January 24, 2015

62 PR Masih Menyalak Salahkan SPR Sedangkan Mejar Zaidi Dibuang Kerja Kerana Melanggar Peraturan Tentera

Pemimpin-pemimpin PR masih lagi sehingga ke hari ini menyalak menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera, pada 12 Januari baru-baru ini. Antara yang hebat menyalak adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim.

LIm Kit Siang berkata, kecuaian SPR adalah punca kepada rentetan dakwaan yang akhirnya membawa kepada pemecatan Mejar Zaidi. Tambah Kit Siang, SPR telah berhutang dengan Mejar Zaidi, kerana kegagalan SPR melaksana tanggungjawabnya menyediakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 menjadi punca aduan. Baca sumber, di sini.

Anwar Ibrahim pula menyifatkan hukuman penamatan khidmat Mejar Zaidi baru-baru ini oleh Mahkamah Tentera Udara adalah zalim. Beliau juga turut mempersoalkan mengapa SPR tidak dihukum. Anwar menyifatkan hukuman tersebut sebagai tidak adil walhal isu dibangkitkan Mejar Zaidi sebenarnya mendedahkan kepincangan dakwat kekal yang digunakan SPR tetapi sebaliknya badan pengendali pilihan raya itu pula terlepas daripada pendakwaan. Baca sumber, di sini.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah Mahkamah tentera pada 12 Januari 2015, memutuskan Mejar Zaidi Ahmad bersalah terhadap tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin daripada Majlis Angkatan Tentera dan menyiarkan kawat tumpangan rasmi tentera. Menurut Kolonel Saadon Hassan, Yang Dipertua dan Ketua Hakim daripada panel lima hakim, memutuskan pemecatan dibuat bukannya berhubung kegagalan dakwat kekal, tetapi oleh kerana Mejar Zaidi membuat kenyataan media tanpa kebenaran dan juga kerana menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

Pemimpin-pemimpin PR tidak harus menyalak menyalahkan SPR kerana ini adalah keputusan Mahkamah Angkatan Tentera yang melibatkan kesalahan undang-undang dan peraturan Angkatan Tentera. Mejar Zaidi masih boleh merayu di Mahkamah Tinggi kalau beliau mahu. Buat masa sekarang, Mejar Zaidi dibicarakan di Mahkamah Tentera yang diibaratkan sebagai tribunal untuk tentera. Katakanlah beliau tidak puas hati dengan keputusan itu, sistem kehakiman kita ada rayuan. Jadi, beliau dibolehkan merayu di mahkamah biasa iaitu di Mahkamah Tinggi.

Sedangkan kita tahu pemimpin PR seperti KETUM Anwar Ibrahim menggunakan sepenuhnya sistem keadilan di Malaysia dalam kes liwatnya, mengapa mereka tidak boleh menasihatkan Mejar Zaidi untuk turut berbuat demikian? Jika Mejar Zaidi menemui kepincangan di dalam sistem pilihanraya yang diuruskan oleh PKR, beliau seharusnya membuat laporan polis dan bukannya menjadi hero dengan membuat kenyataan media secara terbuka. Sebagai seorang kakitangan awam, apatah lagi berkhidmat dengan Angkatan Tentera yang terikat dengan peraturan dan undang-undang yang ketat, Mejar Zaidi Ahmad sepatutnya tahu risiko dari natijah yang dilakukan olehnya.

January 23, 2015

0 New Stage Bus Services Transformation In Seremban & Kangar #BNBagus


Good news for residents in Seremban and Kangar. SPAD’s new Stage Bus Service will begin operations in your town soon. This means you can enjoy increased coverage, frequency and better service. Read the details of Media Statement from SPAD below:





January 22, 2015

30 PAS Kelantan Letak Batu Asas Lagi Dan PR Pula Sibuk Berceramah Untuk Mangsa Banjir


Mungkin bosan dengan penjenamaan lama seperti Majlis Pecah Tanah dan Majlis Letak Batu Asas, Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat innovasi dan pejenamaan semula (rebranding) majlis berkenaan kepada Majlis Letak Kerja!  Disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan semalam, Majlis Letak Kerja adalah kesinambungan usaha gigih Kerajaan Negeri Kelantan untuk meletakkan batu asas di Kelantan ... tahniah! Majlisnya sama cuma nama saja lain. Jangan cakap kepada macai. Nanti mereka bangkang dengan mengemukakan hujah mereka, kenapa ejaan tak sama!


Manakala di Raub pula, beberapa orang penceramah seperti Rara dan Melati dari DAP, Fariz Muda dari PKR dan Khalid Samad dari PAS tidak sabar-sabar untuk mengadakan sessi ceramah mereka di kawasan Parlimen DAP di bawah Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Tidak pasti apa relevannya tajuk ceramah yang hendak disampaikan keesokkan harinya yang bertajuk "Ceramah Semperna Bencana Alam Banjir". Kerajaan BN sibuk membantu mangsa-mangsa banjir, manakala Kerajaan dan pimpinan PR pula sibuk berceramah dan meletak batu asas.

17 DS Rosmah Mansor Ikut DS @NajibRazak Macai Melalak, Betty Chew Ikut @cmlimguaneng Ke Hong Kong Kenapa Diam?



Belum kedengaran lagi macai-macai PR melalak apabila isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng, mengikuti rombongan Seminar Pelaburan Pulau Pinang di New World Millennium Hong Kong Hotel, Hong Kong. Atas kapasiti apa Betty Chew menghabiskan duit Rakyat dengan mengikuti suaminya mengadakan lawatan misi pelaburan Pulau Pinang ke Hong Kong. Beliau Ahli Parlimen atau ADUN Pulau Pinang kah? Setahu CTS beliau adalah ADUN Kota Laksamana kalau diikutkan peta dunia berada di Melaka!

Kalau Rakyat menghabiskan wang untuk membiayai Betty Chew ke Hong Kong atas kapasiti isteri kepada Ketua Menteri, kenapakah pemimpin-pemimpin PR serta macai-macai bodoh melalak apabila isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor mengiringi suaminya seorang Perdana Menteri. Maca-macai PR tidak mahu tanyakah tiket penerbangan Betty Chew ke Hong Kong kelas ekonomi kah atau kelas perniagaan? Beliau duduk di hotel 5 bintangkah atau duduk di hotel ayam? Kenapa tidak mahu tanya? Ini duit Rakyatkan?

January 21, 2015

20 Bersih 2.0 Khianat Negara Dengan Dedah Kepincangan Persepadanan Semula Sarawak Kepada 20 Diplomat Asing

Tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memberi taklimat kepada 20 diplomat asing dua hari lepas berhubung cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula di Sarawak, kononnya untuk mendedahkan kepincangan dan kurang ketelusan pelaksanaannya, merupakan satu pengkhianatan besar kepada negara.

Kenapa Bersih 2.0 harus membuat sessi penerangan dengan diplomat dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, Australia dan Singapura selama dua jam hanya untuk mendedahkan kepincangan proses persempadanan yang masih di peringkat cadangan? Di manakah maruah mereka sebagai Rakyat Malaysia apabila menjemput diplomat asing untuk memburukkan negara? Apakah mereka masih dibelengu mentaliti penjajahan?

SPR menjalankan persempadanan semula berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Perlembagaan Persukutuan. Ia juga dilaksanakan selaras dengan keputusan DUN Sarawak yang meluluskan pindaan undang-undang ke atas Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri. Kesemuanya tertakluk kepada undang-undang negeri dan Perlembagaan Negara. Kenapa mesti Bersih 2.0 mengadai kedaulatan negara dengan menjaja kepada negara luar waima sekiranya terdapat kekurangan sekalipun?

SPR juga telah mempamerkan syor atau cadangan kajian semula persempadanan semula berkenaan selama sebulan bermula 05 Januari 2015 sehinggalah 04 Februari 2015. Kalau ada sesuatu bantahan, buat sahajalah bantahan secara bertulis kepada Pengarah Pilihanraya Negeri Sarawak? Kenapa mesti memburukkan negara di hadapan diplomat negara asing? Apa tujuan pengkhianatan ini dilakukan oleh Pengerusinya, Marina Chin Abdullah? Apakah disebabkan mereka mendapat dana dari negara asing atau mereka tiada semangat patriotik kepada negara?

Awal bulan ini, SPR mempamerkan syor atau cadangan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah 11 bahagian menjadikan kepada 82 bahagian keseluruhan. 11 bahagian pilihan raya negeri yang baru disyorkan itu ialah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Triboh, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Telian, N63 Selirik, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Long Lama. Selain kerusi baru, SPR turut mencadangkan perubahan nama 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.

Wong Chin Huat Sedang Memberi Taklimat Kepada Diplomat Asing - Pengkhianat Negara?

0 Lanjutan Perutusan DS @NajibRazak Mengenai Kedudukan Kewangan Negara, Apa Kata Datuk @weekasiongmp ?


Perdana Menteri sewaktu menyampaikan perutusan khas berkenaan perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara semalam berkata bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan dan bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan akan diambil termasuklah  menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada 'National Export Council' iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, Kerajaan juga akan mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara.

Berikut adalah Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berhubung perutusan Perdana Menteri. Beliau menyentuh bidang PKS yang berada di bawah pentadbiran dan bidang kuasa beliau serta sektor pengangkutan bagi pihak Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Dato Seri Liow Tiong Lai.
Saya menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri berkenaan perkembangan semasa dan kewangan negara pagi tadi. Di antara penyelarasan penting yang diambil oleh pihak kerajaan berikutan perkembangan semasa global dan dalam negeri baru-baru ini ialah penubuhan Special Relief Facility untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar 2.25 peratus serta penangguhan tempoh bayaran balik sehingga 6 bulan kepada pengusaha SME yang dijejaskan oleh banjir baru baru ini.
Saya menyambut baik pengumuman tersebut dan ia merupakan langkah penting untuk membantu SME yang mengalami kerugian teruk dalam musibah banjir yang melanda beberapa negeri di negara ini, khususnya di Pantai Timur. Pengumuman Perdana Menteri yang memberi jaminan bahawa projek-projek mega, seperti MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail KL-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan turut menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara masih stabil dan utuh serta tidak dalam krisis.
Pengumuman ini turut membuktikan desas desus yang mengatakan bahawa industri pembinaan negara akan terbantut adalah dakwaan tidak berasas. Sebaliknya, dengan adanya projek membaikpulih dan pembinaan semula infrastruktur asas yang musnah dalam banjir serta projek-projek mega tersebut akan dapat merangsang ratusan industri berkaitan (supporting industries), di mana kebanyakan adalah SME.
Pada masa kini, SME menyumbang sebanyak 34 peratus kepada KDNK Negara, dan sasaran kerajaan ialah sumbangan SME kepada KDNK dapat dipertingkatkan kepada 41 peratus menjelang tahun 2020. Saya yakin strategi-strategi yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam perutusan beliau pagi tadi dapat merangsang pertumbuhan positif SME secara keseluruhannya.
Saya turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk merasionalisasi dan mengurangkan  perbelanjaan kerajaan. Ini mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan beban kewangan negara. Ini merupakan titik permulaan yang baik dan semoga dapat memupuk budaya berbelanja secara berhemah dalam sektor awam.

January 20, 2015

11 Why Must PM @NajibRazak Visit Davos?


10 things you should know about Malaysia’s participation in the 2015 World Economic Forum in Davos:

1. Malaysia will lead the conversation and buzz on ASEAN economic integration.

2. To highlight Malaysia’s role as Chair of ASEAN, with special emphasis on a people-centred ASEAN.

3. As the chair for ASEAN Chairman, Malaysia commands global attention and has a clear mandate to demonstrate business leadership through the establishment of the ASEAN Economic Community (AEC).

4. The delegates, spearheaded by the Ministry of International Trade and Industry (MITI), will promote Kuala Lumpur as a premier location for multinational companies to set up their regional headquarters.

5. To showcase Malaysia’s economic transformation success.

6. Malaysia will be part of the prestigious international conference - attended by over 40 heads of state and government together with 2,500 delegates from business and society - from 21 to 24 January in Davos, Switzerland under the theme of “The New Global Context”.

7. MITI will lead the business contingent at WEF2015 attended by, among others, Petronas, Felda, YTL, QL Group, Sapura Kencana, MIDA, InvestKL and Khazanah Nasional.

8. Among the agenda scheduled to be discussed in this year’s conference are matters affecting the world today:

·      Environment and resource scarcity,
·      Employment skills and human capital,
·      Gender parity,
·      Long-term investing,
·      Infrastructure and development,
·      Food security and agriculture,
·      International trade and investment,
·      Future of the internet,
·      Global crime and anti-corruption,
·      Social inclusion and future of financial systems,
·      Escalating geopolitical conflicts,
·      Pandemics,
·      Diverging growth and
·      The new energy context
9. Prime Minister, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, will participate in three sessions:

Asean Regional Business Council; Informal Gathering of World Economic Leaders (IGWEL): 'Defining the Imperatives for 2015’; and ASEAN Leader session-Channel NewsAsia-TV Debate: "Creating the ASEAN Economic Community".

10. Delegates from Malaysia will highlight the investment climate and business opportunities available in Malaysia.

Why I'm writing these agendas? To avoid PR's macai out there spreading lies and defamation. Period!

4 Penangguhan PLKN 2015 - Pengerusi PLKN Bersikap Positif Dan Menyambut Baik Hasrat Kerajaan

Berikutan pengumuman Perdana Menteri DS Najib Tun Abdul Razak untuk menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Pengerusinya, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, bersikap positif dengan pengumuman tersebut. Perdana Menteri ketika membentangkan perkembangan ekonomi semasa dan kewangan negara pagi ini, menyatakan bagi langkah Kerajaan merasionalisasikan perbelanjaan, Kerajaan antara lain akan menangguhkan PLKN tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program berkenaan dikaji semula dan ditambah baik.

Pengerusi PLKN, Datuk Ehsan yang ditemui selepas majlis tersebut, menyambut baik langkah Kerajaan untuk berjimat cermat. Menurut Datuk Ehsan, sessi pertama PLKN sudah berjalan. Penangguhan ini hanya melibatkan sessi kedua dan ketiga. Beliau berkata langkah penangguhan ini adalah satu langkah yang baik bagi PLKN untuk mengukuhkan struktur yang ada. Penangguhan ini, menurut beliau hanya melibatkan aktiviti latihan kepada pelatih. Kem berjalan seperti biasa. Penangguhan ini dapat memberi peluang untuk transformasi yang dirancang sebelum ini dengan mengukuhkan modul-modul yang sedia ada serta meningkatkan kemahiran jurulatih. 

Datuk Ehsan berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Tun Hussein, untuk memperincikan langkah-langkah yang akan dilakukan sepanjang penangguhan PLKN sessi 2015. Tinjauan ke laman sosial Twitter mendapati, DS Hishammuddin turut menyuarakan pendapat yang sama mengenai penangguhan ini seperti di bawah:

January 19, 2015

0 Perlukah JAKIM Berdebat Dengan Eric Paulsen? - Dato Dr Mashitah


CTS tertarik dengan soalan yang dikemukakan oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato Dr Mahitah Ibrahim, di dalam laman sosial Facebook beliau. Antara lain Dr Mashitah bertanyakan perlukah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdebat dengan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen dan perlukah agensi itu mempertahankan dirinya daripada tuduhan mempromosi ekstremisme seperti didakwa peguam hak asasi manusia itu?

Cadangan debat telah dilontarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, DS Ahmad Shabery Cheek beberapa hari lalu dan menyatakan platform untuk ruang perdebatan itu boleh disediakan oleh RTM. Harus diingat, walaupun fungsi debat adalah untuk mencari penyelesaian, namun penonton tetap mahu melihat pemenangnya. Sudah pasti debat di antara 'JAKIM vs Eric' perlu ada pemenang. Apakah pihak yang berdebat benar-benar ingin menjelaskan isu yang dibangkitkan, atau sekadar ada pihak yang hanya inginkan perhatian di media massa untuk menyampaikan propaganda mereka? 

Hakikatnya, ramai yang berdebat hanya untuk menang, baik dalam politik, isu agama mahupun hal ehwal semasa, sedangkan tujuan debat ini sebenarnya adalah untuk membolehkan penonton menilai idea yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak berdasarkan bukti dan hujah. Jika penonton hanya mahu menang, pasti ada satu pihak dipersalahkan dan rasa terhina selepas debat berakhir. Debat bagi JAKIM hanyalah diibaratkan seperti menang jadi abu, kalah jadi arang.

Paling kita takuti ialah apabila debat dijadikan medium untuk memperolok-olokkan lawan, sehingga ke tahap memomokkan ayat dan hukum Allah SWT. Ada manusia miliki kelebihan kemahiran menggunakan logik akal dan hujah yang bernas dalam menyanggah tuntutan agama dan dikhuatiri ada penonton bersetuju dengan alasannya itu meskipun bertentangan dengan syariat Islam. Sekiranya ini berlaku, bukan setakat JAKIM dimalukan malah imej Islam juga turut tercemar.

Dalam isu debat JAKIM-Eric, bermanfaatkah debat berkenaan? Bolehkah ia menyelesaikan masalah pokok atau hanya medan untuk menunjukkan kehebatan berbicara, kelebihan ilmu logik dan mahu menjatuhkan martabat atau maruah pihak lain semata-mata? Jika keputusan debat ini Eric kalah, JAKIM hanya berjaya mempertahankan keputusannya. Tiada apa-apa kepentingan kepada Eric. 

Jika debat ini Eric pula yang menang, intergriti Agama Islam akan tercalar. Sekaligus mengiakan khutbah itu menyemai sifat benci. Wajarkah JAKIM berdebat dengan penghina dan perosak agama Islam. Oh bangsaku, oh saudara seIslamku, hati-hatilah kalian terhadap serangan hendap terhadap agama kita sedang bermula.

56 KETUM @AnwarIbrahim Berbohong Lagi, Katanya Nilai Ringgit Terendah Sejak Krisis Kewangan 1997!


Anwar Ibrahim kalau sehari tidak berbohong mungkin beliau tidak boleh hidup rasanya. Berbohong baginya mungkin seperti oksigen untuk kita bernafas. Ketua Umum (KETUM) Anwar Ibrahim ketika dipetik oleh portal FMT News semalam, menyatakan nilai Ringgit kini merupakan matawang Asia yang paling lemah kerana menyusut kepada RM3.55 untuk setiap USD1 daripada RM3.32 sejak setahun yang lalu. Ini akan mendorong nilai ringgit menyusut ke tahap terendah dalam sejarah. Baca pautan portal FMT News, di sini.

Anwar Ibrahim mungkin mempunyai daya ingatan yang lemah atau beliau suka bercakap bohong. Atau beliau ini adalah seorang pesakit "selective memory, selective amnesia". Masihkah kita ingat, sewaktu beliau masih menjadi Menteri Kewangan pada 07 Januari 1998, ekonomi Malaysia mencatatkan nilai tukaran matawang terendah dengan kadar RM4.88 berbanding USD1? Mana lebih besar RM3.55 atau RM4.88 berbanding USD1?

Siapakah Menteri Kewangan yang menghancurkan ekonomi Malaysia pada masa itu (1998) yang menyebabkan inflasi yang teruk, kadar faedah yang tinggi sehingga menyebabkan ramai Rakyat yang sengsara. Ketika itu ringgit jatuh dan rakyat dibebani dengan kadar faedah pinjaman yang tinggi dan klasifikasi 'Non Performing Loan' (NPL) turun dari 6 bulan kepada 3 bulan. Ramai yang muflis atau harta mereka dilelong. Bagi macai-macai PR yang masih muda, mereka mungkin terpengaruh dengan kata-kata Anwar Ibrahim kerana mereka tidak merasa detik-detik itu. Baca juga kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia bertarikh 09 Mac 1999, di sini.

Masihkah Anwar Ibrahim ingat, daripada September 1998 sehinggalah 2005, kadar Ringgit kita telah ditetapkan (pegged) pada RM3.80 untuk USD1, hasil kebijaksanaan Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamed, untuk memulihkan kembali ekonomi Malaysia? Atau Anwar Ibrahim juga turut terlupa bahawa 5 tahun dahulu, pada tahun 2009, USD1 adalah bersamaaan RM3.73? Cukup-cukuplah berbohong wahai Anwar Ibrahim. Simpanlah bohong itu untuk macai-macai PR sekali. Kalau Mendiang Karpal Singh masih hidup, pasti beliau akan mengulangi kata-kata yang pernah disebutnya, "Anwar Ibrahim harus bertaubat."

0 Tahniah MCA Kerana Berani Mencungkil Bakat Kepimpinan Baru


Berani membuat transformasi politik dan berani berubah. Itulah kesimpulan yang dapat CTS lakukan apabila membaca laporan BERNAMA, di sini, mengenai kesediaan parti komponen BN, MCA untuk membuat perubahan yang dianggap kritikal dan radikal bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan di dalam PRU ke 14 yang akan datang. 

Bukan mudah untuk membuat keputusan ini, memandangkan MCA sama seperti UMNO turut mempunyai ahli-ahli veteran yang dianggap 'warlords' yang mungkin menentang cadangan ini. Namun pujian harus diberikan kepada Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong kerana berani mengambil tindakan tidak popular untuk memastikan MCA masih lagi relevan di kalangan Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina.

MCA yang sejak kebelakangan ini agak ketinggalan dari segi memenangi hati masyarakat Cina berbanding parti DAP kelihatan bersungguh-sungguh mahu berubah. Mereka tahu PRU-14 adalah detik penting bukan sahaja bagi parti berkenaan malah parti komponen BN. Tokoh kepimpinan muda yang agresif, mesra Rakyat, sedia berkhidmat untuk Rakyat serta berperibadi tinggi adalah antara ciri-ciri penting di dalam usaha parti berkenaan untuk memenangi hati Rakyat. Tidak apa yang mustahil bagi MCA untuk menjadi juara masyarakat Cina seperti mana yang pernah mereka buktikan dulu.

BERNAMA mempunyai laporan penuh isu berkenaan:
MCA kini sedang dalam proses mencungkil bakat-bakat kepimpinan baharu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah ini juga adalah sebahagian daripada transformasi parti.
"Seperti yang saya katakan dahulu bahawa transformasi parti kita adalah terbuka dan apabila perkara mengenai memilih calon, kita akan membuat kajian melalui proses parti dan juga proses komuniti, yang komuniti juga boleh memberi pandangan mereka mengenai calon kita. 
"Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan tetapi proses mengenal pasti calon berwibawa dan berkaliber berjalan berterusan. Ini sebagai sebahagian daripada persediaan parti bagi menghadapi cabaran PRU14," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat MCA Parlimen Seremban di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Wee Ka Siong. Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata antara kriteria penting pemilihan calon ini ialah mereka yang berkualiti, komited dan berkeperibadian baik untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Katanya dalam masa sama, MCA perlu memberi perkhidmatan berterusan di peringkat komuniti dan ini memerlukan kerja berpasukan yang kuat. "Saya tahu calon itu penting dan kita sentiasa mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan anggota parti dan juga mana-mana individu atau wakil yang boleh kita tonjolkan."
"Tapi struktur parti juga penting dan perlu sentiasa berada di akar umbi untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Kalau struktur itu tidak kuat dan kukuh, maka susah untuk kita mendapat sokongan. Jadi, kita memerlukan komitmen di semua peringkat," katanya.
Katanya sejak mengambil alih kepimpinan parti, beliau meletakkan PRU14 sebagai agenda utama."
"Malah saya telah tubuhkan satu jawatankuasa induk di peringkat pusat, negeri dan bahagian. Untuk itu, semua kawasan MCA yang dikenal pasti telah diwujudkan bilik gerakan dan telah pun kita laksanakan apa yang patut kita buat untuk kita hadapi cabaran PRU14."
"Bagi MCA dan Barisan Nasional (BN), PRU14 adalah sangat penting. Oleh itu, kita perlu bersedia dari sekarang. Ini adalah misi penting untuk kita pastikan kekuatan parti. Kerana itu kita hendaklah sentiasa mendampingi rakyat serta membantu dan memenuhi kehendak mereka," katanya.

17 Apa Kejadahnya TV3 Berselingkuh Dengan KETUM Anwar Ibrahim Untuk Menjatuhkan Tun Daim?

Sejak bila TV3 menjadi lidah pembangkang untuk bersuara? Saban hari kita disogokkan oleh TV3 dengan temuramah-temuramah bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dan kemuncaknya adalah semalam apabila TV3 telah berselingkuh dengan Ketua Umum (KETUM) Anwar Ibrahim untuk membelasah Tun Daim. Lupakah TV3 siapa Anwar Ibrahim yang mereka bogelkan saban malam dalam kes liwat beliau?

CTS mendapat info yang boleh dipercayai terdapat gerakan terancang oleh Hantu Raya (HR) bersama-sama beberapa orang lagi, seperti orang yang pernah mendakwa mempunyai bukti berkotak-kotak terhadap Anwar Ibrahim serta seorang lagi yang bekerja di Pejabat PM sedangkan adiknya seorang pemimpin pembangkang, untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Mereka telah beberapa kali ditemui bermesyuarat di Shangri La, Putrajaya untuk menjayakan kerjasama dengan KETUM.

Tiada nama dapat CTS kemukakan setakat ini sehingga bukti kukuh kami perolehi memandangkan Hantu Raya (HR) memang terkenal dengan sikap mengupah peguam-peguamnya untuk menutup mulut sesiapa sahaja dengan cara menyaman. Namun HR mesti ingat perancangan beliau untuk membunuh karier politik DS Najib Razak dari dalam Pejabat PM bukanlah satu rahsia lagi. Ianya merupakan 'open secret' sepertimana rahsia beliau dibuang kerja oleh syarikat makanan terkemuka di Malaysia kerana aktiviti 'blowjob' beliau. You better watch out man!

January 18, 2015

0 Hudud Boleh Dilaksanakan Di Kelantan Dengan Kerjasama PAS-UMNO Walaupun DAP Menentang, Kata Dr Mashitah


Kelantan pada lewat tahun 50an dan 60an diberi jolokan ‘Paris of Malaya’. Jolokan berkenaan yang pertama kali diberikan oleh Ahli Majlis Kerajaan Kelantan itu mendapat liputan meluas akhbar di Tanah Melayu. Artikel ini ditulis bersandarkan laporan-laporan akhbar mengenai Kota Bharu sepanjang dua dekad.

"Kelantan telah dikenali sebagai 'Paris of Malaya' akibat kegiatan pelacuran yang semakin meruncing, ke mana sahaja kita pergi, di seluruh pelusuk Tanah Melayu, mesti ada pelacur dari Kelantan," demikian laporan yang dibentangkan Ahli Majlis Negeri Kelantan. Itulah laporan The Straits Times, 15hb April 1959, merujuk kepada pendedahan Nik Mohamed Amin Nik Ali, seorang ahli kepada jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat kegiatan pelacuran di dalam Negeri Kelantan.

Masalah pelacuran di Kelantan tidak berakhir sehinggalah kini. Setakat bulan September 2014, Kelantan menjadi negeri kedua selepas Selangor yang mencatatkan kadar kes jangkitan HIV tertinggi di negara ini. Menurut Setiausaha Kehormat Yayasan AIDS Malaysia, Hisham Hussein berkata, kes jangkitan baharu HIV di Kelantan mula meruncing pada tahun 2010 apabila kira-kira 28.8 orang bagi setiap 100,000 penduduk disahkan menghidap penyakit itu. Jumlah tersebut hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding kadar purata bagi keseluruhan negara ketika itu. Malah, Kementerian Kesihatan menyasarkan hanya 11 kes baharu HIV dicatat bagi setiap 100,000 penduduk sehingga 2015.

Kita menyambut baik cadangan  menyambut baik kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato' Ahmad Yakob bahawa kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang membawa kepada perlaksanaan hukum Hudud pada tahun 2015 nanti. Ianya berikutan kesediaan Kerajaan Pusat untuk memberi laluan kepada penguatkuasaan enakmen ini sebagaimana jawapan yang telah diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Parlimen baru-baru ini. Mungkin inilah satu-satunya cara masalah pelacuran di Kelantan dapat diatasi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed, ketika memberi reaksi berhubung Sidang Khas Dewan itu, berkata, kerajaan PAS perlu menunaikan janji untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah 11, tahun 2015. DS Mustapha berkata, 12 ADUN yang mewakili BN di Kelantan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal berkenaan dan UMNO dan Barisan Nasional Kelantan mengalu-alukan pembentangan tersebut.

Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di dalam kolumnis beliau di dalam Sinar Harian (baca di sini) melahirkan harapan hukum hudud di Kelantan dapat dilaksanakan dengan kerjasama PAS dan UMNO, walupun beliau tidak menafikan terdapat tentangan daripada sekutu PAS di dalam Pakatan, iaitu DAP. Menurut Dr Mashitah, DAP berusaha menjadi parti lebih kuat untuk mencapai matlamat serampang dua mata, yakni mencabar kekuatan Umno-Barisan Nasional di Parlimen selain menyekat hasrat Pas menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. 

Katanya, hari ini, DAP berada pada kedudukan paling kuat dalam sejak penubuhannya 50 tahun lalu, dan Umno-BN telah hilang penguasaan dua pertiga majoriti di Parlimen. Justeru dalam isu hukum hudud, DAP tidak mahu melihat sokong-menyokong antara Pas dan Umno di Parlimen, dan menganggap komitmen Umno Kelantan untuk menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan Pas sebagai tidak sihat.

39 Di Saat PM @NajibRazak Diserang Bertubi-Tubi, Beliau Juga Insan Biasa Makan Tengahari Diluar Bersama Keluarga



Di saat Perdana Menteri diserang bertubi-tubi oleh barisan bloggers dan ex-journalist (wartawan pencen) yang dikenali sebagai 'The Three Stooges', DS Najib Tun Razak masih lagi tenang dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. DS Najib Razak seperti Rakyat Malaysia yang lain turut membawa keluarga untuk makan di luar.

Gambar-gambar di atas diambil di IOI Mall, Putrajaya. Tiada kawalan keselamatan, tiada protokol, hanya yang ada beliau dan anak-anaknya. Macai jangan pula bertanya di mana DS Rosmah Mansor. Beliau pada ketika ini berada di Gua Musang dan Kuala Krai, Kelantan melawat mangsa banjir, atas tanggungjawab beliau sebagai Presiden BAKTI.

Kekadang CTS merasa hairan, di saat Perdana Menteri diserang kiri dan kanan oleh 'The Three Stooges' yang dikepalai oleh Datuk Abdul Kadir Jasin, mana perginya Menteri-Menterinya, Timbalan-Timbalan Menterinya, Ketua-Ketua UMNO Bahagian muncul untuk mempertahankannya. Adakah mereka juga dalam kumpulan yang sama untuk 'menghalau' Perdana Menteri keluar dari Putrajaya?

Kita juga ada pelbagai agensi dan pelbagai kementerian. Di mana dan apa guna dilantik jadi pemikir dan penasihat Kerajaan dan Perdana Menteri dengan gaji beribu jika gagal menjawab serta menyediakan jawapan balas terhadap Kerajaan dan Perdana Menteri? Lagi teruk lagi sekiranya ada pemikir dan penasihat Kerajaan yang berkerja buat isu hentam Kerajaan. Kenapa masih dibayar gaji mereka?


0 Majlis "Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera" Anjuran Yayasan Mesra Meriah

Masyarakat sekitar Felda Pasak Parlimen Kota Tinggi semalamamat bertuah kerana berpeluang melibatkan diri dalam program yang melibatkan keselamatan dan kesihatan diri mereka. Program anjuran Yayasan Mesra dengan penajanya FGV mendapat kerjasama daripada JKKK Felda Pasak serta agensi-agensi kerajaan seperti AADK, KEMAS, PDRM dan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi.

Program Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera ini padat dengan acara-acara seperti:

Pemeriksaan kesihatan percuma ...


Senamrobik ...


Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak ...


Pertunjukan masakan secara sihat ...


Ada ceramah kesihatan ...


dan juga pemeriksaan gigi percuma.


Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Ahli Parlimen Kota Tinggi dan isteri, Datin Zubaidah Kassim turut meluangkan masa hadir pada program ini. Mereka berdua meluangkan masa melawat pameran, melakukan pemeriksaan kesihatan dan melawat pusat derma darah. Datuk Ehsan juga turut menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda kepada golongan yang layak serta menyampaikan hadiah kepada peserta cabutan bertuah.







 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates