May 23, 2015

57 Lawatan Perdana Menteri Di Perak Pagi Ini Tidak Mendapat Sambutan #KekalNajib

Kemaskini 9.00 PM:

Kita faham para jemuan dan pemakan dedak sebelah sana pasti tidak berpuas hati dengan posting yang CTS buat sejak pagi. Untuk memastikan pemakan dedak sebelah sana tidak tidur malam hari ini, kita sertakan pula gambar-gambar Perdana Menteri di Pahang, sejurus program di Perak hari ini. Perdana Menteri berucap di hadapan ribuan penyokongnya pada Himpunan Solidariti. 

Lebih 12,000 anggota daripada 14 Bahagian UMNO Pahang berkumpul di sini bagi menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri yang menerima pelbagai tekanan dari luar mengenai pentadbiran beliau. Selamat malam jemuan-jemuan. Semoga esok ada rancangan baru untuk menjatuhkan Presdien Parti.





Posting Asal:


Terdapat usaha-usaha daripada pengadu domba dan golongan batu ronson yang mengharapkan lawatan kerja Perdana Menteri ke RTC Gopeng, Perak pagi ini akan hambar dan tidak mendapat sambutan. Perbandingan pastinya akan dibuat dengan kunjungan Mantan Perdana Menteri sebelum ini. Golongan pengadu domba dan batu ronson tentunya kecewa apabila melihat kehadiran yang menyambut Perdana Menteri. 

Ada yang membuat posting di laman sosial Facebook sehingga jam 9.00 pagi tiba-tiba menghentikan mengeluarkan sebarang artikel selepasnya. Pastinya selepas ini, fitnah-fitnah seperti hadirin dibayar duit poket dan bas-bas Kerajaan digunakan untuk mengangkut orang ramai untuk hadir ke majlis ini akan kedengaran. CTS hanya tersenyum puas pagi ini.

Antara intipati ucapan Perdana Menteri:

1. PM hadir atas jemputan Memteri Besar Perak kerana Perak akan buat program sokongan kepada PM.
2. Semua perkara yang buruk akhirnya disalahkan PM
3. Ini bukan masa berbalah, tetapi masa untuk bersatu.
4. Malaysia telah tunjuk prestasi pembangunan ekonomi yang baik dan paling tinggi di Asia Tenggara.
5. Model Ekonomi Baru dibuat untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir (PM tak pernah lupa Mantan beliau).
6. Atas dasar muafakat BN Perak berjaya ambil semula kerajaan negeri pada 2009.
7. Manusia mesti ada kesilapan, berilah peluang dan sokongan untuk berkhidmat kpd rakyat.
8. PM janji akan lakukan yang terbaik utk rakyat.
9. Kalau tidak berpecah sesama kita, PRU akan datang milik BN dan terus berjaya sebagai sebuah negara.




0 Mari Sertai 'Felda Travel Wefie Contest' Untuk Menangi Hadiah-Hadiah Menarik


Felda Travel telah menganjurkan satu peraduan bergambar yang dinamakan 'Felda Travel Wefie Contest'. 'Wefie' adalah bergambar secara berkumpulan dan ianya lebih kurang sama dengan 'selfie' iaitu bergambar berseorangan, yang menjadi 'trend' pada masa kini. 

Banyak hadiah-hadiah mingguan yang disediakan. Antaranya pemenang yang bertuah akan berjaya memenangi baucer tunai bernilai RM58 ke Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak dan Felda Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor, Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang, Seri Costa, Melaka selain hadiah utama Suite di Felda Residence Kuala Terengganu bernilai RM540. Peraduan dibahagikan kepada 4 minggu seperti berikut:


Caranya mudah sahaja. Cuma ambil gambar berkumpulan dan mesej kepada pengendali (admin) Facebook Felda Travel. Jika mengunakan Instagram dan Twitter, upload dan masukkan ketiga-tiga hashtag ini di dalam ruang komen, #FeldaTravelWefieContest #FeldaTravel #FeldaResidence. Tarikh akhir untuk menghantar gambar-gambar peraduan ini adalah pada 10 Jun 2015.

Untuk terma, syarat dan cara-cara untuk menyertai peraduan ini boleh lawati ke sini. Di bawah adalah gambar pemenang minggu pertama yang telah memenangi peraduan Wefie Minggu 1. Tahniah kepada pemenang Dayang Maznah Ahmad.

0 Menteri Pengangkutan Sambut Baik Cadangan PAC dan AG Siasat KLIA2


Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai berkata kementeriannya menyambut baik dan menyokong penuh cadangan agar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara (AG) untuk menjalankan siasatan lanjut ke dalam pengurusan pembinaan dan pembangunan KLIA2. DS Liow bersetuju bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menuntut jawapan mengenai perkara ini. DS Liow membuat kenyataan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media hari ini.

Beliau berkata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAB) adalah entiti yang disenaraikan, manakala Kabinet telah meluluskan penglibatan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit. Kementerian Pengangkutan menyokong penuh langkah Ketua Audit Negara untuk mengaudit KLIA2 yang telah diluluskan oleh Kabinet. Oleh itu, beliau agak keliru dengan komen-komen dari YB Tony Pua berkaitan dengan KLIA2.

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Pua yang juga anggota PAC, menuduh Liow untuk melindungi pesalah-pesalah di belakang peningkatan harga projek RM4 billion daripada kos permulaan sebanyak RM1.7 billion. Sebagai seorang anggota PAC, Pua sepatutnya mendedahkan sebarang penemuan, salahlaku dan penyelewengan yang terdapat semsa pembinaan KLIA2 di dalam jawatankuasa tersebut dan tidak membuat komen secara terbuka. Bukankah Menteri Pengangkutan bersikap terbuka agar KLIA2 diaudit dan disiasat oleh PAC dan AG?

DS Liow berkata beliau tidak mempertikaikan kos tambahan yang ditanggung. Sebaliknya beliau menambah bahawa kos ini adalah hasil daripada skop dan keperluan dalam kemudahan dan saiz lapangan terbang berkenaan yang telah dikaji semula dan dilanjutkan memandangkan keperluan tambahan daripada pemegang kepentingan utama.

Beliau menambah adalah menjadi tanggungjawab MAHB sebagai pemilik dan pengurus KLIA2 untuk melibatkan diri dengan PAC dan bertindak balas dengan cara yang telus. MAHB katanya perlu mengambil tindakan yang perlu untuk memberi penerangan tentang penemuan PAC dan beliau mengharapkan PAC untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

May 22, 2015

0 Dua Kem PLKN Dikenalpasti Sebagai Tempat Perlindungan Pelarian Rohingya


Semalam, Menteri Pertahanan, DS Hishammuddin Hussein dalam laman sosial Twitternya berkata dua kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dikenalpasti akan dijadikan tempat perlindungan kepada pelarian tetapi dia tidak menyatakan jumlah pelarian yang akan dibantu. Hari ini, portal BNBCC melaporkan, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bersedia untuk menjadikan kem mereka sebagai tempat perlindungan sementara pelarian etnik Rohingya, walaupun arahan rasmi berkenaan perkara itu belum dikeluarkan. 

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Mohamed Asri Yusof berkata, beliau telah diberitahu mengenai kemungkinan beberapa kem latihan akan digunakan sebagai perlindungan sementara kepada pelarian. Menurut Datuk Mohamed Asri, Kerajaan hanya memerlukan dua kem untuk menempatkan pelarian sementara menunggu proses ekstradisi dan dokumentasi. Namun, bagi pihak JLKN tidak ada masalah sekiranya lebih banyak kem diperlukan dan JLKN gembira kerana dapat membantu. Menurut Mohamed Asri, penempatan pelarian Rohingya di kem PLKN tidak menjadi masalah kerana Jabatan Latihan mempunyai lebih 80 kem yang mampu menempatkan pelatih PLKN apabila sesi bermula, tahun hadapan. 

Kita mengalu-alukan tindakan cepat Kerajaan untuk mengendalikan mangsa-mangsa pelarian Rohingya dengan cepat dan effisyen. Kita juga turut bersyukur kesudia JLKN untuk menerima tetamu negara ini. Selain dari kebajikan yang kita berikan kepada mangsa-mangsa keadaan, sekurang-kurangnya pengendali kem PLKN tidak akan mengalami kerugian sementara latihan dihentikan seketika.

0 SPAD Tidak Pernah Leka Melakukan Operasi Di Seluruh Negara Untuk Keselamatan Orang Awam

Ramai yang terlepas pandang fungsi atau khidmat yang diberikan oleh Suruhanjaya Pengangkutn Awam Darat (SPAD). SPAD adalah badan berkanun yang di tubuhkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.  SPAD ditubuhkan secara rasmi pada 3 Jun 2010.

Bagi memastikan SPAD dapat melaksanakan tugas dan objektif penubuhannya secara lebih efisyen dan efektif, SPAD telah diletakkan di bawah pengawasan YAB Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri.  

Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.

Suruhanjaya ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan  Jalan. SPAD tidak pernah leka di dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang demi memastikan keselamatan orang awam terjaga dan dilindungi. Ikuti perjalanan anggota-anggota SPAD bertugas di seluruh negara dalam tiga hari lepas.

21/05/2015:

Ops Serkap (bas) telah dijalankan sekitar Kuala Lumpur, Rawang dan Shah Alam. 11 kes atas kesalahan melanggar syarat permit. Sebuah bas disita kerana melakukan kesalahan berulang.


Ops Tegar (teksi) sekitar Pudu dan Bukit Bintang. 3 buah teksi telah disita atas kesalahan tidak menggunakan meter.


20/05/2015:

Bahagian Penguatkuasaan S.P.A.D telah membuat satu operasi Di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada 20 Mei 2015. 3 teksi telah ditahan kerana melanggar syarat permit.



 Manakala Operasi di Lebuhraya Seberang Jaya telah menahan sebuah lori lebih muatan.


Operasi penguatkuasaan sekitar Kuantan pula, 13 kes lori melanggar syarat permit dan membawa lebih muatan telah ditahan.




Sekitar operasi sekitar Bandar Melaka dan Johor Bahru. 2 buah lori, sebuah bas henti dan sebuah bas sekolah telah didapati melanggar syarat permit membawa muatan melebihi paras yang dibenarkan.





19/05/2015:

Operasi telah dilakukan di Bukit Selambau, Kuala Ketil. 3 buah lori telah ditahan atas kesalahan membawa lebih muatan.



Operasi harian di Bandar Melaka dan Melaka Tengah sebanyak 6 buah kereta sewa diambil tindakan kerana mengenakan tambang lebih.



19 Wacana Pemikiran Mat Sabu? Sakit Otak Ka Geng PR Ni?


Tidak pasti sama ada hendak menangis atau ketawa apabila membaca hebahan program oleh Chegubard di laman sosial Facebook. Pada 25hb ini bakal berlangsungnya satu program hebat dari puak PR yang dinamakan 'Wacana Pemikiran Politik Dan Perjuangan Mohamad Sabu'. Dalam banyak-banyak pemimpin PAS, Mat Sabu yang menjadi ikonnya.

Tidak dapat dipastikan apa yang bakal diucapkan oleh tuan punya diri. Mungkin beliau akan menceritakan pengalamannya ketika berada di Bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu ketika mudanya, ke manakah hilangnya dana Tabung Memali, bagaimana magiknya duit Kohilal berjuta-juta lesap atau bagaimana hebatnya beliau menjadi pembantu paling setia untuk DAP.

Jadi marilah kita beramai-ramai mengimarahkan majlis ilmu ini. Untuk makluman, iklan ini tidak dibayar oleh pihak PAS mahupun DAP. Harap maklum.

May 21, 2015

0 #RMK11 - Pemimpin MCA Datuk Dr @WeeKaSiong Ucap Terima Kasih Kepada DS @NajibRazak #KekalNajib


Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang menjadi pelonjak terakhir sebelum memasuki gelanggang negara maju memberi tumpuan kepada pemba­ngunan untuk kesejahteraan rakyat menerusi pendekatan inklusif dan mengambil kira keperluan setiap lapisan masyarakat telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak hari ini. Perdana Menteri berkata pelan pembangunan bagi tempoh 2016-2020 ini bukan sahaja membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju seperti mana dari segi definisi pendapatan per kapita malah lebih daripada itu, membangunkan sebuah tamadun holistik.

Hasil perbentangan RMK11 ini mendapat banyak maklum balas positif daripada pemimpin Kerajaan dan juga pembangkang. Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong antara pemimpin yang terawal mengulas tentang RMK11 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Datuk Dr Wee mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas pengumuman ini yang mana mampu memacu negara ke hadapan berpendapatan tinggi. Datuk Dr Wee merujuk RMK11 yang merupakan rangka tindakan bagi Malaysia sebagai perkembangan besar dalam tempoh lima tahun akan datang menuju cita-cita Wawasan 2020.

Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang terus memberi perhatian kepada Kampung Baru Cina terutamanya dalam bentuk Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina untuk membantu 607 penduduk Kampung Baru Cina memulakan perniagaan. Program yang dilancarkan sejak 2011 ini telah memberi manfaat kepada masyarakat Cina sehingga 2014. Datuk Dr Wee dalam kenyataan tersebut berharap lebih ramai penduduk kampung mampu mengubah kehidupan mereka melalui perniagaan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan bahawa kebajikan serta kesejahteraan masyarakat Cina dilindungi. Ini membuktikan kepimpinan Perdana Menteri tetap mengambil berat tentang masyarakat berbangsa Cina walaupun beliau dilabel sebagai seorang pemimpin yang kononnya rasis oleh pihak pembangkang. Tambahan lagi, semua usaha Kerajaan sedang menampakkan hasil apabila sokongan masyarakat Cina kepada BN telah meningkat dalam kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh. 

Ini membuktikan masyarakat berbangsa Cina kini telah mula kembali menyokong BN dan yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri. PMK11 untuk semua lapisan masyarakat. Perdana Menteri memastikan tiada golongan kaum dan Agama yang akan terpinggir. Ini diiltizamkan oleh Perdana Menteri dengan ucapan berikut:

"Justeru, saya menyeru kepada rakan-rakan yang setia, sekiranya kita bersabar, seandainya kita terus kukuhkan kepercayaan, juga keyakinan di dada, bertawakal kepada yang Maha Kuasa, kelak akan terbentanglah jalan keluar dan kemenangan buat kita. Begitulah, kita wajib menghitung doa dan berharap bahawa RMK11 ini, akan disokong dan memanfaati semua lapisan."

May 20, 2015

22 Kenapa Macai PAS Tidak Berdemo Lim Guan Eng Jual 20 Ekar Tanah Batu Kawan Bernilai RM30 Juta Kepada Pelabur Asing?


Apabila syarikat milik penuh Melayu Islam, Lembaga Tabung Haji membuat urusan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang akan memberikan keuntungan beribu juta ringgit apabila dibangunkan kelak, maka juak-juak PAS termasuk penyokong-penyokong Mantan Perdana Menteri menyalak memprotes keputusan syarikat berkenaan. Ini telah mengakibatkan Lembaga Tabung Haji terpaksa menjual semula hartanah tersebut dan terpaksa berpuas hati dengan keuntungan yang minima kerana hasad dengki daripada bangsa sendiri.

Ketika orang-orang Melayu sedang bergasak sesama sendiri dalam urusan pelaburan yang menguntungkan bangsa sendiri, Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam diam-diam telah berjaya menjual tanah jajahan DAP di Pulau Pinang kepada pelabur asing. Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng yang mewakili Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual tanah Batu Kawan seluas 20 ekar dengan harga RM30 juta!

Kenapa macai-macai PAS dan penyokong-penyokong Mantan Perdana Menteri tidak mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (PAC) untuk mengadakan siasatan rapi ke atas urusan penjualan tanah negeri ini? Kenapa syarikat Melayu hendak membeli tanah negara, macai-macai menyalak dan apabila DAP menjual tanah negara, macai-macai ini membisu seribu bahasa? 

Kenapa tidak panggil Lim Guang Eng berdebat secara langsung di TV? Kenapa tidak membuat demonstrasi meminta Ketua Menteri Pulau Pinang meletakkan jawatan? Sebenarnya syarikat pelabur Singapura ini hendak membeli tanah atau hendak melabur? Kenapa tidak menggunakan kaedah Penang Development Corporation (PDC) sebelum ini di mana Kerajaan menyediakan tanah sebagai pajakan dan bukannya terus menjual kepada syarikat?

0 Tiada Lebihan Kos Dalam Pembinaan KLIA2, Jawab Menteri Pengangkutan Kepada MP DAP Raub


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam jawapan bertulis kepada MP Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, tiada sebarang kos yang terlibat dalam pembinaan ditangguhkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kedua (KLIA2). 

DS Liow berkata, kenaikan kos disebabkan oleh konsep reka bentuk baru untuk lapangan terbang.Tambahnya, pihak yang berkepentingan seperti syarikat-syarikat penerbangan dan kerajaan mempunyai "keperluan terperinci", yang boleh turut menyumbang kepada peningkatan kos.

KLIA2 dibuka pada 2 Mei tahun lepas. Pembinaan lapangan terbang untuk penerbangan tambang murah telah mendapat bankangan yang kuat daripada Ahli Parlimen pembangkang kerana harganya mencecah RM4 billion, iaitu tiga kali anggaran kos asal.

DS Liow juga berkata, Malaysia Airports Holding Bhd adalah dalam rundingan dengan kontraktor KLIA2, JV UEM-Binapuri untuk membincangkan pembayaran ganti rugi bagi kelewatan dalam menyiapkan projek ini.

May 19, 2015

0 SPAD Sita Dua Kereta Mewah Dalam Operasi Uber



Mulai 1 Oktober 2014, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan operasi memburu pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber. Ini berikutan penggunaan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang adalah melanggar Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. 

Ia juga bercanggah dengan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana tidak memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam, yang pelakunya boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Semalam, dalam operasi yang dilakukan oleh pihak SPAD, dua kenderaan mewah telah berjaya disita. Tindakan bersepadu dan berkala oleh pihak SPAD untuk membuat pemantauan terhadap perkhidmatan Uber haram harus dipuji. Penumpang perkhidmatan Uber dilindungi skim insurans sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Selain daripada itu, perkhidmatan Uber bagaikan teksi sapu di mana ianya boleh mengancam industri teksi di negara ini.

Kebanyakan negara di dunia telah mengharamkan operasi Uber. Mahkamah Serantau Jerman dilaporkan mengeluarkan injunksi sementara terhadap Uber kerana pemandunya tidak mempunyai lesen komersial yang diperlukan untuk mengambil penumpang. Perkhidmatan Uber juga dilaporkan tidak dibenarkan beroperasi di Jakarta kerana tidak memiliki permit pengangkutan awam.

0 Program Sembang Santai Ahli Parlimen Kota Tinggi Bersama Warga Tanjung Sedili Mengeratkan Ukhwah


Perdana Meteri, DS Mohd Najib Tun Razak seringkali menyarankan agar Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) menyelami nurani serta merasai denyut nadi rakyat di kawasan mereka. Caranya mudah iaitu dengan turun ke kawasan bagi mendengar permasalah, pandangan serta cadangan daripada masyarakat setempat. Tidak terkecuali Ahli Parlimen Kota Tinggi , Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid, yang kerap turun padang bagi bertemu sendiri dengan penduduk setempat.

Bagi menhayut seruan pimpinan negara, satu program yang dinamakan 'Program Sembang Santai' telah diadakan di Tanjung Sedili baru-baru ini. Majlis yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran kira-kira 100 orang warga Tanjung Sedili yang terdiri daripada pelbagai golongan. Program itu yang sentiasa dinantikan oleh masyarakat setempat adalah anjuran JKKK Tanjung Sedili, UMNO Cawangan Tanjung Sedili dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Selain daripada bertemu masyarakat di dalam Parlimennya, majis ini juga memberi peluang Ahli Parlimen Kota Tinggi menyampaikan maklumat dan infomasi berkaitan isu terkini seperti GST dan peluang-peluang yang disediakan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri seperti peluang pekerjaan di wilayah pembangunan Iskandar dan PIPC juga RAPID di Pengerang.

Beliau yang ditemui berharap masyarakat setempat terutamanya golongan belia tidak ketinggalan dalam merebut peluang pekerjaan yang disediakan di wilayah pembangunan Iskandar dan PIPC juga RAPID di Pengerang. Menurut Datuk Ehsanuddin, banyak soalan-soalan serta cadangan dari sudut pembangunan, prasarana, penambah baikkan dan kebajikan penduduk telah diutarakan. 

Menurut beliau, ianya telah dijawab secara langsung dan cadangan-cadangan telah direkodkan bagi tujuan tindakan selanjutnya. Tambah beliau lagi, sebelum Tanjung Sedili, beberapa kawasan lain juga telah mengadakan program yang sama dan usaha ini akan diteruskan dan diadakan lagi di masa-masa akan datang.




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates