January 15, 2015

5 Menjawab Tuduhan Johari Abdul, Kontrak KDN Kepada MyEG Ancam Keselamatan Negara


Sebenarnya CTS sudah malas untuk mengulas isu MyEG yang asalnya dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. CTS sudah membuat posting panjang lebar di sini dan di sini. Memandangkan sebentar tadi terbaca ulasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang terkenal di kalangan bloggers sebagai Joe Bendul di The Malaysian Insiders (TMI), di sini, tergerak CTS untuk membuat jawapan balas. TMI menulis seperti berikut:
PKR hari ini membidas tindakan Putrajaya memberikan kontrak pembaharuan "PAS Lawatan Kerja Sementara (PLKS)" ‎kepada syarikat swasta MyEG dan mendakwa ia hanya akan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara. Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul, ‎tugas MyEG secara jelas melibatkan maklumat sensitif yang menyentuh hal ehwal imigresen dan negara boleh berdepan dengan risiko kebocoran atau salah guna maklumat.
Terdapat 3 jawapan untuk menangkis pertuduhan Joe Bendul berkenaan kerahsiaan data yang kononnya menjadi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara.

1. Maklumat pekerja asing dan majikan mereka tidak diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) yang memungkinkan keselamatan negara tergugat. Lainlah kalau Joe Bendul takut nama-nama beliau dan rakan-rakan beliau terkeluar di dalam senarai tersebut.

2. Segala data dan maklumat pekerja asing dimiliki sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen dan MyEG tertakluk sepenuhnya di bawah "Personal Data Protection Act 2010" yang digubal d Parlimen untuk melindungi data pengguna daripada disalahguna oleh pihak yang tidak berkepentingan.

3. Kesemua 'database' Kerajaan selama ini diuruskan oleh pihak swasta seperti Mesiniaga Berhad dan HeiTech Padu Berhad. Apa perbezaan peranan yang dimainkan oleh kedua-dua syarikat swasta ini berbanding dengan MyEG. Apakah selama ini Joe Bendul tak sedar perkara ini?

Di United Kingdom sekalipun permohonan Visa telah diswastakan (outsource) kepada syarikat swasta walaupun pengeluaran Visa dilakukan oleh Kedutaan mereka. Apa bezanya dengan Immigresen dan MyEG di sini?

5 comments:

Anonymous said...

TAK PAYAH MYEG....KAT NEGARA INI PUN RAMAI PEMBOCOR MAKLUMAT NEGARA. SOGOK JANTAN BETINA JAMBU. BERBAGAI MAKLUMAT BOLIH KELUAR. YANG MEMBUROKAN NEGARA SEMASA DILUAR NEGARA.... APA KURANGNYA. YANG MEMINTA BANTUAN LUAR NEGARA UNTUK MENGHURU HARAKAN NEGARA SENDIRI PUN SAMA JUGAK.

Anonymous said...

SETUJU 1000000000000000000%

Anonymous said...

Konon nak jaga rahsia....kononnnnn,,, yg pi kedutaaan usa tu buat apa??????

Yg berkiblat ke puok yahudi tu buat apa????

Ngo dpt habuan beso dr sana kenapa?????

Anonymous said...

Setuju, jolok Chinadoll hilang sakit belakang.

Anonymous said...

Ketum pun jual rshsia ketajaan

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates