February 26, 2015

0 Soal Jawab TV3 Bersama Dr Ashraf Wajdi & Datuk Dr Mashitah Isu IS Hebat Dan Bermanafaat


Sememangnya TV3 bijak memilih tajuk untuk dibicarakan di dalam program "Soal Jawab" semalam yang membicarakan tentang tajuk "Jerat IS (Islamic State)". Tokoh-tokoh panel yang dibawa masuk juga berpengetahuan luas dalam isu berkenaan seperti Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Senator Dr Ashraf Wajdi Dasuki dan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr Mahitah Ibrahim.

CTS tertarik dengan soalan moderator kepada Dr Mashitah apabila beliau bertanya apakah yang menyebabkan remaja terutamaya wanita terjebak ke dalam Jerat IS dengan mengambil contoh remaja perempuan 14 tahun yang hampir terlepas ke Syiria. Dr Mashitah memberikan 3 sebab kenapa remaja-remaja mudah terjebak dalam kancah IS:

1. Aspek jiwa remaja itu sendiri yang kosong. Ramai yang pergi ke Syiria kerana melihatkan IS menawarkan satu harapan kepada mereka. Remaja-remaja ini perlukan idola dan IS telah memanipulasikan perkara ini. Jiwa remaja yang kosong mudah menjadi terikut-ikut.

2. Faktor tarikan Agama. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam jerat IS terdiri daripada remaja-remaja yang bermasalah yang perlukan bimbingan Agama. Remaja-remaja ini ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Remaja-remaja ini melihat IS sebagai jalan pintas untuk menuju ke syurga.

3. Pengaruh media sosial itu sendiri yang mana tiada remaja-remaja ini tidak diimbangi dengan input-input media sosial yang baik. Lambakan isu IS tidak dimbangi dengan dengan isu-isu positif tentang Islam. Dr Mashitah melahirkan kebimbangan dengan pengaruh media sosial yag mudah diperolehi di hujung jari. Malah beliau menambah, penyaringan maklumat yang negatif tidak sempat ditapis kerana begitu cepatnya penyebaran teknolgi maklumat berkenaan.

Kesimpulannya, Dr Mashitah berpendapat maklumat media sosial perlu disekat, disaring dan dikawal untuk memastikan penyebaran dakyah IS ini dapat dikawal. Dakyah agenda IS ini kata beliau tidak boleh dianggap mudah ataupun dipandang enteng.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates