February 12, 2015

0 Kurangkan Kadar Kemalangan Dan Kematian Intipati Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2015


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Ops Bersepadu Penguatkuasaan Keselamatan Jalan Raya selama 15 hari sempena Tahun Baharu Cina bermula hari ini, akan memberi perhatian utama dan tegas dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kematian berbanding tahun sebelumnya. Operasi ini melibatkan 3,000 anggota penguatkuasa yang akan akan membabitkan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya peringkat kebangsaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini pagi tadi. Tema Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaaan Tahun Baru Cina 2015 adalah "Bertimbang rasa Di Jalan Raya, Elak Terkorban Nyawa".






0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates