February 7, 2015

94 Surau Di Kajang Akan Dirobohkan Oleh Kerajaan Azmin Jokowi?



Tahniah Rakyat Selangor semenjak YB Azmin Ali mengambilalih jawatan Dato Menteri Besar yang baru, Kerajaan Negeri lebih mesra kuil dan gereja berbanding tempat ibadat orang Islam. Mungkin inilah hasil didikan Anwar ibrahim dan Mat Sabu? Alhamdulillah, sebuah lagi surau di Kajang akan dirobohkan 30 hari dari dua hari lepas. 

Tanah yang sudah di kosongkan itu nanti mungkin akan diberikan kepada pemaju untuk dibuat kondominium berharga ratus ribu malah sehingga berjuta yang tidak mampu di beli oleh kaum Bumiputra. Cuma CTS agak hairan dengan surat sebegini. Tarikh boleh dipotong-potong. Siap ada tulis tangan lagi. Entah berapa banyak surat 'pre-printed' sebegini dikeluarkan setiap hari? Terimalah nasib kamu wahai pengundi-pengundi Kajang. Sudah nasib kamu memilih ADUN Kipas.

9 Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Mengorak Langkah Menubuhkan Koperasi

Musibah banjir yang melanda negara terutama di Pantai Timur yang melibatkan 32 sekolah pondok baru-baru ini, telah mencetus fikiran kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) untuk melihat lebih terkedepan khususnya dalam usaha untuk meningkat keupayaan dan keberkesanan YPPM sendiri, menjadi lebih berdikari (self-sufficient), lebih mampu melaksana tanggungjawab dan memenuhi aspirasi warga pondok.

Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah YPPM beberapa hari lalu, mereka telah sebulat suara bersetuju untuk meneroka penubuhan sebuah koperasi yang terbuka kepada semua pondok di Malaysia. Lembaga Pengarah YPPM akan mengkaji cadangan ini secara mendalam, serta mendapatkan nasihat dan pandangan kementerian-kementerian yang berkaitan.

Menurut Pengerusi Eksekutif YPPM, Dato Dr Mashitah Ibrahim, matlamat penubuhan koperasi ini ialah untuk membolehkan pembabitan YPPM dalam sektor komersil bagi kepentingan ahli koperasi. Jika ada keuntungan daripada penyertaan dalam bidang keusahawanan dan pelaburan, ia boleh disalurkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen. Selain itu, YPPM juga akan memulakan kaji selidik ke atas pondok seluruh negara tidak lama lagi bagi memenuhi dua matlamat utama.

Pertama, untuk mengemas kini direktori pondok yang dihasilkan pada julung kalinya tiga tahun lalu. Kedua, bagi memenuhi keperluan satu laporan lengkap mengenai status pondok di Malaysia untuk diserahkan kepada Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab menyalurkan dana RM25 juta kepada sekolah-sekolah pondok seperti yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Penaung YPPM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sewaktu membentang Belanjawan 2015 Oktober lalu.

Laporan ini dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan, dan boleh dianggap kajian paling komprehensif yang pernah dijalankan ke atas sekolah pondok dan sistem pengajiannya di Malaysia.

0 Shahrizat Jalil & Liow Tiong Lai Perjuangkan Tapak Kekal 
Untuk Wanita Berniaga #BNBagus


Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Jabatan Perdana Menteri, DS Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden MCA yang juga merangkap Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai bertekad akan memperjuangkan tapak perniagaan yang kekal dan khas yang amat diperlukan oleh golongan peniaga wanita yang baru memulakan perniagaan. Ini bermakna setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan diminta menyediakan tapak kekal yang dikhususkan kepada usahawan wanita untuk menjalankan perniagaan.

Majlis perasmian program Pasarnita sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Seni, yang menghimpunkan lebih 100 peniaga wanita pelbagai kaum itu dirasmikan oleh DS Liow Tiong Lai dan turut dihadiri Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie. Menurut DS Shahrizat, beliau berharap cadangan tapak kekal untuk peniaga wanita itu dapat dibawa oleh Tiong Lai dalam mesyuarat Kabinet dan disampaikan kepada Perdana Menteri. Beliau menambah, Tapak khas ini penting untuk peniaga-peniaga wanita mempamerkan barangan jualan mereka selain membentuk rangkaian perniagaan bersama pihak-pihak lain.




50 Upah @ngehkooham Untuk Jual Dua Lebai Melayu Hanya Bagi Makan Old Town White Coffee?


Pada mulanya, CTS tidak mengesyaki apa-apa apabila membaca status Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, apabila beliau mengheret dua orang Pak Lebai bergambar di hadapan restoren Old Town White Coffee di Ipoh. Beliau meletakkan status di Twitter beliau dengan kenyataan "At Old Town White Coffee, Ipoh. Many muslims patronise this outlet. They don't listen to UMNO Minister who tell lies."

Pertamanya, agak melucukan apabila bergambar dengan dua orang Pak Lebai, sudah menggunakan ayat "Many muslims patroniss this outlet". Mungkin bagi beliau dua orang sudah cukup banyak kot? Kedua, tak tahu mengapa Ngeh Koo Ham begitu mempertahanakan Old Town White Coffee, walaupun beliau sering kali menafikan ada kepentingan di dalam restoren berkenaan.

Apabila melihat gambar kedua di bawah, dua Pak Lebai yang sama diheret ke sidang media, barulah CTS tahu inilah barua Melayu Islam yang boleh dijual beli. Bukan lagi sekadar kebetulan dua orang Pak Lebai ini berada di dua tempat yang sama. Entah berapa harganya, wallahualam. Mungkin cukup sekadar satu hidangan makan tengah hari?

February 6, 2015

10 Doris Jones Bertemu Tony Pua Di London - Apa Hubungan SSKM Dengan Pembangkang? cc. @PDRMsia


Sudah terang lagi bersuluh. Siapa kata Pengerusi "Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)", Doris Jones tiada kaitan dengan pembangkang? Biarlah gambar berbicara dengan 1001 pembuktian. Adakah ini merupakan pertemuan yang dirancang ataupun sekadar satu kebetulan yang berlaku di Kota London? 

Doris Jones merupakan seseorang yang dikehendaki oleh pihak Polis Di Raja Malaysia disebabkan penglibatan beliau di dalam usaha untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, baca Borneo Asian Reports, di sini.

Sebagai seorang Ahli Parlimen, Tony Pua sewajarnya menjelaskan pertemuan beliau di atas dan menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Boleh anda mengesahkan bahawa perempuan dalam gambar berkenaan adalah Doris Jones?
2. Jika benar adalah beliau, bila dan mengapa anda bertemu dengannya dan apa yang anda bincangkan?
3. Apakah anda menyokong SSKM? Sila sahkan atau nafikan.

Jika Tony Pua menghormati Perlembagaan Malaysia dan perjanjian 18/20 perkara, Tony Pua perlu mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menentang pergerakan SSKM ini. Mungkin pihak berkuasa perlu bertanya kepada Tony Pua beberapa soalan yang berkaitan apabila beliau kembali ke Malaysia kelak. 

32 Mari Lihat Wajah-Wajah Pencacai Melayu DAP Minta DS @IsmailSabri60 Letak Jawatan


Inilah wajah-wajah Melayu bangang pencacai Cina DAP yang tebal muka untuk menghadirkan diri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Presint 1, Putrajaya. Segelintir bangsa Melayu semakin bodoh. Tiada bangsa Cina kelihatan. Hanya 15 orang yang mengelarkan diri mereka Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) hendak menyerahkan memorandum kononnya untuk mendesak Menteri Pertanian Dan Asas Tani, DS Ismail Sabri untuk meletakkan jawatan.

Agak memalukan apabila anak muda Melayu mendesak menteri Melayu meletakkan jawatan kerana menyeru orang Melayu bersatu dalam mempertahankan hak pengguna Melayu daripada terus ditindas golongan peniaga cauvinis.Tak perlu diulas panjang-panjang. Sejarah telah membuktikan terdapat pertualang dan pengkianat bangsa di kalangan bangsa Melayu sejak dahulu yang menjadi barua kaum Cina DAP. Kalau tak percaya cuba 'Google' nama Othman Wok.








17 @cmlimguaneng Kata Jangan Mengaku Kaum Cina Kalau Berkawan Dengan UMNO - Ini Bukan Rasis?


Ini adalah petikan dari akhbar Bahasa Cina iaitu China Press, 6 Februari 2015. Joseph Lim Guan Eng berkata Ismail Sabri akan sekali lagi mengkritik peniaga-peniaga kaum Cina apabila GST dilaksanakan April nanti. Beliau menggesa parti-parti berasaskan kaum Cina supaya tidak lagi "berkawan" dengan UMNO, sekiranya mereka gagal berbuat demikian, mereka tidak layak mengaku mereka dari kaum Cina.

DAP tidak amal politik perkauman? DAP tidak rasis? Mungkin Tokong Joseph Lim suka dengan Lee Meng Teck yang membuat posting kontroversi semalam. Tidak mengapa memanggil Melayu Anjing UMNO? Apakah kenyataan Lee Meng Teck juga tidak rasis? Mungkin hanya rasis apabila Melayu sebut nama Cina?

16 Pembangkang Tak Bising Ka Pak Jokowi Dan Rombongan Naik Jet Kerajaan?


Pak Jokowi Widodo, Presiden Indonesia tiba di Malaysia petang semalam dalam rangka lawatan 3 hari beliau. Pak Jokowi tiba di Malaysia dengan menggunakan Jet Kerajaan Indonesia dan bukan penerbangan komersial. Tidak kedengaran pula suara-suara sumbang daripada pembangkang mengritik penggunaan Jet Kerajaan oleh Pak Jokowi sebagaimana mereka bising sepereti orang mati anak apabila DS Najib Tun Abdul Razak menggunakan Jet Kerajaan untuk urusan rasmi Kerajaan.

Mungkin pembangkang terlupa,Jjet Kerajaan milik Kerajaan. Bukan milik persendirian DS Najib. Sesiapapun menjadi Perdana Menteri, beliau layak dan boleh guna jet berkenaan. Hatta jika KETUM Anwar Ibrahim sekalipun. Jika pembangkang serius mengatakan Jet Kerajaan itu membazir, kenapa sudah berkali-kali pilihanraya, pembangkang tidak pernah masukkan di dalam manifesto mereka untuk menjual Jet Kerajaan jika mereka memerintah dan Perdana Menteri mereka akan menaiki penerbangan komersial? Beranikah mereka masukkan di dalam manifesto akan datang jika mereka menang mereka akan jual Jet Kerajaan?

KETUM Anwar Ibrahim baru jadi Ketua Pembangkang pun sudah pakai jet peribadi pergi berkempen di Sarawak. Masa kempen PRU siap pakai helikopter lagi ke sana ke sini. Dulu kata Putrajaya membazir dan mereka nak lelong kepada Brunei jika mereka menang. Hari ni Putrajaya itu yang mereka kejar. Dulu kata Jambatan Pulau Pinang membazir. Sekarang dah ada 2 jambatan pun, Tokong Lim Guan Eng nak buat terowong dasar laut lagi. Cakap bolehlah, sembang setakat mulut macam bontot ayam.






February 5, 2015

0 Permohonon Lesen Perubahan Sementara Sempena Musim Tahun Baru Cina 2015 Dibuka

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membukan permohonan kepada semua pengusaha bas eskpres bagi penyediaan bas ekspres tambahan bermula sehingga 17 Februari 2015. Tarikh kuatkuasa Lesen Perubahan Sementara (LPS) adalahbermula dari 12 Februari 2015 sehingga 1 Mac 2015. Permohonan yang dihantar antara 12 hingga 17 Februari 2015 akan mengikut tarikh kuatkuasa permohonan berkenaan dihantar.

Kepada semua pengguna bas ekspres tambahan, pastikan anda menggunakan bas ekspres tambahan yang telah diluluskan LPS. Bas yang dibenarkan untuk tujuan LPS musim perayaan adalah seperti Bas Sekolah, Bas Pekerja, Bas Catar dan Bas Persiaran. Bas yang digunakan tidak melebihi 10 tahun dari tarikh diperbuat. Maklumat lanjut boleh dibaca di dalam Pekeliling SPAD Bil.1/2015: Permohonan Lesen Perubahan Sementara Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015 seperti di bawah.

Sebagai pengguna, kita mengharapkan pihak SPAD agar menapis dengan teliti setiap permohonan yang dikemukakan untuk mendapatkan LPS ini. Kita tidak mahu rungutan dari pengguna setiap kali menjelang musim perayaan berulang kembali. Setiap pengusaha bas yang telah mendapat rungutan atau ketidakpuashatian dari pengguna perkhidmatan awam berkenaan sebelum ini hendaklah disenaraihitamkan. Ini dapat mengelakkan pengguna terlibat dalam insiden kelewatan perjalanan, bas tidak sampai, bertukar bas di sepanjang perjalanan, tambang yang tidak munasabah dikenakan dan sebagainya.





0 Misi Banjir YPPM Di Madrasah Raudhah Al Muhibin & Madrasah An-Najjah

Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato Dr Mashitah Ibrahim dan beberapa staff YPPM telah menjalankan misi bantuan ke beberapa pondok yang terjejas teruk akibat banjir sekitar Temerloh, Pahang. Dua sekolah pondok berkenaan adalah Madrasah An-Najjah atau Pondok Bukit Keledang di Bera dan Madrasah Raudhah Al-Muhubbin atau Pondok Pak Kob, di Seberang Chenor.

Kedua-dua pondok ini ditenggelami air ketika banjir melanda pantai timur beberapa minggu lalu, dan tidak boleh berfungsi sehingga  memaksa lebih 300 pelajar pondok dan guru menghentikan semua aktiviti. Atas dasar keprihatinan dan kewajipan membantu mangsa bencana, YPPM dengan kerjasama beberapa pihak lain, termasuk Yayasan Salam, Kolej Vokasional Auto Prima (Shah Alam) dan sebuah masjid di Kuala Lumpur, telah menghantar beberapa sukarelawan untuk meninjau keadaan di Pahang dan Kelantan pada Januari lalu, bagi mengenal pasti dan melihat sendiri pondok yang terjejas teruk.

Tersenarai dalam laporan lapangan itu adalah 32 buah pondok. Namun, YPPM tidak berupaya, baik dari segi kewangan mahupun tenaga sukarelawan, untuk membantu kesemua pondok yang terjejas teruk akibat banjir luar biasa yang melanda negeri-negeri pantai timur. Selepas dua kali perbincangan berkaitan dana dan isu logistik, YPPM dan pasukan sukarelawan bersetuju menghantar bantuan dalam bentuk barangan keperluan bagi kegunaan warga pondok seperti kitab, buku tulis, dapur gas, sistem PA, peti ais, khemah, atap zink, tilam, bantal, selimut dan kain pelekat kepada pelajar dan penghuni pondok berkenaan.

Gambar-gambar di bawah adalah Misi Bantuan Banjir YPPM yang diketuai oleh Dato Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Eksekutif YPPM bersama Encik Juhaidi Yean, Pengarah Operasi YPPM ke Pondok Pak Kob. Turut serta bersama pelajar Sekolah Tengku Ampuan Afzan, Chenor.






Manakala gambar-gambar di bawah pula adalah Misi Bantuan Banjir YPPM yang juga diketuai oleh Dato Dr Mashitah Ibrahim, bersama Encik Juhaidi Yean ke Pondok Bukit Keledang, Seberang Chenor.





39 Only In Penang - Caj Parking Sampai Tengah Malam!!!





Hebat Kerajaan Tokong DAP di Pulau Pinang. Caj parking dikenakan sampai jam 12.00 tengah malam. Dulu semasa PRU-12, Manifesto DAP Pulau Pinang berjanji akan menghapuskan kadar parking yang dikenakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Sekarang apa jadi? Duit sudah habis, tanah jual habis, naik tarif air, naik cukai pintu, pendek kata semua naik. 

Tak tahulah Rakyat Pulau Pinang barang naik tiap tiap malam atau tidak? Sekarang tengok masa parking pun naik sampai 12.00 tengah malam. Setidak-tidaknya masa pemerintahan Kerajaan BN, parking dikenakan sampai pukul 5.00 saja. Selepas pukul 5.00 parking percuma. UBAH lagi. Kita UBAH lagi. Padan muka.

32 Pembangkang Mengulang Kembali Berita 2012 Untuk Memfitnah DS @NajibRazak Isu Thaipusam


Pembangkang dan juak-juak cytro mereka mengulang kembali laporan The Malaysian Insiders bertarikh 10 Februari 2012, yang bertajuk "Najib 'Gadai Akidah' Hadir Upacara Thaipusam Di Batu Caves, Tegas Harussani", baca di sini untuk memfitnah DS Najib Tun Razak. Pembangkang melalui macai-macai mereka cuba untuk mengambarkan kepada umat Islam bahawa DS Najib Razak tidak sensitif dengan perasaan umat Islam di Malaysia. Mereka menggunakan nama Mufti Perak untuk memburukkan DS Najib Razak.


Mereka lupa, beberapa hari selepas posting berkenaan dikeluarkan, Sinar Harian pada 15 Februari 2012, telah melaporkan berita yang sama sekali bercanggah dengan apa yang dilaporkan di dalam The Malaysian Insiders. Laporan berita yang bertajuk "Thaipusam: Najib Tak Langgar Hukum Syarak, Kata Harusani", baca di sini, ternyata bercanggah dengan apa yang dilaporkan sebelum itu oleh The Malaysian Insiders.


Laporan mana yang menyiarkan berita yang benar dan laporan mana yang 'spin' sesuatu berita? Apa yang kita tahu adalah peranan yang dimainkan oleh The Malaysian Insiders dari dulu hingga sekarang dan kita juga tahu siapa yang membiayai portal berkenaan. Apakah tujuan cytro pembangkang mengulang kembali berita tahun 2012 semasa Thaipusam kali ini?

Tidak cukup dengan itu, gambar lama yang telah diubahsuai disebarkan ke media-media sosial untuk memfitnah Perdana Menteri. Apa nak jadi dengan kaki-kaki fitnah ini?


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates