January 17, 2015

2 Negeri Kedah Iktiraf Ulama Pondok - Tok Guru Pondok Terima Gelaran Dato'


Diiktiraf! Buat julung kalinya seorang Tok Guru Pondok di Kedah menerima Darjah Kebesaran D.S.D.K (Darjah Setia Diraja Kedah) yang membawa gelaran Dato'. Tahniah Tok Guru Pak Teh Mat yang kelihatan di gambar dipimpin oleh Menteri Besar Kedah DS Mukhriz Tun Dr Mahathir. Tahniah kepada Kerajaan Kedah yang mengiktiraf institusi pengajian pondok yang merupakan institusi pengajian yang tertua di negara ini.

Tok Guru Pak Teh Mat atau nama sebenar beliau Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Noor, antara nama yang dicadangkan oleh Dato Seri Hj Mukhriz bagi menerima pingat Dato, bagi mengenangkan jasa beliau mendidik anak bangsa menjadi muslimin dan muslimat yang sempurna. Ternyata cadangan DSMM disokong oleh ADUN beliau, YB Badrol Hisham malah pihak Istana juga bersetuju untuk kurniakan darjah kebesaran itu kepada beliau. Syabas Menteri Besar Kedah atas pengikhtirafan beliau kepada Ulamak Kedah.

Ianya selaras dengan komitmen Kerajaan Pusat di bawah pimpinan DS Najib Tun Abdul Razak yang turut mengiktiraf institusi berkenaan sebagai institusi pengajian terulung. Lebih manis lagi apabila anugerah ini diberikan kepada Rakyat Kedah di mana Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato Dr Mashitah Ibrahim juga merupakan anak jati kelahiran negeri ini yang turut banyak mempromosikan dan membangunkan sekolah podok di negara ini khasnya di Kedah.

January 16, 2015

64 Bila DS @NajibRazak Naik Pengangkutan Awam, Mesti Macai Kata PM Berlakon

Tahniah kepada Perdana Menteri, DS Najib Razak yang membuat lawatan mengejut dengan menaiki LRT dari PWTC ke KL Sentral petang ini. Kehadiran beliau mendapat sambutan orang ramai walaupun masih terkejut dengan kehadiran Perdana Menteri. Kalau selalu DS Najib Razak buat sebegini, mahunya rating beliau di kalangan Rakyat naik mencanak. Berikut adalah kenyataan beliau.
Selepas menunaikan Solat Jumaat tadi, saya telah menaiki LRT dari PWTC ke KL Sentral bersama-sama warga ibu kota yang lain. Ramai juga terkejut melihat saya di sana. Tapi Alhamdulillah, mereka tidak segan untuk memberi maklum balas mengenai sistem pengangkutan awam kita.
Berdasarkan pengalaman saya pada hari ini, saya lihat masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Insya-Allah, kita akan kenal pasti cara terbaik untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara demi keselesaan rakyat.





January 15, 2015

24 Bantuan Mangsa Banjir Pulau Pinang - Mana Perginya Baki RM350,000 @cmlimguaneng ?


Di atas adalah keratan lidah rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Buletin Mutiara yang memaparkan berita sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM1.5 juta. Di bawah pula adalah 'screen shoot' daripada Facebook rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang yang memaparkan senarai penuh penerima sumbangan banjir sebanyak RM1.15 juta. Mana perginya perbezaan RM350,000? Adakah Buletin Mutiara tersalah lapor atau RM350,000 itu menghilang entah ke mana?

Kalau dilihat daripada pecahan derma berkenaan hanya RM200,000 daripada RM1.15 juta diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri. Kenapa hanya 17% sahaja yang diberikan kepada Kerajaan  Negeri? Lim Guan Eng tidak percayakah? RM200,000 diberikan kepada Yayasan Darul Hijrah yang kepentingannya di bawah Datuk Husam Musa. RM200,000 diberikan kepada NGO politik, Pertubuhan R Kelantan manakala RM40,000 diberikan kepada Jemaah SRK Cina. Sekolah Melayu dan Sekolah Pondok tidak ada peruntukan kah? Tidakkah ini rasis?


8 Senarai Cadangan 11 DUN Baru Untuk PRN Sarawak Bukti Ketelusan SPR

Sebanyak 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) baru dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dalam menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke 11 yang dijangka tamat tempoh matangnya pada bulan Jun 2016.

SPR mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak bermula 5 Januari sehingga 4 Februari 2015 dilaman web rasmi SPR, di sini dan ianya terbuka untuk sebarang bantahan bersyarat.

Senarai DUN baru yang dicadangkan adalah seperti berikut:

N13 Batu Kitang
N17 Stakan
N18 Serembu
N23 Triboh
N26 Gedong
N40 Kabong
N57 Tellian
N63 Selirik
N66 Murum
N70 Samalaju
N78 Long Lama

Jika diterima tanpa bantahan, jumlah keseluruhan DUN di Sarawak menjadi 82 kawasan dan turut dipamerkan ialah senarai kod baru untuk DUN selepas persempadan semula. Tidak mengira sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN atau PR, mereka seharusnya tidak perlu terlalu resah dengan persempadanan semula ini kerana ini cuma cadangan dari SPR yang boleh dibantah mengikut prosedur yang ditetapkan. Kajian persempadanan semula ini pastinya sudah mengambil kira dari sudut geografi Sarawak yang luas, yang memerlukan sesuatu kawasan yang besar dipersempadankan semula.

Walau gabaimanapun, tindakan SPR mempamerkan senarai bahagian DUN Sarawak yang baru di Pejabat SPR serta di laman web mereka, selain mengikut lunas undang-undang, ianya juga merupakan satu tindakan yang terpuji dan membuktikan SPR tidak ada apa-apa rahsia atau agenda untuk disembunyikan kepada Rakyat. Keterbukaan SPR untuk berkongsi maklumat dengan rakyat tidak boleh disangkal.

Tindakan terbaru SPR ini diharapkan dapat menutup mulut pembangkang dan membuka mata Rakyat bahawa SPR sebenarnya sangat terbuka dalam perkara yang melibatkan tabir urus pilihanraya di negara ini.






0 Peristiwa Charlie Hebdo - Dr Mashitah Sudah Memberi Peringatan Tentang Kumpulan IS Sewaktu PAU2014


Peristiwa berdarah Charlie Hebdo, iaitu kejadian serangan terhadap sebuah agensi penerbitan kartun di Perancis oleh dua orang rakyatnya yang terpengaruh dengan ideologi militan IS, telah mengejutkan dunia termasuk rakyat Malaysia. 17 orang termasuk 12 orang kakitangan agensi penerbitan kartun itu terkorban dalam serangan tersebut. 2 orang yang beragama Islam turut dibunuh oleh penyerang dalam peristiwa tersebut.

Apa yang boleh dipelajari dari serangan Charlie Hebdo adalah penyerangnya adalah dua orang anak muda yang terpengaruh dengan ideologi IS, sebuah pertubuhan yang diisytihar sebagai kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malah Malaysia juga membuat pendirian bahawa IS bukan mencerminkan Islam yang sebenar malah dilihat sebagai satu kumpulan pengganas.

Potensi ancaman daripada kumpulan IS menjadi kebimbangan umum kerana rakyat Malaysia dikesan turut terlibat dalam kumpulan IS di Syria dan Iraq. Kertas Putih mengenai IS yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia mendedahkan bahawa seorang rakyat Malaysia, Ahmad Tarmimi Maliki, yang menyertai kumpulan IS telah menjadi pengebom berani mati di Iraq yang menyebabkan 25 orang tentera elit Iraq terkorban.

Laporan juga menyebut bahawa 4 orang rakyat Malaysia yang menyertai IS terbunuh dalam medan pergerakan militan di Syria pada tahun 2014. Di samping itu, seramai 39 orang rakyat Malaysia  telah dikenalpasti masih berada di Syria. Pihak Polis pula dilaporkan berjaya menahan 40 orang rakyat Malaysia yang sedang berusaha untuk berlepas ke Syria menyertai militan IS. Malah baru-baru ini, dua orang rakyat Malaysia diusir dari Australia yang disyaki terlibat dalam IS.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Dato Dr Mashitah Ibrahim yang telah lebih awal memberi amaran kepada para perwakilan UMNO tentang bahayanya ancaman kumpulan IS ini kepada kerajaan Malaysia secara amnya dan umat islam secara khususnya, ketika Persidangan Agong UMNO 2014. Berikut adalah sedutan teks ucapan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim:
Kini, semakin ramai yang menyertai gerakan militan ‘Negara Islam’ (Islamic State) berperang di Syria-Iraq, juga kerana ingin mati syahid dan masuk syurga. Ramai dikatakan orang muda dari seluruh dunia. Ini manifestasi gejolak anak muda yang ingin jadi seperti Saidina Hamzah, menjadi Ahl Badar, nak mati syahid kerana mati syahid membawa ke syurga. Daripada 12,000 ribu rakyat asing yang kononnya sudah bersama IS, 15 orang adalah rakyat Malaysia, termasuk perempuan remaja yang sanggup menjadi isteri pejuang IS kononnya pengorbanan yang juga akan membawa mereka ke syurga. Terbentuk dalam minda mereka satu persepsi atau pemikiran bahawa jalan terbaik ialah berjihad.

Tapi hakikatnya kena faham betul-betul. Jihad kalau dipupuk dengan cara yang betul akan menjadikan seseorang itu serius dan bersungguh-sungguh melaksanakan tuntutan Islam dalam segala aspek kehidupan. Tapi jika diselewengkan maknanya, ia boleh menjadi ancaman dan menyemarakkan lagi Islamophobia di kalangan Barat dan hanya akan meng’iya’kan label terroris pada umat Islam. Kumpulan IS diketahui membunuh orang awam yang tidak berdosa, dan memenggal kepala tebusan. Perbuatan seperti ini atas nama Islam bukan sahaja kejam dan tidak bertamadun, malah merosakkan imej agama Islam di kaca mata dunia lebih-lebih lagi ketika dunia  Barat yang kian beranggapan bahawa  Islam adalah agama yang menganjurkan keganasan.

Perjuangan dan pengorbanan yang diajarkan Islam bukan seperti perbuatan menjadi pengebom berani mati dan memenggal kepala orang yang tidak berdosa atas alasan agama kerana ia dilarang keras disisi Islam. Ini bukan jihad, dan tentunya bukan jalan masuk syurga. Sebenarnya, tidak ada jalan pintas atau special highway atau express lane ke syurga. Nak masuk syurga tidaklah semudah itu.

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ( البقرة)214) 
Apakah kamu sangka semudah itu kamu blh jejak syurga Allah. Inilah laluan Asiah Mazahim, isteri Firaun, bila dia berdoa:
“وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Malaysia selaku sebuah negara majmuk perlu berwaspada terhadap sebarang ideologi berpaksikan  fanatisme, perkauman atau keganasan  bersifat militan agar tidak menyusup ke dalam pemikiran anak muda  Islam kerana penduduk Malaysia  terdiri daripada pelbagai keturunan, agama dan budaya. Malaysia menghargai dan menghormati identiti etnik setiap kaum di negara ini dan menganggapnya sebagai satu aset yang dibanggakan. Sebagai perintis ‘Gerakan Kesederhanaan Sedunia (GMM)’ yang berpaksikan pendekatan wasatiyyah, Malaysia mengutuk perjuangan melampau dan militan seperti IS yang langsung tidak mencermin atau menonjolkan kemurnian Islam yang sebenar. Berkaitan ini, Malaysia menyokong penuh  Resolusi  2170 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menentang  sebarang bentuk sokongan dan bantuan kepada IS.

5 Menjawab Tuduhan Johari Abdul, Kontrak KDN Kepada MyEG Ancam Keselamatan Negara


Sebenarnya CTS sudah malas untuk mengulas isu MyEG yang asalnya dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. CTS sudah membuat posting panjang lebar di sini dan di sini. Memandangkan sebentar tadi terbaca ulasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang terkenal di kalangan bloggers sebagai Joe Bendul di The Malaysian Insiders (TMI), di sini, tergerak CTS untuk membuat jawapan balas. TMI menulis seperti berikut:
PKR hari ini membidas tindakan Putrajaya memberikan kontrak pembaharuan "PAS Lawatan Kerja Sementara (PLKS)" ‎kepada syarikat swasta MyEG dan mendakwa ia hanya akan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara. Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul, ‎tugas MyEG secara jelas melibatkan maklumat sensitif yang menyentuh hal ehwal imigresen dan negara boleh berdepan dengan risiko kebocoran atau salah guna maklumat.
Terdapat 3 jawapan untuk menangkis pertuduhan Joe Bendul berkenaan kerahsiaan data yang kononnya menjadi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara.

1. Maklumat pekerja asing dan majikan mereka tidak diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) yang memungkinkan keselamatan negara tergugat. Lainlah kalau Joe Bendul takut nama-nama beliau dan rakan-rakan beliau terkeluar di dalam senarai tersebut.

2. Segala data dan maklumat pekerja asing dimiliki sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen dan MyEG tertakluk sepenuhnya di bawah "Personal Data Protection Act 2010" yang digubal d Parlimen untuk melindungi data pengguna daripada disalahguna oleh pihak yang tidak berkepentingan.

3. Kesemua 'database' Kerajaan selama ini diuruskan oleh pihak swasta seperti Mesiniaga Berhad dan HeiTech Padu Berhad. Apa perbezaan peranan yang dimainkan oleh kedua-dua syarikat swasta ini berbanding dengan MyEG. Apakah selama ini Joe Bendul tak sedar perkara ini?

Di United Kingdom sekalipun permohonan Visa telah diswastakan (outsource) kepada syarikat swasta walaupun pengeluaran Visa dilakukan oleh Kedutaan mereka. Apa bezanya dengan Immigresen dan MyEG di sini?

21 Apa Tujuan DAP Menganjurkan Forum Memperingati Tun Razak Semalam?


Agak dangkal dan timbul curiga di dalam hati, kenapa selepas 29 tahun Mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein meninggalkan kita, baru semalam DAP beria-ia mengadakan forum untuk memperingati Allahyarham. Agak sinis juga apabila DAP menjemput seorang ahli UMNO, Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas Setiausaha Politik Allahyarham, sebagai salah seorang panel selain daripada Teresa Kok, Nurul Izzah dan Lim Kit Siang. 

Tertarik dengan beberapa bait daripada panelis antaranya Nurul Izzah yang berkata, "Tun Razak doesnt belong to UMNO. He belongs to me, to us" dan Tan Sri Abdullah pula berkata, "I must be the only UMNO man in this room" dan "Bukan UMNO yang memperingati Tun Razak tapi DAP yang memperingati Tun Razak"

Bagi menjawab kenyataan Tan Sri Abdullah, UMNO memperingati Tun Razak dengan mengadakan majlis tahlil sekurang-kurangnya setahun sekali dan bukannya bersandiwara mengadakan forum sekali setelah berpuluh tahun. Untuk apa? Anak beliau sendiri, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, semalam menghadiri majlis tahlil arwah Tun Razak di Masjid Ar Rahah selepas Maghrib. Untuk apa DAP tiba-tiba menjadi obses kepada Allahyarham Tun Razak? Apa agenda disebaliknya?





January 14, 2015

0 Sukarelawan MCA Masuk Perkampungan Orang Asli Di Gua Musang Hulurkan Bantuan


Bukan senang bertugas sebagai sukarelawan banjir apatah lagi kalau melibatkan kawasan pendalaman yang kurang dari kemudahan jalan raya yang sempurna, Itulah yang dialami oleh petugas-petugas atau sukarelawan MCA atau dikenali sebagai Crisis Relief Squad Of MCA (CRSM) sewaktu menghantar barang bantuan ke perkampungan orang asli di Gua Musang.

Kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang digunakan tersangkut di dalam lumpur sebanyak beberapa kali. Sukarelawan CRS terpaksa menurunkan barangan bantuan di sebuah depoh di tengah jalan. Orang-orang kampung terpaks berjalan kaki ke depoh berkenaan untuk mendapatkan barangan bantuan.




0 Terima Kasih Sukarelawan PLKN Atas Khidmat Ketika Pasca Banjir


Apa yang diusahakan sejak Mei 2013 kini telah menampakkan hasilnya. Pada ketika itu, iM4U telah mendaftarkan lebih 240,000 orang sukarelawan  setiap tahun untuk 3 tahun bermula 2013, melalui kerjasama dengan pihak Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN). Antara bidang persefahaman termasuk pengenalan iM4U kepada pelatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pendaftaran semua pelatih PLKN serta 730,000 ahli alumni PLKN sebagai sukarelawan iM4U. 

Malah, sebelum persefahaman ini lagi, sudah ada kira-kira 200,000 bekas pelatih PLKN yang terlibat menjalankan program-program sukarelawan dalam Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang ditubuhkan pada 2012. BSKN adalah sebuah badan yang dianggotai bekas pelatih PLKN bertujuan untuk menggerakkan alumni PLKN dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelaan.

Kini kita dapat melihat peri pentingnya tugas sukarelawan-sukarelawan ini sewaktu banjir besar di Pantai Timur baru-baru ini. Sukarelawan-sukarelawan ini turun membantu membersihkan kesan pasca banjir yang begitu teruk melanda. Setakat ini, MLKN mempunya 81 kem di seluruh Malaysia yang menjalankan latihan khidmat negara berdasarkan falsafah Rukun Negara. Nampak gayanya tujuan JLKN untuk melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri melalui aktiviti yang menyemarakkan semangat kesukarelawanan, menampakkan hasilnya.

Kita yakin usaha murni ini akan terus menyemaikan pemikiran positif di kalangan pelatih Khidmat Negara. Semangat kesukarelawanan hendaklah dipupuk di usia muda lagi bagi melahirkan insan yang dapat menyumbang kepada Negara di masa hadapan. Kita berharap agar pelatih PLKN akan membawa semangat kesukarelawanan ini apabila mereka menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan terus berkhidmat melalui melalui badan-badan kebajikan apabila mereka keluar dari pengajian kelak. Secara tidak langsung program kesukarelawan ini dapat memupuk sifat pertanggungjawaban di kalangan belia dan bersedia berkhidmat untuk masyarakat bila-bila saja diperlukan.

January 13, 2015

65 PKR Dan DAP Berusaha Keras Menghalang MyEG Jadi Pengkalan Data Berpusat Permit Pekerja Asing, Mengapa?


Tidak susah untuk membaca kenapakah Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim begitu bersemangat untuk menghalang MyEG daripada menjadi Pengkalan Data Berpusat untuk mengawal selia Permit Pekerja Asing. Posting mengenai isu tersebut telahpun CTS siarkan semalam di sini. Sebaliknya, agak dangkal apabila parti PKR juga turut sama membuat cubaan untuk membantah isu yang sama. Hari ini, jam 11.30 pagi, bertempat di Ibupejabat Keadilan, isu MyEG turut mendapat perhatian. Sidang media mengenai isu MyEG ini dilakukan oleh dua YB PKR iaitu YB Dato Johari Abdul dan YB Lee Chean Chung, Adun Semambu dan Ketua Penerangan AMK Pusat.

Di dalam sidang media mereka hari ini, Lee Chean Chung, mempertikaikan risiko pembocoran maklumat imigresen dan bakal mengancam keselamatan serta kedaulatan negara. Beliau turut mempertikaikan mengapa pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan pembersihan PATI mesti ditugaskan luar kepada syarikat swasta dan tidak boleh dikendalikan oleh Jabatan Imigresen sendiri. Juga beliau mempersoalkan mengapakah rakyat terpaksa membayar sebanyak dua kali, iaitu sekali kepada Jabatan Imigresen dan sekali lagi kepada MyEG. Akhir sekali, beliau telah memberi tempoh 3 hari kepada Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memberikan penjelasan kepada orang awam sebelum mereka membawa kes ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penjelasan mengenai perkara ini telahpun diberikan oleh pihak MyEG kepada Bursa Malaysia. MyEG telah ditugaskan untuk antara lain menggubal, mengenal pasti, menyelenggara, mengemaskini serta menganalisa pengkalan maklumat pekerja-pekerja asing di Malaysia. Mereka juga diberikan tugas untuk membezakan pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan mewujudkan Pengkalan Data Berpusat. Tidak ada isu kebocoran maklumat sehingga menyebabkan keselamatan dan kedaulatan negara hanya kerana data pekerja asing (dengan izin atau tanpa izin) diselaraskan dan diletakkan secara berpusat.

Lagipun, maklumat pekerja asing dan majikan mereka tidak diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) yang memungkinkan keselamatan negara tergugat. Oleh itu, tidak menjadi kesalahan Jabatan Imigresen mahu lebih efektif dan effisyen dengan menswastakan tugas LPKS (outsource) kepada MyEG. Dakwaan Lee Chean Chung bahawa Rakyat (baca majikan untuk pekerja asing) terpaksa membayar dua kali juga tidak berasas. Telah CTS terangkan di dalam artikel sebelum ini, bahawa MyEG dipastikan untuk membuat kiriman wang (remittance) atas semua bayaran yang dibuat kepadanya kepada Akauntan Negara pada hari yang sama. Oleh itu, MyEG tidak membuat sebarang keuntungan ke atas dana yang diapungkan (interest on float). Oleh itu, mana datangnya pembayaran dua kali?

Adalah tidak menghairankan apabila pembangkang begitu terdesak memainkan isu ini. Malah banyak aktivis dan NGO pro pembangkang turut terlibat. Contohnya, Mendiang Irene Fernandez yang seringkali berjuang mengenai kepentingan pendatang asing melebihi kepentingan dan keselamatan negara. Kita tertanya-tanya apakah yuran (fee) yang dikenakan oleh MyEG menjadi pokok perjuangan parti pembangkang untuk menghalang MyEG dari menjadi Pengakalan Data Berpusat untuk Permit Pekerja Asing atau segelintir pemimpin dan ahli politik pembangkang cuba melindungi sindikit pendatang asing tanpa izin? 

20 Video MP Tanjong Tak Mahu Bayar Parking Viral Di Media Sosial


Video Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik tidak mahu membayar parking berjumlah RM10 serta bertindak memarahi kakitangan-kakitangan parking di Penang Times Square menjadi viral di media-media sosial. Difahamkan Ahli Parlimen berkenaan tidak tahu membezakan di antara kadar parking di tingkat bawah (basement) dengan kadar parking di luar (outdoor) bangunan tersebut. Kadar parking di 'basement' adalah RM10 selepas jam 10 malam, berbeza dengan kawasan luar bangunan.

Hebat betul pemimpin-pemimpin DAP, sejak mereka memerintah, parking di negeri sendiripun sudah tidak mahu bayar. Aiya YB, lain kali kalau tak mahu bayar parking, naiklah pengangkutan awam. Walaupun YB adalah Timbalan Presiden Penang Voluntary Patrol Unit (PPS), parking tetap kena bayar lor. Tetap tidak berpuas hati, beliau turut memuatnaik cetusan rasa beliau di dalam laman sosial Facebook beliau.


video

January 12, 2015

80 Kenapa Teresa Kok Sakit Hati Sangat MyEG Menguruskan Permit Pekerja Asing?


Ahli Parlimen (MP) Seputeh Teresa Kok Suh Sim mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneruskan kaunter permohonan manual pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sehingga masalah sistem atas talian dan bayaran MyEG diselesaikan. Beliau yang dipetik oleh akhbar tempatan berkata KDN perlu menjelaskan mengapa bayaran RM38 dikenakan terhadap perkhidmatan e-pembekal MyEG sedangkan permit sebelum ini dikeluarkan tanpa bayaran.

Bagi menjawab persoalan Teresa Kok, MyEG telah diamanahkan oleh Kerajaan untuk membuat dan menyusun pangkalan data berpusat (data dimiliki oleh Jabatan Imigresen) untuk pekerja asing (dengan izin dan tanpa izin), majikan yang sah, majikan yang mengaji pekerja asing tanpa izin dan majikan yang tidak mengetahui bahawa nama mereka telah digunakan untuk mendaftar pekerja asing tanpa izin.

MyEG diperlukan untuk pergi ke semua pejabat majikan yang sah untuk mengenalpasti premis pejabat mereka serta mengesahkan pengenalan biometrik wakil mereka yang diberi kuasa. Untuk pangkalan data yang bersih dan menyeluruh, satu pihak iaitu MyEG perlu bertanggungjawab untuk itu. Bayaran RM38 yang dikenakan MyEG untuk permohonan atas talian, adalah untuk menanggung kos operasi dan pengurusan perkhidmatan permit berkenaan.

Teresa Kok turut mempersoalkan mengapa purata levi RM1,755 untuk setiap pekerja atau jumlah agregat RM4.4 bilion kini telah dibayar kepada MyEG bukannya Jabatan Imigresen. Untuk menjawab persoalan beliau ini, MyEG telah mengumpul pendapatan bagi pihak Kerajaan sejak 14 tahun lalu berjumlah lebih daripada RM20 billion untuk cukai jalan, lesen memandu, saman polis dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. MyEG dipastikan untuk membuat kiriman wang (remittance) atas semua bayaran yang dibuat kepadanya kepada Akauntan Negara pada hari yang sama. Oleh itu, MyEG tidak membuat sebarang keuntungan ke atas dana yang diapungkan (interest on float). Di samping itu, MyEG dikehendaki menyediakan deposit bon kepada Kerajaan bagi memastikan pematuhan semua syarat yang dikenakan oleh Kerajaan.

Sebuah organisasi untuk menguruskan permit pekerja asing secara berpusat amat penting bagi Kerajaan dalam mengawal kemasukan pekerja asing tanpa izin. Kita boleh melihat pekerja asing di mana-mana dalam kehidupan seharian kita. Pergi saja ke sebuah kedai kopi atau mamak dan biasanya dikendalikan oleh pekerja asing. Adakah gerai penjaja kecil sebenarnya mempunyai lesen untuk mengaji pekerja asing? Atau mereka semua adalah pekerja asing tanpa izin yang menafikan rakyat Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan? Bagaimana dengan kilang-kilang yang mengambil pekerja asing tanpa izin? Ianya tidak adil kepada perniagaan yang menghabiskan wang yang banyak untuk mengambil pekerja mengikut lunas undang-undang.

Kita juga telah mendengar cerita bagaimana pembantu rumah asing yang melarikan diri selepas bekerja untuk beberapa bulan. Majikan menghabiskan lebih daripada RM10,000 untuk mengupah seorang pembantu rumah, dan adalah sangat mengecewakan sekiranya pembatu rumah melarikan diri. Persoalannya, ke manakah pembantu rumah itu pergi? Tidakkah terlintas di fikiran kita terdapat sindiket yang membawa pembantu rumah ini untuk bekerja di gerai-gerai makanan. Mengapa Teresa Kok mahu memainkan isu ini? Apakah beliau mempunyai kepentingan atau cuba melindungi sindiket pekerja asing tanpa izin?

0 Banjir Di Pantai Timur & UMNO Selangor - Bahagian Dan Pemimpin Mana Yang Siap Siaga Membantu?



Tahniah sukarelawan UMNO Selangor dan ketua-ketua bahagian yag juga komited membantu bagi menjayakan misi bantuan pasca banjir di Temerloh. Ini adalah konvoi kali ketiga bagi UMNO Selangor. Sambil membantu mangsa-mangsa banjir, kita dapat merapatkan lagi silaturrahim. Tahniah semua. Semangat dan komitment lebih bernilai daripada wang ringgit. Selain daripada usaha murni untuk membantu mangsa-mangsa banjir, komitmen ketua-ketua bahagian yang menghantar sukarelawan amat dipuji. Inilah yang membezakan mereka dengan ketua-ketua bahagian yang lain yang bersikap tunggu dan lihat. 

Buat DS Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor, sebenarnya ini adalah ujian untuk melihat bahagian manakah yang siap siaga, boleh mengharapkan jentera bahagian bila-bila masa dan boleh bersama UMNO Selangor sebagai 'team player'. Di sini kita boleh mengenal siapakah pemimpin-pemimpin bahagian yang boleh diketengahkan untuk bersama-sama menduduki jawatankuasa UMNO Selangor.

2014 sudahpun melabuhkan tirai dan 2015 sudahpun bermula. Masa tidak menunggu kita. UMNO Selangor perlu berubah. Sebuah pasukan yang kuat perlu diwujudkan dengan segera untuk memimpin UMNO Selangor. Sebagai Pengerusi UMNO Selangor, DS Noh Omar memerlukan seorang Setiausaha yang kuat yang mampu bekerja keras dan mampu bekerja rapat dengan Pengerusi. Nama yang kedengaran melalui beberapa blog yang CTS baca adalah Dato Zein Isma. Sama ada beliau layak atau tidaak, DS Noh Omar sendiri lebih maklum siapakah yang beliau percayai.

Tiga Naib Pengerusi amat diperlukan untuk struktur organisasi UMNO Selangor yang baru dan kondusif. CTS membayangkan tiga naib pengerusi ini mewakili kawasan Bandar, Luar Bandar dan Kampung/Desa/ Kampung Baru. Tiga kawasan ini amat penting dijaga untuk menjana sokongan di seluruh negeri Selangor. Satu-satunya jabatan atau biro yang amat penting di dalam Jawatankuasa UMNO Selangor yang baru adalah Jabatan Penerangan / Pengarah Strategik UMNO. Komunikasi di alam siber, media cetak dan media massa amat penting di dalam usaha UMNO untuk menawan hati dan mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi Selangor. 

YB Budiman Zohdi adalah calon utamanya yang dilihat dan diakui paling popular di media sosial. Pendekatan politik baru yang segar dan remaja oleh beliau banyak membantu UMNO dan BN Selangor untuk meluaskan pengaruh di kalangan orang muda. Satu nama lagi yang tidak perlu dipinggirkan adalah Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Dato Azhari Shaari. Beliau dilihat sebagai tokoh muda yang perlu diketengahkan bagi mendapatkan sokongan pengundi atas pagar. Dato Azhari adalah seorang pemimpin yang rajin dan kerap turun melalui program-program Rakyat yang diusahakan oleh beliau. Jabatan Belia, Komuniti dan Kemasyarakatan amat sesuai diberikan kepada tokoh muda ini.

January 11, 2015

52 YAB @AzminAli Basuh Baju Mangsa Banjir, Hebat Tu ...


Agak terkesima pada mulanya mendapat gambar Dato Mentri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali membasuh kain batik seorang mangsa banjir. Apatah lagi melihat Kakak di belakang tu menangis kesyaduan mungkin kerana seorang Menteri Besar membasuh kain batiknya. Pada mulanya kita fikir baik sajalah. Mungkin YAB Azmin Ali seorang yang ringan tangan dan rajin bekerja. 

Apabila membaca status Menteri Besar tersebut di laman sosial Twitter, hati tertanya-tanya, adakah beliau melakukan basuhan tersebut secara ikhlas atau sekadar lakonan untuk menunjuk-nunjuk. Sekali lagi kita fikir baik sajalah. Oleh itu, mana-mana mangsa banjir yang perlukan seseorang untuk membasuh pakaian anda, bolehlah menghubungi Menteri Besar berkenaan dengan kadar segera untuk bantuan. Terima kasih.


Situasi sebenarnya adalah seerti di bawah. Kakak itu ketawa sebab Azmin Ali hanya sekadar berlakon.

3 Macai Kata DS @NajibRazak Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Cuba Tengok @anwaribrahim dan @cmlimguaneng





Macai-macai PR tidak berpuas hati apabila Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, turun ke Pantai Timur pasca banjir untuk membantu membersihkan kediaman mangsa-mangsa banjir. Kata mereka, Perdana Menteri hanya berlakon. Turun salah, tak turunpun salah. Sekurang-kurangnya sebelum dan sesudah banjir, Perdana Menteri turun juga ke kawasan banjir dan berendam di dalam air, walaupun beliau masih bercuti.

Cuba macai bandingkan KETUM Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng. Persamaaan kedua-duanya, tidak seorangpun yang turun semasa Pantai Timur dilanda banjir jerana bercuti. Pasca banjir pula, yang seorang datang melawat tunding sana tunding sini, satu bantuanpun tak dibawa serta tangan di belakang semasa melawat mangsa banjir. Al maklumlah orang besar. Yang seorang lagi baju tidak pernah kotor dan berpeluk tubuh. Memang sombong tahap dewa.




13 Tanah Jerlus Di Bandar Bentong - MP Bentong DS @liowtionglai Turun Padang


Semua kenderaan yg hendak menuju ke Raub atau ke Kelantan melalui Bandar Bentong terpaksa dilencongkan ke jalan alternatif Felda Sertik-Mempaga - Kg. Lebu - Raub kerana terdapt masalah tanah jerlus di jambatan yg dalam pembinaan di Bandar Bentong. Pihak Bomba memaklumkan penutupan jalan berkenaan disebabkan berlaku hakisan yang serius di Jambatan Sg Bentong berikutan hujan lebat.





DS Liow juga turut meninjau dan mendengar taklimat daripada penduduk Bentong dan kawasan sekitarnya mengenai laluan alternatif.






 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates