May 16, 2015

0 YB DAP Kinrara Tidak Iktiraf Kaum Wanita India Untuk Anggotai PWB?


Agak mengejutkan apabila tiada kaum India menganggotai Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB). Adakah ADUN Kinrara, YB Ng Sze Han seorang yang anti India? Kenapa tiada seoarangpun wanita India dilantik di dalam Majlis Penyampaian Watikah PWB hari ini? Untuk rekod, Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Komuniti Wanita (PKW) ditubuhkan sebagai pusat aktiviti wanita dengan misi pemberdayaan wanita di negeri Selangor. 

Misi itu kononnya ingin melahirkan wanita berdaya yang mampu meningkatkan kualiti hidup diri, keluarga dan masyarakatnya, khususnya dalam bidang ekonomi, kewangan, kesihatan, kepimpinan, sosial dan teknologi maklumat. Dalam erti kata lain, wanita-wanita India di DUN Kinrara tidak perlu dipertingkatkan kerana mereka tidak mempunyai seorang wakilpun di dalam PWB.



0 Wanita MCA Akan Mendapatkan Semakan Kehakiman Bagi Kes Rogol Di Sibu


Wanita MCA akan memohon bagi semakan kehakiman berhubung kes rogol statutori di Sibu baru-baru ini apabila pesalah dalam kes itu dibebaskan walaupun mengaku bersalah melakukan jenayah itu. Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata beliau dan pasukannya akan berjumpa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail minggu depan berhubung keputusan kes itu, yang beliau sifatkan sebagai amat mengejutkan dan mungkin menetapkan kes contoh (precedent case) yang amat teruk pada masa depan.

Wanita MCA akan mendesak bagi semakan kehakiman daripada Peguam Negara. Wanita MCA berpendapat penjelasan yang sahih perlu diberikan bagi justifikasi keputusan itu kerana keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi juga mesti dilihat telah dilaksanakan. Datuk Heng berkata pada sidang media di Wisma MCA di sini hari ini.

Dalam keputusan yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu, Mahkamah Rayuan di Sibu pada Khamis lepas membebaskan Bunya Jalong, 60, walaupun lelaki itu mengaku telah merogol gadis 14 tahun, empat tahun lepas. Gadis itu kemudiannya melahirkan seorang anak yang DNA bayi itu sepadan dengan Bunya.

Dalam perkembangan berkaitan, Heng berkata pergerakan itu telah menubuhkan Jawatankuasa Semakan Undang-Undang untuk mengkaji undang-undang dan peraturan yang tidak memihak kepada wanita, remaja perempuan dan kanak-kanak. Menurut Datuk Heng, antara aspek yang akan dikaji adalah penjagaan dan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing. 

Bagi tujuan ini, Wanita MCA berharap untuk mengadakan perbincangan dengan NGO (badan bukan kerajaan) dan kumpulan wanita. Datuk Heng berkata Seksyen 375 Kanun Keseksaan juga perlu dipinda untuk memberikan definisi lebih luas tentang rogol.

11 Tun Dr Mahathir Dedah Speaker Dewan Rakyat Letak Jawatan - Betul Ka Fitnah Ni?

Terkini 11:00 PM:

TS Pandikar Amin Mulia sudahpun membuat Kenyataan Akhbarnya. Baca sendiri.

Posting Asal:



Tun Dr Mahathir Mohammed ketika berucap di forum Bicara Negara di Ipoh, petang tadi menededahkan TS Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat. Agak mustahil Negarawan kita untuk menyampaikan berita yang tidak betul memandangkan beliau baru sahaja pulang dari mengerjakan Umrah, semalam.

Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketika ditemubual wartawan The Star, baca di sini, mengesahkan ianya hanya spekulasi. Datul Ronald berkata beliau telah bertemu dengan TS Pandikar beberapa hari sebelum ini dan bahawa Speaker Dewan Rakyat berkenaan tidak menyebut apa-apa.

Agaknya, Speaker Dewan Rakyat sekarang menghantar surat perletakan jawatan kepada Mantan Perdana Menteri kot? Itu sebabnya Tun Dr Mahathir tahu berita ini dahulu. Walau bagai manapun, kita tunggu pengesahan daripada TS Pandikar Amin sendiri.




0 SPAD Ambil Tindakan Tegas Terhadap Bas Ekspres jual Tiket Lebih Mahal


Di dalam operasi bersepadu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama-sama agensi penguatkuasaan lain di Plaza Tol Jasin di sini malam tadi, SPAD telah berjaya mengesan pengusaha bas ekspres yang bersekongkol dengan ulat tiket untuk menjual tiket pada harga lebih mahal. Menurut Ketua Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha bas ekspres yang didapati menjual tiket pada harga yang lebih mahal terutama pada musim perayaan atau cuti umum. 

Beliau berkata tindakan akan diambil mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Beliau juga berharap penumpang yang mengalami situasi ini melaporkan kepada SPAD untuk tindakan.

Datuk Che Hasni berkata terdapat juga penjual tiket tidak menyerahkan tiket kepada penumpang bertujuan menutup penipuan kenaikan harga yang dilakukan mereka dan menurutnya perbuatan itu adalah salah. Berhubung operasi itu, Datuk Che Hasni berkata sebuah pengusaha bas ekspres disyaki terlibat dengan kegiatan ulat tiket kerana pemeriksaan SDAP mendapati penumpang ditawarkan harga tiket berbeza-beza dan ada di antaranya tidak memiliki tiket bas. SPAD katanya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pemandu, penumpang dan pengusaha bas berkenaan bagi tindakan susulan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 59 kes kesalahan dikenal pasti dilakukan pemandu lori, bas, dan teksi termasuk gagal mengemukakan permit kenderaan atau lesen pengendali, gagal mengemukakan jadual tambang dan membawa muatan lebih. Beliau berkata dalam 2,100 operasi harian antara Januari hingga April tahun ini, teksi didapati paling banyak melakukan pelbagai kesalahan membabitkan 1,495 kes diikuti lori (1,478), bas (561) dan kereta sapu (88). Kesalahan tertinggi yang dilakukan pemandu teksi ialah tidak menggunakan meter dengan jumlah kes sebanyak 1,056 dan SPAD akan terus melakukan operasi dan penguatkuasaan bagi memastikan mereka menggunakan meter agar penumpang tidak ditipu.

May 15, 2015

19 Apa Cerita Ahli Parlimen PKR Miri Dipukul Kayu Baseball?



Ahli Parlimen Miri yang juga Pengerusi PKR Cabang Miri, Dr Micheal Teo Yu Keng, ditemui cedera di hadapan kliniknya di Jalan Sri Dagang, pagi tadi. Beliau dikatakan telah dipukul oleh individu yang tidak dikenali dengan menggunakan kayu baseball. Ahli Parlimen Miri ini dikhabarkan mengalami patah tulang dan suspek yang memukulnya telah melarikan diri dengan sebuah kereta.

Ketika bertugas di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lepas, CTS ditempatkan di kawasan Parlimen Miri. Menurut penduduk setempat, klinik Dr Teo memang terkenal sebagai pusat untuk remaja menggugurkan kandungan anak luar nikah. Namun kebenaran cerita dari penduduk setempat tidak dapat dipastikan. Adakah kejadian hari ini bersangkutan dengan perkara berkenaan atau ketidak puashatian di dalam bidang politik juga masih belum diketahui.



May 14, 2015

0 SPAD Yakin Sasaran 40 Peratus Dalam Penguasaan Modal Pengangkutan Awam Boleh Dicapai


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yakin sasaran 40 peratus penguasaan modal menjelang 2030 dalam penggunaan pengangkutan awam boleh dicapai. Menurut Pengerusi SPAD, TS Syed Hamid Albar, dengan bilangan penumpang bagi pengangkutan rel awam (KTM Komuter, LRT, Monorel dan ERL) telah meningkat dengan ketara, penguasaan modal sebanyak 25 peratus akan dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Menurut TS Syed Hamid, penumpang dalam pengangkutan rel telah meningkat secara mendadak dan Prasarana Malaysia Bhd sedang berusaha bagi memastikan integrasi untuk menghasilkan sistem pengangkutan awam yang cekap di negara ini. SPAD katanya sedang bergerak di landasan yang betul untuk mencapai sasaran penguasaan modal sebanyak 40 peratus dalam tahun 2030.

Katanya, transformasi pengangkutan awam di Malaysia masih belum matang memandangkan SPAD sendiri baharu sahaja ditubuhkan dalam 2010, sambil menambah penguasaan modal dalam pengangkutan awam di kawasan bandar telah meningkat kepada 20.8 peratus pada 2013 daripada 19.6 peratus dalam tahun sebelumnya.

TS Syed Hamid menambah, golongan belia sekarang lebih suka menggunakan pengangkutan awam, jadi sekiranya ianya cekap dan berpatutan, ia akan menjadi mod pilihan mereka. Sasaran 40 peratus telah diletakkan di bawah Deraf Induk Akta Pengangkutan Awam Darat Negara yang diluluskan pada Oktober 2013, dan setakat ini segala kerja menepati deraf tersebut.

Rancangan induk ini mempunyai wawasan mengenai sistem pengangkutan darat awam yang selamat, boleh dipercayai, cekap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dimiliki dan mampan untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi serta kualiti hidup. Hari ini orang ramai adalah lebih berdisiplin, mereka tidak lagi tergesa-gesa, tetapi tahu bagaimana untuk beratur dan stesen-stesen agak bersih.

Oleh itu TS Syed Hamid berkata sebaik sahaja SPAD memperkenalkan sistem tiket yang bersepadu, ia akan menjadi lebih cekap dan kami menyasarkan perjalanan yang lancar dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Beliau turut menambah, MRT1 akan beroperasi menjelang 2017.

42 Juak PAS Demo Nak Keluarkan Pitih Dari #TabungHaji Di Kelantan




CTS sokong 200% demo beberapa Rakyat Kelantan ingin mengeluarkan pitih dari Tabung Haji. Keluarkanlah saje Abe. Tak dok siapa yang larang. Berapa banyak pung pitih Abe kat dalam Tabung Haji tuh. Pakat keluar rame-rame meh. Senang kami yang beratur mendaftar hendak pergi menunaikan fardhu Haji ni boleh potong giliran. Agak-agak selepas keluar pitih dari Tabung Haji tu di mana nak disimpannya agaknya? 

Ooo mungkin di Koperasi Kohilal. Dijamin dividen 40% setahun. Kelakar betul juak-juak PAS ni. Duit Kohilal yang didakwa lesap sebanyak RM45 juta masih gagal dijawab oleh pimpinan PAS. Itupun pemimpin PAS, Mahfuz Bean Omar ada hati hendak ambil alih kepimpinan Tabung Haji. Lawok petang deh!


52 Apa Motif TV3 Memanggil Mantan Pebangkang Untuk Menghentam Tun Dr Mahathir? cc. TS @Johan_Jaaffar


Buletin Utama sejak dua tiga hari lepas semakin menjadi kelakar. Tidak dapat dipastikan apakah motif TV3 menjemput Mantan Timbalan Pengerusi DAP, Tunku Aziz dan malam selepasnya pula turut menjemput Senator Ezam Md Noor, bekas orang kuat PKR yang mendakwa mempunyai berkotak-kotak bahan bukti yang sehingga sekarang gagal untuk membuka kotak-kotak berkenaan. 

Bekas pemimpin-pemimpin pembangkang ini tidak mempunyai 'locus standi' dan karisma untuk dibawa mengulas isu politik negara, apatah lagi digunakan untuk menyerang Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammed. Adalah diharapkan malam ini dan malam-malam seterusnya, Buletin Utama tidak lagi menggunakan bekas-bekas pemimpin pembangkang untuk menghentam Mantan Perdana Menteri. Keadaan ini bukan sahaja masyarakat akan menaruh simpati kepada Mantan Perdana Menteri malah turut menyebabkan Perdana Menteri sendiri dibenci oleh masyarakat.

CTS bukannya apa, takut-takut selepas ini digunakan pula Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Negeri Kedah, Zamil Ibrahim atau Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah atau lebih teruk lagi 'Ayahanda' Abdul Rani Kulop untuk mengulas isu perselisihan faham di antara DS Mohd Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohammed. Biarlah isu dalaman parti yang melibatkan anak beranak diselesaikan sesama mereka sendiri. Orang luar tidak perlulah sibuk-sibuk. TV3 tidak perlulah menjadi batu ronson.

Buat penyokong Tun Dr Mahathir mahupun penyokong DS Mohd Najib Tun Razak, video di bawah harus dijadikan ikhtibar. Di dalam proses menurunkan sesuatu harus dilakukan dengan berhati-hati. Silap-silap yang hendak diturunkan dan yang hendak menurunkan, kedua-dua terjatuh. Beginilah senario politik di dalam UMNO jika kita tidak berhati-hati. Renung-renungkan.

video

May 12, 2015

56 Sahibul Samahah @LimKitSiang Tolak Hudud Di Pentas Kota Bharu, Apa Kata Anak TG Nik Aziz?


Dua hari lepas, satu fraksi PAS telah mengadakan Ceramah Perdana bertempat di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Dalam banyak-banyak alim ulama yang ada di dalam Malaysia, PAS telah menjemput Sahibul Samahah Lim Kit Siang untuk membicarakan tentang Hudud?

Di dalam ceramah berkenaan, Sahibul Samahah Lim Kit Siang sebagai seorang bukan Islam telah bercerita pengalaman beliau ketika melawat Timur Tengah dan berjumpa dengan Ulamak Islam dan mereka berbeza pendapat dalam pelaksanaan Hudud. Sahibul Samahah Lim Kit Siang juga juga mengupas kitab Dr. Yusof Qardhawi mengenai Hudud dan lebai-lebai PAS terlopong di bawah. 

Mereka mempertikaikan Datuk Ahmad Maslan membicarakan pasal GST tetapi mereka menjemput Sahibul Samahah Lim Kit Siang untuk membicangkan Hudud? Sahibul Samahah Kit Siang ini lulusan Undang-Undng Islam kah atau pakar Al Quran dan Hadis? Satu kelulusan pun tidak ada sibuk hendak pertikai ulama yang berbahas dan berbeza pendapat. Inilah pemahaman Hudud dan Islam dari kacamata seorang Kafir Sosialis. Kegilaan apakah ini?

Hari ini, anak mantan Mursidul Am PAS, Nik Mohamad Abduh dengan nada menyindir berkata, "Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama LKS ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah."


10 Lihat Bagaimana Cina DAP @ngakorming Memfitnah DS @NajibRazak Dan @SaifulBukhari Azlan


Modus operandi Cina DAP yang kebetulan Ahli Parlimen Taiping ini sangat mudah. Dapatkan gambar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, yang kebetulan pengawal peribadinya seakan-akan berwajah Saiful Bukhari Azlan, lalu diwujudkan persepsi bahawa kedua-dua mereka adalah rapat. Buat saja pertanyaan di atas gambar tersebut, "LIHAT! Siapa di belakang NAJIB". 

Jahat sungguh perancangan pemimpin DAP ini. Bijak memanipulasi gambar ketika Perdana Menteri dalam rangka lawatannya ke Tawau, Sabah dua hari lepas untuk membuat fitnah. Sedangkan pada gambar berkenaan diambil, Saiful Bukhari Azlan dan keluarganya sedang mengerjakan umrah di Mekah.

4 Tanah Liat Dalam DUN Penanti, Permatang Pauh Banjir - Kak Wan Di Mana, Awak Di Mana?

Kemaskini 2.00 PM:

Orang ini jugalah yang turun membantu ketika Rakyat Permatang Pauh ditimpa masalah. Tahniah kerana meneruskan tradisi UMNO sebagai pembela Rakyat. Terima kasih Mohd Zaidi Mohd Said atau lebih dikenali dikenali 'Cikgu Zaidi', Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh.


Posting Asal:




Hujan lebat menjelang Subuh pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di Tanah Liat, Permatang Pauh banjir. Bala banjir di Kajang sudah berpindah ke Permatang Pauh. Adalah diharapkan pengundi-pengundi Permatang Pauh akan menggunakan sepenuh khidmat Yang Berhormat Ahli Parlimen yang baru sahaja memenangi kerusi berkenaan minggu lepas. Buat Ahli Parlimen berkenaan janganlah hanya mengoreng cekodok, bermain bola dan sepak takraw dan melawat pengundi hanya ketika kempen sahaja. inilah masa pengundi-pengundi memerlukan anda.

Sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, ADUN Penanti ada mengeluarkan 5 usul untuk Sidang DUN dan salah satunya berkaitan banjir. Malangnya kesemua usul telah dibuang oleh Speaker DUN. Macam manalah agaknya cara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen yang baru hendak menjaga pengundi-pengundi Permatang Pauh?





6 ZAM Ni Agak-Agaklah Nak Mengampu - Siapa Kata Tun M Pergi Umrah?


Kalau hendak membodek biarlah kena caranya. Kalau hendak menjadi batu ronson, biarlah betul faktanya. Janganlah terlalu berusaha untuk melaga-lagakan dua tokoh negara sehingga terpaksa melakukan fitnah. Adakah TS Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan ini tidak tahu Tun Dr Mahathir Mohamed ke Kuwait untuk berucap di forum "Leading Organisations In A Chaotic Environment" atau beliau sengaja membuat posting konnonya Tun Dr Mahathir berada di Mekah mendoakan agar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berundur diri. 

Apa punya batu apilah orang macam ni. TS Zainuddin Maidin atau nama penanya ZAM pernah menulis di dalam blognya di sini, untuk tidak lagi menulis politik semasa. Kenapa semasa di dalam posting blog terbarunya beliau kembali menjadi batu ronson? Orang sebegini yang disekeliling yang menyebabkan ramai pemimpin bergaduh sesama sendiri.


P/s: Takkanlah Kelab Che Det yang mengaku kelab nombor satu di Malaysia yang menyokong Tun Dr Mahathir tidak tahu ke mana mentor mereka pergi? Cuba lihat posting di bawah:

May 11, 2015

27 Kenapa Tony Pua Kecut Telor Untuk Batalkan Saman Fitnah DS @NajibRazak ?


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee memfailkan permohonan bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak terhadapnya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Baca di sini. Tony Puaka ... maaf typo, Tony Pua memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Najib atas alasan Najib tidak mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan saman terhadapnya dan mendakwa saman itu bertujuan untuk menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Persoalannya, kenapa Tony Puaka ... maaf typo, Tony Pua takut dan gentar untuk berhadapan dengan Perdana Menteri di mahkamah? Bukankah pada 13 November tahun lepas, Pua sebagai seorang penceramah utama pada majlis makan malam Kutipan Dana DAP ketika memberi ucapan berhubung isu 1MDB, membuat fitnah antara lain membawa maksud bahawa DS Najib Razak merompak duit Rakyat berkaitan urus niaga 1MDB dan beliau juga mendakwa Perdana Menteri adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam? 

Alasan yang digunakan olehnya tidak kuat dan mengambarkan beliau seorang yang penakut. Beliau sepatutnya menggunakan sepenuhnya medium mahkamah untuk memalukan Perdana Menteri dan memberikan segala bukti yang ada untuk membuktikan segala kata-katanya di dalam ceramahnya itu. Adakah Tony Pua terlupa, beliau pernah berkata, "Saya isytiharkan untuk mencabar saman perdana menteri. Pada masa sama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam yang menawarkan khidmat secara percuma." Baca di sini. Di mana telormu sekarang Tony Puaka ... maaf typo, Tony Pua?

27 @ngakorming Pertikai DS @AzeezPutera Pengerusi #TabungHaji, Kenapa Tak Pertikai Juga Lembaga Pengarah PBA?


Agak kurang ajar apabila Ahli Parlimen Cina DAP Taiping ini mempertikaikan Ahli Parlimen UMNO, DS Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji. Orang-orang Melayu termakan hasutan Cina DAP ini. Mereka terlupa hampir semua orang politik DAP dan PKR dilantik di dalam Syarikat Milik Kerajaan (GLC) Perbadana Bekalan Air Pulau Pinang (PBA).

Nga Kor Ming sepatutnya mengutuk juga tindakan rakan-rakan sekutunya DAP Penang yang meletakkan 60% pemimpin Cina DAP PKR di dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah PBA. Ini dipanggil apa Nga Kor Ming? Adakah ianya menepati slogan 'Competency, Accountability and Transparency (CAT)' yang diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang? Kesimpulannya, disebabkan Pulau Pinang tida penglibatan 1MDB, persoalan 'conflict of interest' takkan timbul.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates