Kit dan Johor Bharu? Jawapannya adalah Melayu sedang digula-gulakan dengan Agama.

Kita kena balik membaca sejarah bagaimana pemimpin-pemimpin DAP mengambil hati orang-orang Melayu. Kalau dulu cukup dengan Lee Kuan Yew memakai songkok dan masuk ke dalam kampung-kampung Melayu.

Sekarang mereka kena bertindak lebih professional. Latih anak-anak Melayu seperti Rara, Dyana Sofya dan Melati untuk menarik golongan muda. Golongan tua cukuplah dengan menglembukan Pak Samad Said!

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates