May 29, 2015

27 Rahman Dahlan Bogelkan Pembohongan Shafie Afdal Isu 1MDB






Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menafikan dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, DS Mohd Shafie Apdal bahawa anggota kabinet tidak dimaklumkan mengenai masalah syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Rahman Dahlah telah memuat naik muka hadapan buku '1MDB factsheet' ke laman sosial Twitter beliau. Buku ini telah diedarkan dalam mesyuarat kabinet termasuk info mengenai status terkini pelaburan, harta dan hutang 1MDB turut juga dimasukkan. Datuk Rahman Dahlan menulis,
"Sebenarnya isu 1mdb banyak kali dibincangkan dalam kabinet. Banyak info yang dimaklumkan oleh MK2. Buku factsheet juga ada diedarkan. Pandangan saya, tidak ada sebab kenapa isu tak cukup penerangan, tak ada penerangan atau tidak dimaklumkan dalam kabinet menjadi polemik. Buku 1MDB Fact Sheet itu diedarkan, kalau tak silap saya, lebih kurang dua bulan lalu dlm kabinet."
Nampak sangat DS Shafie Afdal telah berbohong apabila beliau berkata di dalam lidah pembangkang, Malaysiakini semalam, "Kita anggota kabinet yang bertanggungjawab. Itu sebabnya kita tanya soalan. Kita mahu tahu kabinet juga tidak jelas berhubung sesetengah isu berkaitan syarikat itu, justeru, kami tidak boleh dipersalahkan". Baca di sini. Letak jawatan sahajalah DS Sahfie kalau tak boleh bekerja dengan pimpinan yang ada sekarang. Baru anak jantan.

27 comments:

Anonymous said...

GST hanya untuk selamatkan kerajaan,

kata Mahathir

Mahathir Mohamad sekali lagi mengkritik pentadbiran Najib Razak apabila mengatakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya untuk menyelamatkan perbelanjaan Putrajaya yang semakin defisit setiap tahun.
Bekas perdana menteri itu dalam tulisan blog terbaru hari ini berkata, Putrajaya sepatutnya boleh mengelak daripada mengenakan cukai itu terhadap rakyat dengan menjimatkan perbelanjaan sendiri.
"Dana tambahan dikutip melalui perbelanjaan rakyat. Mereka terpaksa bayar lebih bagi setiap pembelian, maknanya kuasa beli mereka menurun. Erti kata lain, rakyat semakin miskin hanya semata-mata untuk mengayakan kerajaan.
"Dengan memperkenalkan GST, kerajaan sebenarnya menyuruh rakyat termasuk mereka yang bukan golongan pembayar cukai, menyelamatkan kerajaan," katanya melalui tulisan di blog popularnya chedet.cc hari ini.

KAH KAH KAH

woit
paling jelas kata mahathir
paling jujur kata mahthir
tak ada sorok sorok
memang cilaka GST
najib rosmah enjoy de menjoy
rakyat kena cukai
kalau tak da gst
najib rosmah dah bungkus

CILAKA PUNYA

Anonymous said...

Shafie pun terkena penyakit bawaan madey.pembohong ngan nyayok.

Anonymous said...

Pd gua GST untk tokei2 ciina yg mmbthu kerugian prniagaan stiap tahun... Jupe muke tokei ni 10tahun lg pn akn rugi...rugi rugi rugi n rugiiii
Dmlysia ni gua xpena lgi jupe tokei cinnaa yg kata mniaga untug...
Ad betoi ka kata gua ni?

Anonymous said...

Macam isu USD 1.103 bilion yang kononnya wang tunai yang disimpan di Singapura, Najib sendiri menyembunyikan perkara ini selama lebih dari sebulan.

Rahman Dahalan tak payahlah nak menjadi penjilat Najib seperti Shahrir Samad, kerana nanti orang akan makin benci pada dia.

Sebenarnya apa yang disoalkan oleh Datuk Seri Shafie Apdal adalah mengenai banyak perkara yang disembunyikan, memanglah mungkin ada beri buku pasal 1MDB ke apa ke, kepada ahli kabinet, tapi apakah buku itu menerangkan secara jelas mengenai masalah sebenar yang berlaku dalam 1MDB?

Sampaikan dari tunai jadi aset, lepas tu bertukar jadi unit pula, sampai sekarang tak diketahui apa yang sebenarnya telah berlaku kepada UDS 1.103 bilion itu, apakah Rahman Dahalan boleh jelaskan apa dah jadi dengna USD 1.103 bilion itu sebenarnya? Boleh terangkan apakah aset yang disimpan, boleh terangkan apa unit yang disimpan itu?

Makin banyak juak-juak Najib nak mengkelentong, makin banyak yang akan terbongkar mengenai salah laku mereka itu.

Harapnya Blogger CTS dapat mendapatkan maklumat mengenai apa dah jadi dengan USD 1.103 bilion itu dari Rahman Dahalan, dia ada banyak maklumat, dia tau banyak, hanya tau kata tau sahajalah, tapi tak tau apa-apa pun. Buat-buat cerdik, tapi bongok!

Saya menantikan penjelasan dari CTS mengenai apa dah jadi dengan USD 1.103 bilion yang kononnya disimpan di Singapura itu, kalau aset, jadah aset apa yang disimpan, kalau unit, unit mangkuk apa yang disimpan, berapa jumlahnya, berapa harganya, sila beri penerangan yang jelas, bukannya menjadi pecacai memberikan dongengan palsu kepada rakyat sambil cuba menutup kebenaran yang sebenarnya.

Sampai bila nak menjual maruah menjadi pecacai pembela kemungkaran? Kalau dibayar pun kerja kotor sebegini, halal ke wang yang dimakan itu, diberikan kepada anak bini itu, berkat ke? Hanya orang yang jenis tak bermaruah akan menjualkan dirinya menjadi pecacai kepada golongan penyangak dan penyamun.

Sedarlah diri.

Anonymous said...

He,he,he, Rahman Dahlan belum bogelkan Shafie Afdal dalam isu 1MDB! Kita baru lihat kulitnya sahaja. Isinya macam mana? Bila sudah dedahkan isi barulah boleh kata sudah bogelkan Shafie! Dedahkan lah isi isinya, boleh rakyat menilaikan siapa yang benar dan siapa yang salah!

Anonymous said...

Macam Arul Kanda, kononnya tak dapat hadir ke sidang penjelasan mengenai 1MDB di hadapan panel Pemeriksa Kira-Kira Wang Awam Negara, tetapi sehari selepas itu boleh pula balik dengan segera sambil makan malam dengan Shahrir Samad. Ini diceritakan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras di dalam blog beliau 'UMNObahagiancheras. blogspot.

Sekarang ni lihatlah siapa yang pembelit sebenarnya?

1MDB dan para penyamun di dalamnya termasuklah ketua penyamun yang sedang menginap di Sri Perdana itu sedang merancang banyak perkara untuk menyorokkan segala kejahatan mereka menggunakan segala dana dan aset milik negara untuk diselewengkan.

Mereka hanya mencari helah untuk memanjangkan masa supaya segala kejahatan mereka ditutup rapat, patutnya PAC dan audit negara perlu menyiasat GLC serta perbendaharaan negara sendiri untuk mencari kebenaran yang sebenarnya.

Anonymous said...

Kita juga mahu tahu transaksi jualan tanah di TRX dan di Sungai Besi oleh kerajaan kepada 1MDB, mengapakah dijual dengan harga yang terlalu rendah dan tak masuk akal hingga menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit serta menyebabkan rakyat kerugian berbilion ringgit wang peruntukkan pembangunan akibat transaksi yang pelik itu.

Bayangkan tanah yang berharga berbilion ringgit di TRX dijual dengan harga tak sampai RM 200 juta, lepas tu tanah di Sungai Besi pun sama, harga berbilion ringgit, tapi dijual dengan beberapa ratus juta sahaja.

Harapnya CTS dapat bertanyakan kepada Rahman Dahalan, apakah rasionalnya transaksi sedemikian? Apakah perkara ini dibuat berdasarkan kelulusan kabinet dan jika ada kelulusan kabinet, apakah rasionalnya perkara ini dibuat?

Sila beri penjelasan mengenai perkara ini.

Cucu Tok Selampit said...

Anon 4:34 PM,

Komen jangan nampak bodoh boleh? Penjualan tanah oleh Kerajaan kepada 1MDB tak salah dengan harga rendah. Kenapa? 1MDB adalah syarikat milik penuh Kerjaan dengan modal berbayar hanya RM1 juta. Kalau Bapa hendak menjual tanah kepada anak, hendak jual mahalkah? Pakai akal beb! 1MDB akan meneroka tanah tersebut, masukkan infrastruktur dan kemudahan asas, pecah lot dan mencari pembeli.

Anonymous said...

Kamu tu jawab dengan bodoh, masalahnya transaksi macam haram jadah tu menyebabkan rakyat kerugian berbilion ringgit wang pembangunan negara.

Kau tak reti kira ke, tak reti nilai ke? Dengan kerugian berbilion ringgit itu, rakyat kerugian peruntukkan yang sepatutnya boleh bina beratus buah hospital daerah, beribu buah sekolah, beratus ribu buah rumah kos rendah, berjuta jambatan, beratus ribu litar lumba di kampung-kampung untuk elakkan lumba haram, berjuta buah gelanggan futsal, padang bola, gelanggan badminton untuk para belia beriadah supaya tak terjebak dengan gejala negatif, kau boleh fikir guna otakkan betapa semua yang saya senaraikan itu lingkup punah ranah begitu sahaja kerana penyelewengan jualan tanah tersebut kepada 1MDB, kau faham ke semua ini? Pernah sekolah ke?

Malahan pendedahan oleh Ketua Pengarah Imigresen yang menyatakan tiada rekod Arul Kanda keluar negara dalam tempoh 23 hingga 27 mei 2015, jadi mengapakah dia elakkan diri dari memberi keterangan kepada PAC berdasarkan jadual oleh PAC dalam tempoh tersebut?

Tanah kerajaan tu bukannya macam tanah nak beri kepada anak, 1MDB itu walaupun anak syarikat kerajaan, kena lihat kepentingan rakyat yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Jadi jangan buat analogi macam orang tak pernah ke sekolah pula ye.

Sila beri penjelasan mengenai apa yang saya utarakan berdasarkan pemikiran ilmiah, bukannya pemikiran pecacai yang berfikir guna tumit kaki.

Sedarlah semua.

Anonymous said...

Lagi satu Cucu Tok Selampit, perancangan asal tanah di TRX itu adalah untuk membangunkan pusat komersil bumiputera, tapi sekarang dah tergadai kepada syarikat dari Dubai, dari Indon, malahan kau sendiri kata nak buat pecah lot dan jual kepada pihak lain. Kalau macam tu macam mana dengan perancangan kerajaan nak bangunkan TRX untuk pusat komersil bumiputera seperti yang diumumkan oleh Najib sendiri?

Kalau sekadar dapat tanah kerajaan dengan harga rendah, lepas tu jual balik dengan harga yang tinggi, aku pun mau, malahan pasal apa tak berikan sahaja kepada agensi kerajaan lain seperti Petronas untuk bina menara terbaharu mereka bagi menjana pendapatan tambahan kepada Petronas, malahan Petronas dah ada keupayaan dari segi modal dan bagaimana nak memajukan tanah itu?

Bagi ke 1MDB, lepas tu buat pecah lot, beli harga rendah gila babi, tapi jual harga mahal kaut untung gila babi, apa kejadahnya semua ini? Meniaga jenis jadah apa kalau macam ni? Syarikat kerajaan buat meniaga macam ni ke? Kalau 1MDB itu manusia, bersepah-sepah macam ini yang datang ke pejabat tanah untuk pohon tanah kerajaan, lepas tu buat pecah lot untuk mengaut untung atas angin, kau tak percaya, sila tanya orang pejabat tanah, mereka sendiri pun sekarang ni siasat dengan terperinci pemohon tanah untuk elakkan penyelewengan sedemikian, tapi kalau yang buat tu jenis VIP, VVIP payah jugalah nak tolak, makin pakai kuasa politik, tegas sangat kang, nanti kena tukar, diainaya tak tak naik pangkat dan sebagainya.

Anonymous said...

Isunya jual pada 1mdb murah kemudiannya jual balik kepada entiti yang mempunyai kepentingan kerajaan seperti anak2 syarikat Tabung Haji, KWSP, Felda, dll pula mahal? Kenapa perlu orang tengah? Apa perlunya kerajaan "berniaga" sehingga meminjam RM42 billion? 1mdb anak emas, diberi keistimewaan, Tabung Haji, KWSP, Felda, dll anak apa pula?

Anonymous said...

Hehehe...kau ingat 1mdb dpt tanah tu peram 2-3 tahun baru jual!?...1mdb tu bertindak sebagai master developer.dia kena plankan,selesai.Selesaikan isu tanah termasuk pampasan, buat infrastructure,cari buyer etc.Agak2 semua tu pakai air liar ke?...dan kau tahu tak apa infrastructure yg ditawarkan kt Try tu?!!...klau Malas membacapun.. Google kn ada!!






Anakjati_sgway

Anonymous said...

Diorang sembang guna air lior jer bro....
macam bagus jer....

Anonymous said...

"Isunya jual pada 1mdb murah kemudiannya jual balik kepada entiti yang mempunyai kepentingan kerajaan seperti anak2 syarikat Tabung Haji, KWSP, Felda, dll pula mahal?"

5.06pm sokong!

Kenapa 1mdb mendapat taraf anak emas? Manakala lain2 GLC mendapat taraf anak tiri? Bukankah GLC ini telah terbukti perniagaan mereka memberi keuntungan? Kenapa perlu 1mdb diberi keistimewaan? Tak boleh bayar hutang kerajaan bantu? Kenapa? Kenapa 1mdb terlalu boros? Siapakah yg tidak cekap tidak tahu mengurus? Siapakah yg perlu bertanggungjawab? Kemana pergi wang berbillion ini? Adakah telah di seleweng? Adakah disalahguna? Adakah digunakan untuk bermewah mewah?

Kenapa bloger upahan ahjibgor mempertahankan kepentingan mereka2 ini? Adakah mereka mendapat imbuhan? Hasil dari duit haram? Jika halal buktikan ianya melalui saluran yg sah? Ianya telah didaftar seperti majikan dan pekerja? Halal telah dicukaikan melalui lhdn? Pusat zakat ada telah diberi?

Nauzubillah....

Anonymous said...

Kehadapan bloger yg di upah ahjibgor.....bertaubatlah..... makan duit haram tu.

Manakala yg tak di beri upah pula, tetapi pro ahjibgor berfikir lah secara non partisan kerana de facto kepada ahjibgor hanya menjurus kepada kehancuran, perpecahan dan penganaiyaan terhadap agama bangsa dan kepentingan kaum bumiputra termasuklah di sabah dan sarawak.

Apa istimewa ahjibgor ini? Tidak boleh ditukar? Tidak semestinya muhyidin sebagai pengganti, masih ada 3 naib presiden umno, MT UMNO pun ada kalau semua dalam kabinat UMNO tak layak...Tengku Razaleigh ada kalau susah sangat....Hj Hadi pun boleh jika Umno dan Pas bersekutu.bukankah ini majoriti rakyat dan orang melayu harapkan?

Berilah, bahagikanlah jawatan kepada mereka yg berkelayakan.

Apa yg penting seseorang pemimpin itu mestilah Bersih, Cekap dan Amanah.

Ini harapan kami.

Anonymous said...

Korang ni dh tau semua pasal 1mdb ke? Kalau pac sedang siasat, macamana korang lebih cekap dr pac dan jabatan audit? Perasan hebat dan punya pemikiran mcm tun mahathir kot. Tunpun boleh tergelincir, apatah lg korang. Jgn pandai tuduh org mkn duit haram, yg korang telan tu sah ke halalnya?

Anonymous said...

SALAM BRO,AKU TAK KISAH 1MDB DAPAT TANAH MURAH DARI KERAJAAN.CUMA YANG AKU KISAH TENTANG HUTANG YANG BERTIMBUN TU ! KALAU DAH TENTU TAK ADA DUIT KENAPA NAK BERHUTANG BERBILION-BILION ?PULAK TU BILA BERI JAWAPAN ASYIK SILAP AJE.KEJAP TUNAI,LEPAS TU ASET,LEPAS TU UNIT.ORANG SEPERTI KAMI MERASAKAN KAMI NI DIPERMAINKAN OLEH NAJIB.BUKAN KAMI TAK SUKA NAJIB.CUMA KAMI MINTA NAJIB JAWAB SOALAN TUN M TU SECARA GENTLEMEN.KAMI PUN MERASAKAN ADA SESUATU YANG TAK KENA DENGAN 1MDB.SEKARANG NAJIB KENA JELASKAN SEJELAS-JELASNYA.JANGAN BANYAK KONGKALIKONG.PRU 14 SEMAKIN HAMPIR.KAMI MINTA NAJIB JAWAB SEHINGGA SEMUA YANG BERTANYA TU TERDIAM DENGAN SENDIRINYA,KALAU BOLEH !

Anonymous said...

Bila Tun M batai Najib depa kata tak boleh sbb boleh pecah sokongan kepada Umno konon. Kena tegur dari baik baik. Rahman Dahlan batai Shafie Apdal depa syok, tak kisah pulak pasai pepecahan dlm Umno.Rahman Dahlan orang Sabah cuba terang kat Shafie dlm bahasa Sabah mungkin Shafie akan lebih faham.Sama sama Sabah ba...CTS u orang mana?

Anonymous said...

Silap hari bulan UMNO/BN yang kena bogel dengan Rakyat dalam PRU14 nanti. Jangan ingat nak bogel kan orang je. Duit 1MDB tu duit Rakyat.

Anonymous said...

Kalau pandai sangat tolong jelaskan dengan sejelas-jelasnya pada kami yang blurr... ni disini.

Kalau pandai sangat dan faham sangatlah...

Anonymous said...

Dapat tanah dgn harga murah pastu jual untuk pembangunan pada tabung haji ratus juta, tabung hajah ratus juta, tabung gajah ratus juta, sarikat pinggan mangkok ayun ratus juta dan macam macam sarikat lagi mau berbilion 1mdb dapat. bangunkan semua tanah tu dgn infra semua makan 20 billion kot. ujud jawatan ceo gaji tah berapa..lembaga pengarah plak tak taula dapat berapa pastu bayar konsultan dan punahsihat tah berapa plak..sebab tu kena amik utang 42 bilion. bukan sikit woii 42 bilion tu ...boleh buat highway pegi balik semenanjung sabah dan serawak. hutang sebanyak tu takkan habis dgn sekejap yer tak kalau kita fikirla. jangan masuk kantong dan perut 2..3 orang sudahler sedangkan nanti rakyat yang tanggung beban.

Anonymous said...

Sekarang pandai pulak penyokong-penyokong Najib nak mempertahankan 1MDB dan menpersalahkan Menteri yang lain. Sepatutnya penyokong-penyokong Najib kena ingat. 1MDB diwujudkan oleh Najib dan kewujudan nya tidak dibawa ke Kabinet dan menteri-menteri yang berkaitan. Sedangkan buku 1MDB telah diedarkan baru tiga bulan lepas, tetapi kewujudan 1MDB dah lebih 5 tahun dan mengalami masalah hutang. Sepatutnya orang yang menwujudkan masalah itu lah yang kena bertanggungjawab sepenuhnya. Bukan nya orang lain tidak tahu apa-apa.

Anonymous said...

betul la sapie apdal tu cakap. dah 7 tahun operasi, baru 2 tiga bulan ni nak bukak cerita kat kabinet, apa cerita? itu pon bila dah busok, bila nak pakai RM950 juta buat bayar interest, nak pakai loan gomen. sebelum ni kenapa buat senyap-senyap. sampaikan KSU MOF pon mcm blur je...

bangkai lah najib.

Anonymous said...

Komen komen yang diberikan lebeh kepada emosi senang cakap sebagai alasan ..Kalau nak suruh Najib resign..suruh ajelah tak payah banyak alasan...undi tidak percaya habis cerita..sikit sikit wang rakyat wang rakyat itulah yang dilaung laung kan..Anak Yassin naik jd PM pun masalah tak settle juga..ganti orang lain pun macam tu juga ..akhir sekali tiada melayu yang layak maka naiklah Lim Guan Eng sebagai PM..Pulau Pinang pun lintang pukang..hancur Malaysia..kalau dah benci bunga juga berbau busuk tapi kalau dah suka kentut pun wangi..

Anonymous said...

Betul bro. . .
Malaysia bertuah kerana pm keturunan bugis dan penasihat no satu putri minang.
Hidup bugissss ! ! !

Anonymous said...

Blogger CTS ni bahlol.. hidup dgn mengampu dan menegakkan benang yg basah. Yg kaki komen pro jibby ni pulak jenis otak dah kecut. Tu yg dah tak boleh nak bezakan buruk baik dah. BANGANG!!

ADUHAI said...

Tengok pada keadaan, 1MDB bakal meraih banyak untung dan untung tersebut habis digunakan untuk bayar hutang. Harta (tanah kerajaan) terjual, RAKYAT dan KERAJAAN tak dapat apa. Yang untung ehem2... tau2 jer la ya.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates