February 13, 2015

0 Makmal Transformasi Untuk Memperkasakan PLKN Dilancar


Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dirasmikan hari ini oleh Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Tun Hussein. Turut hadir di dalam majlis berkenaan adalah, YB Khairy Jamaluddin dan Pengerusi PLKN, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid. Makmal Transformasi PLKN akan berlangsung selama 5 minggu bermula 23 Februari sehingga 28 Mac. Makmal ini bakal melibatkan 85 orang pihak berkepentingan yang terdiri daripada wakil kementerian, pihak swasta, badan bukan Kerajaan (NGO), pemain-pemain industri, golongan muda, operator kem PLKN, Alumni PLKN, jurulatih PLKN, pihak ibu bapa dan lain-lain lagi.

Makmal Transformasi PLKN ini akan dilaksanakan dengan Kerjasama Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Kementerian Belia Dan Sukan dan PEMANDU. Fokus perbincangan adalah tertumpu kepada perkara pokok utama iaitu modul latihan, pengurusan sumber dan penjenamaan komunikasi.

Tujuan makmal ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas dari semua pihak yang berkepentingan berhubung transformasi yang ingin  dilaksanakan terhadap PLKN. Selain itu, makmal ini juga bermatlamat menghasilkan satu resolusi yang seterusnya dibentuk menjadi "blueprint" bagi menjayakan transfirmasi PLKN.

Perlaksanaan makmal ini amat penting dan kritikal selaras dengan hasrat Perdana Menteri sewaktu ucapan Bajet 2015, yang mengumumkan strategi pertama di dalam Pelan Transformasi Belia Negara, iaitu untuk mengkaji semula PLKN dengan satu konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.






0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates