March 21, 2015

18 Mogok Lapar Pula Untuk Anwar Ibrahim Di Penjara Sungai Buloh #KitaLawan




Kalau Melayu berkelakuan bodoh dengan berhimpun di sekitar Dataran Merdeka untuk menunjukkan sokongan kepada KETUM Anwar Ibrahim, lain pula halnya di perkarangan Penjara Sungai Buloh. Beberapa orang berbangsa India pula mengadakan mogok lapar untuk Anwar Ibrahim. Saya amat bersetuju dengan cara ini. Cumanya diharap mereka tidak menipu dan mogok lapar sehingga meninggal dunia.

Tidak dapat dipastikan kenapa gambar Mahatma Ghandi dan Aung San Suu Kyi di poster belakang tu. Walaupun kedua-dua pemimpin ini pernah dipenjarakan, mereka tidak pernah meliwat! Setakat mogok lapar tidak berapa ganas. Cuba buat-buat simbah minyak ke badan dan kemudian bakar macam dekat India tu. Barulah jadi hero. Diaorang tak tahu kot, Anwar Ibrahim dalam penjara tu dapat makan sedap-sedap dan tidak pernah kelaparan. Suka hati kau lah labu.

20 Terkini Dan Sensasi!!! 50 Ribu Berhimpun #PecatIGP #KitaLawan cc. @KBAB51

Tidak dapat dipastikan lagi sama ada yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut hari ini manusia atau lembu. Puluhan ribu yang hadir ini ingin mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan. Menurut Haprakdaily dan Keldaian Daily, jumlah yang akan berhimpun dijangka mencecah 100 ribu menjelang maghrib.





Menjelang Maghrib ...

7 DAP Pergunakan Perempuan Melayu Untuk Burukkan Hukum Hudud Dalam Simposium


Lihat bagaimana ciliknya DAP mempergunakan wanita-wanita Melayu untuk mempermainkan Hukum Allah. Cukup berani! Melalui Sekolah Demokrasi DAP, DAP menganjurkan simposium dan dialog dengan mempertaruhkan wanita-wanita Melayu yang boleh dipertikaikan akhlak mereka. DAP menghina Umat Islam dengan mengadakan simposium dan dialog yang bertajuk Simposium Hudud: Satu Realiti. Menambah garam ke luka, DAP telah menjemput Paderi Harold Malaysia, Lawrence Andrew, paderi yang ingin mempergunakan Kalimah Allah dalam 'The Harolds' dengan membawa Kerajaan Malaysia ke mahkamah.

Siapa tidak kenal dengan barisan panel simposium seperti Dyana Sofea yang belum menjawab kontroversi gambar-gambar itimnya dan juga bergambar seksi di katil. Siapa tidak kenal dengan Aisyah Tajuddin, anak bekar Pensyarah UTM di mana kedua-dua ibu bapanya ahli DAP. Aisyah terkini mengegarkan dunia media sosial dengan video stesen radio BFM88.9 yang menyifatkan hudud sebagai 'barbarian'. Yang berpurdah dan bertudung seperti Melati Rahim dan Rara Othman pula akan bercakap bahawa hukum Hudud merupakan kekarutan hukum manusia dan jenayah kemanusiaan.

Kesian betul, pakai tudung, pakai purdah tapi ilmu belum cukup nak mempersoalkan hukum Allah. Kenapa mereka takut kepada kesalahan terhadap hukuman Hudud. Selalu buat salah ka? Kalau tak buat, jangan takut lah adik-adik. Sungguh kurang ajar DAP bersembunyi di sebalik anak-anak Melayu untuk menghina Islam. Cina cauvinist DAP ini semakin kurang ajar dan mencabar Umat Islam.

Kemaskini 22/03/2015:

Sejak petang semalam, pemimpin-pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan menafikan kewujudan majlis simposium berkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada poster berkenaan diwujudkan untuk melaga-lagakan PAS-DAP ataupun majlis berkenaan dibatalkan pada saat akhir kerana mendapat bantahan dari orang awam. CTS sendiri tidak mengambil maklumat di atas di tepi jalan sebaliknya mendapat poster berkenaan daripada orang yang menjadi kepercayaan PR. Lihat di bawah.

1 Isu Aisyah Tajuddin - Dr Mashitah Sudah Ingatkan Kenapa DAP Bantah Hudud


Pada 19 Mac 2015, video bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" telah dimuat naik. Video berkenaan disampaikan oleh Aisyah Tajuddin setelah Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993). Video BFMRadio itu mengkritik Hukum Hudud yang diluluskan oleh kerajaan PAS Kelantan menjadi viral di media sosial. Tidak hanya mengkritik dan mempersendakan perlaksanaan hukum dan undang-undang hudud di negeri Kelantan oleh Kerajaan Negeri, video BFMRadio dengan penampilan Aisyah Tajuddin juga mengkritik hukum hudud serta syariat menutup aurat bagi wanita adalah dianggap ramai sebagai melampau dan keterlaluan. Ramai yang tidak bersetuju dan meninggalkan komen yang mengecam tindakan BFMRadio serta Aisyah Tajuddin.

Stesen radio berteraskan kandungan bisnes, BFM, telah memohon maaf atas klip video berkenaan yang telah menjadi viral di internet hingga menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang awam. Dalam satu kenyataan rasmi beberapa hari lepas, BFM menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai niat untuk mempersoalkan tentang pelaksanaan hukum hudud, seperti yang dinilai penonton video tersebut.


Tindakan Aisyah Tajuddin mempersendakan hukum Hudud tidak menjadi satu kejutan. Jika diteliti latar belakangnya, Aisyah Tajuddin merupakan anak kepada ibu bapa yang menjadi ahli dan menganut fahaman DAP. DAP seperti yang kita ketahui adalah penentang utama hukum Hudud untuk dilaksanakan di Malaysia. Walaupun PAS dan DAP berada di dalam Pakatan Pembangkang yang sama, hukum Hudud kerap kali menyebabkan kedua-dua parti sering tidak bersefahaman.

Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah mengingatkan di dalam rencana yang ditulisnya di dalam Sinar Harian dua bulan lepas yang bertajuk "Kenapa DAP Bantah Hudud". Baca di sini. Dr Mashitah menulis:
Menurut Lim Kit Siang, DAP mengambil keputusan tidak menyertai pakatan pembangkang bersama Pas ketika hadapi Pilihan Raya Umum 1986 dan 1990 kerana membantah hasrat melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan Negara Islam.
Malah, dalam PRU 1990, DAP meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dun Padang Garong dalam kawasan Parlimen Kota Bharu. Namun, calon itu, Lim Kok Kee, tewas.
Walaupun pemimpin Parti Semangat 46 kemudian berjaya menggabungkan DAP dan Pas dalam Barisan Alternatif, pakatan ini akhirnya berpecah pada 2001 kerana kepimpinan Pas menolak satu persefahaman yang dipanggil Pendirian Lima Perkara.
Inti pati Pendirian Lima Perkara adalah (1) Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu  (2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam  (3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu (4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan (5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.
Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam. Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan tahaluf siyasi yang dijalin parti itu dengan DAP. Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras.
Kit Siang, anaknya dan pemimpin DAP terus-menerus mengkritik pemimpin Pas hingga ke hari ini, termasuk cadangan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada 29 Disember lalu yang terpaksa ditunda kerana bencana banjir.

9 Benarkah Tambang Teksi Naik 40%? Bukankah Pemandu Teksi Juga Rakyat Yang Perlu Dibantu?


Lihat carta di atas bagi kadar baru tambang teksi bagi jarak 1km ke 10 km. Peratusan kenaikan adalah sebanyak 2% hingga 30%. Tiada kenaikan bagi jarak yang kurang daripada 1km. Tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah media massa bahawa kenaikan adalah di antara 20% hingga 67%!!!

Agak pelik apabila pembangkang di Malaysia terutama pemimpin-pemimpin mereka yang lantang membicarakan bab ekonomi seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli tidak memainkan isu kenaikan tambang teksi ini. Mereka memainkan isu-isu lain dan langsung tidak menyentuh isu kenaikan tambang teksi ini. Agaknya kenapa? Yang bising-bising seorang dua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang mungkin sedang berkempen untuk Pemilihan Agung UMNO tahun hadapan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Pengerusinya, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menjadi mangsa belasahan di media-media sosial sehingga ada yang kurang ajar memberi gelaran yang bukan-bukan. Tahukah kita bahawa SPAD terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri? Menteri yang dipertanggungjawab mengawal selia SPAD adalah Menteri JPM, Hajjah Nancy Shukri. Tahukah kita SPAD tidak mempunyai kuasa untuk menaikkan, menurunkan atau bila tambang boleh naik atau turun. Semua keputusan dibuat oleh Kabinet Malaysia.

Sebarang keputusan untuk menaikkan tambang teksi telah dibuat berdasarkan beberapa faktor di bawah iaitu keadaan kenderaan, penyelenggaraan kenderaan, kenaikan dan penurunan harga minyak semenjak 2009 dan 'overhead'. Apabila kita berbahas di media-media sosial, kita bercakap seoalah-olah kenaikan tambang teksi ini menyusahkan Rakyat. Sedarkah kita bahawa 130,000 pemandu teksi dan keluarga mereka juga Rakyat Malaysia yang perlukan pembelaan daripada Kerajaan? Adakah kita berlaku adil kepada mereka?


Bukan CTS tidak bersimpati dengan pengguna teksi dan bas ekspress kesan kenaikan tambang hari ini. Namun kita juga kena berhati perut dengan pemandu teksi serta operator pengangkutan awam yang tidak pernah merasa naik tambang sejak 2009. Kita yang makan gaji ni pun ada kenaikan gaji setiap tahun. Lebih membuatkan CTS nak termuntah, komen-komen negatif kenaikan tambang ini datang dari pemandu-pemandu kereta mewah yang tidak pernah merasai naik teksi atau bas ekspress. Sadis sungguh!!!




March 20, 2015

17 ADUN PKR Desak Pembinaan Masjid Di Penampang Dibatalkan



ADUN PKR Moyog, Terence Siambun telah mengeluarkan satu kenyataan membantah keperluan umat Islam di Penampang untuk sebuah masjid. Beliau membantah pembinaan masjid Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang itu untuk diteruskan dan dibatalkan. Beliau mendakwa, pembinaan masjid tersebut adalah tidak perlu kerana majoriti penduduk di Penampang adalah beragama Kristian.

Kalau begitu sifir CTS amat mudah, kalaulah alasan itu yang digunakan, bermakna semua rumah ibadat bukan Islam di kawasan-kawasan bermajoriti umat Islam perlu dirobohkan dan diruntuhkan serta tidak dibenarkan beroperasi langsung. Apa macam?

Untuk rekod, pembinaan Masjid Al-Fattah IPD Penampang mula dinaiktarafkan menjadi masjid pada September 2012. Premis itu telah mendapat pengiktirafan JHEINS untuk diadakan Solat Jumaat. Nampak gayanya PKR semakin hari semakin tidak relevan dalam arus politik tanahair.

9 Beza Ceramah PAS Dan PKR Di Terengganu Semalam

Ijtima Ulamak sedang berlangsung di Marang, Terengganu dan dalam pada masa yang sama di Kampung Tiong, Terengganu telah diadakan ceramah PKR. DAP semalam juga telah menyarankan agar hubungan DAP dan PKR dibekukan buat sementara dengan PAS di dalam PR. Walaupun sebelum ini diasak dengan pelbagai kata nista dan amaran, DAP hanya berani mengeluarkan arahan "bekukan" sahaja dan langsung tidak berani untuk membuang atau menghalau PAS dari PR.

Kesan daripada itu, kita boleh lihat daripada kehadiran penyokong-penyong ke majlis ceramah PAS dan PKR. Ini adalah dua gambar yang diambil dalam ceramah PR di Kampung Tiong.



Ini pula gambar yang diambil pada masa yang sama sempena majlis Ijtimak Ulamak di kampung Presiden PAS di Rusila, Marang.


Ahli-ahli PAS akar umbi masih menyokong kepimpinan DS Haji Hadi Awang. Kehadiran penyokong amat memberangsangkan. Sebaliknya apa yang berlaku pada ceramah PKR yang dihadiri Datuk Husam Musa dan Dr Wan Azizah, amat mengecewakan. Majlis ceramah kelihatan sejuk dan beku di Kuala Berang, Terengganu. Walaupun majlis ceramah berkenaan dibuat berhampiran kampung cina, namun orang-orang cina juga tidak memberikan sokongan kepada majlis ceramah PKR.

Jadi tidak hairanlah apabila DAP sendiri tidak berani mengeluarkan PAS dari PR. DAP tahu selama ini hanya penyokong-penyokong PAS sahaja yang setia di mana-mana ceramah atau perhimpunan demonstrasi.

March 19, 2015

25 Pembangkang Bising Kadar Teksi Naik, Tarif Air Di Pulau Pinang Naik 16.7% Kenapa Senyap?


Pulau Pinang bakal naikkan tarif air bermula 1 April ini. Tahniah pengundi Pulau Pinang, kerana sejak DAP memerintah Pulau Pinang, sudah 3 kali tarif air dinaikkan dan sekali perkenalkan surcaj yang melampau. Kalau pelarasan tambang teksi dinaikkan untuk meningkatkan taraf hidup pemandu-pemandu teksi yang rata-ratanya hidup dalam kesempitan, kenaikan tarif air untuk faedah siapa ya? Adakah untuk faedah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang antara lain termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu?

Semakan kadar tambang teksi yang terakhir telah dijalankan empat tahun lalu pada tahun 2009 oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Di Pulau Pinang, negeri yang diperintah oleh DAP, sudah 3 kali tarif air dinaikkan!!! Cuba kita lihat cakap-cakap orang munafik mengenai tarif air. Ini apa yang Ketua Menteri Pulau Pinang kata pada Jun 2011.


Lain pula keadaannya hari ini ...


Berbanding dengan kenaikan tarif air yang tidak jelas kenapa ianya perlu dinaikkan sehingga 4 kali dari 2011 hingga 2015, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mempunyai kewajaran dalam mengkaji, menyemak dan membuat keputusan walaupun sukar untuk kenaikan tambang teksi dan bas ekspress yang tidak pernah dilakukan semenjak 2009! Baca dengan akal dan perasaan kenapa pelarasan tambang teksi dan bas ekspress perlu dilakukan seperti infografik di bawah. Bukankah pemandu-pemandu teksi dan bas ekspress juga Rakyat Marhaen seperti kita juga?


12 Dr Hatta Ramli Jangan Jadi Seperti Mat Sabu Dan Mustapha Ali - Sia-Sia Kena Bayar Saman Fitnah


Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli mempersoal tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat tergesa-gesa melakukan persempadanan semula pilihan raya negeri Sarawak. Ini kerana dakwa Dr Hatta, kes persempadanan semula negeri Sarawak masih dalam proses semakan di mahkamah. Beliau menambah proses persempadanan semula sedang berlangsung di mahkamah dan berlaku pertikaian dalam proses semakan itu. 

Proses ini katanya, akan membawa isu yang amat penting untuk memastikan persempadanan berjalan mengikut perlembagaan dan memberi keadilan terutama bagi pertambahan kerusi mengikut jumlah penduduk. Beliau berkata demikian ketika sessi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Barangkali Dr Hatta bercakap tanpa mengikuti perkembangan persempadanan semula di Negeri Sarawak. Tiada semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuching berlaku hari ini. Ini berikutan ADUN PKR Batu Lintang, See Chee How menyatakan persediaan untuk menarik balik permohonan bagi semakan kehakiman jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk memberikan butiran mengenai cadangan yang dicadangkan bagi kawasan persempadanan semula.

See yang juga Naib Pengerusi PKR Sarawak, dan Pauls Baya Baram sebelum ini pada 28/01/2015, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi mengisytiharkan notis SPR bagi cadangan untuk persempadanan semula batal dan tidak sah. Mahkamah Tinggi Kuching telah diberi kebenaran untuk mendengar semakan kehakiman dan menetapkan 19/03/2015, bagi kes yang berkenaan akan disebut.

Dakwaan Dr Hatta bahawa SPR tergesa-gesa melakukan persempadanan semula adalah tidak berasas. Untuk pengetahuan Dr Hatta, SPR boleh memulakan urusan kajian semula persempadanan setelah tamat tempoh sekurang-kurangnya lat 8 tahun dari tarikh urusan kajian semula persempadanan sebelumnya. 

Ini bermakna ia tidak mewajibkan SPR memulakan urusan kajian semula persempadanan sebaik-baik sahaja mencapai tempoh lat 8 tahun. Namun, jika kajian semula persempadanan itu dimulakan, SPR perlu menyelesaikan urusan berkenaan dalam tempoh 2 tahun.

Tambahan lagi Dr Hatta tidak perlu sibuk-sibuk mengenai bantahan persempadanan semula di Sarawak. Ini disebabkan bantahan hanya boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau sekumpulan orang seramai 100 orang atau lebih (nama yang ditunjukan dalam daftar pemilih semasa bagi Bahagian Pilihanraya berkenaan). Dr Hatta tidak termasuk di dalam golongan yang disebutkan ini.

Dr Hatta juga perlu menjadikan Mat Sabu dan Mustapha Ali sebagai ikon atau 'role model'. Tidakkah beliau mengambil ikhtibar Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dan Mustapha Ali gagal untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya dan setiausaha agung parti itu membayar RM200,000 kepada bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. 

Datuk Wan Ahmad  menyaman dua pemimpin PAS itu pada 5 Mac 2013, mendakwa artikel diterbitkan dalam Harakah edisi 1-3 Feb berdasarkan temuramah mereka pada 29 Jan 2013 yang merujuk kepada 'Projek IC Sabah', merupakan fitnah terhadapnya.


26 Kenyataan @cmlimguaneng Paling Bodoh Dalam Sejarah Isu GST

Ini adalah kenyataan Lim Guan Eng di dalam Buletin Mutiara:
Pasar Mini Tatt Ming yang telah beroperasi selama 48 tahun di Air Itam di sini bakal ditutup pada 25 Mac ini ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 oleh Kerajaan Pusat. Peka dengan situasi berkaitan, Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng telah mengadakan lawatan khas ke premis berkaitan. Beliau dalam pada itu mendesak Kerajaan Pusat membatal atau sekurang-kurangnya menangguhkan pelaksanaan GST demi kepentingan rakyat.
Kenyataan di atas adalah kenyataan palin bodoh Lim Guan Eng pasal isu GST. Apa sangkut paut Pasar Mini Tatt Ming ini hendak ditutup berkaitan dengan isu GST? Sudah menjadi kebiasaan kedai-kedai kecil di Pulau Pinang ditutup kerana tidak dapat bersaing dengan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan AEON Big. Kalau hendak propa sekalipun agak-agaklah. 

Boleh percayakah Pasar Mini Tatt Ming ini mempunyai jualan pusingan tahunan (annual sales turnover) sebanyak RM500,000? Ini disebabkan dengan jualan pusingan tahunan (annual sales turnover) sebanyak RM500,000 barulah peniaga Pasar Mini Tatt Ming ini dikehendaki mendaftar dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk GST. Kalau hendak berbohong agak-agaklah. Rakyat bukan bodoh Lim Guan Eng!!! 




March 18, 2015

3 Semakan Tambang Teksi - Apa Rasionalnya?


Sistem pengangkutan awam yang effisyen hanya akan dapat dicapai melalui industri perkhidmatan teksi yang cekap. Seperti yang digariskan dalam Pelan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara, pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam menyediakan mobiliti dan akses kepada Rakyat Malaysia. Industri teksi adalah penting kerana ianya menyediakan perkhidmatan premium ke pintu, mod pengangkutan penting di luar operasi keretapi dan bas dan merupakan duta pertama dan terakhir kepada pelancong dalam meningkatkan imej negara.

Oleh yang demikian, telah tiba masanya bagi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengkaji semula kadar tambang teksi supaya tambang tidak kekal rendah kerana ianya memberi kesan kepada sumber kewangan industri teksi. Tahukah anda, sejak 2009, kos sara hidup pemandu teksi telah meningkat tetapi tambang teksi tetap sama. Oleh itu, tambang yang rasional dan munasabah kepada pihak industri teksi dapat menyediaka  perkhidmatan teksi yang lebih berkualiti kepada pengguna. Semakan kadar tambang teksi yang terakhir telah dijalankan empat tahun lalu pada tahun 2009 oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Mengapa tambang teksi perlu dikaji semula?

Kajian terhadap bengkel-bengkel bebas, pembekal dan induatri teksi menunjukkan kos pengendalian teksi telah meningkat sejak 2009. Bahan api telah meningkat sebanyak 21%, penyelenggaraan termasuk tayar, bateri dan kos baik pulih telah meningkat sebanyak 25% serta insurans kenderaan telah meningkat sebanyak 15%. Peningkatan ini telah memberi kesan kepada pemandu teksi sehingga mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk menjana pendapatan yang mencukupi untuk menampung hidup.


Bagaimana Proses Semakan Kadar Tambang Dibuat?


Tiga langkah utama sebagai pendekatan interaksi SPAD sebelum menentukan semakan kadar tambang teksi dilakukan melalui konsep dengar, penambahbaikan dan memaklumkan. SPAD sedia mendengar perlbagai isu, jalan penyelesaian, idea dan input melalui aduan SPAD, maklumbalas rakyat samada di media sosial dan akhbar mahupun  secara terus melalui dialog dan ini termasuk pihak yang berkepentingan dari seluruh negara.

Kemudian penambahbaikan terhadap setiap input dengan mengkaji dan menilai semula jawapan yang dikemukakan untuk dijadikan usul. Akhirnya barulah pihak SPAD memaklumkan keputusan tambang teksi kepada semua pihak berkepentingan melalui semua kaedah samada sesi taklimat, pekeliling, media massa termasuklah media sosial dan juga portal-portal berita.

Kaedah interaksi erikut telah digunakan terhadap pihak berkepentingan yang dikenalpasti dalam satu waktu yang panjang. Oleh itu, keputusan SPAD untuk membuat semakan tambang teksi bukanlah satu keputusan yang gopoh atau tergesa-gesa sebaliknya ianya mengambil pendapat dari semua pihak seperti berikut untuk memberi keadilan kepada semua terutamanya industri pemandu teksi dan pengguna.


0 Datuk Ehsanuddin Mengajar Rafizi Ramli 3 Kepentingan GST

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli seringkali terjerat apabila mengkritik dasar-dasar yang dilakukan oleh Kerajaan. Seringkali hujah-hujah yang disampaikan olehnya dilakukan secara sembarono tanpa analisa yang penuh dan terperinci. Begitu juga dengan hujah-hujah beliau apabila mengulas tentang isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pernah menyelar kenyataan dua menteri kabinet yang disifatkannya kurang cerdik.

Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, DS Hasan Malek dan juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. DS Hasan dalam satu kenyataan telah mengatakan bahawa pelaksanaan GST tidak akan menyebabkan inflasi menjadi tinggi, manakala Datuk Ahmad pula berkata pemberian subsidi berterusan tanpa mengira latar belakang adalah sesuatu yang bodoh.

Lantaran itu, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid membidas tindakan Ahli Parlimen PKR Pandan itu yang menyatakan GST hanya membebankan rakyat. Datuk Ehsanuddin menjelaskan pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) secara jelas akan memberi kesan baik untuk jangka masa panjang.

Justeru, beliau menolak tanggapan Rafizi yang menyatakan GST hanya membebankan rakyat kerana ia bertentangan matlamat kerajaan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam semua aspek khususnya menerusi perlaksanaan GST bermula April ini. Datuk Ehsannuddin mengariskan 3 kepentingan yang boleh diperolehi melalui perlaksanaan GST melalui temubual beliau bersama wartawan BNBBC.my di Parlimen, dua hari lepas:
Pertama, daripada dua cukai jadi satu cukai iaitu 16 peratus menjadi 6 peratus sahaja, banyak barangan yang daripada mahal menjadi makin murah, harga boleh direbat daripada kerajaan oleh pembekal, pengilang dan pengedar, serta bukti yang paling jelas adalah sebanyak 160 daripada 190 buah negara yang telah menggunakan cukai GST ini.
Kedua, GST adalah selaras Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan di mana peniaga tidak boleh mengenakan harga jualan dengan kadar yang sangat tinggi kerana kerajaan mampu mengawal harga berdasarkan sistem rebat yang dikenakan kepada setiap peniaga, pengilang mahupun pembekal. 
Di sini semua pihak akan dapat manfaatnya, baik dari segi peniaga akan mendapat keuntungan, pengguna dapat berbelanja dengan harga di bawah kawal manakala kerajaan akan mendapat sumber pendapatan daripada percukaian yang akhirnya cukai tersebut akan dinikmati oleh semua pihak.
Ketiga penggunaan GST juga akan dapat meyakinkan para pelabur untuk melabur di Malaysia memandangkan negara kita akan turut menyertai 160 negara lain mengenakan cukai yang sama. Ini bermakna cukai GST ini bertaraf antarabangsa kerana banyak negara luar yang telah menggunakan cukai tersebut lebih awal daripada kita.

March 17, 2015

28 Tidak Berhati Perut Apabila Penjaja OKU Disaman Majlis Perbandaran Kajang


Abang di atas adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU). Beliau berniaga mencari rezeki yang halal di Pasar Malam Meru. Hari ini nasib beliau tidak begitu baik apabila beliau disaman Majlis Perbandaran Klang (MPK). Walaupun beliau tidak mempunyai lesen berniaga, tidak bolehkah ada nilai kemanusiaan di hati penguatkuasa-penguatkuasa MPK? Suruh sahajalah beliau pulang. Kenapa mesti disaman? Saman pula bukan sedikit tetapi RM300!!!

Sepatutnya dipermudahkan orang OKU seperti ini untuk berniaga. Beliau bukan meminta-minta. Beliau menjual kerepek untuk menyara keluarga. Kita kena sokong usaha beliau. Dengkikah kamu melihat orang rajin berusaha menggunakan tulang empat kerat? Yang menyaman pula satu bangsa dan satu Agama. Semoga Allah merahmati kedua-dua pembantu penguatkuasa MPK yang bernama Mohd Khairil bin Rohaime dan Shahrul Azhar bin Mohamed Mokhtar. 

Allah maha adil tuan-tuan. Hari ini hari Abang ini, hari tuan-tuan hanya Allah saja yang tahu. Orang Malaysia OKU berniaga halal disaman. Banyak orang Myanmar membawa budak meminta sedekah di merata pelusuk Selangor tidak diambil tindakan. Di manakah keadilan? Gunakanlah budi bicara walaupun kita ada kuasa. Semoga Allah melipat gandakan rezeki Abang ini.

5 Pembangkang Meroyan Kata Satu Dunia Laporkan Berita Penahanan Nurul Izzah, Betul Ka?


Pembangkang menjalankan propaganda murahan dengan mendakwa berita penahanan reman Nurul Izzah oleh PDRM untuk siasatan Akta Hasutan mendapat liputan akhbar di seluruh dunia? Kononnya liputan ini telah memalukan Malaysia. Betul ka? 

Mai tengok kita cuba check muka depan akhbar-akhbar berpengaruh di seluruh dunia. Cuba habaq sat. Ada muka janda lagak terlaris tu ka tak dak? Hang ingat hang diva ka Nurul Izzah sehingga drama lakonan hang mendapat tempat di muka depan akhbar berpengaruh di dunia? Propa betul!!!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates