February 16, 2015

0 Adakah SPAD Zalim Membatalkan Lesen Teksi Yang Degil?


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah leka di dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjalankan operasi ke atas pemandu teksi yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, SPAD menerima lebih 24,000 aduan mengenai masalah pengangkutan awam sejak tahun lalu dan daripada jumlah itu, 10,000 adalah berkaitan teksi.

Di dalam operasi terbaru SPAD 21 Januari lepas sahaja, seramai 449 pemandu ditahan dalam operasi Ops Tegas. Daripada jumlah itu sebanyak 82 teksi disita kerana kesalahan pemandu teksi enggan menggunakan meter. Apabila terbaca luahan daripada Pengerusi Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputera (PERBUMI), Datuk Mohd Alias Abdul yang menyalahkan SPAD yang bertindak keras terhadap pemandu teksi dengan menyita dan membatalkan lesen, kita pasti tersenyum sinis.

Apakah SPAD zalim jika menggunakan kaedah menyita teksi juga akan terus diguna bagi memberi amaran keras terhadap pemandu yang masih enggan menggunakan meter? Bukankah amaran demi amaran dan pelbagai tindakan sudah dibuat, tetapi masih ramai pemandu teksi yang degil, enggan menggunakan meter. Salahkah SPAD tidak akan beri muka lagi selepas ini dan akan terus menyita serta merta teksi pemandu yang degil tidak mahu menggunakan meter?

Kita akui tindakan Pengerusi PERBUMI adalah untuk mempertahankan ahli-ahli di bawah naungannya. Namun, beliau perlu faham. Isu sekarang adalah isu Rakyat. SPAD bukan sahaja berperanan untuk membantu pengusaha teksi bahkan SPAD juga perlu memastikan pemandu-pemandu teksi memberikan perkhidmatan yang baik dan bermutu kepada pengguna-pengguna. Apa masalahnya pemandu teksi menggunakan meter tanpa perlu pengguna untuk tawar menawar sebelum menaiki teksi? Kenapa mesti mereka tamak dengan mengenakan tambang berlebihan?

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates