June 13, 2015

21 Sah! Pak Samad Ahli DAP - Tahniah


Tahniah kepada Sasterawan Negara, Dato A Samad Said kerana hari ini tercapai cita-cita beliau untuk menjadi Ahli DAP. Kad Keahlian diserahkan sendiri oleh Bapa De Facto DAP Seumur Hidup, Lim Kit Siang di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang, Kelantan.

CTS puji tindakan Dato A Samad Said walaupun agak terkejut beliau memilih DAP berbanding PKR sebagai wadah perjuangan politik. Kita tunggu pula bila Dato S Ambiga hendak melakukan perkara yang sama dan tidak berselindung du sebalik nama NGO BERSIH.


4 Penduduk Damansara Damai Tuntut Jalan Kedua Dari MB Selangor @AzminAli


Penduduk di Damansara Damai hari ini telah mengadakan perhimpunan aman bagi meminta Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato Menteri Besar Azmin Ali mengadakan jalan kedua bagi laluan keluar masuk ke kediaman mereka. Jumlah penduduk di sekitar Damansara Damai melebihi 120,000 tetapi jalan keluar masuk hanya ada satu sahaja.

Masih ada projek-projek perumahan baru yang sedang dibuat. Kesesakan setiap pagi seawal jam 6.00 pagi telah meresahkan penduduk. Ini belum lagi mengambil kira sekiranya berlaku kemalangan di atas jalan berkenaan yang akan menyebabkan kesesakan yang teruk.

Semasa kedatangan Dato MB ke Masjid Damansara Damai untuk bersolat Jumaat, Wakil Penduduk telah menyatakan hal ini dan Dato MB telah berjanji untuk membantu penduduk Damansara Damai tetapi malangnya janji tinggal janji. Mungkin Dato MB tengah sibuk basuh baju di rumah orang kot sehingga tiada masa mendengar rungutan penduduk.

0 "One Belt, One Road" - MCA To Help Chinese Businesses To Explore Market Opportunities In China


Transport Minister and also MCA President, DS Liow Tiong Lai said Malaysia is working to attract Chinese investors to its sea ports, particularly those that need to be developed into international ports. This according to him was part of Malaysia’s preparation for China’s 'One Belt One Road' initiative, a development strategy and framework focusing on connectivity and cooperation between European and Asian countries.

According to DS Liow, Malaysia fully supports Chinese President Xi Jinping in this initiative and the government would like to see their proposal on how Malaysia can benefit of it. The 'One Belt One Road' initiative has two main components – the land-based Silk Road Economic Belt and the ocean-based Maritime Silk Road – both of which are aimed at fostering collaboration between Asian and European countries.

In his speech, DS Liow said Malaysia had looked into how it should prepare itself and also how to attract Chinese investors to Malaysia through the initiative. DS Liow noted that Malacca needed expansion and much initiative to become an international port, and cited an example of how China’s support for the Kuantan port had helped develop it. Plans are afoot for a railway connecting the port to the Kuantan industrial park, Kuantan town, all the way up to Kuala Lumpur and Port Klang.

DS Liow said that even in the railway sector, we are doing well, with the Singapore-Kuala Lumpur high-speed rail and the double tracks from Padang Besar to Johor Baru. The double tracks from Padang Besar to Kuala Lumpur is done, along with Kuala Lumpur to Gemas. As for Gemas to Johor Baru, the government have awarded the contract and hope the project can be completed in two years.

June 12, 2015

8 Budi Baik Dikenang Jua - Rezwan Malim Gunung Terima Pelawaan Keluarga Wafeeq Ke Singapura




Masih ingatkah kita dengan cerita adiwira Ridhwan Malim Gunung yang menyelamatkan seorang pelajar warga Singapura, Wafeeq dari menjadi korban bencana alam Gunung Kinabalu? Ridhwan telah mendapat jemputan dari kedua ibu bapa Wafeeq dan Presiden Singapura untuk datang ke sana dan bertemu kembali dengan pelajar berkenaan. Dua gambar di bawah adalah sewaktu Ridhwan sedang membuat pasport antarabangsa di Jabatan Imigresen sebagai tanda menerima jemputan tersebut.

Rezwan dan rakan-rakan adiwira Malim Gunung yang lain sebelum ini berkesempatan bertemu dengan pemimpin nombor satu negara, DS Najib Tun Razak ketika Perdana Menteri melawat mangsa-mangsa bencana alam di Sabah tempoh hari. Semoga Malim-Malim kita kekal merendah hati walau dijulang dunia.

5 Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 'Deactivated' Akaun Twitter Setelah Membuat Komen Bodoh


Dua hari lepas, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Profesor P Ramasamy telah membuat komen bodoh dan kebudak-budakan dalam isu seorang 'ah so' atau Makcik berbangsa Cina disuruh memakai batik bagi menghormati tatacara berpakaian (dress code) di Jabatan Pengangkutan Jalan. 

Ramasamy telah menulis di Twitter bahawa ini adalah usaha terancang dan sistematik untuk memaksa non-muslim untuk berpakaian menutup aurat secara Islam. Tulisan beliau mendapat kritikan hebat netizen di media sosial Twitter sehingga memaksa beliau menutup (deaktivated) akaun Twitter beliau.

CTS sebelum ini malas untuk membuat ulasan berkenaan kes ini. Sebenarnya ianya tidak perlu dipolemikkan. Setiap orang harus menghormati tatacara berpakaian (dress code) di setiap jabatan Kerajaan. Kita Rakyat Malaysia yang tinggi budaya dan budi pekerti. Ada peraturan dan undang-undang yaang harus dipatuhi dan dihormati.

Kenapa tatacara berpakaian (dress code) di casino Singapura tidak pernah mendapat bantahan dari mana-mana pihak? Apakah casino  di Singapura ingin menerapkan budaya berpakaian Islam dengan tidak membenarkan pelanggannya memakai singlet dan seluar pendek? Teruk sangatkah tatacara berpakaian di JPJ seperti yang dikehendaki di bawah?


0 Ops Khas (Parasit) Oleh SPAD Elak Pengguna Ditipu Ulat Tiket


Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam telah mengadakan satu operasi khas yang diberi nama Ops Khas (Parasit) di sekitar Terminal Pudu Sentral. 7 orang ulat tiket telah ditahan di mana terdiri daripada 6 lelaki dan seorang wanita. Semua Orang Kena Tahan (OKT) telah dihantar ke Lokap IPD Jalan Dang Wangi untuk tumpangan tahanan sementara dan akan di tuduh di Mahkamah Jalan Duta hari ini. 

Mahkamah hari ini telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,800 sehingga RM4,500 telah dikenakan kepada mereka. Dua daripada pesalah berkenaan telah dihantar ke penjara kerana tidak mampu membayar denda.

Sementara itu, Pengerusi SPAD, TS Dr Syed Hamid Albar menasihatkan orang ramai agar membeli tiket bas ekspres di kaunter yang disediakan dan bukannya daripada ajen bagi mengelakkan mereka ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang cuti perayaan Hari Raya Aidil Fitri bulan depan.

Menurut TS Syed Hamid, kebiasaannya pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang dengan menjual tiket dengan harga yang lebih tinggi menjelang musim perayaan kerana sedar jumlah pengguna pengangkutan awam semakin bertambah. SPAD kata beliau, memandang serius masalah ini dan akan mengambil langkah awal untuk memantau aktiviti penjualan tiket.



1 Tahniah FGV Mengadakan Kerjasama Strategik Bersama Rajawali Corpora


Tahniah kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kerana telah menandatangani Perjanjian Dasar Induk dengan Rajawali Group untuk mengambil alih 37% kepentingan dalam PT Eagle High Plantations (EHP) pada AS$680 juta (AS$1=RM3.69) secara tunai dan pertukaran saham. Di bawah cadangan pemerolehan itu, FGV akan membayar tunai sebanyak AS$632 juta bagi 30% kepentingan dan penerbitan saham baharu sebanyak 95 juta unit untuk baki 7% kepentingan. Ini akan menjadikan Rajawali Group memiliki 2.6% saham FGV yang diperbesarkan, demikian menurut FGV dalam satu kenyataan media hari ini.

FGV juga akan mengambil alih antara 93.3% dan 95% kepentingan dalam projek gula Rajawali Group dianggarkan bernilai AS$67 juta secara tunai. Kepentingan dalam EHP dan projek gula Rajawali Group akan dimiliki FGV Kalimantan Sdn Bhd iaitu syarikat milik penuh FGV. Selepas pengambilaihan selesai, FGV akan menjadi rakan kerjasama dengan Rajawali Group, konglomerat terkemuka di Indonesia itu akan kekal sebagai pemegang saham serta mengawalnya. EHP merupakan syarikat perladangan sawit ke-3 terbesar di Indonesia.

Pengambilalihan ini akan menggunakan dana dalaman dan pinjaman. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, adalah sangat penting untuk dijelaskan yang pengambilalihan ini tidak akan memberi kesan kepada dasar pemberian dividen dan FGV komited untuk mengotakan janji kepada pemegang saham.

Beliau berkata teknologi FGV, kepakaran hiliran dan pengalaman di peringkat antarabangsa akan memberi nilai tambah kepada Rajawali Group dalam usaha meningkatkan keberkesanan operasi dan mengurangkan kos menerusi transaksi ini. Pada masa ini, EHP memiliki 425,000 hektar tanah dengan 67 peratus di Kalimantan dan selebihnya di Papua New Guinea (9%), Sulawesi (19%) dan Sumatera (5%).

Rajawali Group merupakan rakan kerjasama yang kukuh di Indonesia dan transaksi ini membuka akses ke pasaran Indonesia yang sekali gus menawarkan potensi perolehan dan peluang jualan baharu menerusi rangkaian perhubungan Rajawali Group. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat berkata saham FGV akan disambung semula dagangan pada Isnin selepas digantung pada Khamis dan Jumaat pada RM1.86. Dagangan dalam waran berstruktur berkaitan FGV juga akan disambung dagangan pada masa yang sama.

Sebelum ini keadaan pasaran dan orang ramai kecoh apabila saham FGV telah digantung berikutan FGV sedang dalam usaha untuk membuat pengumuman penting ini. Banyak suara-suara sumbang yang menemplak pergantungan ini dengan andaian-andaian yang negatif. Semoga kerjasama strategik bersama Rajawali Corpora akan mengembalikan kembali keyakinan pasaran terhadap saham FGV apabila ianya dibuka kembali Isnin ini.


Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh FGV mengenai kerjasama strategik bersama Rajawali Corpora.





June 11, 2015

5 SPR Menang Kes Mahkamah Lawan Asal Bukan UMNO (ABU) Haris Ibrahim

Ini maklumat yang baru diterima pagi tadi. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak tuntutan Haris Ibrahim untuk mendapatkan kesemua maklumat berkaitan urusan persempadan semula di seluruh negara daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan membantah proses persempadan semula seluruh negara.

Hakim juga berkata tuntutan Haris itu tidak relevan kerana SPR belum pun lagi memulakan proses persempadanan semula. Jika beliau hendak bantah sekalipunpun tidak perlulah membawa ke Mahkamah. Sebaliknya ikutlah prosedur yang telah ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perkara 13.

Inilah satu lagi kebodohan puak-puak aktivis macai ni, benda yang belum pun mula lagi dia dah sibuk hendak minta itu dan ini. Semua tu kan masih di peringkat rahsia. Kalau semua rahsia dah di dedah apa lagi paedahnya.

Maklumat yg dituntut termasuk peta  dan lain-lain maklumat berkaitan. Plaintif juga diarah membayar kos perbicaraan sebanyak RM5,000.

Keputusan hakim ini membuktikan bahawa aktivis dan juga peguam yang mewakilinya itu memang jahil tentang Perlembagaan Persekutuan dan tidak membuat kajian mendalam sebelum membuat tuntutan di Mahkamah.

Dengarnya Haris ni adalah seorang pengundi di Petaling Jaya. Mengapa pula dia dok kalut nak dapatkan semua maklumat persempadanan seluruh negara kononnya untuk persediaan bagi buat bantahan persempadanan semula? Tak baca Perlembagaan ke?

Untuk membantah sesuatu syor persempadanan semula hanya pengundi berdaftar di kawasan yang dia mengundi sahaja boleh dibantah dan bukannya semua tempat dia boleh bantah. Yang dia sibuk nak bantah untuk seluruh kawasan tu apa hal? Sudah takde kerja lagi ke?

Lebih baik dia fokus pada kawasan dia sahaja. Tidak perlulah dok sibuk nak tolong bantah kawasan lain. Kalau teringin sangat nak membantah tu, tunggulah jika kawasan tempat dia mengundi tu terlibat dalam proses persempadanan semula nanti. Masa tu kau carilah berapa ramai pengundi kat situ yg nak bantah.

Apa yang Haris nak bantah cakaplah pada SPR nanti. Tak perlulah nak bawa ke mahkamah. Hakim pun semak dengan tuntutan bodoh seperti ini. Tidak perlulah membazir duit tu bayar peguam-peguam jahil dan murahan tu. 

Baik digunakan duit tu untuk bantu orang yang memerlukan. Lebih baik pergi selamatkan DAP dan PAS yg dok tengah nak bercerai tu.

Kalau rasa nak merayu tu baik tak perlulah, nanti lagi banyak habis duit. Yang bangkrup kau. Yang kaya peguam. Menang atau kalah kes, mereka tetap perlu dibayar.

Setahu CTS, Haris Ibrahim ni lah Pengasas ABU iaitu Asal Bukan Umno. Sekarang pergilah ke mana kau nak pergi merayu cuma Asal Bukan Haris Ibrahim (ABHI).

12 Gambar-Gambar Timbalan Menteri Pengangkutan Naik Komuter Viral Di Media Sosial cc. @AKaprawi

Beberapa orang netizen memuat naik gambar-gambar Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menaiki komuter ke tempat kerja hari ini di dalam laman sosial Twitter hari ini.

Tidak dapat dipastikan apa sebab Timbalan Menteri berkenaan menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Mungkin untuk merasai sendiri masalah pengangkutan awam yang dihadapi oleh orang awam.

June 10, 2015

5 Tanjong MP, Ng Wei Aik Fitnah Amanah Raya Berhad Dan 1MDB - Saman Saja!


Pembangkang menabur fitnah tanpa asas sekali lagi. Kali ini daripada Ahli Parlimen (MP) Tanjong, Ng Wei Aik. Tuduhan terbaru Ahli Parlimen Tanjong terhadap Pengerusi dan institusi Amanah Raya Berhad (ARB). Baca The Edge Markets, di sini. Tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah:

i) ARB meluluskan pinjaman sejumlah RM2bilion kepada 1MDB.
ii) Pinjaman ini diberikan selepas perlantikan Datuk Reezal Marican sebagai Pengerusi ARB.
iii) Pinjaman tersebut juga diikat dengan faedah tahunan 4 % dan dikategorikan sebagai "IOU Bill".

Ng Wei Aik, seperti yang dilaporkan, gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi menyokong tuduhan ini dan hanya menggunakan frasa 'sumber dalaman' sebagai sumber.

Tidak ada sebarang pinjaman dengan amaun dan perjanjian yang dinyatakan berlaku di ARB. Ianya sama sekali tidak pernah berlaku dan tak pernah dibawa untuk mendapatkan kelulusan di bawah persetujuan keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah selama ini.

Tuduhan Ng Wei Aik ini adalah sesungguhnya berniat jahat, secara jelas ingin merosakkan kredibiliti, menjatuhkan maruah dan integriti Pengerusi ARB  sebagai individu mahupun ARB sebagai institusi.

Oleh itu kita harapkan tindakan undang-undang diambil di atas kebiadapan dan serangan jahat YB Ng Wei Aik ini. Fitnah ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja kerana ianya melibatkan tuduhan palsu dan jahat untuk mencemarkan imej Amanah Raya Berhad dan maruah Pengerusi ARB secara peribadi.

Ini adalah Kenyataan Akhbar dari Datuk Reezal Merican, Pengerusi Amanah Raya Berhad:
Tanjong MP Ng Wei Aik has made a very serious yet unfounded allegation against ARB as an organization and me personally on the alleged loan purportedly made to 1MDB as soon as I assumed the chairmanship of ARB.
Below is my statement in response:-
1. It surprised me that nothwithstanding the fact that Ng Wei Aik is a fellow lawmaker,  he has opted to rely on the so called  "highly confidential information" from "insider sources" instead of just asking me for confirmation or denial about the allegations. The fact that he went to the media without the audacity to confirm the allegations with me as the chairman of ARB smacks of mala fide on his part. This has went beyond fair comments.
2. I deny categorically that:
2.1 ARB had ever extended any loan to 1MBD for the amount of RM2 billion as alleged or any other amount for that matter.
2.2 I further deny that upon assuming the chairmanship of ARB or at any time thereafter I had either on my own or severally  with other members of the board of ARB approved the alleged RM2 billion loan or any other loans with an annual interest rate of 4% or otherwise. The allegation is unfounded and made with the malicious intent to question my integrity as an MP and the chairman of ARB.
3. There was no application for loan from 1MDB in the first place.
4. In the circumstances the statements made by Ng Wei Aik are utterly false and without any factual basis whatsoever and they are defamation per se in that they depict me as untrustworthy in that I proceeded in approving a loan which my predecessor had refused to approve with the end result of ARB allegedly having problems with its cash flow.
7. In the circumstances, I have instructed my solicitors to pursue all legal causes of action to protect my interests.
Thank you.
Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, MP
Chairman
Amanah Raya Berhad
Ini pula Kenyataan Media daripada Arul Kanda, Presiden 1MDB:
Media statement by Arul Kanda, 1MDB President and Group Executive Director
Issued on 10 June 2015
For immediate publication
“There is no truth in the claim by an opposition MP that 1MDB has taken a RM2 billion loan from AmanahRaya Berhad.
1MDB has never had any financial dealings, including borrowings, with AmanahRaya Berhad."
- Arul Kanda, President and Group Executive Director

June 9, 2015

69 Perdana Menteri DS @NajibRazak Tiba Di Sabah Pagi Ini Untuk Melawat Mangsa Gempa Bumi



Perdana Menteri tiba di Sabah pagi ini untuk melawat mangsa-mangsa gempa bumi sekembalinya beliau dari lawatan kerja di Arab Saudi malam semalam. Macai-macai pastinya akan memainkan isu kenapa selepas beberapa hari baru Perdana Menteri berada di Sabah, walaupun berulang kali kita memberitahu Perdana Menteri mempunyai jadual lawatan kerja yang telah ditetapkan sebelum ini di Arab Saudi. 

Tambahan lagi, apa gunanya ada Menteri Kabinet, Pengerusi Majlis Bencana Alam Negara, Menteri-Menteri Pusat dan Negeri sekiranya berlaku sesuatu bencana Perdana Menteri terpaksa berada di lokasi kejadian 24 jam? Tidak perlulah melaga-lagakan Perdana Menteri dengan Mantan beliau yang datang ke Sabah dua hari lepas. Sebenarnya lawatan Mantan beliau ke Sabah atas urusan PERKIM sebenarnya dan bukan khas untuk melawat mangsa bencana alam.

Beliau menulis di dalam laman sosial Facebook beliau, "Baru sahaja tiba di Sabah untuk memantau situasi dan berjumpa dengan ahli keluarga mangsa gempa bumi. Saya turut menerima taklimat awal berkenaan operasi mencari dan menyelamat serta bantuan yang telah disampaikan."

Hari ini agak-agaknya fitnah apa pulak hendak ditujukan kepada Perdana Menteri?


June 8, 2015

37 PM @NajibRazak Ke Arab Saudi Untuk Urusan Rasmi Pun Jadi Isu?


Macai-macai pembangkang dan ProTun cuba melaga-lagakan kedua-dua pemimpin ini apabila lawatan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak ke Arab Saudi dijadikan isu. Ini ditambah dengan lawatan Mantan Perdana Menteri pada masa yang sama ke Sabah untuk melihat mangsa bencana alam.

Kerajaan tidak pernah meminggirkan mangsa bencana alam di Sabah. DS Najib Tun Razak telah menghantar Pengerusi Jawatankuasa Khas Bencana yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin untuk memantau keadaan di sana sementara beliau mengadakan lawatan kerja di Arab Saudi.

Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi dan bukan ke sana untuk bersukaria. Beliau ke sana atas urusan memohon penambahan kouta haji dari Kerajaan Arab Saudi. Dalam pada yang sama beliau juga dalam rangka perbincangan dengan Raja Arab Saudi berkenaan isu pelarian Rohingya. 

Pertemuan Perdana Menteri dan Raja Salman telah keluar berita utama akhbar Arab Saudi dengan keutamaan isu negara serantau. Ini membuktikan DS Najib Razak bukan sahaja diperlukan di Malaysia malah di Asia.

Lagipun dalam masa 3 hari lawatan singkat beliau ke sana beliau sempat melobi Syarikat Prasarana Berhad untuk memenangi bidaan sebagai pengendali Makkah Metro yang akan beroperasi bermula musim haji tahun ini. 

Untuk rekod Syarikat Prasarana Berjaya berjaya menewaskan syarikat kontraktor besar negara Arab iaitu Bin Laden. Ingat senang-senang syarikat Prasarana Berhad berjaya mendapatkan kontrak tersebut tanpa campur tangan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia?

Bagi macai-macai pembangkang dan ProTun yang rindukan Perdana Menteri, lawatan kerja DS Najib Tun Razak di Arab Saudi telah dipendekkan. Perdana Menteri akan tiba jam 10.00 malam ini 08/06/2015 di Kompleks Bunga Raya, KLIA. Beliau akan berlepas ke Sabah untuk melawat mangsa gempa bumi secepat yang mungkin bersama-sama Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Tun Hussein. Puas hati?


Oh ya! Nanti ada orang buat fitnah pula kenapa Perdana Menteri ke sana tak buat sekali umrah. Ini gambar-gambarnya.



June 7, 2015

14 Cukuplah Sukan Bola Jaring Dianaktirikan, Mampu Juga Menyumbang Pingat Perak Berbanding Bolasepak cc. @khairykj




Tahniah kepada pasukan bola jaring Malaysia yang membawa pulang pingat Perak Sukan Sea ke 28. Malaysia tewas 43-46 kepada Singapura. Pasukan bola jaring Malaysia bermain mati-matian dan mereka hanya tewas 3 mata kepada Singapura. Tahniah juga buat Presiden bola jaring Malaysia, Dato Suraya Yaakob yang bertungkus lumus menjaga pasukan bola jaring negara dan adik-adik pasukan bola jaring negara yang bermain bermati-matian membawa nama negara. Tahniah.

Sudah sampai rasanya sukan bola jaring negara dipertingkatkan dan diberi penghargaan oleh Kementeria Belia dan Sukan. Sukan ini mampu memberi sumbangan pingat kepada negara walaupun tidak diberi habuan dan ganjaran yang tinggi seperti pasukan bolasepak negara. Soalan cepumas untuk Menteri KBS, berpuluh stadium dibina untuk bolasepak, cuba teka ada berapa stadium untuk bola jaring di negara kita? Bolasepak bawa pingat apa ya di Sukan Sea kali ini?

Tahukah Menteri KBS, pemain-pemain bola jaring hanya menumpang di padang sekolah, gelanggang futsal dn gelanggang badminton untuk berlatih. Lagi satu soalan yang perlu Menteri KBS jawab, kenapakah sukan bola jaring hendak dibatalkan dalam SUKMA? Bagaimana sukan bola jaring hendak berkembang? Bacalah luahan hati Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM):

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates